Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma
Pembongkaran Kepincangan Sistem Affiliate Percuma
oleh Zamri Nanyan
Kebanyakan penjual produk digital (dan juga fizikal) untuk pasaran tempatan menggunakan skrip percuma Post Affiliate untuk dijadikan sebagai program affiliate mereka.
Memang skrip ini boleh membuat pengesanan jualan affiliate.
Sebab itulah ramai yang menggunakannya.
Tetapi terdapat banyak kelemahan menggunakan skrip affiliate ini seperti maklumat terperinci statistik affiliate tidak dapat direkodkan dan tiada fungsi pengesanan jualan OTO (One Time Offer) atau tawaran susulan.
Bagi seorang pemasar produk affiliate, saya memang tidak suka jika di dalam jualan produk utama, terdapat jualan produk susulan yang lebih mahal (atau pun murah) tetapi saya tidak mendapat komisyen hasil daripada jualan tersebut.
Jika di pasaran antarabangsa, kita boleh lihat bahawa jualan yang besar dilakukan bukanlah jualan produk utama tetapi jualan produk susulan melalui OTO atau tawaran susulan istimewa.
Selalunya affiliate akan mendapat komisyen daripada hasil jualan produk utama dan juga produk OTO.
Sebagai contoh, jika seorang pembeli membuat pembelian produk utama bernilai $50 dan seterusnya produk OTO yang berharga $200, affiliate akan mendapat komisyen sebanyak $125 ($25 + $100) jika komisyen yang diberikan adalah 50% daripada hasil jualan.
Ini menguntungkan affiliate, memotivasikan affiliate untuk terus menjual dan seterusnya memberi keuntungan besar kepada pemilik produk.
Sebaliknya, saya lihat di dalam pasaran tempatan, struktur pembahagian komisyen sebegini belum banyak dipraktikkan lagi.
Jika andaian jualan dan komisyen adalah seperti di atas, affiliate tempatan cuma akan mendapat komisyen $25 bagi setiap jualan yang dihasilkan. Ini bermakna affiliate kerugian $100 walaupun telah mendapat $25.
Kenapa saya katakan affiliate mendapat rugi?
Ini kerana nilai sebenar pembeli adalah $125 bagi affiliate yang mempromosikan produk tersebut kerana pembeli mempunyai kuasa belian sehingga $250. Tetapi malangnya, cuma $25 sahaja diberikan kepada affiliate.
Adakah ini adil?
Ianya bergantung kepada persepsi affiliate tersebut dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pemilik produk. Mungkin bagi sesetengah affiliate, mereka tidak terlalu ambil peduli tentang perkara ini tetapi bagi pakar affiliate (super affiliate), ianya mungkin memberikan impak yang besar kepada pendapatan mereka.
Dan mereka tidak akan berasa gembira.
Biar saya berikan contoh berikut berdasarkan kepada struktur komisyen dan jualan di atas.
Sekiranya seorang pakar affiliate dapat menghasilkan 50 jualan produk utama dan 25 jualan produk OTO, ini adalah jumlah komisyen berdasarkan struktur pembayaran komisyen yang berbeza.
Kredit Jualan OTO Tidak Disertakan:
Komisyen Affiliate = 50 Jualan x $50 X 50% = $1,250
Kredit Jualan OTO Disertakan:
Komisyen Affiliate = (50 Jualan x $50 X 50%) + (25 Jualan x $200 x 50%) = $1,250 + $2,500 = $3,750
Anda perlu ingat bahawa ini merupakan usaha promosi yang sama. Yang berbeza ialah komisyen sebanyak $1,250 atau $3,750 (tambahan $2,500).
Jadi, dengan pembongkaran kepincangan struktur komisyen affiliate sebegini, saya harap sistem affiliate untuk produk pasaran tempatan dapat dipertingkatkan. Mungkin dahulu ramai yang menggunakan skrip Post Affiliate tetapi sekarang skrip affiliate Delavo pun sudah dapat digunakan untuk membolehkan komisyen pembelian OTO diberikan kepada affiliate.
Sekiranya penambahbaikan ini dapat dilakukan, saya pasti lebih ramai affiliate akan gembira mempromosikan produk anda, dan seterusnya memberikan lebih banyak keuntungan kepada anda.
