Guna Kad Debit Sebagai Alternatif Kepada Kad Kredit
Kebanyakan daripada bakal usahawan internet yang baru menceburi perniagaan internet mempunyai satu masalah yang sepatutnya tidak berlaku lagi sekarang.
Mereka tidak mempunyai kad kredit untuk berurus niaga di internet. Ini terbukti selepas saya melancarkan beberapa produk tempatan di mana majoriti cara pembayaran yang dilakukan ialah melalui pembayaran ke dalam bank akaun tempatan, sama ada MayBank atau CIMB Bank.
Mendapatkan bayaran terus ke dalam bank akaun tidak menjadi masalah kepada peniaga, malahan ianya menguntungkan peniaga kerana tidak perlu menunggu dana dari PayPal atau 2Checkout (sebagai contoh) dihantar ke Malaysia. Walaubagaimanapun, fokus saya pada kali ini bukanlah kepada peniaga ini tetapi kepada anda yang ingin membuat pembelian di internet atau menyertai sebarang program yang memerlukan anda menggunakan kad kredit.
Banyak peluang dilepaskan hanya kerana anda tidak mempunyai kad kredit. Sebagai contoh, saya baru promosikan program affiliate berbilang tingkat (multi-level affiliate) yang dikenali sebagai GDI (Global Domains International) dan saya dapati ramai yang ingin menyertainya ‘sangkut’ kerana tidak mempunyai kad kredit.
Oleh itu, saya amat menyarankan sesiapa sahaja yang hendak membina perniagaan internet mereka untuk dapatkan kad debit (alternatif kepada kad kredit) supaya perjalanan perniagaan internet anda tidak terbantut.
Saya juga hasilkan satu video ringkas semata-mata untuk menekankan betapa pentingnya anda mempunyai kad debit atau kad kredit, dan anda boleh lihat video tersebut di bawah:
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=wIQ4u-mU598[/youtube]
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Ya, betul tu bro Zamri. Kad Kredit memang penting dalam perniagaan internet. Kelebihan lain ialah kita boleh ‘keep track’ apa produk atau servis yang kita dah beli melalui statement.
Saya rasa kad debit mmg lebih selamat berbanding kad kredit. Ini mengelakkan kita berhutang dan supaya tidak lebih berbelanja. sy pun x berani nk apply kad kredit, takut lupa diri.
yang GDI ini wife zamri yang join kan?
tula…saya mmg tak pakai kad kredit
berhantu…..pakai kad debit gak yang recommended
Kad debit eon bank senang nak apply, terus dapat sekejap jah
kalau dah blacklist dengan bank tertentu yg mempunyai kad debit…bila dah apply..permohonan tidak diterima…org mcm ni cam ner kita boleh advise
Camner nak apply Kad Debit EON Bank.
thank you.
saya masih pelajar menuntut di IPT..
sekarang saya mahu bertanya bolehkah saya memohon debit Card? debit Card perlu penjamin ke tidak?
@ KampungBoy – saya ada akaun wife & akaun sendiri
@ Pemuda Runsing – apply kat bank lain
@ Budak Baru Belajar – pergi EON bank
@ Amalina – tak perlu penjamin. Boleh buka macam tu je.