5 Cara Promosi Produk Atau Servis Anda Di Internet
5 Cara Promosi Produk Atau Servis Anda Di Internet
oleh Zamri Nanyan
Terdapat pelbagai cara memasarkan produk atau servis anda di internet. Ada yang mudah dilakukan dan ada juga yang rumit.
Di sini ada beberapa cara yang selalu dipraktikkan untuk mempromosikan laman web anda dan ianya juga disertakan dengan video untuk memudahkan pemahaman anda.
(1) Promosi Melalui Email
Perkara pertama yang anda perlu ada ialah sebuah laman web “opt-in” atau “landing page” yang mempunyai borang langganan di mana pelawat boleh meninggalkan nama dan email mereka di laman web tersebut. Selepas pelawat tersebut meninggalkan nama dan email mereka, anda boleh mulakan pemasaran produk atau servis anda dengan menghantar email kepada mereka. Walaubagaimanapun, penghantaran email ini bukan dilakukan secara manual tetapi dengan menggunakan perisian yang dinamakan autoresponder. Autoresponder ini boleh hantar mesej kepada ratusan dan ribuan email pada satu-satu masa dan inilah caranya anda lakukan promosi melalui email.
Untuk memahami dengan lebih lanjut, sila tonton video di bawah.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=fvLj1-hbm9k[/youtube]
Pelajaran #1: sediakan laman “opt-in” atau “landing page”. Kemudian, langgan servis autoresponder dan isikan beberapa email yang hendak anda hantar di dalam sistem autoresponder ini.
Ada 2 servis autoresponder yang saya sarankan kepada anda.
Aweber – http://www.bisnesdigital.com/aweber
Getresponse – http://www.bisnesdigital.com/getresponse
Tip #1: masukkan beberapa mesej untuk dijadikan email di dalam autoresponder anda supaya setiap kali pelawat laman web anda berikan nama dan email mereka, mereka akan mendapat email ini secara automatik dan berterusan dari anda.
Tindakan #1: Bina laman “opt-in” dan langgan autoresponder. Kemudian, masukkan minima 7 mesej untuk anda jadikan email untuk dihantar kepada prospek anda. Tambah lebih banyak mesej pada masa akan datang. Selepas ini, promosikan laman “opt-in” atau “landing page” ini dengan menggunakan kaedah promosi lain (juga ada diterangkan 4 daripadanya di bawah).
(2) Promosi Melalui Artikel #1
Artikel merupakan bahan penting di dalam pemasaran internet. Tapi banyak orang tak tahu topik apa yang nak dibincangkan untuk membuat sesuatu artikel. Video ini berikan anda satu idea dan akan boleh kembangkan idea ini kepada lebih daripada 1 idea lain. Saya tulis artikel ini dalam masa setengah jam walaupun saya tak tahu forex dengan mendalam. Anda boleh aplikasikan teknik ini dalam apa jua niche pilihan anda.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=D9UXrslLRuo[/youtube]
PENTING! menulis artikel kadang-kadang susah untuk yang belum mencubanya tetapi menjadi lebih senang bila dah selalu tulis.
Pelajaran #2: tulis artikel untuk promosi landing page anda
Tip #2: rujuk paling kurang 2 website untuk mula menulis
Tindakan #2: tulis paling kurang 1 artikel atau cari sesiapa yang boleh tulis artikel untuk niche anda. Kemudian sebarkan artikel ini ke seberapa banyak laman web lain yang anda temui. Anda boleh juga sebarkan artikel anda ke direktori artikel seperti ezinearticles.com, articlecity.com atau searchwarp.com.
(3) Promosi Melalui Artikel #2
Ada sesetengah pendapat mengatakan ianya sudah mencukupi untuk menyebarkan artikel anda ke beberapa direktori artikel yang ternama tetapi ada juga pendapat yang mengatakan ianya lebih baik jika anda sebarkan kepada beratus-ratus direktori artikel di internet.
Bagi saya, ianya bergantung kepada strategi anda sendiri. Jika anda ingin banyak ‘backlink’, sudah tentulah anda akan sebarkan artikel anda ke beratus-ratus direktori artikel. Jika anda tidak inginkan masalah “duplicate content”, adalah tidak sesuai jika artikel yang sama disebarkan ke ratusan direktori artikel. Walaubagaimanapun, saya berikan cara kepada anda untuk hantar artikel sama yang anda tulis ini kepada ratusan laman web yang lain dengan mudahnya di dalam video di bawah.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=sH8q2J3wrY4[/youtube]
Pelajaran #3: gunakan artikel yang anda tulis untuk sebarkan ke 1,000 laman web lain.
Tip #3: kalau tak cukup bajet, gunakan beberapa article directory utama yang saya berikan di dalam video untuk sebarkan artikel anda. Kalau hendak gunakan list direktori kat atas tu pun boleh, tapi pastikan anda tak habiskan banyak masa dengan lakukan manual submission.
