Jualan Pertama Saya Di Internet (Kisah Motivasi)
Saya kongsi cerita ni di salah satu forum yang saya lawati dan saya rasa sesuai untuk saya berkongsi dengan anda semua di blog bisnes digital ini. Jadi, saya harap ianya sedikit sebanyak dapat memberikan semangat mendalam buat anda.
***************
Saya selalu kongsi cerita ni dengan orang lain tapi mungkin tak ramai lagi yang tahu…
Jualan pertama saya adalah hasil daripada produk ClickBank. Komisyen cuma $9.97. Produk tu harganya $17.
Best kan dapat jualan pertama di internet?
Mat Saleh pulak beli tu… ye la saya kan Asian…
Tapi tak ramai yang tahu bahawa untuk mendapatkan komisyen $9.97, saya ambil masa selama 3 bulan (tu tahun 2003).
Banyak dah saya belanjakan…
1. pergi seminar = USD$700
2. beli domain = USD$10
3. beli autoresponder = USD$249
4. beli hosting = USD$24.95 / month
Tu tak masuk bersengkang mata, buat laman web sendiri (godek-godek sendiri), pasang skrip sendiri, test skrip sendiri dan macam-macam lagi sendiri.
Beli iklan pun ada… ebook dah berapa saya beli pun tak tahu. Kalau nak ikut, dekat ebook dan iklan ni saja pun dah beribu.
Duit habis ribu-ribu ringgit. Cuma USD$9.97 saja yang dapat… tu pun tak dapat keluarkan lagi sebab ClickBank limit kepada USD$100.
Tapi di sepanjang perjalanan 3 bulan saya di internet, saya dah belajar banyak dan salah satu pengajarannya ialah saya tak boleh putus asa.
Keseronokan mendapat USD$9.97 melebihi segala-galanya.
Sekarang saya faham… inilah yang dinamakan nilai pelajaran saya. Kalau saya dah habiskan ratusan ribuan ringgit untuk ke sekolah sehingga ke universiti, dan masih perlu balik cari kerja di Malaysia (saya dapat degree di US), saya sebenarnya tidak punya jaminan untuk mendapat balik ratusan ribu ringgit yang saya belanjakan untuk dapat degree. Bahkan saya balik dengan hutang JPA sebanyak RM90,000.
Jadi, jika dibandingkan dengan pelajaran yang saya terima semasa membina bisnes internet internet, ianya tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan belasan tahun saya habiskan untuk mendapatkan sekeping degree dalam Computer Engineering.
(jangan salah anggap, saya masih lagi berasa bangga kerana anak Felda dari Kedah dapat menggenggam sekeping ijazah dalam Computer Engineering dari sebuah universiti di New York walaupun ilmu untuk mendapatkan ijazah tersebut tidak digunakan 100% sekarang)
Nasihat saya… setiap orang akan mempunyai masa mereka dan juga kos mereka sendiri untuk mencapai sesuatu di dalam bidang yang diceburi.
Ianya tidak akan sama dengan orang lain tapi anda boleh leverage pembelajaran anda dengan mempelajari apa yang orang lain telah lalui.
Zamri Nanyan
ps. jika anda rasa paparan ini adalah cara saya meninggi diri, terpulanglah kepada anda. Niat saya satu – cuma untuk menaikkan semangat anda di dalam perniagaan internet ini.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








motivasi macam dr tuah iskandar jugak.
memang itu satu pelajaran yang terpenting dalam kehidupan… biarpun beribu sudah habis duit dilaburkan untuk mendapatkan hanya usd10 ia memang berbaloi… nak lebih motivasi lagi bleh tengok citer pengembaraan dr tuah iskandar… banyak pengalaman yang telah beliau timba…
pengalaman mengajar erti pencarian wang yang sebenar…
Saya setuju dengan perkongsian saudara. Saya juga melalui situasi yang sama. Kesungguhan untuk belajar, kesabaran untuk berusaha dan pengorbanan wang serta masa adalah perkara yang diperlukan untuk mencapaikan kejayaan. Yang penting bila dah gali.. gali sampai keluar minyak. Never give up!
Hehehe.. Thanks bro kongsi kisah nie.. Memang syok kongsi kisah pendapatan pertama di Internet.. Ingat lagi dulu masa dapat untung USD1 pertama, memang senyum sorang2 depan PC. Sampai masuk toilet pun senyum tak hilang2 lagi.. haha. Thanks for sharing.
