7 Ilmu Yang Saya Pelajari Dari Seminar Rahsia 3K

7 Ilmu Yang Saya Pelajari Dari Seminar Rahsia 3K
oleh Zamri Nanyan

Sabtu lepas, saya bertuah kerana diberikan peluang untuk berucap di Seminar Rahsia 3K di Singapura.

Seminar Rahsia 3K adalah berdasarkan program Rahsia 3K Datuk Dr Maznah Hamid yang dikenali sebagai Iron Lady Malaysia. Sudah semestinya beliau adalah penceramah utama pada hari tersebut.

Tahniah jika anda juga bersama-sama dengan saya dan bagi yang tidak dapat bersama saya pada Sabtu lepas, saya kongsikan dengan anda 7 ilmu penting yang saya pelajari dari Seminar Rahsia 3K.

1. penampilan diri dan cara berpakaian akan berikan persepsi kepada prospek dan pelanggan anda. Adakah pakaian anda bersesuaian dengan bisnes anda?

2. mahirkan diri anda dengan skil berkomunikasi.

3. mahirkan diri anda dengan skil menjual.

4. keikhlasan adalah sangat penting di dalam bisnes.

5. jika anda tidak pandai (kurang IQ), jangan risau kerana kebanyakan mereka yang berjaya adalah mereka yang mempunyai EQ yang tinggi. Maksudnya anda masih ada peluang untuk berjaya walaupun anda tidak mempunyai PhD atau berpelajaran tinggi.

6. golongan wanita disarankan jangan terlalu bergantung kepada suami. Usaha untuk capai pendapatan tinggi kerana kaum wanita juga mampu berbuat demikian.

7. “if you don’t network, you do not work” – ini adalah perkara yang amat penting di dalam bisnes.

Bagaimana anda melakukan network?

Banyak caranya dan salah satunya ialah menghadiri majlis ilmu seperti seminar dan perjumpaan. Ya, tak kira jika anda ada bisnes internet di belakang tabir pun, keluar untuk membina network anda untuk hasil yang lebih hebat.

Nak lihat beberapa gambar di Seminar Rahsia 3K?

Saya berikan beberapa di bawah dan banyak lagi bakal menyusul nanti. 🙂

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.2499846744982.2141664.1517313761

Dan jangan lupa juga peluang anda membina network di dalam program gilang-gemilang Cuti Santai 2011. Maklumat lanjut ada di:

http://www.cutisantai.com/?aff_id=48

Malu nak datang sebab anda newbie? Sampai bila anda nak malu untuk berjaya? Tanya diri sendiri!

Tak ada masa? Sampai bilakah kejayaan perlu menunggu anda?

ikhlas,
Zamri Nanyan

PS. tempah tiket ke Cuti Santai dan saya akan berikan tiket percuma ke Seminar Pakar Bisnes Internet II (berharga RM199). Tak sempat nak ke Cuti Santai? Tempat tiket ke Seminar Pakar Bisnes Internet untuk majlis ilmu anda:

http://pakarbisnesinternet.com/seminar.html?aff_id=26087

 

 

 

 


Artikel, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Perniagaan Internet, Seminar Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)