5 Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memiliki “Mini Niaga”

5 Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memiliki “Mini Niaga”
oleh Zamri Nanyan

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 http://www.BisnesDigital.com

MininiagaAnda mungkin sudah tahu tentang apa itu pakej “Mini Niaga“. Jika belum, sila lawati http://get.linktrackr.com/mininiagaĀ untuk melihat laman web jualan MiniNiaga.

Secara ringkasnya, Mini Niaga merupakan sebuah sistem di mana anda boleh cipta sebuah laman web mini untuk menjual produk terus kepada pelanggan anda di internet. Sistem ini membolehkan anda menjual produk digital ataupun produk fizikal, bergantung kepada produk yang anda ingin jual dan pakej yang anda pilih.

Ikhlas saya katakan bahawa Mini Niaga merupakan sebuah sistem pengendalian kandungan (Content Management System atau secara ringkasnya CMS) yang paling mudah dikendalikan oleh sesiapa yang ingin membina laman web mini bagi menjual produk mereka. Ini benar kerana tiada lagi sistem sebegini dicipta bagi memenuhi pasaran tempatan. Jadi, saya tidak hairan sekiranya sistem ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penjual produk di internet.

Walaubagaimanapun, sehebat mana pun sesebuah sistem, ianya tidak akan memenuhi keseluruhan kehendak pengguna. Bagi saya, asalkan sistem tersebut dapat penuhi 80% permintaan pengguna, ianya sudah cukup untuk dipasarkan.

Di dalam artikel ini, saya akan bincangkan 5 perkara asas yang anda perlu tahu sebelum anda memiliki sistem Mini Niaga.

1. Pemasangan Mini Niaga

Pada masa sekarang, sistem Mini Niaga perlu dipasang oleh pembeli sendiri. Tiada pakej pemasangan sistem ini disediakan oleh Team Flarebiz (pencipta sistem ini) lagi. Anda perlu mendaftar nama domain sendiri dan juga melakukan pemasangan “database” (pangkalan data) bagi memulakan penggunaan sistem ini. “Web Hosting” juga tidak disediakan. Walaubagaimanapun, ini adalah masalah kecil bagi mereka yang telah pun lama berkecimpung di dalam bisnes internet dan bagi yang tidak tahu langsung mengenai perkara teknikal sebegini, tutorial ada diberikan dan juga Team Flarebiz ada sediakan bantuan kepada anda. Mereka juga boleh dihubungi melalui telefon sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan sistem Mini Niaga ini.

2. Produk Untuk Dijual

Pakej Mini Niaga ialah sistem untuk menjual produk. Tiada gunanya jika anda membeli pakej Mini Niaga ini jika anda tidak mempunyai sebarang produk. Pada awalnya, Team Flarebiz cuma menyediakan sistem untuk menjual produk fizikal tetapi selepas mendapat maklumbalas daripada pengguna, mereka juga menyediakan pakej untuk mejual produk digital. Seperti yang anda tahu, terdapat banyak produk digital yang anda boleh jual di internet. Untuk mendapatkan produk digital pun mudah – anda boleh beli produk yang mempunyai lesen hak jualan semula dan kesemua bahan jualan dan produk tersedia untuk anda jual. Bercanggah dengan pemikiran kebanyakan orang ramai, anda juga boleh mendapatkan produk fizikal dengan mudahnya untuk dijual semula. Rahsia ini mungkin banyak disimpan oleh usahawan eBay tetapi anda tidak semestinya menggunakan kaedah yang mereka gunakan ini untuk mendapatkan produk fizikal untuk dijual.

3. Surat Jualan

Model bisnes yang sesuai untuk dipadankan dengan Mini Niaga ialah “jualan langsung” (direct response marketing) di mana laman web ini bertujuan untuk menjual produk sahaja dan tiada lain lagi selain daripada menjual produk. Sudah tentu ada maklumat lain yang akan menerangkan tentang produk yang dijual tetapi secara asasnya, laman web ini akan menjual produk anda. Jadi, mahu atau tidak, anda perlu ada surat jualan untuk membantu menghasilkan jualan buat anda. Surat jualan sebenarnya boleh dihasilkan dengan mudah dengan mengikut beberapa turutan dan tip yang diberikan. Samaada surat jualan itu pendek atau panjang tidak menjadi persoalan. Yang penting, surat jualan tersebut dapat menukarkan pelawat laman web anda kepada pembeli.

