Petikan Daripada “Mentor Jutawan”
Kali ini saya bawa satu artikel daripada Dr Irfan Khairi mengenai ebook terbaru beliau “Mentor Jutawan”. Artikel ini merupakan petikan terus daripada ebook tersebut dan sekiranya anda mendapatkan ebook “Mentor Jutawan” pada hari ini, anda akan mempelajari lebih banyak maklumat berharga daripada ikon jutawan kita ini.
=================================
TIP PILIHAN: MENTOR JUTAWAN ANDA!
=================================
Sejak tahun lepas, saya telah diberi peluang untuk mengemudikan rancangan bicarawara radio saya sendiri; “Jutawan! bersama Irfan Khairi” di Radio 24, Bernama.
Di dalam artikel ini, adalah kumpulan 8 nasihat terpilih yang memaparkan ikon-ikon jutawan berkongsikan kisah, strategi dan tips bagaimana anda juga boleh mencapai kejayaan yang cemerlang.
Mentor Jutawan #1: Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah (Motivator)
*Mengenai rahsia kejayaan perniagaan!
Untuk berjaya dalam apa perniagaan pun, kita mesti ada niche atau bidang yang kita pakar. Sebenarnya Irfan Khairi berjaya kerana pakar dalam bidang yang orang lain tidak nampak sebelum ini. Motivasi pula saya adalah antara kalangan yang tertua. Jadi kita jadi yang pioneer.
Satu lagi kita mesti ada satu bidang yang luar biasa dan orang lain perlukan. Ertinya kalau kita nak berniaga, kita perlu berniaga yang orang lain tak boleh nak beri. Jadi orang mendapatkan khidmat daripada kita.
Mentor Jutawan #2: Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
*Cara yang lebih bijak menjadi jutawan
Untuk menjadi seorang jutawan dengan cara yang lebih bijak adalah dengan adanya ‘multiple streams of income’. Ini bermakna wang kita yang masuk ke dalam kita punya akaun biar datang dari banyak aliran pendapatan.
Sebagi contoh saya sendiri di mana saya masih seorang juruterbang saya mendapat gaji saya setiap bulan tetapi saya juga mendapat royalti daripada hasil penulisan buku saya serta saya juga mendapat hasil daripada sewaan rumah saya. Saya juga mendapat dividen daripada beberapa pelaburan saya yang lain.
Saya juga tahu yang kebanyakan kenalan jutawan saya punyai MSI ini iaitu ‘Multiple sources of Income’. Dan untuk mendapatkan multiple inilah di mana kita perlu buat ‘after burner income’ di mana kerja itu sekali dan mendapat pulangannya datang berkali-kali.
Mentor Jutawan #3: Dato Dr Azman Ching (Jutawan Jualan Langsung)
*Mengenai matlamat
Hari ini kita hidup dalam dunia ni beberapa puluh tahun sahaja dan akhirnya kita akan meninggalkan dunia ini, tetapi manusia meninggal dengan meninggalkan nama. Tapi nama kita boleh ditinggalkan atau diingati oleh keluarga kita. Tetapi yang paling penting adalah apakah matlamat yang kita capai.
Tak kisahlah matlamat kita apa pun samada nak mejadi seorang peguam ataupun doktor, tapi yang paling penting adalah matlamat kita tercapai. Kita boleh tengok yang baru-baru ini, matlamat seorang angkasawan yang telah tercapai untuk sampai ke angkasa. Kita nampak apabila matlamat kita tercapai, itu akan menjadikan kita sebagai manusia menjadi lebih positif dan akan meneruskan perjuangannya dalam kehidupannya.
Bila kita punyai matlamat kecil maka kecillah hasilnya, dan sekiranya kita punyai matlamat yang besar maka besarlah hasilnya.
Mentor Jutawan #4: Chef Li (Jutawan Senyap)
*Mengenai perlunya idola/mentor
Kita memerlukan idola dalam bidang yang kita nak kerjakan. Sebab, bisnes ini bukan suatu yang mudah buat terus menjadi, selalunya lari jauh daripada apa yang kita rancang. Jadi apabila kita jumpa dengan idola yang tepat, kita akan mendapat nasihat-nasihat yang positif. Jadi maknanya, dalam berkawan pun kena pilih juga dah jadi usahawan-usahawan ini. Tak sesuai lagi kita dah jadi usahawan ini kita berkawan dengan orang yang minat memancing, minat burung dan sebagainya.
Bila kita meluahkan susah payah kita pada beliau, dia akan kata ‘dah kata dulu dah, bisnes memang macam tu, susah’, tapi kalau kita jumpa satu rakan ataupun seorang idola, ataupun seorang mentor yang memang seorang usahawan yang tulen, bila kita mengadu padanya ‘aku berniaga ni dah dua minggu, merosotlah, tak mencapai sasaran’. Dia akan tanya ‘Berapa jualan engkau sekarang?’. ‘Dulu-dulu selalu lima ratus, sekarang cuma empat ratus’. ‘Empat ratus bagus lagi, aku dulu pernah lima puluh saja’.