Saya Suka Cerita Motivasi Zamri ni.. Boleh Memulihkan kembali semangat yg dah luntur & berkarat! Syabas Inspektor sahab( cakap dlm hindi)
Mendapat hasil pertama dari internet memang seronok. Dapat check pertama dari Google adalah satu pengalaman manis. Bagaimana nak maintain the momentum pun satu cabaran juga. Harap saudara Zamri boleh kongsikan dalam artikel seterusnya. Terima kasih.
pertama aku bangga ngan zamri ni coz ada pelajaran. keduanya boleh berkongsi cara menjana duit dari internet.
aku ada kenalan cam zamri ni. dapat master kat UK(1996/7), kemudian balik Malaysia buat kerja internet. mula2 tu pelik juga kami dibuatnya. tiba2 je dia beli kereta berharga lebih 100K dengan deposit yg begitu banyak. tetapi sampai sekarang saya belum berguru dengannya secara total.
syabas buat bro zamri
Saya setuju dengan post ini.Ramai yang tidak sanggup menghadapi proses ‘pembelajaran’ ini.Bukan sahaj dalam bisnies online tetapi offline juga.Sebenarnya jika peringkat permulaan kita gagal mendapat jualan bukan bermaksud kita gagal cuma kita belum jumpa cara yang betul saja.Tq bro Zamri atas motivasi ini
kisah motivasi yang menaikkan semangat saya..
memang kejayaan tidak akan datang dengan mudah..
yang penting semangat tinggi yang konsisten dan tidak pernah berputus asa..
waa caya sama lu. betullah memang seronok dapat income pertama dr internet RM 10 .tiba-tiba ada email dr maybank2u. affiliate jual ebook pancut isteri pulak tu.ha ha.
sy ingat sy sorang kumpul ebook tapi tak dpt hasil.
niat tuntut ilmu ,income no 2
Wow!Sakit tu 3 bulan hanya USD9.97!I langsung tak dapat apa2..Ada cara lagi ke nak tarik perhatian pembeli?
Nilai sebuah kejayaan bukan terletak kepada wang ringgit mahupun dollar atau pound…
Semuanya terletak kepada ilmu…ilmu tidak akan habis sehingga kita menyahut seruannya…tetapi ilmu yg di beri akan sentiasa segar dan menjadi bekalan untuk akhirat…
terima kasih atas perkongsian ikhlas saudara. Saya dapat melihat diri saya dalam cerita di atas…saya baru bermula dalam perniagaan internet dan juga sudah beribu ringgit dilaburkan dalam pembelajaran saya…ebook pun banyak tak terkira..sebut saja RR MRR..PLR…banyak dah terhimpun dalam harddisk laptop saya…harga laptop dah rm2k..broadband rm500+…ebook-ebook yg ada..tak dapat kira..and baru-baru ni dapat komisyen USD37 dlm clickbank…and ada juga dalam hasil jualan saya untuk produk tempatan…modal belum balik tapi…saya tidak give up…kita yg baru bermula pun semua jangan putus asa k…sayang duit yg kita dah laburkan..lebih baik lagi kalau kita teruskan…
syabas saudara…utk motivasi ini. Saya dapat motivasi dan bersemangat kembali..:-)
Pengalaman pertama dapat sale dari internet memang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Rasa happy je dalam seminggu tu walaupun sale tu tak banyak mana.
Tambah bersemangat saya baca cerita Zamri (^_^)
betul apa yg sifu kata
kesabaran je lah..
amin3x
salam sukses
Terima kasih kepada saudara Zamri di atas kata-kata nasihat dan motivasi. Apa yang saya nampak, segelintir mereka yang menceburkan diri dalam IM ini ada yang nak dapat keuntungan terlalu cepat, sedangkan UJIAN sebenar dunia bisnes internet belum lagi bermula.
Saya sarankan kita cambahkan dulu MINAT, kemudian daripada minat tadi akan berbuahnya HASIL. Usah harapkan hasil untuk pupuk minat.
rina dah hampir 2 bulan dalam perniagaan internet ni. dah beli macam2. ebook pun dah beli.. dah beli web hosting… domain dan mcm2 program lagi…
duit pn banyak dh dilaburkan…. keuntungan belum nampak lagi.
hari tu cuba buat duit cara youtube yang lisahilmi ajar tu… tengah rancak dan baru nak upload video ke 64… dah kena “close account” sebab infringement – hak cipta. frust giler….
buat lak program ebook RPD oleh saudara zamri nanyan… sampai sekarang tak da sapa nak tengok.. rina tengok sendiri2 jer… tengok hasil laman web sendiri yang dh di tokok tambah… senyum dalam tangisan…
pastu masuk program ebook clickbank pasal affilite programs..sama gak hasilnya… dh buat domain dan web hosting trial 6 bulan.. tak ada hasil gak.tengok akaun kat cj.com ngan clickbank.com …masih USD0.00 … hampa!!!