Jika anda abaikan perkara ini dan pemilik produk lain makin ramai mengaplikasikan pemberian komisyen bagi jualan OTO, maka suatu hari nanti anda akan terkejut melihat affiliate yang selalu mempromosikan produk anda sudah beralih angin.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link ”Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
* Nota: tahukah anda bahawa saya berikan komisyen 50% untuk jualan produk utama Pakar Affiliate (RM199) dan juga produk OTO Pakar Affiliate (RM599)? Ya, sudah ada affiliate yang mendapat komisyen sehingga RM399 bagi seorang pembeli yang sama sahaja.
http://www.PakarAffiliate.com/affiliate
Tawaran Bonus Affiliate Kerajaan Tamat 8 Mac 2010, 11:59PM
Sebelum ini saya tawarkan satu hadiah yang benar-benar istimewa untuk anda yang beli Affiliate Kerajaaan melalui link affiliate saya.
Baiklah, hadiah tersebut telah saya hantar kepada pembeli dan ada yang sedang ambil tindakan untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Jika anda adalah salah seorang daripadanya, jangan lupa hantar testimoni kepada saya.
Saya tak nak berikan video ini kepada terlalu banyak orang. Kenapa? Sebabnya saya akan jual video ini nanti pada harga RM50 atau lebih.
Jika saya terus berikan video ini secara percuma, maksudnya saya akan kerugian.
Tapi saya dah janjikan nak berikan video ini secara percuma kepada pembeli Affiliate Kerajaan. Jadi, saya akan kotakan janji tersebut.
Untuk preview video yang saya maksudkan, anda boleh lihat di Youtube:
Dan jika anda masih lagi di atas pagar sama ada nak beli Affiliate Kerajaan atau tidak, inilah masanya untuk anda bertindak.
Selepas 8 Mac, saya akan tarik balik tawaran ini dan saya akan mula hasilkan surat jualan dan seterusnya jual video ini kepada umum.
Berikut adalah email yang saya hantar sebelum ini berserta tawaran video di atas.
******************
Salam hormat,
Kalau anda nak belajar kuasai pemasaran affiliate tempatan, ada beberapa individu yang saya rekomen.
Salah seorangnya adalah Jamaluddin Bahari.
Dan sekarang saya nak anda beli produk beliau pada hari ini juga kerana bukan sahaja setakat apa yang beliau dedahkan adalah apa yang dipraktikkannya dan berkesan, tetapi kerana saya juga ada sesuatu yang isimewa untuk 27 pembeli pertama melalui link saya di bawah:
http://www.affiliatekerajaan.com/index.php?ref=specialoffer
Macam ni… di dalam seminar Pakar Affiliate yang lepas, saya dedahkan satu strategi pemasaran affiliate yang akan memberikan keuntungan yang lumayan.
Semakin besar bajet anda, semakin besar potensi keuntungan pemasaran affiliate.
Huh, apa tu?
Itulah strategi RM3,500 yang saya dedahkan di hadapan lebih 87 orang peserta seminar Pakar Affiliate akhir bulan Januari.
Apa yang akan saya lakukan ialah saya akan rakam semula strategi ini melalui video dan berikan kepada anda.
Strategi ini sahaja bernilai lebih RM1,299 (harga seminar Pakar Affiliate) dan anda dapat percuma sekiranya anda beli melalui link saya di dalam email ini.
Sekiranya anda hadir pada seminar tersebut dan sudah lihat strategi ini, anda juga patut dapatkannya sebab saya akan berikan satu produk tambahan kepada anda untuk implimentasi strategi RM3,500 ini.
It’s a WIN-WIN-WIN untuk semua orang.
Syaratnya, anda beli Affiliate Kerajaan melalui link:
http://www.affiliatekerajaan.com/index.php?ref=specialoffer
Video ini akan saya hantar serentak selepas kesemua 27 pembeli buat pesanan.
Sekali lagi saya ingatkan. Ambil tindakan cepat sebab ramai yang dah tak sabar nak dapatkan Affiliate Kerajaan melalui link affiliate saya.
Jika anda terlambat, maaf saya pinta.
Saya tak dapat dedahkan strategi ini kepada lebih ramai orang buat masa sekarang supaya anda yang dapat ilmu ini dapat praktikkannya secepat mungkin.
Ianya untuk kepentingan anda juga.
