Pemasaran SMS Yang Tak Berkesan!

[youtube]http://youtube.com/watch?v=tPIfY-0iW7M[/youtube]

 

Video di atas saya rekod selepas mendapat SMS yang pertama kali mempromosikan produk affiliate. Saya rasa ianya dilakukan oleh individu yang baru ingin mencuba promosi produk affiliate menggunakan talipon bimbit.

Usahanya baik tapi caranya tidak betul.

Saya memang berminat juga mempromosikan produk melalui SMS tetapi bukan untuk produk internet lagi. Saya juga tak nafikan yang cara promosi SMS mempunyai peluang yang agak besar untuk mencapai prospek pembeli. Kalau tidak, tak mungkin ada banyak iklan servis SMS di kaca televisyen dan media tempatan.

Sekiranya anda berminat untuk mencuba promosi produk internet melalui SMS, saya cadangkan anda lakukannya dengan betul.

Sama seperti penggunaan autoresponder, anda juga perlu membina mailing list untuk promosi SMS anda sendiri. Selepas anda mempunyai senarai nama yang besar yang sudah mengenali anda, barulah anda mempromosikan produk yang anda ingin syorkan kepada mereka yang berada di dalam mailing list anda.

Setakat sekarang, saya tahu rakan saya, Irwan Dahnil, sedang membina senarai nama nombor talipon melalui khidmat SMS ini. Jadi saya tahu ianya tidak mustahil untuk dilakukan.

Disebabkan saya pernah menghabiskan lebih 1 jam mendengar seminar perniagaan SMS beliau pada tahun lepas, saya pasti anda juga dapat mempelajari perkara yang sama – dan mungkin memulakan bisnes SMS anda sendiri (sama ada untuk pemasaran ataupun untuk memberikan servis).

Saya tak dapat terangkan dengan lebih mendalam kerana bisnes SMS bukanlah bidang saya tapi jika anda berminat, saya cadangkan anda menghadiri seminar yang dikendalikan oleh Irwan Dahnil.

Maklumat lanjut mengenai seminar ini ada di:

http://www.affiliatespaycenter.com/t//idevaffiliate.php?id=1189

(tarikh seminar paling dekat ialah pada 29 Mac 2008 ini) 

Saya juga pernah membaca ebook yang Irwan tulis tetapi ianya tidak sama dengan pengalaman saya mendengar dan melihat pembentangan beliau di dalam seminar. Dan sesuatu yang saya masih ingat lagi dari seminar tersebut ialah kos untuk menjalankan bisnes SMS ini tidaklah semahal yang saya jangkakan. 

Jadi… kalau anda berminat untuk melakukan promosi produk anda, janganlah lakukannya seperti contoh SMS yang saya dapat di dalam video di atas. Pelajari selok-belok pemasaran SMS dengan betul dahulu sebelum anda bermula.

Pemasaran Internet, Seminar Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

14 Responses to “Pemasaran SMS Yang Tak Berkesan!”

Leave Comment

(required)

(required)