Mentor Jutawan #5: Billi Lim (Jutawan berani gagal)
*Mengenai kegagalan
Pada saya ‘When you lose, don’t lose the lesson’. Maksudnya bila anda gagal, jangan lupakan pelajarannya. Setiap yang kita buat adalah pelajaran. Mungkin bukan hasil apa yang kita nak, tapi apa sahaja yang terjadi, anda akan belajar dari kesilapan dan tugas anda adalah tidak mengulangi kesilapan yang sama.
Sebagai contoh, dalam satu temuduga dengan Bill Gates ‘What type of people you would like to employ?. Bill Gates jawab ‘I would employ person, who have failed before, the reason I want to employ is because I don’t want him to fail in my company, so he must fail in other people’s first!
Boleh katakan sekiranya seseorang itu diberi peluang ke dua, kesetiaan dan tenaga akan bertambah. Memang betul, daripada pengalaman saya, sesiapa yang pernah gagal, akan menjadi lebih baik kemudian. Tiada sebarang inovasi akan terjadi sekiranya seseorang itu takut gagal!
Mentor Jutawan #6: Abang Abu (motivator)
*Mengenai strategi mencapai matlamat semudah A-B-C-D
A itu adalah Aim. Ada orang yang tiada aim, ada juga yang banyak sangat aim. Kita kena tanya diri kita, apa matlamat kita buat sesuatu perkara. Matlamat kena satu, kerana ramai selalunya mempunyai banyak sangat matlamat.
B pula adalah believe, iaitu percaya akan matlamat kita. Ramai mempunyai impian besar tetapi tidak mencapainya, kerana kita mesti percaya akan impian tersebut. Contohnya Edison, ramai yang mengatakan beliau gila kerana cuba mencipta lampu beratus kali. Tetapi beliau percaya dalam matlamat beliau.
C adalah courage. Berani untuk apa? Mungkin berani untuk gagal. Misalannya kita tidak perlu takut jika kita membuat sesuatu itu gagal atau tidak menjadi Keberanian menerima kegagalan sendiri dan berubah!
D pula Do it, kalau nak duit kena do it. Kalau kita nak sesuatu, kita kena lakukan sesuatu untuk mencapainya. Jangan berhenti sehingga kita mencapai apa yang kita nak.
Mentor Jutawan #7: Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf!)
*Mengenai mengendalikan kakitangan
Di Karangkraf sekarang kita ada 1100 karyawan. Tetapi saya tak rasa susah handle mereka, kerana saya memberi ruang kepada setiap insan yang ada di Karangkraf untuk berkembang dengan pace mereka sendiri.
Saya percaya, kalau kita beri seseorang kepercayaan, dia akan boleh berkembang. Jadi di Karangkraf, saya percaya kepada memberi peluang. Saya beri mereka tanggungjawab, dan biar mereka berkembang. Setiap team diberi autonomi untuk mengendalikan majalah mereka sendiri.
Saya bagi peluang, saya bagi ruang, saya bagi guideline dan saya delegate kuasa dan authority kepada setiap orang untuk berkembang. Ia ibarat anak, kalau kita kongkong sangat, anak itu akan jadi memberontak. Tapi kalau kita bagi galakan, garis panduan, anak tersebut boleh berjaya. Itulah prinsip yang kami amalkan.
Mentor Jutawan #8: IK- Saya sendiri!
*Mengenai pengorbanan dalam menuntut ilmu
Kerja yang saya lakukan sebagai tukang cuci memberikan pengalaman kepada saya, setiap pagi selama dua tahun, sebelum memasuki kelas ataupun kuliah di universiti, saya akan bekerja sebagai tukang cuci pasaraya dan tandas untuk mendapatkan wang tambahan. Saya lakukan ini selama 2 tahun.
Dengan wang tambahan tersebut saya akan ke kedai buku pada hujung minggu untuk membeli buku-buku kejayaan untuk melengkapkan lagi diri saya tentang ilmu-ilmu kejayaan. Jadi di situ, saya dapat mempelajari bahawa kita perlu mempunyai satu disiplin yang kuat untuk berjaya dalam bidang apa sahaja yang kita masuki.
Kemudian barulah saya memulakan perniagaan dan mempelajari tentang ilmu perniagaan ini iaitu perniagaan Internet. Di situ rezeki mula berpihak kepada saya.
*******
Sekiranya anda ingin mendalami lebih banyak lagi permata-permata 8
Mentor Juatwan ini, lawati http://www.bisnesdigital.com/mentor-jutawan untuk
transkripsi keseluruhan temubual!
===================
ANDA MEMILIKI BLOG?
===================
Sekiranya anda memiliki BLOG, anda boleh memasukkan isi kandungan email ini (sebahagian atau sepenuhnya) di blog anda. Cuma kami minta anda juga meletakkan link ke http://www.irfankhairi.com di blog anda. Terima kasih!
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.
Comments
Inilah info yang saya cari selama ni. Terima kasih banyak-banyak. Cuma saya masih lagi tak faham, macam mana blog boleh buat duit. Nampak samar-samar je lagi.
Salam,
Pada pandangan saya, ebook mentor jutawan
ni mampu memotivasikan setiap individu
yg membacanya.
Untuk lebih “feel”, baca berulang kali
supaya lebih jelas dan anda dapat
tangkap apa yang nak disampaikan oleh
8 mentor jutawan tersebut. ![]()







Wah… Macam best je ebook nie… Apa pendapat zamri lepas baca ebook nie?