tapi satu kesimpulan yang rina nak buat.
rina masih setahun jagung dalam bisness ni. saudara zamri nanyan (sifu) dan sekutunya dah bertahun dalam bisnes ni. depa pun masa dulu2 cam rina gak. tapi depa kuat semangat… cuba buat macam2 sampai berjaya.. jadi satu pesan rina pada anda semua… terutama pada newbie2 yang baru nak mengenali dunia internet ni.. JANGAN PUTUS ASA DAN JANGAN MENYALAHKAN SESIAPA!!!
modal yang dilaburkan tu jgn dijadikan ukuran untuk kejayaan kita…tapi ianya adalah permulaan untuk kita mengenali dunia internet ni.. cuba banyak bertanya kalau ada masalah pada sifu yang ada seperti zamri nanyan, gobala krishnan, amirol, nayan mohd, jebat, saifulhisyam, lisahilmi dan banyak lagi… pada rina mereka ni akan membantu bila diperlukan. Jadikan mereka sebagai contoh untuk kita berjaya. mereka tak pernah merungut tetapi mereka memberikan pada kita segala pengetahuan yang mereka ada dengan bayaran yang terlalu murah. apa yang perlu.. kita ikut langkah mereka dengan penuh sabar… banyak kan ber forum. insyaalah kita kan berjaya…
masuk kali ni rina dah 2 kali bukak akuan youtube dan rina takkan putus asa.. bagi rina kesabaran itu penting… perbanyakkan ilmu dalam perniagaan ni. belajar dari masa ke semasa..
akhir sekali pesan rina ” DUIT YANG KITA LABURKAN JANGAN DI UNGKITKAN… TAPI JADIKAN ILMU YANG KITA DAPAT DARI PERLABURAN TU… UNTUK KITA REDAH DUNIA INTERNET TANPA SEMPADAN INI DAN INSYAALAH SATU HARI NANTI KEJAYAAN TETAP MENANTI KITA..”
Kalau macam tu la pengalaman orang lama, kita yg baru nak kenal apa itu IM kena kuatkan semangat. Saya pn rasanya dah hampir-hampir give up ni tapi bila terbaca apa sifu Zamri tulis semangat tiba-tiba datang semula. Saya ngn rina ni pengalaman hampir2 sama. Macam-macam ebook dah beli, video pn dah beli tapi hasilnya belum ada. Tapi macam sifu zamri bagitau kesabaran + usaha itu adalah kunci kepada kejayaan. Insyaallah…
terima kasih atas perkongsian cerita saudara zamri. alhamdulillah, usd1 saya yg pertama bermula dari ebay. bukan usd1 yg dapat tapi usd7.99 hasil jualan mouse pad. tersenyum sorang2 depan laptop. eh, aku dah dapat duit secara online ker? eh, usd7.99 tu duit aku ker? hahaha…macam tak percaya. bermula dari situ saya mengorak langkah masuk dalam dunia ebay sepenuhnya tapi belum berhenti kerja lagi. upcoming kot. hehehe…tapi memang best. kepuasan yang tidak ternilai. tapi saya dapat duit tu agak cepat la. tak la menunggu hingga 3 bulan. listing hari ni. habis tarikh bid, dapat la duit tu seminggu kemudian ….. terima kasih bro zamri atas perkongsian cerita anda.
Betol kata rina. sy ni dr Penang tp dh pndh ke Kuching, Sarawak. dulu di Semenanjung sng nk p kursus/seminar/dialog/etc. tapi bila dh di Kch ni betol2 terhad.memang ada kursus/seminar/etc tapi mahal.tak mampu la plak.
suami dah bising. RM dah banyak abis tapi habok pun tarak! saya geram tol.sebab dia cabar saya if betol internet biz ni boleh wat RM buktikan kat dia.saya nak sangat2 tunjuk bukti kat dia yg saya mampu wat & dapat hasil dr internet biz. tapi 2 la…. sampai rini xdak papun lagi :-”
cuma bila cukup RM beli ebook.baca.applykan.tapi sampai la ni xnampak hasil pun lagi
kadang2 nk ja saya give up tapi sy cabar diri sendri if org lain mampu wat KENAPA SAYA XBOLEH???? Mungkin bukan masa saya lagi tapi etlis nak gak saya tgk hasil wpun dapat RM0.10….
