3 Keperluan Penting Untuk Pemasaran Email Anda
3 Keperluan Penting Untuk Pemasaran Email Anda
oleh Zamri Nanyan
Pada Jumaat lepas, saya berpeluang berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu pemasaran yang saya ada dengan beberapa rakan daripada Kedah dan Kuala Lumpur. Mereka datang bertemu saya di Penang dan memang saya rasa terharu dan amat menghargai usaha mereka untuk datang dari jauh semata-mata untuk menuntut ilmu.
Di dalam pertemuan tersebut, saya berikan satu tip penting kepada mereka.
“Kalau anda balik malam ni dan tak ingat apa-apa tentang semua yang saya sampaikan sekarang, ingat satu perkara ini – Mahirkan diri anda di dalam pemasaran email jika anda nak buat duit melalui internet di dalam pasaran tempatan! “
Walaupun ada banyak lagi kaedah pemasaran yang boleh dilakukan tetapi pemasaran melalui email merupakan kaedah yang amat efektif bagi saya. Saya pernah mencuba pelbagai kaedah untuk menghasilkan jualan produk di pasaran tempatan, termasuk iklan di laman web bertrafik tinggi, iklan di forum, iklan Google Adwords dan sebagainya. Tetapi, yang masih kekal teguh ialah pemasaran melalui email.
Jadi, selepas ini saya harap tiada lagi soalan yang bertanyakan apakah cara paling efektif untuk mempromosikan produk di dalam pasaran tempatan kerana saya sudahpun berikan jawapannya di sini.
Dan saya rasa jawapan saya ini tidak akan berubah dalam masa setahun atau 2 tahun dari sekarang kecualilah ada satu teknologi canggih yang dapat menandingi email dan semua orang tidak lagi menggunakan email di dalam kehidupan harian mereka.
Baiklah, sekarang anda tahu betapa pentingnya pemasaran email.
Di dalam beberapa artikel yang saya tulis kebelakangan ini pun, saya banyak tekankan penggunaan autoresponder untuk pemasaran email anda tetapi apakah sebenarnya 3 keperluan penting yang perlu anda pertimbangkan sebelum anda lakukan pemasaran email?
Keperluan #1 – Ilmu Asas Pemasaran eMail
Anda perlu belajar tentang bagaimana untuk mempromosikan produk atau servis melalui email. Cara seperti “soft-sell”, “hard-sell” dan “cross-sell” merupakan antara teknik yang selalu saya amalkan. Selain daripada itu juga, saya ada meletakkan email promosi secara kendali-sendiri (autopilot) dan ada yang dihantar apabila perlu (broadcast).
Semua ilmu, strategi ini perlu anda belajar daripada sumber yang boleh dipercayai. Sebagai contoh, anda perhatikan siapakah yang selalu menghasilkan jualan yang banyak melalui email. Kemudian, lihat cara beliau promosikan produk atau servis melalui email.
Adakah beliau tawarkan hadiah bonus pembelian? Adakah beliau hantar email promosi sekerap yang mungkin? Bagaimanakah beliau menulis sesuatu email kepada anda?
Jika beliau terbitkan produk berkaitan pemasaran email, inilah masanya untuk anda belajar dengan lebih mendalam sebab anda tahu yang rahsia beliau mungkin dibongkarkan di dalam produk tersebut.
Contoh produk yang anda boleh pertimbangkan ialah seperti yang ada di laman web berikut:
http://www.BisnesDigital.com/pemasaran-email
Selain daripada itu, anda perlu peka dengan perkembangan usahawan tersebut. Jika beliau menawarkan sesi “coaching” untuk mengajar tentang pemasaran email, jangan tunggu lama. Daftarkan diri anda untuk bertemu beliau dan belajar dengan lebih lanjut.
Secara ringkasnya, mesej yang ingin saya sampaikan di sini ialah anda perlu belajar ilmu pemasaran email ini daripada mereka yang pakar ataupun yang telah buktikan bahawa mereka pernah menghasilkan pulangan yang lumayan melalui email.
Keperluan #2 – Perisian Mengumpul eMail
Ada yang berkata, jika anda ingin melakukan pemasaran email, perisian autoresponder merupakan peralatan pertama yang perlu anda miliki sebelum anda bina laman web anda.