Selepas anda buat pembelian, email saya kepada zamrinanyan.support@gmail.com
Pengesahan akan dilakukan bersama dengan Jamal dan saya akan hantar hadiah bonus istimewa ini kepada anda selepas 27 pembeli sah buat pesanan.
Jangan tunggu lama!
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. strategi RM3,500 untuk hadiah bonus pembelian Affiliate Kerajaan? Ini adalah sesuatu yang merugikan anda jika anda tak ambil peluang ini sekarang.
Tip Jemputan JV dan Bisnes T-Shirt
Saya baru terbitkan satu artikel percuma untuk anda pada hari ini.
Ianya berkaitan JV dan tip yang saya berikan ini memang amat sesuai untuk dipraktikkan kerana apa yang saya kongsikan adalah berdasarkan pengalaman saya.
Anda boleh baca artikel ini di:
http://www.tinyurl.com/tipjv-zamri
—————–
Berita Keluarga
—————–
Ayah saya sudah keluar dari hospital semalam.
Terima kasih kepada anda yang mendoakan kesihatan beliau. ![]()
—————–
Bertukar Bisnes?
—————–
Apabila saya promosi Bisnes T-Shirt minggu lepas, ada yang bertanyakan soalan kepada saya.
“Eh, dah buat bisnes t-shirt pulak ke? Dah tak buat bisnes internet?”
Jawapannya, saya tak buat bisnes t-shirt. Bisnes Internet adalah bisnes utama saya.
Yang ingin saya tunjukkan kepada anda ialah bagaimana anda juga tak perlu menerbitkan produk berkaitan bisnes internet untuk buat duit di internet.
Cuba cari apakah perkara yang berkaitan dengan apa yang anda lakukan sekarang dan jadikannya produk informasi dan jual.
Itulah yang dilakukan oleh penulis Bisnes T-Shirt dan saya nak anda beli untuk anda teliti sendiri bagaimana ianya dihasilkan.
http://www.tinyurl.com/bisnestshirt-zamri
Jika bersesuaian, apa salahnya jika anda ceburi bisnes t-shirt yang diajar. Tiada salahnya juga.
Jadi, itulah jawapan saya kepada soalan anda mengenai promosi Bisnes T-Shirt saya minggu lepas.
Dan anda juga boleh pelajari bagaimana saya mempromosikan ebook bisnes t-shirt ini kepada anda.
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. sebarang komen atau maklumbalas mengenai artikel terbaru saya amat dihargai.
pps. laman web JV Panas yang saya berikan belum lagi LIVE.
Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan
Kenapa Jemputan “Joint Venture” (JV) Anda Tidak Dilayan
oleh Zamri Nanyan
Salah satu cara yang sangat berkesan di dalam mempromosikan produk ialah melalui promosi rakan niaga (joint venture). Anda cari rakan niaga yang mempunyai kelebihan untuk mempromosikan produk anda dan tawarkan insentif bagi setiap jualan yang dihasilkan.
Namun, walau sehebat mana sekali pun produk anda, jika anda tidak lakukan dengan cara yang betul, jemputan “Joint Venture” (JV) anda tidak akan dilayan oleh bakal rakan niaga anda.
Berikut adalah beberapa sebab kenapa jemputan anda tidak dilayan berdasarkan pengalaman yang saya lalui.
1. Perhubungan Tidak Diutamakan
“Joint Venture” merupakan perhubungan yang berdasarkan kepercayaan terhadap seseorang individu dan juga produk yang dijual oleh individu tersebut.
Sebagai contoh, sekiranya saya terima satu email yang tidak saya kenali penghantarnya dan di dalam email tersebut, beliau memohon saya untuk mempromosikan produk atau servis beliau, besar kemungkinan saya tidak akan melayan permintaan ini. Bayangkan jika saya terima permintaan JV ini dan akhirnya saya dapati yang individu ini adalah seorang penipu, tidakkah susah di kemudian hari?
Seseorang usahawan internet lebih suka melakukan JV dengan mereka yang telah membina perhubungan baik terlebih dahulu dan saling mengenali di internet. Jadi, mulakan perhubungan tersebut dahulu sebelum anda usulkan cadangan untuk JV. Biarkan bakal rakan niaga anda ini kenal dan suka kepada anda dahulu.
Buat pengetahuan anda, perhubungan bisnes yang baik ini juga merupakan satu aset berharga bagi bisnes anda. Saya dan Patric telah menekankan kepentingan perkara ini di dalam produk The Four Weeks To Freedom (http://ww.TheFourWeeksToFreedom.com) dan saya harap anda ambil serius perkara ini.
