5 Cara Mempromosikan Produk Affiliate Dengan PERCUMA!

5 Cara Mempromosikan Produk Affiliate Dengan PERCUMA!
oleh Zamri Nanyan

Sebagai affiliate, tugas anda adalah lebih mudah berbanding sekiranya anda adalah orang yang mencipta produk dan memasarkannya secara bersendirian.

Ini kerana tugasan lain seperti mencipta produk, memenuhi pesanan pelanggan dan melayan karenah pelanggan yang pelbagai tidak perlu dirisaukan oleh affiliate. Semua perkara remeh-temeh ini perlu diselesaikan oleh si empunya produk.

Jadi apakah tugas seorang affiliate?

Tugas affiliate adalah mempromosikan pautan (link) affiliate yang diberikan oleh ‘merchant” untuk menghasilkan jualan ataupun klik ke laman web yang diberikan. Sekiranya anda menghasilkan jualan melalui laman web yang anda promosikan tersebut, anda akan mendapat komisyen bagi setiap jualan tersebut. Ini adalah salah satu cara bagaimana seorang affiliate menjana pendapatan.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjadi affiliate kepada program “The Four Weeks To Freedom” dan anda mempromosikan program ini kepada orang lain, anda akan mendapat komisyen sebanyak 50% daripada hasil jualan ataupun 50% daripada RM199 yang bersamaan dengan RM99.50.

Memang lumayan jika dibandingkan sekiranya anda perlu menerbitkan produk anda sendiri dan mengharungi segala perkara remeh-temeh yang lain yang saya sebutkan di atas.

Walaubagaimanapun, ramai di antara bakal affiliate yang baru tidak mengetahui bagaimana caranya mempromosikan produk affiliate dengan betul. Jadi, ada di antara anda yang mungkin melakukan promosi yang tidak beretika seperti melakukan ‘spam’ dan sebagainya. Ada juga yang kekurangan bajet yang terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mempromosikan produk affiliate ini walaupun anda tahu bahawa pulangannya lumayan.

Untuk tidak menghampakan anda, biar saya tunjukkan beberapa cara percuma yang anda boleh lakukan untuk mempromosikan produk affiliate.

1. Gunakan forum untuk berinteraksi dan menjana pendapatan

Cara paling mudah untuk menarik trafik ke laman web affiliate yang anda promosikan ialah dengan meletakkan affiliate link anda di bahagian “signature file”. Anda boleh sertai mana-mana forum dan cari bahagian “User Control Panel” atau “User CP”. Di sini, cari bahagian “signature file” dan letakkan iklan pendek ke link affiliate anda.

Apa terjadi selepas ini ialah setiap kali anda lakukan paparan di forum, signature file anda akan dipaparkan di akhir mesej anda, dan secara tidak langsung, iklan anda ke laman affiliate yang anda promosikan pun dipaparkan.

Sekiranya forum yang anda sertai menyediakan satu ruangan iklan percuma, anda boleh juga menggunakan ruangan ini untuk mempromosikan produk affiliate anda.

Lakukan paparan di forum sebanyak yang mungkin supaya lebih kerap iklan ke laman web affiliate anda dipaparkan.

Sebenarnya, ada banyak lagi cara promosi efektif di forum dan saudara Zulfadli ada menyediakan taktik dan strategi yang berkesan untuk anda menggunakan forum sebagai medium untuk melakukan promosi. Jika berminat, anda boleh lawati http://bisnesdigital.com/kuasaforum untuk maklumat lanjut.

2. Tulis artikel untuk tujuan bina kredibiliti dan promosi

Seperti yang anda baca sekarang, ini adalah sebuah artikel berbentuk tip atau panduan dan ianya amat efektif bagi menyampaikan maklumat kepada orang ramai secara percuma.

Sekiranya maklumat yang anda ingin sampaikan amat bermanfaat dan berguna, besar kemungkinan orang lain akan mempromosikan artikel ini kepada orang lain juga. Ini bermakna lebih ramai orang akan membaca artikel anda.

Untuk menjadikan artikel anda sebagai mesin menjana jualan affiliate, anda cuma perlu lakukan 3 perkara berikut.

