Berita Perjumpaan “WangCyber.com”
Pada hari Ahad 3 Ogos 2008, saya bertolak dari Penang menaiki pesawat Fire Fly pada pukul 8:10 pagi. Ini merupakan kali pertama saya menaiki pesawat Fire Fly dan ianya mengingatkan saya kembali ketika menaiki pesawat kecil semasa terbang ke Pulau Tioman 10 tahun dahulu. Memang kadang-kadang saya ni fobia sikit bila naik kapal terbang kecil macam ni.
Kalau nak tahu macam mana rupa pesawat Fire Fly yang saya naiki ni, anda boleh lihat di bawah:

Adik saya yang belajar di Shah Alam datang mengambil saya di lapangan terbang Subang dan dipendekkan cerita, saya bertemu dengan Gobala Krishnan di hadapan Subang Parade pada sekitar pukul 1:30 tengah hari. Dari Subang Parade, Gobala dan saya bertolak ke Perjumpaan WangCyber dengan kereta beliau.
Di perjumpaan tersebut, sudah ramai yang telah mendaftarkan diri dan ber”networking”. Antara yang hadir adalah Shuth, Dr Irfan Khairi, Alang, Syed Ikhwan, Labanon, Galadriel, Badruzamani, Bitol, Maizul, Osman Affan, Noorizam Shan, Kartunis Ubi, Catzer dan ramai lagi (maaf tak dapat senaraikan semua nama).
Kami pun apa lagi… join sekaki…
Majlis bermula dengan bacaan doa oleh saudara Abooain dan seterusnya ucapan daripada pengasas WangCyber, Shuth. Ianya diikuti dengan forum perbincangan yang dipengerusikan oleh saudara Osman Affan. Panel forum terdiri daripada Sabri Saifulsham, Gobala Krishnan dan Yusri.

dari kiri: Osman, Sabri, Gobala dan Yusry
Kemudian Dr. Irfan Khairi mendedahkan cara bagaimana anda boleh menjadi jutawan dengan menjual produk di dalam pasaran tempatan. Tidak dinafikan bahawa tip yang diberikan beliau adalah praktikal dan memang boleh dilakukan oleh usahawan internet tempatan. Dan tak mustahil ramai yang akan mengaplikasikan tip yang beliau berikan di dalam Gathering WangCyber ini, dan saya rasa sesi bersama Dr Irfan Khairi ini sangat berharga kepada semua.

Dr. Irfan Khairi
Inilah kali kedua saya bertemu Dr Irfan (kalau email atau talipon tu ada la). Beliau memang seperti yang saya jumpa dahulu dan semestinya mempunyai penuh confidence dan karisma.
Seterusnya sesi bergambar dan “networking” diteruskan.




Saya juga ada memberikan satu peluang kepada sesiapa yang hadir pada hari itu untuk menyertai projek terbaru saya. Kalau anda pergi, anda mesti tahu apa yang terkandung di dalam kertas 2 mukasurat yang diberikan tu.
Akhir sekali, Irwan Dahnil menghantar saya ke KL International Airport untuk saya balik ke Penang. Kapal terbang bertolak pukul 8:20 dan saya tiba di Penang pada pukul 9:10 malam.
Pada saya, perjumpaan WangCyber untuk pertama kalinya ini adalah menepati matlamatnya. Tahniah diucapkan kepada penganjur dan semua yang terlibat di dalam majlis ini.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada Gobala Krishnan dan Irwan Dahnil kerana sudi menjadi drebar saya pada hari tersebut.
Akhir sekali, jangan lepaskan peluang anda untuk menyertai majlis seumpama ini pada masa akan datang. Pengalaman yang dilalui terlalu berharga untuk digambarkan.
Zamri Nanyan
ps. Gambar kelabu sikit sebab guna kamera talipon je…
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










