17 Fail Kemewahan dari Rahsia Pemikiran Jutawan (bahagian 2)

17 Fail Kemewahan dari Rahsia Pemikiran Jutawan (bahagian 2)
oleh Zamri Nanyan

secretsofmillionairemindBerikut adalah kesinambungan kepada artikel yang ditulis sebelum ini di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/17-fail-kemewahan-dari-rahsia-pemikiran-jutawan

Wealth File #3: Rich people are committed to being rich. Poor people want to be rich.

Maksudnya, orang kaya mempunyai iltizam dan berusaha menjadi kaya, manakala orang miskin cuma inginkan kekayaan.

Keinginan untuk menjadi kaya sahaja tidak cukup. Untuk mencapai kemewahan, orang kaya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Mereka akan pastikan usaha mereka menjurus ke arah kemewahan.

Orang miskin juga mengimpikan dan menginginkan kekayaan tetapi ianya tidak disusuli dengan usaha dan semangat yang menjurus kepada kekayaan. Ada juga sesetengah orang miskin cuma berangan-angan untuk kaya.

Wealth File #4: Rich people think big. Poor people think small.

Maksudnya, orang kaya sentiasa berfikiran besar, manakala orang miskin berfikiran kecil.

Sebagai contohnya, si kaya akan memikirkan bisnes yang dibina akan menjadi satu jenama besar yang popular di kalangan orang ramai. Mereka mempunyai perancangan untuk menjadikan bisnes kecil sebuah franchise atau cawangan yang banyak pada satu ketika nanti.

Orang miskin pula akan berfikiran sebaliknya. Jika ada bisnes yang boleh dilakukan secara kecil-kecilan, mereka tidak akan berfikir untuk memperkembangkannya lagi. Cukup sekadar cukup makan adalah moto kebanyakan orang miskin.

Wealth File #5: Rich people focus on opportunities. Poor people focus on obstacles.

Maksudnya, orang kaya akan fokus kepada peluang yang muncul dari setiap perkara, manakala orang miskin akan fokus kepada masalah dan halangan sahaja apabila sesuatu perkara itu timbul.

Di dalam sesuatu perkara, pasti ada buruk dan baiknya. Contohnya, jika ada sekeping tanah hutan berbukit ditawarkan kepada orang kaya, mereka akan melihat tanah tersebut sebagai sebuah kawasan perumahan atau rekreasi untuk orang ramai datang melawat dan bersantai. Hasil ini akan memberikan pulangan pendapatan yang lumayan. Orang miskin pula akan melihat tanah tersebut sebagai bebanan kerana mereka terpaksa berusaha membersihkan tanah tersebut untuk menjalankan sebarang projek. Pada masa yang sama, mereka mungkin masih tidak tahu apakah projek yang mahu diusahakan.

Wealth File #6: Rich people admire other rich and successful people. Poor people resent rich and successful people.

Maksudnya, orang kaya mencemburui secara positif terhadap orang yang berjaya dan kaya di dalam hidup mereka, manakala orang miskin tidak menyukai orang kaya atau orang yang berjaya di dalam hidup.

Ianya agak sukar untuk anda menjadi seseorang yang anda tidak sukai. Itulah sebabnya orang miskin sukar menjadi kaya. Mereka tidak mahu menjadi kaya secara tidak sedar kerana mereka tidak sukakan orang kaya. Secara tidak langsung, mereka juga takut orang lain tidak menyukai mereka sekiranya mereka menjadi kaya nanti.

Sebaliknya, orang kaya sukakan orang yang berjaya dalam hidup orang kaya yang lain. Mereka jadikan mereka sebagai sumber inspirasi supaya suatu hari nanti mereka juga akan menjadi setaraf dengan orang-orang ternama. Dengan ini juga, mereka akan suka berkawan dengan orang yang telah pun berjaya.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

http://usahawaninternet101.com/youtube

 

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Artikel, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

10 Responses to “17 Fail Kemewahan dari Rahsia Pemikiran Jutawan (bahagian 2)”

Leave Comment

(required)

(required)