3 Cara Cipta Pendapatan Berterusan Di Internet
Di dalam ebook Rahsia Perniagaan Digital saya, saya ada menyatakan 3 jenis pendapatan yang anda perolehi di dalam hidup anda dan yang terbaik ialah pendapatan berterusan – iaitu pendapatan pasif di mana walaupun anda berhenti bekerja, anda masih lagi terus mendapat pulangannya yang lumayan.
Bagi sesetengah orang, pendapatan sebegini mungkin cuma jadi angan-angan Mat Jenin sahaja kerana mereka mungkin tidak mengetahui (atau percaya) bahawa ianya benar-benar wujud. Tetapi bagi mereka yang mengetahuinya, mereka akan cuba sedaya upaya mencipta pendapatan berterusan ini kerana mereka tahu yang habuan daripada usaha mereka amat berbaloi.
Walaupun terdapat pelbagai cara mencipta pendapatan berterusan sebegini secara offline, saya cuma akan membincangkan 3 cara anda boleh mencipta pendapatan berterusan sebegini menggunakan Internet.
1. Membina Laman Web Keahlian (Membership Site) Anda Sendiri
Anda boleh membina satu laman web yang menawarkan produk atau perkhidmatan yang membolehkan anda mengenakan bayaran kepada pelanggan anda setiap bulan atau tahun.
Perkhidmatan sebegini belum lagi popular di kalangan usahawan Malaysia yang menggunakan Bahasa Malaysia sebagai medium untuk menjalankan bisnes sebegini. Mungkin permintaannya belum lagi besar untuk merealisasikannya atau mungkin belum ada lagi usahawan yang berani mencubanya.
Perkhidmatan atau produk yang boleh ditawarkan ialah seperti langganan webhosting, langganan autoresponder, kelab ebook bulanan ataupun perkhidmatan bimbingan (atau coaching).
Bagaimana anda boleh menjana pendapatan yang lumayan daripada laman web keahlian ini?
Katakan anda mengenakan caj bulanan RM50 bagi yuran keahlian. Sekiranya anda berjaya menjual 100 keahlian, ini bermakna anda sudah pun memperolehi RM5000 untuk pendapatan bulanan anda. Perlukan pendapatan yang lebih besar? Dapatkan lebih ramai ahli ke dalam laman web keahlian anda.
Untuk membina laman web keahlian, anda mungkin memerlukan sebuah skrip yang mudah untuk digunakan. Beberapa tahun dahulu, skrip untuk membina laman web keahlian adalah mahal tetapi sekarang ianya boleh didapati dengan murah. Di antaranya ialah skrip keahlian terbaru dari Ian Del Carmen (MemberFire).
2. Mempromosikan Laman Web Keahlian Orang Lain Sebagai Affiliate
Membina laman web keahlian memerlukan usaha yang berterusan daripada anda kerana anda perlu memberikan perkhidmatan berterusan setiap bulan/tahun. Anda boleh mengupah orang lain untuk mengendalikannya untuk anda ataupun anda boleh menggunakan kaedah kedua ini untuk mencipta pendapatan berterusan daripada Internet – mempromosikan laman keahlian orang lain sebagai affiliate.
Kebanyakan laman web keahlian menyediakan program affiliate mereka tersendiri di mana jika anda memasarkan laman web keahlian ini, anda akan diberikan komisyen setiap bulan bagi stiap ahli yang berjaya anda daftarkan.
Sebagai contoh, laman web keahlian Internet Millionaires daripada Gobala Krishnan memberikan komisyen sebanyak 40% bagi caj bulanan keahlian untuk laman web beliau. Bagi setiap ahli berbayar, anda akan memperolehi $5.16 daripada yuran bulanan $12.90 bagi setiap ahli. Jika anda berjaya mendapat 100 ahli berbayar, ini bermakna anda sudahpun memperolehi $516 (Dollar Amerika) setiap bulan.
Dengan cara ini, anda tidak perlu mengendalikan laman web keahlian tersebut dan anda tidak perlu melayan pelbagai kerenah pelanggan. Tetapi anda cuma akan dibayar berdasarkan peratusan komisyen yang ditetapkan dan anda perlu bersaing dengan affiliate lain yang mempromosikan program atau laman web keahlian yang sama.
3. Mempromosikan Laman Web MLM Internet
Kebanyakan daripada usahawan internet masih lagi melihat MLM Internet sebagai sebuah perniagaan multi-level konvensional. Sebenarnya tanggapan sebegini adalah salah.
Saya melihat MLM Internet sebagai salah satu lagi laman web keahlian yang mempu menjana pendapatan berterusan seperti yang dibincangkan di atas. Bahkan, sekiranya dilakukan dengan betul, anda mungkin akan mendapat lebih banyak keuntungan dengan memasarkan program MLM Internet daripada memasarkan laman web keahlian biasa.