Tindakan #3: sebarkan artikel anda ke article directory setiap kali anda ada artikel baru yang ditulis.
(4) Promosi Melalui Komen Blog
Disebabkan terdapat pelbagai blog di dalam pelbagai pasaran, adalah mudah untuk anda lakukan promosi sebegini. Lagipun, sesetengah blog mempunyai pembaca setia mereka tersendiri dan pembaca-pembaca ini merupakan sasaran terbaik untuk produk yang anda promosikan.
Walaubagaimanapun, elakkan diri anda daripada dilabel sebagai ‘blog spammer’ dengan terus beriklan melalui komen blog anda secara terang-terangan. Lakukannya dengan cara yang berhemah.
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=mHRAatWPa7I[/youtube]
Pelajaran #4: jadikan kebiasaan anda untuk meninggalkan komen di blog berkaitan dengan niche anda. Jangan habiskan terlalu banyak masa dengan baca setiap blog dan setiap komen.
Tip #4: Gunakan strategi 1-minit utk baca paparan blog, 1-minit untuk tinggalkan komen anda.
Tindakan #4: Cari 10 blog berkaitan niche anda dan tinggalkan 10 komen di blog setiap hari.
(5) Promosi Melalui Youtube
Banyak cara digunakan untuk memasarkan produk anda di Youtube.
Salah satu caranya ialah seperti yang saya terangkan di dalam video di bawah:
[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=ewf6vUaNWz0[/youtube]
Ada beberapa perkara penting yang saya ingin sampaikan di sini.
1. guna video orang lain (tak perlu pening kepala cipta video baru)
2. daftar akaun Youtube dengan nama yang ada keyword kepada niche anda
3. letakkan tajuk video yang ada keyword sasaran anda
4. letakkan link ke landing page anda di bahagian description (bersama http:// )
5. letakkan keyword sasaran anda di dalam tags
6. masukkan artikel atau maklumat berkaitan niche anda di dalam bahagian description
Walaupun senarai di atas panjang tapi rasanya ianya mudah dipraktikkan.
Pelajaran #5: gunakan Youtube sebagai permulaan pemasaran video anda.
Tip #5: optimasikan video yang anda muatnaik di Youtube dengan tip yang diberikan di atas.
Tindakan #5: cari 1 video pertama anda di Youtube dan muatnaik ke Youtube juga dengan cara yang diajarkan di dalam video di atas.
Jika anda perlukan tutorial lengkap untuk mengaplikasikan cara pemasaran melalui Youtube, anda boleh dapat video tutorial ini di http://www.UsahawanInternet101.com/youtube
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Terima kasih atas tips-tips yang berguna untuk saya yang masih baru lagi dalam bidang perniagaan internet ini. Cara-cara yang ditunjukkan menjelaskan lagi kelemahan-kelemahan dalam sistem yang saya gunakan.
Terima kasih diatas tips berguna yg saudara berikan.
Banyak lagi perkara yg perlu saya pelajari di dalam dunia IM ini. Semoga artikel ini banyak membantu untuk para newbe seperti saya.
Terima kasih di atas tunjuk ajar yang diberikan, dan setiap perkara saya akan praktikkan di dalam perniagaan internet saya, saya doakan semoga anda sukses selalu, selamat maju jaya
Hmm…..kalau ada list lagi baik…..
Salam,
Sesuatu pendedahan yg betol2 menarik dan sangat2 membantu para usahawan baru yg baru berjinak dalam bisnes internet ni. Terima Kasih banyak2 kepada bro zamri diatas artikel yg di paparkan.
tk zamri, semoga kebaikan selalu akan bersama anda dan terus maju jaya. amiin.
Terima kasih dengan maklumat yang diberikan… saya selalu terlupa akan perkara ini… adakalanya sampaikan kita boleh jadi panic dan buntu… tq
Salam.. saya ingin menanya tentang bagaimana kaedah atau prosedur untuk mendaftarkan web yang kita bina dengan Google. terima kasih.
Terima kasih bro zambri memang tips yang bagus saya sendiri dah mengaplikasi cara 1, 4 dan 5…2 dan 3 tu belum lagi…tapi dengan tips yang diberi insyallah.
Satu perkongsian yang sangat bermanfaat khusus bagi mereka yang ingin memulakan kempen promosi produk mereka.
Teknik yang sangat praktikal dan efektif.
Thanks Zamri.
satu teruja membaca informasi ini.
ianya memberikan satu motivasi kepada saya..
terima kasih sdr zamri.
salam bos zamri
terima kasih atas panduan anda ia sgt berguna utk saya sebagai newbie ini. harap lebih banyak info selepas ini. saya amat menghargainya.