2. Jemputan Yang Sambil Lewa
Pada dasarnya, konsep JV adalah mudah. Anda minta pertolongan usahawan internet yang telah berjaya untuk membantu anda mempromosikan produk terbaru anda.
Walaubagaimanapun, konsepnya sahaja mudah tetapi implimentasinya perlukan ilmu. Sebagai contoh, anda perlu tahu menulis email yang berkesan supaya bakal rakan JV anda membacanya tanpa merasa yang ianya adalah sebuah “template” jemputan yang tidak mempunyai nilai keperibadian dan kaku disebabkan ayat yang ditulis sebenarnya ditujukan kepada umum.
Jadi, ambil sedikit masa untuk menulis kepada rakan JV anda (terutamanya mereka yang anda rasakan akan menghasilkan jualan yang banyak untuk anda) dengan menyertakan panggilan nama, bertanyakan khabar dan berita spesifik mengenai bisnes mereka dan sebagainya. Dengan cara ini, rakan JV anda ini akan tahu yang anda mengikuti perkembangan bisnes anda dan mereka akan berasa yang apa yang mereka lakukan adalah penting, sama penting dengan promosi yang bakal mereka lakukan untuk anda. Inilah yang dikatakan mesej tersirat dan jarang dibongkarkan kepada usahawan internet baru.
Tidak salah untuk menggunakan “template” tetapi pastikan ada kelainan di dalam setiap email yang anda hantar kepada setiap rakan JV penting anda.
3. Tidak Hormat Dan Tidak Peka
Bukan setakat ada jemputan JV yang sekadar melepas batuk di tangga, ada juga individu yang tidak hormat langsung kepada bakal rakan JV mereka.
Penggunaan ayat seperti “aku” memang tidak sesuai lebih-lebih lagi jika anda tahu yang rakan JV yang anda ingin jemput tersebut lebih tua daripada anda, dan walaupun rakan JV anda ini lebih muda daripada anda, perkataan “aku” ini memang tidak sesuai di dalam bisnes internet sebegini melainkan anda benar-benar rapat dengan rakan JV anda.
Kadang-kadang ada juga ayat berbentuk sindiran dan mendesak seperti “Ye lah, anda sudah berjaya dan banyak duit. Tak kan la ‘blast’ satu email pun tak boleh?” atau “Ini email kedua saya. Saya masih menunggu jawapan anda. Jika tiada jawapan dalam masa 2 hari lagi, saya andaikan anda tidak berminat untuk menyertai JV ini.”
Ingat! Kebanyak rakan JV yang menghasilkan banyak jualan selalunya sibuk dengan bisnes mereka. Ada kalanya jemputan JV masuk mencurah-curah setiap minggu sehingga ada yang tak sempat mereka baca. Mungkin pilihan masa anda tidak tepat dan rakan JV ini tidak dapat promosikan produk anda. Jika anda desak pun, ada kebarangkalian yang mereka memang tidak dapat penuhi permintaan anda.
Kepekaan anda di dalam hal ini adalah penting.
3. Syarat Testimoni
Selalunya apabila saya dijemput untuk menjadi rakan JV, saya akan diberikan akses ke produk yang akan dijual supaya saya dapat lihat sendiri produk tersebut. Produk ini pula bukanlah produk yang tidak siap atau cuma draf yang compang-camping tetapi ianya adalah akses penuh ke laman muatturun produk atau produk fizikal yang dihantar terus ke rumah. Daripada inilah baru saya mudah untuk berikan testimoni sekiranya perlu.
Bercakap mengenai testimoni, bukan menjadi kewajipan untuk rakan JV anda memberikan testimoni untuk produk anda. Jika rakan JV anda akan promosi dan pasarkan produk anda, ini tidak bermakna yang mereka akan berikan testimoni dengan rela hati. Mungkin produk anda tidak cukup kriteria untuk rakan JV anda berikan testimoni. Jadi, jangan desak mereka.
Sesetengah individu pula meletakkan syarat yang rakan JV perlu janji akan berikan testimoni apabila mereka bersetuju untuk mempromosikan produk mereka. Selepas mendapat persetujuan ini, barulah produk mereka diberikan dan seterusnya rakan JV perlu menulis sesuatu untuk testimoni tersebut.
