Hentikan Promosi DubaiMLM!

Kebelakangan ini, saya dapat banyak sangat spam pasal DubaiMLM dan saya dah muak dengan email tersebut sehingga terpaksa menulis tentang ini kepada anda.

Dua tahun lepas, saya pun ada menulis pasal SwissCash di dalam blog saya di http://mlmlessons.com/zamrinanyan/2006/09/get-rich-quick-silly-online-investment.html

Hasilnya, ada yang balas balik mengutuk saya dan cuba ‘back-up’ program tersebut. Lepas tu saya dah kurang sedikit membuat ulasan sebegini – sebabnya… no point – yang sertai program sebegini tak akan makan saman.

Tapi selepas difikirkan balik, jika saya tidak memberitahu kepada lebih ramai orang diluar sana, siapa lagi yang akan melakukannya?

Terlebih dahulu, saya ingin mengatakan yang pandangan saya mungkin salah di kemudian  hari tetapi saya cuba menggunakan asas-asas yang munasabah dan pengalaman saya untuk membantu anda.

Baiklah… begini…

Jika anda ingin melakukan sebarang Online M L M, tidak salah tetapi anda perlu teliti dahulu beberapa perkara penting. Tak perlu diselidiki sehingga terlalu mendalam tetapi cukuplah dengan soalan seperti di bawah:

1. Siapa pengasas syarikat yang anda sertai dan adakah beliau benar-benar wujud?

2. Di manakah syarikat tersebut?

3. Siapakah yang mempunyai kredibiliti di dalam industri ini yang memberikan saranan atau ‘recommendation’ untuk syarikat ini.

4. Logik ke operasi sebegini?

dan beberapa soalah yang senang lagi.

Kalau soalan yang senang sebegini pun tidak mempunyai jawapan yang kukuh, saya cadangkan anda jauhkan diri daripada program sebegini (yang cuma memburukkan lagi nama MLM).

Untuk pengetahuan anda, saya cuma mempromosikan 2 program online M L M dan saya mungkin tidak akan menyertai sebarang program lain dalam masa beberapa tahun lagi. Jadi, anda tahu yang saya bukannya yang jenis suka lompat dari satu syarikat ke syarikat lain semata-mata untuk membuat keuntungan.

Bina network yang besar merupakan perkara yang lebih penting buat saya… dan salah satu usaha saya untuk membantu mereka yang berminat dengan online M L M ialah dengan mencipta sistem VideoPercuma ini sendiri… dan lihatlah satu cara yang saya bina di sini:

http://www.VideoPercuma.com/r/zamri/rahsia.html

Baiklah, sekarang anda tanya diri anda sendiri jika soalan yang saya berikan di atas boleh anda jawab apabila seseorang mempromosikan DubaiMLM kepada anda.

Akhir sekali, saya mengalu-alukan anda untuk menyalin semula email ini dan meletakkannya di blog anda sekiranya ia dapat membantu pembaca blog anda.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. Dua Online M L M yang saya sertai ialah Kiosk & Success University. Jika berminat dengan salah satu program ini, sila hubungi saya melalui email (nota – perlukan kad kredit untuk sertai).

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Online MLM

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)