RSB pun saya dh beli.cuma sy xtau cmna nak promote ja.p forum wangcyber.com pening kepala saya nk baca.dah la saya ni bkn jenis yg tau hal2 forum/blog/chat….nangis saya!!!! saya pun xtau dgn sapa lagi saya nk luahkan ke’frust’an saya ni…if dgn suami konpom saya dimarah balik……
wwwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Salam semua, Alhamdulillah dengan motivasi yg saudara Zamri berikan ini akan lebih bersemangatlah saya untuk cuba menjalankan perniagaan melalui internet ini walaupun banyak dah RM yg di laburkan dalam dunia perniagaan internet ini… semoga kami yg baru berjinak dengan perniagaan internet ini senantiasa di beri motivasi oleh sifu-sifu yg ada di Malaysia ini… Thank
Macam saya pun dah banyak keluar duit,tapi yang tak syok bila husband complain tak npk apa pun,macam angat tahi ayam je,tu kadang2 nak beli ebook ke apa, tak bagitau dia.
Terima kasih Saudara Zamri.
Betul Kata anda…Rezeki Sukakan kesabaran..Macam mana nak jual orang tak kenal kedai kita. Kena buat gempak ,godeh sana sini baru orang tahu. Buat teman yang baru macam saya..saya ada beli rcb…dan dah buat promosi..ada jualan pertama..pun dah semangat.Kalau tak ada seles tanya diri apa yang kita dah buat….
tak ada yang mudah, kecuali yang engkau jadikan mudah….amin
salam saudara semua,
memang betul apa yang saudara zamri kongsikan. tidak semua orang sama dalam usaha untuk mencapai kejayaan, ada yang hanya perlu kerja sikit tapi terus mencipta kejayaan dan ada yang perlu kerja lebih untuk mendapat hasil. TQ dengan perkongsian ni
Bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian
tapi kalau bersakit sakit semenjak dahulu sampai sekarang pun masih sakit camne ?..
I’m still waiting for that moment. Hopefully ia menjadi kenyataan…. Amin.
Ketabahan dan kekentalan hati saja kita perlukan untuk menghadapi cabaran dunia internet ni dan syukurlah ada sifu kita saudara Zamri yang sentiasa memberikan motivasi,tips-tips beliau juga sangat berguna dan bagi saya sifu Zamri ni memang hebat dan wajarlah digelar sifu,mudah-mudahan dengan ketabahan kita semua akan berjaya juga di masa akan datang.
Salam,
Pelaburan yang terbaik adalah pelaburan untuk mendapatkan ilmu. Pasti berbaloi!
Salam Kejayaan
saya pun sama gak dengan rina… kalo bab ebook sebelum kita beli penuh dengan janji2 manis…. tp habuk pun tarak… tp xkisah la kan… kita perbaiki ape yg salah….. kdg2 2 putus asa dtg jgak… mata dah nak naik lebam… duit even 1sen pun xdapat…. ni lah yg dipanggil adabi…. rencah dunia bisnes internet…
tidak rugi cari rezeki di internet, walaupun pulangannya adakala selalunya bagi newbie mengecewakan, tapi ia tetap masih mudah kerana kos untuk mendapat wang dari internet tidaklah begitu mahal dan kerja yang dilakukan hanya dari rumah. kemungkinan untuk bankrupt tiada.
jangan putus asa…buat bisnes offline lagi sukar kerana kos yang tinggi dan sentiasa berada diluar rumah. so jangan putus asa kalau letih tu, bawak2la pegi masjid, atau berehat
sy da lma minat ngan perniagaan intrnet ni, tp xtau cranya step by step 2k mula..huhu
bantu la sy kngkawan cmana nk jana duit dr intrnet..
msti ada kad debit dn paypal ka..lau msti wat,cmana ek cra wat?huhuhu
please help me….
lau tau,bgtau kat email ni ek..syahint_1521@yahoo.com.my
tq 4 u all..
salam,
teruskan usaha rina(baru 2 bulan)bukannya 2tahun,jatuh rebah bangun sendiri resam dunia.
dapatkan ilmu,belajar,fahami,bertanya dan praktikkannya berulang kali……………………..akhirnya
insyaallah kita berjaya.jangan lupa niat,doa kepadaNYA
nurul pun newbie dalam IM dan masih banyak ilmu serta perlukan tunjukajar(bukan free tau) dari otai-otai jutawan IM……
untuk motivasi boleh kelink ini http://www.Jana-Wang-Adsense.com/usah kecewa dan putusasa
bila tengok screenshot usd otai2 IM dalam hati aku mesti
dapatkanya satu hari nanti INSYAALLAH.
terimakasih saudara zamrinanyan -motivasi anda utk newbie
Nasehat yang bagus. Memang tidak semuanya serba instant. Kita mesti berusaha dan terus berusaha dalam bisnis internet ini.