eBook Rahsia MLM Diberi Percuma? (Tanpa Kebenaran)

Pada minggu lepas, seorang ahli WangCyber email kepada saya menyatakan bahawa ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM diberikan secara percuma di satu laman blog. Saya membuat sedikit siasatan dan mendapati bahawa berita ini adalah benar dan di bawah ialah bukti yang jelas.

rahsiamlm.gif

Saya tak pasti kenapa tuanpunya blog ini berbuat demikian walaupun saya pasti beliau tahu ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini bukanlah ebook percuma.

Setelah menghantar komplen kepada Google/Blogspot (saya tak yakin bahawa mereka akan mengambil tindakan), seterusnya saya tukar nama fail untuk ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM ini.

Ebook Rahsia Sistem Merekrut MLM pernah dijual secara tidak sah oleh seseorang individu sebelum ini tetapi inilah satu insiden pertama yang saya tahu yang melibatkan ebook ini diberi secara percuma tanpa kebenaran saya. Ianya agak menyedihkan kerana industri bisnes internet tempatan masih lagi kecil tetapi perkara sebegini sudahpun berlaku.

Akhir sekali, terima kasih kepada Ahmad Safuan kerana memberitahu perkara ini kepada saya. Saya amat menghargainya dan diharapkan ianya tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang.

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

Terkejut saya melihat perkara ini. Adakah pemilik mengetahui syarat dan haknya atau tidak.Sekiranya pemilik blog ini mengetahui, satu lagi “Intellectual Property” telah dinafikan.

agak kurang sopan jugak blogger tu ya

saudara @saudari yang mengelarkan dirinya adiratna memang tidak bertanggungjawab dan tidak tahu menghargai hasil kerja orang lain. Saya berharap beliau akan sedar dan byk belajar tentang nilai-nilai murni dan integriti untuk menjadi seorang lebih prihatin dan bertanggungjawab.

Tapi tak apa, orang yang memberi link ebook mlm ini secara percuma adalah orang yang kurang bijak.

En. Zamri juga boleh meletakkan password pada ebook tersebut selain menukar laman web muatturun
produk digital.

Biasalah En. Zamri sebagai seorang penulis memang macam tu orang lain nak dapat untuk dari keringat orang lain.

Nasib baik saya dah letak password dan username pada ebook saya.

Kepada mereka yang nak kerja/kaya mudah taubatlah!!!

kadang-kadang kita susah untuk memehami mengapa beliau melakukan tindakan sedemikian ,,ada yang suka-suka marah , dengki dan sebagainya

Pemilik blog itu memang tiada etika langsung. Kurang ASAM..!! Kes begini bukan sahaja En. Zamri seorang yg kena, malah saya pernah terjumpa ebook IM yang lain di jual dgn harga RM 10 sedangkan harga sebenar melebihi RM 50. Dah tentu laris macam goreng pisang panas. Sepatutnya perkara sebegini tidak berlaku kerana ia boleh merosakkan perniagaan internet di Malaysia.
Sekadar memberi pendapat…

Tak sangka, pemilik blog sanggup buat begitu. Pemilik blog tersebut mungkin tidak memahami peraturan yang telah dikeluarkan oleh Sdr atau sengaja menduga. Sabarlah.

Salam,encik zamri
itulah sebahagian daripada cabaran dalam dunia online.Apa pun sebelum diberikan secara percuma,adalah perlu mengetahui syarat yang terdapat dalam mana2 ebook supaya kita tidak melakukan perkara yang tidak sepatutnya.Apapun sekadar renungan bersama saya 4mula7 atau formula7.iGive4u hadiah hidup untuk para pembaca semua.Sekian.

Sabar aje lah ye zamri..kena lebih berhati2 tu.Selamat berpuasa dan berhari raya ye..tulus ikhlas hanya dari saya 4mula7 dan hadiah hidup untuk semua pembaca setia.

salam
cabaran tu bro….nampak gayanye ramai lagi rakyat msia yg perlu dididik dgn akhlak,etika dan moral didlm dunia internet ni.Tak gitu bro [”,]

Assalamualaikum En. Zamri,

Kalau tak silap saya perkara begini pernah berlaku kpd internet marketers malaysia yg lain.. gopala krishnan pun pernah alami perkara yg sama. Apa cara terbaik yg boleh kita buat utk elakkan perkara ni selain cara2 yg En. Zamri cadangkan sblm ni?

