“Outsource” Bisnes Internet Anda Untuk Keuntungan Maksima

Apabila mendengar berita mengenai laporan percuma Outsourcing Mistakes, saya tahu yang laporan ini bersesuaian dengan topik yang akan saya bincangkan di sini.

Mungkin saya tidak melakukan “outsourcing” secara besar-besaran tapi memang ada beberapa elemen di dalam bisnes internet saya yang memerlukan saya untuk upah orang lain melakukannya.

Sebagai contoh… saya tidak mempunyai bakat di dalam rekacipta grafik atau laman web. Jika saya ingin membina satu blog, saya akan cari templet yang sesuai, ubah beberapa setting di dalam control panel dan terus gunakan blog tersebut.

Tetapi, bila saya memerlukan satu laman web ‘direct response’ untuk menjual produk saya, saya tidak dapat melakukan seperti di atas. Sebenarnya, memang saya boleh belajar kemahiran membuat grafik dan laman web. Masalahnya, saya cuma ada 24 jam sehari (sama seperti orang lain) tetapi jika saya hendak melakukan kesemuanya, saya terpaksa menjadi Superman, dan semestinya saya bukan Superman. :)

Jadi, saya dapatkan bantuan dari orang lain

Berikut ialah beberapa kerja yang saya berikan kepada pakar untuk melakukannya untuk saya.

1. Rekabentuk E-Cover dan banners untuk tujuan marketing.

2. Mini site untuk laman web jualan saya.

3. Terjemahan.

4. Pemasarang skrip seperti skrip affiliate, borang pengesahan bayaran dan sebagainya.

5. Dan banyak lagi…

Saya tak melakukan kesemuanya yang berkaitan dengan bisnes saya walaupun saya tahu ianya menarik untuk dicuba.

Tetapi, bila tujuan asal saya membina laman web jualan ialah untuk menghasilkan keuntungan, saya kena pastikan yang aktiviti yang tidak mendatangkan jualan kepada saya diberikan kepada orang lain supaya saya boleh menumpukan perhatian saya kepada aktiviti lain.

Ini juga akan membuatkan saya menumpukan perhatian kepada aktiviti pemasaran sepenuhnya disebabkan saya merasa tidak selesa lagi untuk outsource bahagian ini kepada orang lain.

Jadi, itulah yang ingin saya bincangkan hari ini… beberapa rahsia saya menjalankan perniagaan di Internet.

Sekarang tanya diri anda… Adalah anda lakukan kesemua kerja anda untuk membina bisnes di Internet? Jika ‘ya’ dan aktiviti tersebut menghadkan anda untuk maju ke hadapan, anda perlu berfikir untuk mengadaptasikan konsep ‘outsourcing’ atau upah pakar lain untuk membantu anda.

Baiklah, saya juga ada memberitahu anda pada permulaan artikel ini mengenai laporan terbaru mengenai topik yang kita bincangkan ini. Ianya dinamakan Outsourcing Mistakes dari Chris Crompton.

http://getresponse.net/t/10841103/614169/182498357/2/

Ianya satu laporan ringkas untuk anda baca (14 mukasurat) dan anda boleh gunakannya untuk menyemak samaada anda pernah melakukan kesalahan semasa outsourcing atau paling kurang pun, laporan ini boleh memberikan persediaan untuk anda jangkakan apabila anda ingin mengupah orang lain melakukan kerja untuk anda nanti.

Teruskan download. Ianya PERCUMA!

ikhlas,

Zamri Nanyan

Artikel, Pemasaran Internet, percuma

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)