Pertama, tulis artikel berkaitan produk yang anda ingin promosikan dan jadikan artikel tersebut berbentuk tip dan bukannya 100% iklan supaya pembaca akan berasa bahawa mereka dapat sesuatu yang berguna dari anda.

Kedua, letakkan maklumat ringkas mengenai diri anda berserta link ke produk affiliate yang anda promosikan. Bahagian ini dinamakan “author biography” dan anda boleh lihat contohnya di akhir artikel ini di bahagian “Mengenai Penulis”.

Ketiga, betitahu kepada orang ramai bahawa mereka boleh menyebarkan artikel anda secara percuma dengan syarat artikel anda tidak diubah dan bahagian “author biography” disertakan bersama.

Sekiranya artikel yang anda tulis ini berbahasa Inggeris, anda boleh sebarkannya ke direktori artikel percuma yang lain seperti ezinearticles.com, articlecity.com dan searchwarp.com.

Lakukan secara berterusan dan anda akan dikenali sebagai seorang yang pakar di dalam bidang yang anda tulis dan secara tidak langsung anda juga berjaya mempromosikan produk affiliate melalui link di dalam bahagian “author biography” anda.

3. Berinteraksi di “Social Network” bukan sekadar buang masa

Anda mungkin mempunyai ramai kenalan dan rakan yang mengikuti perkembangan semasa anda di Facebook, Twitter ataupun Myspace. Memang mengasyikkan jika anda sudahpun terpaut hati dengan laman web “social network” sebegini. Mana tidaknya, anda boleh menambah ramai kenalan daripada seluruh pelosok dunia.

Namun begitu, di dalam anda menggunakan laman web ‘social network’ ini, ada juga orang lain yang menggunakan laman web sebegini untuk menjana pendapatan lumayan. Jadi, jika anda mempunyai akaun di laman web ‘social network’ sebegini yang mana anda mempunyai ramai kenalan yang mengikuti perkembangan semasa anda, anda juga mampu menjana pendapatan dengan mempromosikan produk affiliate di laman web sebegini.

Sebagai contohnya, jika anda adalah seorang yang sudahpun menceburi bidang forex (tukaran matawang asing) dan memang sebelum ini pun anda selalu membincangkan perkara berkaitan forex di laman web ‘social network’ sebegini, anda boleh mencari produk affiliate yang berkaitan forex dan memperkenalkan produk ini kepada kenalan ‘social network’ anda.

Nak cari produk affiliate bukannya sukar. Anda boleh pergi ke www.ClickBank.com dan carilah produk yang berkaitan dengan bidang anda dan saya pasti kebarangkalian anda jumpa produk yang anda inginkan adalah besar.

Kemudian, cuma berikan link affiliate ini di laman web ‘social network’ ini sahaja.

4. Komen di blog yang menguntungkan

Jika anda selalu mengunjungi dan membaca blog kegemaran anda, mengapa tidak anda cari jalan untuk mendapatkan jualan affiliate di blog tersebut?

Caranya ialah dengan meletakkan link affiliate di bahagian “URL” ketika anda menulis komen di blog pilihan anda. Ianya mudah dilakukan.

Dan untuk meningkatkan kebarangkalian untuk bakal pembeli klik ke link affiliate anda dan membuat pembelian, pastikan anda lawati laman web yang disasarkan kepada produk yang anda promosikan.

Sebagai tip tambahan, saya berikan beberapa panduan untuk meningkatkan lagi kebarangkalian anda untuk meningkatkan jualan affiliate melalui cara ini.

Pertama, pastikan anda selalu memberi komen yang berguna di blog yang anda selalu lawati tersebut. Semakin banyak komen yang anda berikan, semakin lebih tinggi anda dilihat mempunyai kredibiliti di dalam komen anda. Berikan lebih daripada satu komen untuk setiap paparan blog yang anda lawati.

Kedua, pastikan blog yang anda lawati tersebut mempunyai pembaca yang ramai. Ini penting kerana jika anda tinggalkan komen di blog yang tidak mempunyai pembaca yang ramai, maka kurang jugalah kebarangkalian orang akan melawati link affiliate anda nanti dan seterusnya membuat pembelian.