Biar saya terangkan di sini.
Saya memberikan perkhidmatan webhosting sebagai satu sumber untuk membina laman web keahlian. Dan, memang ada banyak perkhidmatan webhosting yang menyediakan program affiliate yang mana anda boleh sertai dan jana pendapatan berterusan melaluinya. Ada yang memberikan komisyen setiap bulan dan ada yang membuat bayaran setahun sekali. Sebagai contoh, E-Commerce Mastery memberikan komisyen RM10 bagi setiap pakej Efficient100. Selagi pelanggan yang membeli pakej ini melalui link affiliate saya menggunakan perkhidmatan daripada E-Commerce Mastery, saya akan terus mendapat komisyen.
Pada masa yang sama juga, satu lagi syarikat menyediakan perkhidmatan webhosting dan mereka menggunakan pendekatan yang berlainan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka. Kiosk Webhosting akan membayar 25% bagi setiap pelanggan berbayar yang anda perkenalkan kepada mereka dan anda akan mendapat komisyen setiap bulan daripada pelanggan berbayar ini.
Bukan itu sahaja, Kiosk Webhosting juga membayar 5% bagi setiap pelanggan baru yang diperkenalkan oleh pelanggan yang diperkenalkan oleh anda sebelum ini. Komisyen 5% ini dibayar sehingga 9 tingkat ke bawah lagi. Jadi, anda akan mendapat komisyen dan pendapatan berterusan daripada usaha anda dan juga ahli kumpulan yang anda bina.
Dari sini juga anda boleh lihat bahawa dengan produk atau perkhidmatan yang sama, pelbagai cara untuk membina pendapatan berterusan di Internet boleh dicipta. Terpulang kepada anda untuk memilih yang mana satu anda suka.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









yang paling senang bagi saya adalah menyertai affiliate
Bagus saudara zamri..saya cukup suka dengan penerangan lengkap yang saudara berikan..
semoga makin ramai rakyat malaysia menceburi bidang perniagaan online atas tunjuk ajar daripada saudara..
terima kasih
Bagi saya affiliate lebih mudah tapi personally saya lebih percaya pada MLM utk pendapatan berterusan, cuma ramai yg agak fobia dengar MLM nie. Setakat nie saya dapati Saudara Zamri berjaya memperlihatkan MLM dari sudut yg berbeza. Teruskan…
Zamri Nayan memang merupakan IM yang banyak membantu rakan-rakan.. Semoga beliau berjaya dan begitu juga saya dengan program yang dimaklumkan oleh beliau..
Terima kasih banyak2 atas tips2 berguna yang saudara berikan.Ia banyak membantu untuk newbies seperti saya.Pendapatan pertama melalui internet saya pun melalui affiliate iaitu bulan ogos tahun 2007.Mungkin saya akan cuba cara pertama yang saudara berikan pada masa akan datang.
hehe. promosi kioks webhosting tu..:D
ni memang bagus untuk pendapatan berterusan…
tapi di malaysia ni kurang lagi orang yang berminat nak sertai membership site…
agak susah juga nak dpt pelanggan…
tapi membership site memang menguntungkan…
han
Salam sejahtera,
Saya ingin tahu berdasarkan kepada pengalaman anda apakah sistem affiliate yang terbaik, termurah dan boleh dipercayai?
Antara soalan saya :
- ada tak yang bayar sekali sahaja seumur hidup. Banyak yang kena bayar setiap bulan dalam USD pulak tu.
- ada tak yang boleh setkan untuk multiple produk, tapi beli 1 sistem saja.
- langganan dikira by domain ke by produk.
Sistem apa yang bisnesdigital.com gunakan?
Terima kasih kerana meluangkan masa menjawab soalan saya.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Cuba PayDotCom.com
Untuk produk tempatan, saya guna Post Affiliate yang percuma tapi memang ada banyak kelemahan dan leceh untuk uruskan program affiliate tempatan ni sebab tak semuanya boleh diautomasikan lagi (bukan disebabkan sistem tetapi disebabkan pasaran).
Banyak telah dipertakan tentang afiliate dan saya dah menyertai lebih dari satu darinya. Tetapi walaupun dah menyertai affiliate tetapi saya masih tidak dapat menafaat darinya. Masalahnya ialah kejahilan tentang nak gunakannya.Nak buat macamnya dengan affiliate ini? Walaupun berbulan berusaha namun belum mendapat hasil apa-apa. Harap adalah yang ada pengalam itu beri sedikit tips. Terima kasih.
