Jualan Amal “Mentor Jutawan” (Membeli Sambil Menderma)
Sebelum ini saya sudahpun mengumumkan bahawa saya sedang melakukan jualan amal untuk program “Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata” di mana 50% hasil jualan ebook “Mentor Jutawan” akan dikumpulkan untuk membeli baju-baju Melayu dan baju-baju kurung untuk anak-anak yatim dan fakir miskin.
Di sini, saya hasilkan sebuah video menunjukkan kepada anda beberapa helai baju yang telah dibeli dan akan didermakan dalam masa terdekat.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=jgtpYxynK10[/youtube]
Dengan ini juga, saya ingin merakamkan terima kasih kepada anda yang telah membeli “Mentor Jutawan” kerana pembelian anda telah berjaya menyumbangkan dana untuk tujuan amal ini.
Pada masa saya menulis ini, ada lagi pesanan untuk “Mentor Jutawan” dan ini bermakna akan ada lagi baju raya yang akan saya beli nanti.
Anda semua memang best – teruskan beri sokongan kepada usaha amal ini.
Sekiranya anda ingin membeli sendiri baju raya untuk didermakan kepada program amal ini, sila lawati http://www.TeamPenang.com/baju-raya untuk maklumat lanjut.
Jika anda ingin beli “Mentor Jutawan” sambil menderma dan mengamanahkan saya untuk membeli baju-baju raya ini, anda boleh lakukan pesanan dengan melawati http://www.TeamPenang.com/mentorjutawan
Semoga usaha kita diberkati dan Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa bagi pembaca yang beragama Islam!
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Tahniah atas usaha murni ni. Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadhan.
Selamat berpuasa