Apa ke jadahnya orang itu….heheheh…abang zamri tukar aper2 je yang patut janji produk ni dan produk2 lain tidak dimanipulasikan oleh golongan yang suka tak bertanggungjawab.

emmm nak kata cammane…kat Malaysia ni, kita buat penat penat, diorang beli..pastu pas pas kat kawan kawan…FOC (yg lagi teruk letak dalam internet free..)

tu salah satu kelemahan produk maya kot…leh pas pas kat kawan kawan banyak kali…perkara yg sama berlaku kat industri muzik(mp3)…

orang macam ni memang ramai. Tapi nak wat camana, benda dah jadi..

Bagi saya, pendedahan tentang “Intellectual Property” di ruang cyber masih kurang kepada pengguna internet di Malaysia.
Jadi perkara begini biasa akan berlaku. Malah pada pendapat saya, kemungkinan ada pengguna yang langsung tak tahu yang mereka sebenarnya membuat kesalahan.
Tentang cara penyelesaian, pencegahan adalah yang terbaik. Contohnya penjualan DVD dari Monakas. Mula-mula saya ingatkan yg tuanpunya nih dah gila, sebab bila keluarkan DVD, kan senang orang nak copy?. Tapi bila saya selidik, rupanya beliau sudah sedar akan risiko itu. Dan beliau ada langkah keselamatannya.

Sebenarnya bagi saya, semua orang berhak atas ilmu. Terutamanya bila kita dah bayar untuk produk tuh. Contoh macam sistem rekrut MLM. Ianya saya percaya diperturunkan dari “otak ke otak” cuma dengan cara yang terhormatlah. Berbayar. Kalau saya nak jual atau beri percuma ilmu itu kepada orang lain pun boleh,tak salah pada hemat saya. Cuma tidaklah dalam branding yang sama. Mungkin saya boleh olah semula ilmu yang diperturunkan, tambah sedikit lagi perisa dan wallahh..!! Saya sudah ada ebook baru yang bertajuk mungkin ” Teknik Table Talk” atau ” Kelas Meniaga Larut Malam”.

Sekadar pendapat saya.

Payah juga kalau orang yang tak reti nak menghargai penat lelang usaha orang lain…

Bayangkan lah kalau hasil usaha diri sendiri yang dilakukan sedemikian rupa oleh orang lain pula… macam tak berperasaan je.

tu la kan..macam-macam jenis manusia ada kat dunia ni. pencuri, orang yang tak bertanggungjawab, kat mane-mane pun ada…

Kadang-kadang jadi memang tak sangka..yang baik tu jadikan teladan..yang buruk tu..tolong la jgn ikut..

Memang x patut la.

Tapi boleh x bagi kat saya skrip atau software yang
cuma dapat berikan akses ke laman
web muatturun saya pada had masa
yang saya tetapkan sendiri?

Payah juga kalau orang yang tak fahan dan reti nak menghargai penat lelang usaha orang lain…

Memang begitulah adat orang yang suka menipu. Pada firasat saya penulis blog tersebut memang seorang kaki penipu dan perompak kerana sanggup menggunakan hasil titik peluh orang lain untuk kepentingan peribadi. Bersabarlah saudara Zamri, rasanya kami semua pengikut IM yang sejati melaknati perbuatan seumpama ini. Wallahualam.

Lihat blog pun tak profesinal,ni mesti tuan punya blog pun tak profesional……

huhu..haru2..dia dh xde idea nk post ape kot..ade jugak ek yg nk buat camtu..

nmpaknya sape2 yg nk jual produk digital tu pasni kena la rajin rename file tu..huhuuuu

erm…suka sgt amek keje mudah..

sabarlah ye en zamri. tak pe… dia tak kaya, en zamri pun tak miskin. tak berkat pun rezeki dia nanti…. tak bahagia dunia akhirat orang macam ni… sabar ye….

Salam internet,

Cabaran,cubaan dan dugaan.Huh…pemilik blog tersebut memang tak beretika dan tak menghargai hak cipta org lain…Mungkin pemilik blog tersebut buta etika keusahawanan atau mungkin terlepas pandang tanpa meminta keizinan dari pemilik sebenar.

Apapun, satu tindakan harus dipikirkan bersama dan segala cadangan perlu dibina supaya kegiatan seperti ini tidak berleluasa….sabar Zamri.

Leave a comment

(required)

(required)