salam bro, erm selamat tiba lebih awal dr org lain ni.. :p Thanks bro sbb sudi amik pic bersama..hahahah..simpan-simpan nanti next gath tunjuk perubahan dr segi fizikal
*pembetulan:
ps. Gambar kelabu sikit sebab guna iphone je…
Sy dan Fai tak boleh tido malam teringat iphone bro
Oh ye ke sampai lebih awal… nak buat camne, rumah jauh…
Catzer, Fai… kalau nak iphone tu, tangkap je satu… order kat eBay… he he…
jeleslah tengo gambar korang. tak dapatlah saya join sebab jauh dari seberang lautan.
kalau bukan kerana jarak dan wang jadi penghalang saya dah join gathering ni.
harap2 berkongsi kejayaan lepas ni
Terima kasih En Zamri…..krn sentiasa memberikan maklumat terkini buat saya…..memang nampak menarik sekali perjumpaan ini…tapi saya masih belum berkesempatan lagi untuk menyertai anda……
Walaupun begitu…segala berita/maklumat yang diberikan tetap saya amati dan tidak jemu saya mengikuti perkembangan terkini melalui email anda…..
Terima kasih sekali lagi…….
best betul erk..kalau ler i dapat pergi..
salam,
huhu, bestnya. saya tak dapat nak hadir gath pertama QC. kebetulan hari ahad di sini kerja.
Ok, bro kalau next year kita buat sehari punya program, untuk mengelakkan kena halau…..ha…ha
Wah! nampak meriahlah.
Mula-mula ada hasrat nak pergi, tapi tah kenapa pulak ada kerja. Anyway next time, kalau ada peluang saya nak join sekali.
Terima kasih sdr Zamri, banyak beri info2 semasa.
Salam bro…
waaaaa… grand gak ye?…
saya tak leh bergerak kemana2 sabtu ahad baru nih…
terikat dgn job freelance yg kritikal urgent.
insyallah lain kali kalau sempat, saya joint.
Wah memang meriah, nak pegi tapi takdapat..takper jumpa dilain kali..berkenal dgn warga WC
Wah…best la tengok gambar2 dan cerita oleh sd Zamri.
Memang teringin nak join satu hari nanti. Sebab sekarang ni saya baru setapak nak bermula. Harap2 tahun depan kalau ada peluang..
jeles! jeles! jeles!!!!
takde rezeki kali ni… nak ikut lain kali!!!!
Huh clear betul gambar yang di ambil. terimakasih kerana hantar gambar ni.Yang ralatnya kak milah tak bergambar dgn zamri,|Labanon dan Dr Ik.Kalau tidak, boleh guna untuk borrow power pada anak anak kakmilah kat UTP dan UITM tu.|Jumpa Saifulsham dan sempat ajar |Kakmilah dan |Abgman buat blog sebelum naik bas kat PuduRaya. terima kasih saifulsham.|Untuk Catzer tolong email gambar kakmilah sorang tengah makan yg u ambil tu|: jamisma2008@yahoo.com.my. terima kasih
Heh seronoknya gathering hari tu, kalau ada lagi jemput lagi ye??????Dengar |Dr IK cakap macam kacang saja nak jadi jutawan, tapi bila mengadap pc dah terkial kial nak mulakan tang mana dulu pun tak tahu, sehingga sekarang satu website pun takdak lagi. Nasib baik Saifulsham sempat ajar buat blog kat puduraya , bolehlah nampak sikit buss ni.Terima |Kasih Saifulsham.|Kalau sapa sapa ada tertangkap gambar abang man yang clear clear tu tolong email kan kat|: jios2007@yahoo.com.my . tq
hoho sayang tak dapat pergi..
wahh nampak sangat menarikkk perjumpaan otai2 nie…bila lagi nak buat tuh???
waah….nampak seronok dan meriah sungguh. Tapi perempuan tak ramai.. Saifulsham sempat ajar Kak Milah… haa macam ni kena join laen kali, baru dapat tips power…
Terima kasih en. zamri sudi kongsi pengalaman.
wauuu!!! seronoknya dapat gather dgn expertise2 dalam bidang IM.. harap boleh join next time..
Waaa..meriah sungguh. Rasa rugi lak tak dapat join. Tapi nak wat camna…jauh sangat. Maybe next time bleh join. Tahniah WangCyber.
teramat-amat kool!
Tahniah atas perjumpaan wc …. Memang dengar semua kata best!!!
Rugi arrrrrrrrrrrr tak pegi tapi nak buat camne , niat nak pegi tapi bini keje daaaaaaaaaaa…
Lain kali mesti pegi punyo…
Dah agak dah. Tengok gambar je dah memang best. Aku dah ready nak gi hari tu. Pas tu cancel plak sebab urgent kena balik kg. Hu.. hu.. hu…
Akhirnya saya dapat bertemu dengan sifu Zamri
Hehe tak dapat nak cakap banyak sebab letih sangat hari tu.. nampaknya kena pergi naik flight dah kalau ada gaht
Terima kasih bro
Gembira dapat berjumpa En. Zamri. Tak rugi saya datang gathering ni.
Awbt.. memang menarik sesekali gethering berkenaan diadakan.. En Zamri, bila boleh berjumpa di kl.. saya ingin membawa encik melihat satu peluang di market udara.. tq
Err… Sufian, bukan ke saya baru balik dari KL je? kalau jumpa hari tu kan senang…
To all yg hadir pada perjumpaan WC, you are the best!
Hehe.. Iphone itu sungguh mencairkan hati saya..
Seronok jumpa Abg Zamri hari tu dan berbual-bual hari tu.. Byk juga bincang hari tu.. Harap satu hari nanti dapat jumpa lagi
PS: Aduhai.. Saya dah baca kertas yg Abg zamri bg hari tu dan letak atas meja booth buku.. Balik rumah baru saya sedar saya tak simpan dalam beg.. Huhu..
ishhh…meriahnyaaa….satu hari nak gak ikut nie….
fulamak… bri memang nampak tegar dgn semangat netwotking masa kat gath aritu. hehehe… apa-apa pun selamat berkenalan. siap saya terselit masa bro approach Dr. Irfan pasal projek bro tu
Betullah kalau ada peluang mesti tak boleh dilepaskan/.//
salam sejahtera,
terimakasih kerana sentiasa menghantar berita tekini kepada
saya.
Malaysia Cemerlang! Tahniah mencapai prestasi yang membanggakan! Membuktikan bahawa Malaysia internet marketers BOLEH!!
To Your Success
Bryan Hee
Assalamualaikum,
Terima kasih tak terhingga buat En. Zamrinanyan kerana menganjurkan Seminar Perniagaan Internet di EVERGREEN LAUREL Penang 15 Aug 09.
Saya benar-benar teruja dengan penerangan saudara dan Patric Chan sampaikan. Sesi tersebut sangat-sangat bernilai. Kehadiran saya dan rakan IM walaupun jauh dari sarawak sungguh berbaloi.
Terima kasih sekali lagi.
Saya nak tanya,sewaktu mengisi form di PayPal diruangan nama ada first,middle dan last name kan?Saya bubuhlah first-Md,middle-Rezal dan last-Hamdan(nama bapa saya).Persoalannya,sewaktu PayPal send e-mail atau info2 terkini pasti guna Md Hamdan.Adakah akan menghadapi masalah bila nak keluarkan duit nanti?