5 Cara Promosi Produk Atau Servis Anda Di Internet

5 Cara Promosi Produk Atau Servis Anda Di Internet
oleh Zamri Nanyan

Terdapat pelbagai cara memasarkan produk atau servis anda di internet. Ada yang mudah dilakukan dan ada juga yang rumit.

Di sini ada beberapa cara yang selalu dipraktikkan untuk mempromosikan laman web anda dan ianya juga disertakan dengan video untuk memudahkan pemahaman anda.

(1) Promosi Melalui Email

Perkara pertama yang anda perlu ada ialah sebuah laman web “opt-in” atau “landing page” yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan email mereka di laman web tersebut. Selepas pelawat tersebut meninggalkan nama dan email mereka, anda boleh mulakan pemasaran produk atau servis anda dengan menghantar email kepada mereka. Walaubagaimanapun, penghantaran email ini bukan dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan perisian yang dinamakan autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ratusan dan ribuan email pada satu-satu masa dan inilah caranya anda lakukan promosi melalui email.

Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila tonton video di bawah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=fvLj1-hbm9k[/youtube]

Pelajaran #1: sediakan laman “opt-in” atau “landing page”. Kemudian, langgan servis autoresponder dan isikan beberapa email yang hendak anda hantar di dalam sistem autoresponder ini.

Ada 2 servis autoresponder yang saya sarankan kepada anda.

Aweber – http://www.bisnesdigital.com/aweber
Getresponse – http://www.bisnesdigital.com/getresponse

Tip #1: masukkan beberapa mesej untuk dijadikan email di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan email mereka, mereka akan mendapat email ini secara automatik dan berterusan dari anda.

Tindakan #1: Bina laman “opt-in” dan langgan autoresponder. Kemudian, masukkan minima 7 mesej untuk anda jadikan email untuk dihantar kepada prospek anda. Tambah lebih banyak mesej pada masa akan datang. Selepas ini, promosikan laman “opt-in” atau “landing page” ini dengan menggunakan kaedah promosi lain (juga ada diterangkan 4 daripadanya di bawah).

(2) Promosi Melalui Artikel #1

Artikel merupakan bahan penting di dalam pemasaran internet. Tapi banyak orang tak tahu topik apa yang nak dibincangkan untuk membuat sesuatu artikel. Video ini berikan anda satu idea dan akan boleh kembangkan idea ini kepada lebih daripada 1 idea lain. Saya tulis artikel ini dalam masa setengah jam walaupun saya tak tahu forex dengan mendalam. Anda boleh aplikasikan teknik ini dalam apa jua niche pilihan anda.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=D9UXrslLRuo[/youtube]

PENTING! menulis artikel kadang-kadang susah untuk yang belum mencubanya tetapi menjadi lebih senang bila dah selalu tulis.

Pelajaran #2: tulis artikel untuk promosi landing page anda

Tip #2: rujuk paling kurang 2 website untuk mula menulis

Tindakan #2: tulis paling kurang 1 artikel atau cari sesiapa yang boleh tulis artikel untuk niche anda. Kemudian sebarkan artikel ini ke seberapa banyak laman web lain yang anda temui. Anda boleh juga sebarkan artikel anda ke direktori artikel seperti ezinearticles.com, articlecity.com atau searchwarp.com.

(3) Promosi Melalui Artikel #2

Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya sudah mencukupi untuk menyebarkan artikel anda ke beberapa direktori artikel yang ternama tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ianya lebih baik jika anda sebarkan kepada beratus-ratus direktori artikel di internet.

Bagi saya, ianya bergantung kepada strategi anda sendiri. Jika anda ingin banyak ‘backlink’, sudah tentulah anda akan sebarkan artikel anda ke beratus-ratus direktori artikel. Jika anda tidak inginkan masalah “duplicate content”, adalah tidak sesuai jika artikel yang sama disebarkan ke ratusan direktori artikel. Walaubagaimanapun, saya berikan cara kepada anda untuk hantar artikel sama yang anda tulis ini kepada ratusan laman web yang lain dengan mudahnya di dalam video di bawah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=sH8q2J3wrY4[/youtube]

Pelajaran #3: gunakan artikel yang anda tulis untuk sebarkan ke 1,000 laman web lain.

Tip #3: kalau tak cukup bajet, gunakan beberapa article directory utama yang saya berikan di dalam video untuk sebarkan artikel anda. Kalau hendak gunakan list direktori kat atas tu pun boleh, tapi pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.

Tindakan #3: sebarkan artikel anda ke article directory setiap kali anda ada artikel baru yang ditulis.

(4) Promosi Melalui Komen Blog

Disebabkan terdapat pelbagai blog di dalam pelbagai pasaran, adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini. Lagipun, sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan pembaca-pembaca ini merupakan sasaran terbaik untuk produk yang anda promosikan.

Walaubagaimanapun, elakkan diri anda daripada dilabel sebagai ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog anda secara terang-terangan. Lakukannya dengan cara yang berhemah.

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=mHRAatWPa7I[/youtube]

Pelajaran #4: jadikan kebiasaan anda untuk meninggalkan komen di blog berkaitan dengan niche anda. Jangan habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog dan setiap komen.

Tip #4: Gunakan strategi 1-minit utk baca paparan blog, 1-minit untuk tinggalkan komen anda.

Tindakan #4: Cari 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di blog setiap hari.

(5) Promosi Melalui Youtube

Banyak cara digunakan untuk memasarkan produk anda di Youtube.

Salah satu caranya ialah seperti yang saya terangkan di dalam video di bawah:

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ewf6vUaNWz0[/youtube]

Ada beberapa perkara penting yang saya ingin sampaikan di sini.

1. guna video orang lain (tak perlu pening kepala cipta video baru)
2. daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda
3. letakkan tajuk video yang ada keyword sasaran anda
4. letakkan link ke landing page anda di bahagian description (bersama http:// )
5. letakkan keyword sasaran anda di dalam tags
6. masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda di dalam bahagian description

Walaupun senarai di atas panjang tapi rasanya ianya mudah dipraktikkan.

Pelajaran #5: gunakan Youtube sebagai permulaan pemasaran video anda.

Tip #5: optimasikan video yang anda muatnaik di Youtube dengan tip yang diberikan di atas.

Tindakan #5: cari 1 video pertama anda di Youtube dan muatnaik ke Youtube juga dengan cara yang diajarkan di dalam video di atas.

Jika anda perlukan tutorial lengkap untuk mengaplikasikan cara pemasaran melalui Youtube, anda boleh dapat video tutorial ini di http://www.UsahawanInternet101.com/youtube

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

56 Responses to “5 Cara Promosi Produk Atau Servis Anda Di Internet”

Leave Comment

(required)

(required)