Ketiga, cuma letakkan link affiliate yang berkaitan dengan produk yang bersesuaian dengan topik yang dibincangkan di blog yang anda lawati. Sebagai contoh, jika paparan blog tersebut membincangkan masalah mengenai pemasaran email, anda mungkin boleh meletakkan link affiliate ke Aweber.com atau Getresponse.com. Jika paparan blog tersebut membincangkan isu berkaitan pemasaran video, mungkin anda boleh letakkan link affiliate ke produk berkaitan pemasaran video, contohnya http://www.TheFourWeeksToFreedom.com/pakejvideo

Jadi, anda boleh lihat di sini bahawa di dalam satu blog yang anda selalu lawati, anda boleh mempromosikan pelbagai produk affiliate asalkan blog tersebut mempunyai pembaca yang ramai.

5. Cipta laman web anda sendiri

Walaupun anda tidak mempunyai sebarang laman web pada masa ini, percayalah bahawa mendapatkan laman web percuma untuk mempromosikan produk affiliate adalah sangat mudah.

Di dalam artikel ini, saya tidak menekankan kepada mencipta laman web peribadi dengan menggunakan hosting percuma seperti di googlepages.com dan sebagainya.

Sebaliknya, saya mencadangkan anda membuka akaun di laman web 2.0 seperti squidoo.com dan sebagainya.

Sebagai permulaan, anda bolehlah membuka akaun percuma di squidoo.com dan bina ‘lens’ anda sendiri. Untuk memahami terma dan perkataan yang saya maksudkan di sini, anda bolehlah membacanya di squidoo.com dan mulakan sekarang.

Selalunya, anda akan bina ‘lens’ di squidoo.com berdasarkan nama produk affiliate yang anda ingin promosikan. Sebagai contoh, jika and ingin promosikan program “The Four Weeks To Freedom“, and boleh bina ‘lens’ yang bertajuk “TheFourWeeksToFreedom” di mana anda akan mendapat laman web squidoo yang berbentuk www.squidoo.com/thefourweekstofreedom yang mana anda boleh muatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai program “The Four Weeks To Freedom”. Di dalam ‘lens’ ini, anda boleh letakkan link affiliate anda ke laman web “The Four Weeks To Freedom”.

Seterusnya, promosikan ‘squidoo lens’ anda kepada sebanyak mana laman web di luar sana.

Di sebabkan laman web 2.0 adalah mesra enjin carian, besar kemungkinan ‘squidoo lens’ anda akan dipaparkan di laman web pertama enjin carian dengan lebih mudah. Maksudnya, apabila orang mencari program “The Four Weeks To Freedom” di enjin carian, mungkin ‘squidoo lens’ anda akan disenaraikan antara 10 laman web pertama di Google.com ataupun Yahoo.com.

Selepas anda berjaya mencipta satu ‘lens’, cipta satu lagi untuk produk affiliate yang berlainan pula dan ulangi proses promosi anda.

Saya berikan contoh ‘squidoo lens’ di sini tapi ada lagi laman web 2.0 yang lain yang boleh anda gunakan sebagai tapak untuk membina laman web percuma anda.

Dan akhir sekali, bolehlah saya simpulkan bahawa terdapat pelbagai cara mempromosikan produk affiliate dengan percuma. Kadang-kadang, anda boleh cantumkan beberapa cara di atas anda promosi secara serentak ataupun anda fokus kepada satu-satu cara dahulu.

Selepas anda memperolehi pendapatan mempromosikan produk affiliate secara percuma, mungkin anda boleh gunakan sedikit keuntungan tersebut untuk memulakan pengiklanan berbayar yang lain. Kelebihan menggunakan pengiklanan berbayar berbanding pengiklanan percuma ini ialan selalunya pengiklanan berbayar akan memberikan hasil dengan lebih pantas dan besar. Ianya juga menjimatkan masa anda.

Walaubagaimanapun, jangan berikan alasan kepada diri anda untuk tidak menggunakan cara yang saya berikan di atas untuk melakukan promosi produk affiliate yang anda anda pilih. Jika anda kurang berjaya di dalam menghasilkan pendapatan, paling tidak, anda mendapat pengalaman baru dalam melakukan promosi.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “The Four Weeks To Freedom” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

17 Responses to “5 Cara Mempromosikan Produk Affiliate Dengan PERCUMA!”

Leave Comment

(required)

(required)