Terima kasih sdr Zamri,
Artikel yang amat berguna. Ada yang telah saya praktikkan tetapi ada juga yang belum. Saya tertanya-tanya ada ke direktori untuk artikel berbahasa Melayu..maklumlah khusus untuk pasaran kat Malaysia ni….
Salam..
Terima kasih Cik Zamri kerana sudi berkongsi info dan maklumat.. Menyokong kata-kata cik julius, teknik yg sgt praktikal dan efektif.
Selamat Berniaga Online Semua!
Salam,
terima kasih di atas tip-tip yang diberikan.insyaallah saya akan aplikasikan segala tunjuk ajar yang bro berikan di dalam mengembangkan bisnes saya
SLM.TK ATAS PANDUAN SDRA..MOGA HIDUP LEBIH SUCCESS
Terima kasih, tips yang amat berguna.
Salam, macamana nak cari blog yang berkaitan dengan niche area kita.
salam.. banyak-banyak bro memberi tip-tip yang berguna tapi maaflah kadang-kadang tak sempat nak baca.. baca pun sambil lalu je…
TQ untuk panduan berguna..
Salam.. ni baru diantaranya.. banyak lagi cara promosi yg boleh kita gunakan kan…
Salam… thanks utk tip-tips yg berguna ni… keep it up bro..
satu perkongsian ilmu yang amat hebat .
terimah kasih sifu zamri nanyan.
terina kasih atas panduan yang berguna…insyallah
terima kasih, sesuatu penerangan yang jelas tentang strategi dan langkah2 penting dlm perniagaan internet.
Thanks bos, really help…tapi ada kan autores yang free…any different? Thanks bos…
Tqvm. Keikhlasan tuan amat saya hargai. ianya 1 keperluan bt saya yg baru nak start. Tp xberapa faham la.
Perlukan masa.
…. berterima kaseh sahaja atas video yang di serta kan
Pergh! Boleh dijadikan mini report nih. Terima kasih sifu Zamri kerana kongsikan artikel yg sgt berguna ini..siap dgn video tutorial lagi tu..
inilah yang di katakan sifu.
saudara zamri tak kedekut ilmu.
terima kasih sifu zamri.. tips ini amat berguna.. memang benar apa yang dikongsikan kerana saya sedang mengaplikasikannya.
Terima kasih dengan info yang diberikan
T.kasih Tuan kerana sudi berkungsi ilmu yg bermunafaat
kepada kami semua semuga perniagaan Tuan bertambah
maju inshaalah,sedikit sebanyak dapatlah juga kami belajar ilmu dari penjelasan dan info yang berguna
lagi sekali ribuan terima kasih dari saya.
t.kasih krana mmberi tips yg amat bguna kpd kami.. nnti sy akn cuba aplikasikan..
Salam, saya memang minat nk cr wang guna internet, tp x fhm sgt, dgn adanya penerangan sdra sya mula fhm skit2
terima kasih sifu zamri.. tips ini amat berguna.. memang benar apa yang dikongsikan kerana saya sedang mengaplikasikannya.
Anda Telah memberikan tips yg sgt bagus. Terima kasih
thanks for the info.tgh berkira2 nak buat biz online lepas habis sem ni so ada la idea mcm mana nak marketing.terima kasih sekali lagi
Salam, saya memang minat nk cr wang guna internet, tp x fhm sgt, dgn adanya penerangan sdra sya mula fhm skit2
terima kasih sifu zamri.. tips ini amat berguna.. memang benar apa yang dikongsikan kerana saya sedang mengaplikasikannya.
Info yg bagus utk semua yg baru berjinak dalam pemasaran internet.. Teruskan!
laman ini sangat2 berguna kepada golongan yang baru berjinak dalam bisnes online ni.harap banyak lagi beritahu cara2 promosi….seperti yang irfan khairi jual 101cara promosi…..
tips yang berguna..
maklumat yang berguna untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes online seperti saya ….
thanks a lot untuk info yg diberikan…amat membantu. saya baru mencuba untuk mempromosi ladies online boutique, dan akan terus belajar dari semasa ke semasa…
antara tips-tips promosi yang berkesan.
Terima kasih tuan Zamri.
Tip-tip yang berguna untuk pasarkan produk..tq mr zamri nayan
tuan zamri memang pakar bab promosi. saya respect. artikel ni boleh jadi pemasaran viral. ada tak web malaysia yg buat web kumpul artikel mcm ezinearticles ? khasnya yg dlm bahasa melayu.
Terima kasih!
Rasanya tak ada lagi direktori artikel dalam Bahasa Melayu… yang saya selalu lakukan ialah hantarkan artikel saya ke WangCyber di http://www.wangcyber.com/article
cara promosi produk dalam sebuah bisnis online suatu yang sangan penting untuk dilakukan karena tanpa promosi bisnis onlin tidak akan berjalan. terimakasih atas asrtikelnya yang dapat menginspirasi untuk mengembangkan sebuah bisnis on line..salam kenal