[Jawapan dari Zamri Nanyan]
Macam yang saya dah bincangkan di dalam post Strategi pemasaran produk affiliate yang terbukti berkesan tapi saya pasti masih ramai yang kurang percaya dan tak yakin bahawa inilah cara saya melakukannya. Yang saya tahu, ramai yang cari jalan pintas (dan tak jumpa) dan tak mahu melaburkan wang untuk peralatan penting untuk pemasaran affiliate.
ssaya baru lagi diperingkat ini saya masih kabur sebab banyak program sudah saya sertai namun belum berhasil,namun saya masih mengikuti perkembangan melaui panduan saudara Zamri dan saya tetap akan mencuba lagi dengan idea2 yg diberikan oleh saudara.
Penerangan dari saudara Zamri amat bagus. Sekurang-kurangnya membuka mata kita mengenai perniagaan internet yang sebenar.
Memang di Malaysia “membership site” belum begitu popular. Ini adalah kerana masyarakat kita belum benar-benar faham kaedah “membership site”.
Mungkin juga kerana masalah takut menanggung risiko dan berfikir yang perniagaan internet di Malaysia sukar untuk mamberikan pulangan yang lumayan.
Antara sebab kesukaran memyediakan “membership site” kepada orang Malaysia adalah kekurangan sistem pembayaran terus secara elektronik atau “e payment” seperti Pay Pal.Masyarakat Malaysia belum faham apa dia paypal ,alertpay dan seumpamanya.
Sebenarnya kita mempunyai sistem “e-payment” yang baik seperti “ewallet” dan “mobilemoney”. Namun kesukaran untuk mengintegrasikan pembayaran “e-payment” ini menyebabkan kita tak dapat menggunakan sepenuhnya.
Sekiranya integrasi “e payment” Malaysia ini boleh dikembangkan saya rasa ini memberikan kelebihan kepada web “Membership Site” versi Malaysia dan juga boleh mengembangkan perniagaan internet di Malaysia.
Wallahuallam
Menjual Produk Master Resell Right Jugak adalah cara yang mudah untuk menjana keuntungan di internet.Saya berjaya menjana pendapatan setiap hari dengan jualan Master Resell Right ini.
[Komen dari Zamri Nanyan]
Menjual produk resell rights memang boleh memberikan pulangan tapi untuk mendapatkan pendapatan berterusan yang boleh diramalkan adalah agak sukar berbanding 3 perkara yang saya sebutkan di atas (melainkan produk yang ditawarkan memang benar-benar unik dan mempunyai permintaan yang tinggi).
Saya percaya Laman web keahlian boleh dikendalikan jika kita mempuyai fokus tertentu.Tujuannya agar dapat menghindari dari melayani perkara yang tidak relevant dengan objektif laman sedemikian.Saya kini sedang membangunkannya berdasarkan panduan Ian Del Carmen.Kalau dah berjaya nanti akan saya kongsikan bersama sama .Insya Allah
sayapun dah berapa lama dah join dengan affiliate . banyak jugak laa. memang patut kena guna strategi tersebut untuk berjaya… kena laburkan wang terlebih dahulu… nak berjaya kena sanggup buat apa yang sepatutnya…
saya dapat sedikit2 aje laa buat masa nih. hahaha.. sabo aje laa…
Aslkm…
Nak tanya, ada tak script membership site yg percuma? Nak dpt kat mana yea..? Hehe.
lalau nak pendapatan berterusan bulan-bulan membersite dan MLM adalah cara yang sesuai….
cukup bagus bagi rakyat malaysia
bagi perniagaan MLM LUAR BIASA BAIK CNI
Sebelum ini saya pernah melibatkan diri dalam perniagaan Konvensional MLM. Kesemuanya ada lima syarikat MLM yang saya sertai. Dan akhirnya, saya meninggalkan kesemua syarikat tersebut kerana kemungkinan itu bukan bidang saya. Saya tidak suka memaksa orang untuk membeli produk-produk MLM saya seperti sesetengah orang. Dan lagi sekiranya seseorang itu mengatakan produk-produk tersebut mahal atau mereka tidak berminat untuk menjadi downline saya, saya tidak akan meneruskan “taklimat” saya. Saya tidak perlu membawa orang atasan saya untuk “memujuk” orang tersebut kerana apa guna orang tersebut menjadi downline kita sekadar untuk “menutup mulut” kita dan akhirnya orang tersebut tidak aktif. Jadi, sesia saja kan?
Akhirnya saya bertukar kepada perniagaan di internet. Kalau anda lihat di lelaman saya, anda akan dapati saya telah melibatkan diri dalam perniagaan Online MLM dan Affiliate. Dan Alhamdulillah, ianya lebih mendatangkan keuntungan daripada perniagaan saya sebelumnya.
Yang penting ialah kita harus tahu memilih bidang apa yang menjadi minat kita dan boleh menguntungkan.
Dan kita harus tahu bagaimana untuk mengiklankan perniagaan kita itu. Tanpa iklan, perniagaan anda tidak kemana…