50% Kejayaan Anda Datangnya Dari…

Tahukah anda?

Di dalam peperangan, 50% peratus kemenangan datangnya daripada kehadiran perwira di medan perang.

Bayangkan sekiranya peperangan sedang berlaku dan anda mempunyai 10,000 perwira untuk menentang 500 orang musuh tetapi malangnya semua mereka tidak mahu pergi berperang.

Anda pasti tahu apa keputusan peperangan ini bukan?

Kekalahan Yang PASTI!

Walaupun dengan adanya 10,000 perwira, anda sebenarnya seperti tiada seorang pun yang sanggup melawan musuh.

Itulah salah satu perkara yang saya pelajari daripada “Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan” semalam.

Kenapa saya pergi konvensyen tersebut?

Kerana saya ingin belajar minda jutawan dan bagaimana mereka boleh berjaya di dalam pelbagai bidang berlainan.

Dan saya tahu untuk saya belajar strategi dan rahsia jutawan ini, saya tak boleh duduk diam di rumah sahaja. Ada lagi banyak kriteria yang diperlukan untuk berjaya seperti “networking”, peluang yang sesuai, minda yang positif, tindakan yang cepat dan tepat dan banyak lagi.

Semalam sahaja, saya sudah dapat contact daripada media, potensi Joint-Venture, peluang untuk membuka bisnes lain dan bertemu dengan pelbagai individu hebat.

Harga yang saya laburkan memang amat berbaloi malah nilainya lebih daripada yang saya bayar.

Dan yang lebih menarik lagi ialah saya bertemu salah seorang OKU yang pernah menghubungi saya sebelum ini.

Beliau sanggup datang dari Kedah dengan kerusi roda semata-mata untuk bersama dengan juara.

Nak tahu apa yang beliau dapat?

Bekerjasama dengan Abang Abu (jutawan dari Johor yang kini tinggal di Singapura).

Nama insan istimewa ini ialah Arshad dan lihatlah sesuatu yang anda tidak jangkakan yang bakal anda dapat sekiranya anda cuma hadir di dalam majlis ilmu sebegini.

Bayaran yang tak sampai RM900 untuk konvensyen sebegini tidak seberapa jika dibandingkan dengan peluang yang bakal terbuka di depan anda.

Soalan saya – tidakkah anda ingin peluang sebegini?

Jika anda hendak, anda perlu hadir sahaja dahulu dan 50% daripada peluang tersebut sudah terbuka.

Itulah sebabnya saya nak anda lihat seminar, workshop atau konvensyen sebegini menjangkaui lebih daripada skop yang dibentangkan kepada anda.

Berita buruknya, konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan sudah tamat dan saya tak tahu jika majlis sebegini akan dianjurkan lagi. Jika anda pernah bekerjasama dengan jutawan, anda akan tahu betapa sukarnya untuk mendapatkan sedikit masa mereka untuk bersama-sama dengan anda.

Mereka sibuk dengan urusan mereka sendiri.

Harapan saya ianya akan dianjurkan lagi pada masa akan datang.

Berita baiknya ialah ada satu lagi seminar istimewa pada hari Sabtu, 23 Januari 2010 di Quality Hotel, Kuala Lumpur nanti.

Saya akan anjurkan sebuah seminar satu hari untuk pembeli Pakar Affiliate (program saya yang mengajar anda bagaimana untuk melakukan pemasaran affiliate).

Yang lebih istimewa lagi ialah seorang jutawan internet tempatan, Patric Chan, juga akan bersama-sama di dalam seminar ini.

Sekarang! Bayangkan apa lagi yang anda akan dapat dari jutawan internet yang memang dikenali ramai di arena antarabangsa ini.

Saya nak anda hadir di seminar ini.

Ianya PERCUMA sekiranya anda menjadi pembeli program Pakar Affiliate.

1. sekiranya anda sudah beli Pakar Affiliate, rujuk email saya sebelum ini untuk pendaftaran.

2. sekiranya anda belum beli Pakar Affiliate, jangan tunggu lagi. Baca semula apa yang saya tulis di atas tentang peluang yang tidak disangka-sangka yang bakal anda dapat nanti. Buat pesanan Pakar Affiliate sekarang di:

http://www.PakarAffiliate.com

Saya akan tunjukkan “LIVE” bagaimana pemasaran affiliate dilakukan di hadapan anda sekiranya anda hadir.

Sekali lagi… 50% kejayaan adalah kerana anda hadirkan diri anda.

Jumpa anda di seminar Pakar Affiliate nanti!

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. apakah nilai RM199 jika dibandingkan dengan pengalaman, pengetahuan, pemikiran anda bersama-sama dengan seorang jutawan?

pps. tempat duduk di seminar Pakar Affiliate adalah terhad dan apabila habis, saya terpaksa menolak pendaftaran pada bila-bila masa. Jadi, jangan tunggu lama.

pakar affiliate

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “50% Kejayaan Anda Datangnya Dari…”

Leave Comment

(required)

(required)