Segala-galanya adalah songsang sekarang. Sepatutnya rakan JV diberikan akses ke produk dahulu untuk penilaian. Sekiranya produk yang diberikan adalah berkualiti, barulah rakan JV anda akan berikan persetujuan untuk mempromosikan produk anda. Jika mereka rasakan produk anda memenuhi kriteria, barulah testimoni diberikan.
Inilah sepatutnya dipraktikkan oleh mereka yang mencari rakan JV.
Sama ada anda menjual produk digital atau produk fizikal, anda tidak akan rugi apa-apa pun jika produk anda diberikan kepada rakan JV anda. Ini kerana potensi jualan yang bakal rakan JV anda hasilkan adalah lebih besar.
4. Masa Yang Singkat
Di dalam kebanyakan jemputan JV di pasaran tempatan, faktor ini merupakan salah satu masalah terbesar yang saya temui.
Bayangkan yang anda akan melancarkan produk yang anda sudah habiskan puluhan ribu ringgit untuk menghasilkannya. Produk ini ternyata amat baik untuk pelanggan anda.
Masalahnya anda tidak mempunyai kumpulan pemasaran yang akan memasarkan produk anda dan anda pilih rakan JV sebagai cara untuk memperkenalkan produk anda kepada pasaran.
Esoknya anda akan lancarkan produk anda dan cuma baru hari ini anda mula menjemput rakan JV anda untuk mempromosikan produk anda tersebut. Ya, memang ada di kalangan rakan JV anda yang dapat mempromosikan produk anda tetapi kebarangkalian untuk rakan JV lain untuk tidak dapat turut serta juga tinggi.
Ini mungkin disebabkan rakan JV anda sudahpun mempunyai tanggungjawab lain seperti mempromosikan produk sendiri atau mereka sendiri tidak dapat dihubungi.
Disebabkan kurangnya perancangan menjemput rakan JV anda terlebih awal, besar kemungkinan promosi produk anda akan gagal walaupun produk anda memang sangat berkualiti dan mempunyai permintaan tinggi.
Walaupun mungkin anda ada 3 hingga 5 rakan JV yang dapat membantu, tidakkah ianya lebih baik untuk dapatkan 30 hingga 50 rakan JV untuk mempromosikan produk anda? Mungkin anda boleh dapat 30 hingga 50 rakan JV sekiranya perancangan dibuat terlebih dahulu.
Lebih buruk lagi, anda tiada perancangan langsung untuk melancarkan produk anda. Selepas beberapa hari (atau minggu) produk baru anda diumumkan, baru anda tercari-cari rakan JV yang dapat membantu anda. Memang sukar untuk rakan JV anda bantu anda sekiranya ini berlaku. Kenapa? Goreng pisang yang panas sudahpun sejuk.
Jadi, pastikan anda sendiri juga memberikan masa yang cukup untuk rakan JV anda meneliti produk anda, menilai dan membuat strategi pemasaran mereka sendiri sebelum mereka dapat membantu anda. Jika anda rasa ianya mungkin akan mengambil masa 7 hari untuk rakan JV anda meneliti produk anda dan menyusun strategi pemasaran mereka, berikan produk anda seminggu lebih awal. Jika ianya mengambil masa sebulan, berikan sebulan lebih awal.
Rancang dengan teliti.
5. Jasa Tidak Dibalas
Di dalam sebarang bisnes, ada peraturan tidak bertulis yang banyak dipraktikkan oleh usahawan yang telah berjaya – termasuk saya sendiri.
Sebagai contoh, jika sebelum ini rakan JV anda pernah memohon untuk anda promosikan produk beliau dengan cara yang baik tetapi anda telah menolaknya tanpa sebarang alasan kukuh, jangan harap yang jemputan anda pada kali ini akan mendapat layanan istimewa.
Persaingan di dalam bisnes, terutamanya bisnes internet, akan menjadi lebih sengit pada masa akan datang. Bahangnya pun sudah terasa sekarang. Jadi, tidak hairanlah pada masa akan datang, akan ada kumpulan-kumpulan usahawan yang akan memasarkan produk-produk mereka sesama sendiri sahaja. Pada masa ini, anda akan rasakan yang ianya akan menjadi sukar untuk anda memasarkan produk anda sekiranya anda tidak tergolong di dalam kumpulan ini.