Walaupun saya pernah katakan bahawa laman web dan autoresponder sama penting bagi saya tetapi saya boleh faham kenapa kenyataan di atas dikeluarkan. Maksudnya, jika anda ada laman web tanpa autoresponder, anda tak akan dapat melakukan pemasaran email. Sebaliknya, jika anda mempunyai autoresponder tanpa sebarang laman web, anda masih lagi mampu melakukan pemasaran email. Contohnya, anda boleh berikan alamat autoresponder anda kepada sesiapa sahaja dan mereka masih boleh menyertai pangkalan data autoresponder anda. Jika anda perlukan lebih pemahaman, anda boleh cuba hantar email anda kepada bisnesdigital@getresponse.com (email autoresponder saya) dan saya pasti anda akan dapat satu email susulan untuk pengesahan ke dalam pangkalan data autoresponder anda.
Walaubagaimanapun, saya masih lagi menyarankan anda mempunyai laman web berbentuk “landing page” atau “opt-in page” yang membenarkan pelawat anda meninggalkan nama dan email mereka untuk dimasukkan ke dalam pangkalan data autoresponder anda. Ini lebih efektif.
Contoh landing page yang saya maksudkan adalah seperti laman web berikut:
http://www.PerniagaanInternet.ws/r/admin
Tujuan laman web ini dicipta, tak lain dan tak bukan, adalah untuk memasukkan seberapa banyak email ke dalam autoresponder saya. Itu sahaja. Tujuan yang lain adalah tidak sepenting tujuan mendapatkan alamat email ini.
Jadi, servis autoresponder manakah yang saya sarankan?
Ada beberapa servis yang pernah saya cuba sendiri dan yakin untuk sarankan kepada anda.
Dua servis ini merupakan saranan teratas saya dan saya pernah menggunakan kedua-duanya. Getresponse pula masih saya gunakan sehingga hari ini.
Aweber – http://www.BisnesDigital.com/aweber
Getresponse – http://www.BisnesDigital.com/getresponse
Walaubagaimanapun, terdapat rungutan mengatakan servis Aweber dan Getresponse ini agak mahal. Jadi, saya lakukan sedikit kajiselidik dan dapati servis autoresponder ini amat sesuai untuk orang baru menggunakan autoresponder berbayar pertama mereka.
TrafficWave – http://www.BisnesDigital.com/trafficwave
Yuran bulanan TrafficWave adalah tetap. Jadi anda tak perlu risau sekiranya anda perlu bayar lebih tinggi jika jumlah email yang anda kumpul meningkat (berbeza dengan Aweber dan Getresponse yang kenakan caj yang lebih tinggi bila anda punyai lebih banyak email di dalam akaun autoresponder anda). Dan lagi, TrafficWave ada program multi-level affiliate yang membolehkan anda juga menjana pendapatan melaluinya.
Kesimpulannya, anda MESTI ada autoresponder untuk melakukan pemasaran email. Jangan lokek untuk menggunakan autoresponder berbayar yang premium ini supaya pemasaran email anda berjalan lancar nanti.
Keperluan #3 – Ilmu Mengumpul eMail
Selepas anda tahu bagaimana cara untuk mempromosikan produk atau servis melalui email dan anda sudahpun ada autoresponder yang anda langgan (Aweber, Getresponse atau TrafficWave), perkara terakhir yang perlu anda ada adalah email di dalam pangkalan data autoresponder anda supaya anda boleh hantar email promosi anda kepada email-email ini – bukan setakat seratus atau dua ratus email, tetapi ribuan email di dalamnya.
Buat pengetahuan anda, walaupun saya telah beberapa kali menyatakan tentang pangkalan data autoresponder dan mungkin anda rasa sedikit teknikal, tetapi anda tidak perlu risau kerana jika anda gunakan servis autoresponder yang saya berikan di dalam email ini, perkara teknikal ini adalah sesuatu yang tak perlu anda tahu dengan lebih mendalam – cukup untuk anda ketahui bahawa anda bina laman web yang mempunyai borang langganan di mana pelawat laman web anda tinggalkan nama dan email mereka ke dalam borang ini. Kemudian, anda hantar promosi atau mesej anda kepada email mereka ini melalui servis autoresponder ini.
Jadi, pelajari ilmu mengumpul email dengan banyak ini dan teruskan aktiviti menambah email ke dalam autoresponder anda setiap hari.
Memang terdapat pelbagai cara untuk mengumpul email yang banyak tetapi biar saya terangkan satu daripada cara tersebut.
