Tip Memilih Hari Pelancaran Produk Di Internet (bahagian 1)

Tip Memilih Hari Pelancaran Produk Di Internet (bahagian 1)
oleh Zamri Nanyan

Di dalam pasaran luar negara, memilih hari pelancaran produk di internet mungkin tidak sama seperti hari pelancaran produk di dalam pasaran tempatan.

Ini disebabkan majoriti pembelian di internet di pasaran antarabangsa melibatkan penggunaan kad kredit dan paypal.

Di Malaysia pula berlainan.

Majoriti pembelian adalah dengan menggunakan pembayaran ke dalam akaun bank pemilik produk atau ke dalam akaun bank syarikat yang menguruskan jualbeli produk.

Contoh syarikat yang membantu usahawan mengendalikan pembelian secara online adalah seperti Jomniaga (www.bit.ly/DaftarJomniaga) dan sebagainya.

Maybank pula menjadi pilihan bank terbesar di dalam urusniaga di dalam internet ini, terutama sekali pembelian produk digital.

Jadi, sebagai penjual, kita perlu tahu bila tarikh sesuai untuk melancarkan produk berdasarkan bila bakal pelanggan kita mampu membeli.

Satu tip yang boleh diguna pakai ialah semasa bakal pembeli mendapat gaji.

Dan selalunya gaji pekerja diberi di akhir bulan.

Maka adalah lebih baik untuk melancarkan produk di akhir bulan jika hendak dibandingkan dengan pelancaran pada tengah bulan.

Dengan cara ini, anda mudah memujuk bakal pelanggan untuk membeli kerana mereka telah mendapat gaji dan wang untuk dibelanjakan.

Contohnya, produk ini dilancarkan pada hari ini, 26 Ogos 2013.

http://bit.ly/TipsLulusLoan

Sesiapa yang telah mendapat gaji dan berminat untuk mempelajari cara mudah lulus pinjaman perumahan boleh mendapatkan ebook ini, bukan kerana ianya tidak dijual lagi pada masa akan datang tetapi disebabkan adanya kuasa untuk membeli pada hari-hari awal gaji diberikan.

Jadi, tip pertama di dalam memilih hari terbaik untuk melancarkan produk ialah pada hari bakal pembeli anda mempunyai kuasa untuk membeli – iaitu hari gaji diberikan.

tips mudah lulus loan

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)