3 Rintangan Penjualan Produk Digital Di Internet Untuk Pasaran Tempatan

Berdasarkan penjualan beberapa produk digital seperti Rahsia MLM dan Rahsia Perniagaan Digital untuk pasaran tempatan di Internet, saya dapati memang ada banyak rintangannya. Di antara 3 rintangan penjualan produk digital di Internet untuk pasaran tempatan adalah seperti berikut:

1. Kurang pemahaman tentang pembayaran

Masih banyak yang tidak memahami bagaimana untuk membuat pembayaran di internet walaupun telah dinyatakan caranya di laman web jualan. Ini termasuk cara pembayaran melalui bank-in atau secara pindahan wang ke dalam akaun bank melalui internet.

Jika pembayaran dilakukan melalui kemasukan wang ke dalam akaun bank tempatan, maka maklumat pembayaran mestilah disertakan supaya ianya menjadi bukti pembelian. Tetapi, masih ada yang tidak memahaminya dan tidak cuba untuk menyertakan bukti pembelian produk dengan lengkap.

Pembayaran melalui kad kredit juga mengalami masalah yang sama. Ada kalanya pemproses pembayaran kad kredit mempunyai masalah pada masa pembelian. Pembeli merasakan yang caj kad kredit kad tidak berhasil dan tidak cuba menghubungi penjual. Di sini akan timbul masalah pembelian yang sudah dihasilkan tetapi produk tidak dapat diberikan. Sebaiknya, jika pembeli merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pembayaran melalui kad kredit ini, mereka sepatutnya cepat-cepat menghubungi penjual.

Penjual juga perlu memahami masalah ini dan cuba untuk mengambil tindakan yang sewajarnya. Sebagai contoh, selepas menghantar email untuk muatturun produk digital anda, pada masa yang sama, hantar satu pesanan text ringkas (SMS) kepada pembeli terus ke talipon bimbit mereka.

2. Tidak tahu apa yang dibeli

Anda jangan terkejut sekiranya ada pembeli yang bertanyakan bila buku mereka akan dihantar ke rumah mereka walaupun anda telah berikan pautan (link) untuk muatturun ebook yang anda jual. Ini kerana masih ada lagi pembeli yang tidak faham apakah maksud ebook atau ‘electronic book‘ tersebut dan merasakan ianya adalah sama seperti buku fizikal yang dijual di kedai-kedai buku di luar sana.

Saya juga ada mendapat email bertanyakan bila saya akan hantar produk yang mereka belikan daripada orang lain kerana keliru dengan pembelian produk di Internet. Kekeliruan ini mungkin adalah disebabkan terdapat promosi produk yang dilakukan oleh affiliate di pelbagai saluran pemasaran seperti forum dan iklan di blog.

Sekiranya anda mendapat email sebegini, jangan lupa membantu mereka menghubungi penjual yang sebenarnya kerana anda pun jelas yang mereka kurang arif dengan pembelian diInternet.

3. Jualan tidak dapat diautomasikan 100%.

Disebabkan penjualan produk digital di pasaran tempatan tidak lagi dapat diautomasikan sepenuhnya, maka penghantaran produk yang dipesan kepada pembeli tidak dapat dilakukan secara automatik. Ianya akan mengambil sedikit masa untuk penjual memproses pesanan pembeli sebelum mereka memberikan link untuk muatturun produk.

Jika anda selidik penjualan produk digital untuk pasaran tempatan (seperti produk Blogging Steps, Kuasa Lelong dan Pakej Lengkap Perniagaan Internet), anda akan dapati penjual masih lagi menerima bayaran secara “bank-in” atau pindahan internet ke dalam akaun bank mereka. Selepas pengesahan pembelian produk dilakukan, baru produk digital ini diberikan kepada pembeli – dan ini ialah proses manual yang tidak dapat dielakkan.

Walaupun penjualan produk digital di Internet dapat diautomasikan sepenuhnya, pasaran tempatan belum lagi bersedia untuk menggunakan kad kredit dengan selesa. Di sinilah sebabnya mengapa pembayaran secara bank-in dan internet banking masih digunakan.

Disebabkan jualan ini memerlukan proses manual seperti penghantaran arahan untuk muatturun produk digital melalui e-mel, timbul satu lagi masalah iaitu e-mel tidak sampai ke kotak e-mel pembeli. Kadang-kadang e-mel yang dihantar oleh penjual terus masuk ke dalam “spam/bulk folder” e-mel pembeli, menyebabkan pembeli membuat aduan yang produk yang dibelinya tidak dihantar.

Secara keseluruhannya, perniagaan berbentuk digital di dalam pasaran tempatan masih lagi di tahap permulaan dan mempunyai rintangannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, pasaran tempatan masih lagi segar untuk anda pelopori dan kaut keuntungan.

Saya selalu mengambil pasaran Amerika Syarikat sebagai kayu ukur. Sebagai contohnya, semasa berada di Amerika Syarikat pada tahun 2001, saya dapat lihat air minuman yang ditapis dijual menggunakan mesin. Masuk 20 sen ke dalam mesin penapis air dan anda boleh beli satu liter air minuman. Apabila balik ke Malaysia pada tahun yang sama, mesin sebegini belum dijumpai (paling tidak di tempat saya tinggal) dan kini mesin jualan air minuman ini ada di merata-rata di tempat saya tinggal.

Anda mungkin akan mengharungi pelbagai rintangan dalam menjual produk digital di pasaran tempatan. Namun anda mungkin akan dikenali sebagai ‘pioneer’ atau peneraju di dalam bidang ini sekiranya anda ambil peluang dan bertindak sekarang. Sama seperti contoh mesin penapis air yang saya berikan di dalam artikel ini – jika anda tahu sesuatu yang bakal diterima oleh kebanyakan orang di dalam pasaran tempatan pada masa akan datang, anda bakal mengaut keuntungan yang besar nanti.

Dan saya nampak peluang yang besar di dalam perniagaan digital walaupun anda sedang mengharungi pelbagai rintangan dan masalah pada masa sekarang.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “3 Rintangan Penjualan Produk Digital Di Internet Untuk Pasaran Tempatan”

Leave Comment

(required)

(required)