MLM atau Agen Bebanan Hutang?

MLM atau Agen Bebanan Hutang?
oleh Zamri Nanyan

Semalam saya sempat baca satu artikel yang panjang tentang seorang pengedar produk syarikat multi-level-marketing.

Dahulunya beliau memang pengedar tegar untuk produk syarikat tersebut, namun setelah beberapa insiden, akhirnya beliau tersedar bahawa banyak perkara yang dilakukan tidak betul.

Sedih bila saya dengar cerita-cerita sebegini kerana pada pendapat saya, MLM adalah untuk sesiapa sahaja mudah memulakan perniagaan.

Tapi sekiranya untuk mula menjual produk MLM pun anda disuruh untuk mengambil pinjaman sebanyak puluhan ribu ringgit, saya sendiri pun merasa jelek dengan taktik sebegitu.

Maaflah sekira perkataan saya agak kasar tapi itulah yang saya rasakan sekarang.

Apa yang berlaku ialah, selepas anda menyertai MLM tersebut dengan mengambil pinjaman, kemudian anda pula cari orang untuk melakukan perkara yang sama, tidakkah itu membebankan orang dan bukannya menolong orang memulakan bisnes?

Itu namanya menambahkan bebanan hutang orang.

Saya tak pasti sekiranya ada di kalangan pembaca wall saya ini juga adalah di antara mereka yang saya sebutkan di atas.

Tapi jika anda adalah di antaranya, muhasabah diri sendiri dan lihat bagaimana masalah ini dapat diperbaiki atau diselesaikan.

Ingatlah! Saranan saya dan ramai lagi usahawan di luar sana ialah mulakan bisnes dengan dana yang sedia ada. Mula dengan kecil-kecilan dahulu pun tidak mengapa. Kemudian, sekiranya perlu untuk memperbesarkan bisnes yang sedang berkembang, barulah anda boleh fikirkan untuk mengambil pinjaman.

Bukannya ambil pinjaman untuk memulakan bisnes yang belum tentu anda faham, belum tentu anda yakin, belum tentu anda rasa akan berjaya.

* artikel asal – https://www.facebook.com/ZamriNanyan.page/posts/586924258035112

 

03-normal[1]

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)