7 Langkah Membina Ebook Atau Laporan Pemasaran Viral

7 Langkah Membina Ebook Atau Laporan Pemasaran Viral
oleh Zamri Nanyan

Sebelum ini, mungkin anda pernah terbaca bagaimana saya mendapat jualan pertama saya dengan menjual produk orang lain. Selepas 3 bulan melakukan promosi, barulah saya mendapat jualan pertama saya di internet dengan komisyen kurang dari US$10 daripada ClickBank. Itu adalah tahun 2003.

Tetapi tahukah anda bahawa produk pertama hasil ciptaan saya bukanlah sebuah produk berbayar? Walaubagaimanapun, saya masih mampu menjana pendapatan daripada produk ini.

Minds of 17 mlm business buildersProduk yang saya maksudkan ialah sebuah ebook kompilasi 17 artikel yang saya muatkan ke dalam dokumen PDF dan produk ini diberikan percuma kepada sesiapa sahaja. Tajuk ebook ini ialah “Minds Of 17 MLM Business Builders” dan anda boleh muatturun ebook ini di http://www.bisnesdigital.com/hadiah/mlm-minds.pdf

Jadi, kalau saya berikan ebook ini percuma, bagaimana saya boleh menjana pendapatan daripadanya?

Terdapat 2 cara bagaimana saya jana pendapatan daripada ebook ini.

1. Terdapat link (pautan) affiliate saya di dalam ebook ini di mana jika pembaca sebarkan ebook ini kepada orang ramai dan sebahagian daripada mereka klik link laman web di dalam ebook ini dan lakukan pembelian, saya akan mendapat komisyen daripada setiap jualan.

2. Ebook ini juga mempunyai fungsi di mana pembaca boleh menukar link affiliate di dalam ebook ini kepada link affiliate mereka. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka ingin menukarkan link di dalam ebook ini, saya akan kenakan caj bagi menukarkan link tersebut.

Di dalam kedua-dua kes di atas, saya akan sentiasa mendapat untung dan ebook ini secara tidak langsung juga menjadi satu alat pemasaran viral untuk saya.

Orang yang sukakan kandungan ebook ini akan berikannya percuma dan promosikan link affiliate saya. Jika tidak, mereka akan tukarkan dahulu link affiliate di dalam ebook ini sebelum diberikan percuma. Dalam apa cara pun, ebook ini masih akan disebarkan kepada percuma dan terus menjadi alat pemasaran viral kepada saya.

Itulah produk pertama yang saya “jual” secara tidak langsung.

Dengan contoh ini juga anda boleh dapat lihat bahawa mencipta produk digital untuk dijual adalah mudah dan juga pantas. Kadang-kadang anda tidak perlu tulis sepatah perkataan pun untuk menghasilkan sebuah ebook. Cuma gunakan artikel orang lain dan kompilasikannya sebagai ebook.

Jadi, tiada alasan lagi untuk anda mencipta produk digital pertama anda.

Jika perlu, ikuti sahaja contoh bagaimana saya hasilkan ebook “Minds Of 17 MLM Business Builders” dan jana pendapatan melaluinya.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin hasilkan ebook dan aplikasikan taktik pemasaran seperti yang saya nyatakan di atas, terdapat beberapa langkah yang perlu anda ikuti.

1. Kompilasikan artikel tulisan anda sendiri atau tulisan orang lain. Jika anda menggunakan artikel orang lain, pastikan anda mendapat kebenaran untuk menggunakan artikel tersebut.

3. Masukkan artikel tersebut ke dalam perisian Microsoft Word dan tukarkannya ke dalam bentuk PDF. Anda boleh gunakan perisian dari PrimoPDF.com untuk menukarkan dokumen format Word ini ke PDF. Pastikan anda mempunyai link affiliate untuk sebarang produk yang anda promosikan di dalam ebook ini. Selepas menukarkan format Word ke PDF, anda sebenarnya sudah boleh mula promosikan ebook anda dengan menyebarkan kepada orang ramai. Di dalam ebook tersebut, nyatakan yang mereka juga boleh sebarkan ebook ini secara percuma.

4. Gunakan perisian “Viral PDF” untuk membolehkan orang lain menukarkan link affiliate di dalam ebook tersebut kepada link affiliate mereka. Anda boleh kenakan caj penukaran link tersebut dengan kadar yang anda sendiri tentukan. Jika anda rasa perlu, anda boleh iklankan servis penukaran link ini di dalam ebook yang anda hasilkan tersebut juga. Jangan risau, penukaran link tersebut boleh dilakukan oleh pelanggan anda sendiri dengan sedikit arahan bagaimana ianya boleh dilakukan. Untuk perisian “Viral PDF” ini, anda boleh dapatkannya di laman web berikut:

http://www.ViralPDFSoftware.com/diskaun.html
(masukkan 17OFF di dalam kotak kupon diskaun untuk dapatkan harga istimewa)

atau

http://www.ViralPDFSoftware.com/viralpdf

5. Sediakan arahan bagaimana pembayaran untuk penukaran link afffiliate ini boleh dibuat kepada anda. Jika anda menggunakan kaedah pembayaran melalui kad kredit atau PayPal, anda boleh automasikan tempahan penukaran link affiliate di dalam ebook anda ini. Sama seperti anda menjual produk digital lain, berikan perisian dan juga ebook yang bakal pelanggan anda tukar link affiliate mereka ini di ruangan muatturun produk.

6. Lakukan pemasaran untuk membolehkan lebih ramai orang mengetahui tentang ebook percuma ini. Anda boleh sebarkan ebook ini di forum, laman facebook, laman twitter, blog dan sebagainya.

7. Cipta lebih banyak lagi ebook atau laporan digital sebegini untuk mengaut lebih banyak keuntungan dan juga mencipta lebih banyak peralatan pemasaran viral.

Begitulah caranya jika anda ingin mencipta sebuah produk digital percuma yang boleh dijadikan alat pemasaran viral. Pada masa yang sama, produk yang anda berikan percuma ini juga boleh dijadikan sumber menambah pendapatan sampingan untuk anda. Kuncinya di sini ialah anda perlu ada perisian untuk membolehkan orang lain menukarkan link affiliate di dalam ebook yang anda hasilkan. Berita baiknya ialah anda cuma perlu beli perisian ini sekali sahaja dan gunakannya berulang-ulang sehingga anda puas dengan hasil pemasaran viral yang anda lakukan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ViralPDFSoftware.com/diskaun.html untuk mempelajari bagaimana anda boleh mencipta pemasaran viral anda sendiri.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Viral PDF Software” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, percuma, Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

26 Responses to “7 Langkah Membina Ebook Atau Laporan Pemasaran Viral”

Leave Comment

(required)

(required)