“Financial Freedom” bukan semestinya “Personal Freedom”

“Financial Freedom” bukan semestinya “Personal Freedom”
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2014 http://www.PendapatanBulanan.com/

Semasa kecil dahulu, mak dan ayah saya seakan-akan sentiasa ada di rumah sahaja.

Mereka bekerja sebagai penoreh getah (maklumlah saya ni anak Felda di Kedah).

Jadi, kerja mereka cuma separuh hari.

Pergi pagi, bailk tengah hari. Petang sehingga malam sudah bebas untuk melakukan apa sahaja.

Bila saya bekerja sebagai jurutera selepas pulang belajar daripada Amerika Syarikat, saya keluar pagi, balik lewat petang. Ada kalanya balik malam. Ada juga sehingga esok pagi kerana masalah besar di pejabat.

Untuk apa?

Adakah untuk duit yang banyak?

Saya pun tak tahu.

Mungkin “ya”, mungkin “tidak” tetapi hakikatnya saya mencari keselesaan dan kesenangan di dalam hidup dan saya fikir dengan duit, ia memudahkan saya.

Namun, selepas beberapa ketika, saya terfikir.

Adakah ini yang saya cari?

Adakah saya sudah temui apa yang saya cari?

Dipendekkan cerita, pada pertengahan tahun 2009, saya berhenti kerja dan lakukan bisnes internet sepenuh masa.

Pada ketika itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Saya terasa benar-benar BEBAS.

Seronoknya!

Segala yang terbelenggu yang mengawal fitrah saya untuk BEBAS melakukan apa-apa sahaja di dalam hidup ini terungkai.

Pada ketika itu, barulah saya memahami erti KEBEBASAN DIRI (Personal Freedom) yang sebenar.

Ianya bukan disebabkan wang yang banyak atau apa yang dinamakan financial freedom.

Jauh sekali, walaupun hampir.

Kenapa saya katakan begitu?

Kerana walaupun anda tak perlukan “financial freedom” untuk mengecapi “personal freedom”, adalah jauh lebih baik untuk mendapat “personal freedom” melalui “financial freedom”.

Barulah saya faham kenapa mak dan ayah saya sentiasa kelihatan gembira walaupun mereka bukannya memiliki harta yang banyak, duit yang menggunung.

Mereka memiliki personal freedom, bebas untuk melakukan apa sahaja di dalam kawalan mereka, bebas untuk bergerak ke mana sahaja, bebas untuk tidak melakukan apa yang mereka tidak suka.

Sekarang, saya gembira!

Apa yang saya cari… personal freedom… sudah dicapai!

Alhamdulillah…

Dan yang pasti, anda pun boleh berusaha ke arah personal freedom anda.

InsyaAllah, saya akan bantu anda melalui program TuneTalk/ToneExcel kerana saya AMAT PASTI inilah juga program yang dapat bantu rakan-rakan sekalian menempa tempat untuk personal freedom dan financial freedom anda dalam masa 2-3 tahun dari sekarang.

Doakan kejayaan saya dan kejayaan anda bersama.

Aamiin…

Al-Fatihah kepada arwah ayah saya, Haji Nanyan Haji Arshad yang pulang ke rahmatullah pada 15 November 2013 yang lalu.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan pasif berulang (recurring passive income) daripada Internet. Di antara program di internet yang memberikan pendapatan pasif dan berulang kepada Zamri setiap bulan adalah GDI, TrafficWave, Getresponse, Aweber dan banyak lagi. Program terkini yang mendapat pengiktirafan tertinggi beliau di dalam mencipta pendapatan pasif seumur hidup ialah TuneTalk/ToneExcel dan anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program ini di http://www.PendapatanBulanan.com/

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini (termasuk pautan/link di dalamnya) dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang.

Hakcipta Terpelihara (c) 2014 Zamri Nanyan http://www.PendapatanBulanan.com/
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.

Hubungi Zamri Nanyan di https://www.facebook.com/messages/ZamriNanyan sekiranya ingin menerbitkan semula artikel ini di dalam media massa, blog dan sebagainya.
================================================

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

4 Responses to ““Financial Freedom” bukan semestinya “Personal Freedom””

Leave Comment

(required)

(required)