Anda anjurkan satu pertandingan di mana anda umumkan kepada mereka yang telah pun mempunyai senarai email yang besar untuk memberikan insentif jika mereka tolong bina senarai email anda. Strategi ini dinamakan Pay-Per-Lead (Bayaran Bagi Setiap Email) di mana anda akan bayar setiap email email yang anda perolehi daripada mereka yang mempunyai senarai email ini.
Anda boleh tetapkan harga bagi setiap email yang anda sanggup bayar dan dari sini, anda boleh juga tentukan berapa besar senarai email yang anda ingin bina.
Kaedah ini memang banyak digunapakai dan semestinya efektif dalam mengumpul email. Anda boleh cubanya sendiri untuk melihat buktinya.
Akhir sekali, jangan cuma aplikasi satu strategi sahaja. Fikirkan cara lain untuk tambah lebih banyak senarai email anda setiap hari. Lakukan promosi di forum, blog dan sebagainya.
Tiada lagi yang lebih penting untuk anda belajar pemasaran melalui email selain daripada tekankan 3 keperluan asas dan utama di dalam artikel ini. Seperti yang saya nyatakan di atas sekali lagi, “Mahirkan diri anda di dalam pemasaran email jika anda nak buat duit melalui internet di dalam pasaran tempatan!”
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari strategi pemasaran affiliate yang berkesan. Sekiranya anda ingin membina pendapatan di internet melalui Traffic Wave dengan menyertai kumpulan pemasaran beliau, sila daftar ahli di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” dan “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Sound Great ….thank for info
tips-tips yang tuan bagi memang top… banyak ilmu yang boleh diaplikasikan
Ianya satu kaedah yg terbaik utk menjana pendapatan melalui online. Semua org boleh menghantar email tapi tidak semua org tahu penghantaran yang macam mana…perlu dilakukan.
Saudara Zambri ..Semuanya baik…kalau tau cara nya. Nak tanya sikit? Apa beza antara articles dan e-zine. TQ
ianya bagus tp pemahaman ttg internet saya tiada pengalaman
@ adimias – articles = artikel = seperti yang anda lihat kat atas ni. e-zine = electronic magazine = majalah elektronik = artikel + promosi + maklumat yang anda terima melalui email.
Terima kasih bro Zamri kerana memang tidak rugi setiap kali singgah di sini sure ada jerk ilmu baru yg diperolehi. Semoga dgn adanya panduan pemasaran email yg beretika akan mampu mengurangkan aktiviti sesetengah org yg suka menghantar email SPAM. Bukan apa sebab sesetengah mereka tu tak paham etika dlm pemasaran email..sebab aku dulu pn lagu tu gak main hantar jerk email kat orang yg takdikenali..sekarang dah tau itu adalah SALAH & kalau di barat boleh dikenakan tindakan undang-undang!!!
Terima kasih atas perkongsian. Banyak yang saya masih kena belajar dan tingkatkan mengenai ilmu pemasaran email.
ilmu yang sangat berguna! ia benar2 membuka mata saya..
Banyak yg kakyah belajar dari email En. Zamri terima kasih sememangnya saya jahil dalalm ilmu it terutama dalam pemasaran email
Saya ingin belajar lebih banyak lagi walau umur dah melampaui 50an
Terima kasih bro Zamri,banyak sekali tunjuk ajar, cuma saya terkeliru yang mana satu terbaik di kalangan sifu IM yang lain.
sounds great tp saya masih terlalu baru dlm bidang ini. ada apa2 kursus yg dianjurkan yg bolih saya hadhiri?
Salam tuan Zamri..
1stly, suka saya katakan, saya rasa teruja dengan ilmu yang tuan Zamri berikan. Mengenai “Pemasaran Email”. Saya masih baru dalam dunia E-Biz dan masih tercari-cari cara sebenar dalam Pemasaran Email. Saya sudah mempraktikkan teknik ini, tapi saya berikan ilmu/panduan FREE dalam kaedah mengumpul “List” belum pernah lagi menganjurkan PPL. Alhamdulillah ianya berhasil. Saya berjaya menghasilkan jualan. tapi masih tak seberapa dan saya pasti ingin skali anjurkan PPL dalam mengumpul list yang responsif/berkualiti.. tahniah dan terima kasih untuk Tuan Zamri..
Harap beri tunjuk ajar..