Untuk menyertai kumpulan niaga ini, walaupun tiada peraturan bertulis dinyatakan, anda sebenarnya sudah dimestikan untuk membalas jasa promosi rakan JV anda yang telah membantu anda sebelum ini. Jika mereka pernah menjadi rakan niaga anda dan hasilkan jualan buat anda, adalah menjadi “kemestian” untuk anda berusaha untuk mempromosikan produk mereka pada masa akan datang.
Jika jasa mereka ini tidak dibalas, pada suatu ketika anda perlukan rakan niaga untuk mempromosikan produk terbaru anda, anda akan kehilangan sokongan padu daripada rakan JV anda yang lepas. Ini akan merugikan kerana anda pun tahu bahawa salah satu syarat JV yang penting ialah membina perhubungan yang baik sesama usahawan lain.
Begitulah serba sedikit sebab utama kenapa jemputan JV anda tidak dilayan. Terdapat banyak lagi sebab lain yang membantutkan usaha anda mencari rakan JV yang menguntungkan anda. Panduan di atas memberikan anda satu pendedahan supaya anda dapat membuat jemputan dengan jayanya pada masa akan datang. Oleh itu, pastikan anda simpan dan rujuk artikel ini semula apabila anda mempunyai produk untuk diterbitkan nanti. Siapa tahu? Mungkin dengan ilmu dan tip di sini dapat menjana pendapatan 6 angka untuk pelancaran produk anda, seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini.
Dan untuk memudahkan pengurusan jemputan dan promosi JV, sebuah perkhidmatan penyenaraian pelancaran produk terkini juga ada disediakan di http://www.JVPanas.com di mana sesiapa sahaja boleh sertainya mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Komisyen Affiliate Getresponse Dan Produk Implix Lain Dinaikkan
Ini merupakan berita terbaru sekiranya anda mempromosikan autoresponder Getresponse dan produk lain di dalam program affiliate Implix.
Dengan serta-merta, komisyen affiliate bagi autoresponder Getresponse telahpun dinaikkan dari 30% ke 33% untuk setiap jualan langsung yang dilakukan oleh affiliate. Ini merupakan peningkatan sebanyak 10% daripada komisyen terdahulu.
Walaubagaimanapun, Getresponse juga memansuhkan komisyen tingkat kedua. Jadi, jika anda selalunya mendapat komisyen dari hasil tingkat kedua ini, sekarang anda tidak akan mendapatnya lagi.
Saya rasa, inilah juga sebabnya Getresponse menaikkan komisyen sebegini.
Beberapa soalan lazim yang diajukan berkenaan pertukaran struktur komisyen ini adalah seperti di bawah.
1. Adakah kenaikan komisyen ini cuma untuk Getresponse sahaja atau produk Implix lain yang seperti WebsiteWizard, EbookGold dan HyperTracker?
Kenaikan komisyen ini adalah untuk semua produk Implix dan komisyen anda akan meningkat dari 30% kepada 33%.
2. Adakah kenaikan komisyen ini cuma untuk jualan baru sahaja (jualan selepas pengumuman ini) atau untuk semua komisyen yang saya sedang perolehi sebagai affiliate sekarang?
Kenaikan ini efektif untuk semua jualan langsung yang anda hasilkan dan kami sedang naikkan nilai cek anda sebanyak 10%.
3. Saya sebelum ini dapat komisyen dari jualan tingkat kedua. Bagaimana kedudukannya sekarang?
Disebabkan kami telah mansuhkan tingkat kedua dari dalam program affiliate kami, anda tidak akan lagi dapat komisyen daripada tingkat kedua dan ianya akan dipadamkan dari akaun anda. Walaubagaimanapun, komisyen hasil dari jualan langsung anda akan dinaikkan dari 30% kepada 33%.
4. Kenapa anda mansuhkan tingkat kedua?
Berdasarkan analisis yang teliti daripada maklumbalas affiliate, kami rasakan komisyen tingkat kedua tidak lagi popular dan kami tukarkan struktur komisyen untuk kepentingan affiliate.
Buat pengetahuan anda, berita ini diterjemahkan kepada anda daripada berita yang disampaikan oleh Getresponse supaya anda peka dengan apa yang berlaku dengan Getresponse.
Walaubagaimanapun, harga servis Getresponse masih lagi kekal seperti sebelum ini.