4. Rekacipta Grafik

Sesuatu yang ingin saya lihat di dalam perkembangan sistem Mini Niaga ialah kemudahan untuk memilih beberapa rekagrafik yang telahpun tersenarai di dalam “library” sistem ini. Ianya akan memudahkan pengguna memilih grafik ringkas yang memenuhi citarasa pengguna. Dalam masa yang sama, ianya juga akan menjimatkan pengguna daripada mencipta rekagrafik mereka sendiri. Kadang-kadang, pengguna cuma inginkan grafik yang ringkas dan padat serta tidak memerlukan banyak gambar. Jadi, ini mungkin permulaan yang baik. Walaubagaimanapun, sekiranya anda inginkan rekagrafik yang profesional, cantik dan canggih, anda tidak akan terlepas daripada mencipta rekagrafik anda sendiri.

5. Promosi Dan Pemasaran

Kebanyakan orang baru yang ingin bermula di dalam bisnes internet ini (tak kira samaada mereka menggunakan Mini Niaga ataupun sistem lain), mereka merasakan bahawa apabila mereka sudah punyai sebuah laman web yang menjual barangan, orang akan datang ke laman web mereka dan membuat pembelian. Bak kata pepatah, inilah bisnes “autopilot” di mana anda boleh bina laman web dan laman web tersebut akan menjual dengan sendirinya. Memang benar perkara ini boleh berlaku. Sebagai contoh, ebook “Rahsia Sistem Merekrut MLM” yang saya jual semenjak 2006 di http://www.RahsiaMLM.com masih lagi dijual sehingga hari ini walaupun saya sudah tidak mempromosikannya secara aktif lagi. Walaubagaimanapun, anda perlu tahu bahawa laman web ini telahpun dipromosikan secara agresif pada pelancarannya. Promosi dan pemasarannya pula diteruskan buat beberapa ketika dan ada juga kempen promosi yang diautomasikan menggunakan “autoresponder” dan sebagainya. Jadi, saya tekankan sekali lagi bahawa anda perlu lakukan promosi dan pemasaran selepas anda pasang dan mula menjual produk anda menggunakan Mini Niaga. Jangan terlepas pandang perkara ini kerana ianya akan menentukan samaada anda akan mendapat untung atau sebaliknya.

Secara umumnya, itu adalah beberapa perkara asas yang perlu anda tahu sebelum anda memilik Mini Niaga. Sengaja saya tulis perkara asas yang sedikit negatif pada kali ini kerana saya pasti anda akan dapat membaca banyak “review” positif mengenai Mini Niaga daripada laman-laman web lain. Namun, saya tidak lupa untuk mengetengahkan kelebihan ketara Mini Niaga ini kepada anda:

1. Sistem yang mudah (user-friendly) untuk membina dan mengendalikan minisite.

2. Sistem yang memberi pilihan untuk anda berinteraksi dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Kebangsaan.

3. Sistem yang mempunyai program affiliate tersendiri (built-in) yang mungkin mempunyai nilai lebih daripada harga sistem Mini Niaga itu sendiri.

4. Sistem yang memberikan anda kemudahan mengendalikan maklumat pembeli dengan teratur (order number, status dan sebagainya)

5. Sistem yang mampu-milik.

Mini Niaga masih lagi “5 BINTANG” untuk saya. Inilah satu-satunya sistem anak tempatan yang setaraf dengan produk luar negara dan saya tidak akan berasa teragak-agak untuk memperkenalkan sistem Mini Niaga ini kepada anda dan juga semua pelanggan saya.

Dalam ertikata lain, saya bangga dengan kejayaan Team Flarebiz menghasilkan sistem Mini Niaga ini. Semoga projek sebegini dihasilkan dengan lebih banyak lagi pada masa akan datang.

Jika anda berminat untuk mendapatkan Mini Niaga, sila buat pesanan di http://get.linktrackr.com/mininiaga. Saya juga sedang menyiapkan beberapa hadiah bonus istimewa untuk anda. Sekiranya anda rasakan ada hadiah bonus yang anda ingin dapatkan daripada saya untuk pembelian Mini Niaga, sila maklumkan kepada saya untuk pertimbangan. Dan jika anda tak sabar dan terus beli Mini Niaga melalui link affiliate saya di dalam artikel ini, jangan lupa untuk hubungi saya supaya saya boleh rekodkan jualan anda untuk diberi hadiah bonus pembelian nanti. Yang pasti, anda tidak akan rasa rugi dengan hadiah bonus saya ini nanti. šŸ™‚

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari strategi pemasaran affiliate yang berkesan. Sekiranya anda ingin membina pendapatan di internet melalui Traffic Wave dengan menyertai kumpulan pemasaran beliau, sila daftar ahli di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” danĀ “Traffic Wave”Ā kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

Hakcipta Terpelihara (c) 2010 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “5 Perkara Asas Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Memiliki “Mini Niaga””

Leave Comment

(required)

(required)