Ada Apa Dengan Nama “Zamri Nanyan”?
Ada Apa Dengan Nama?
oleh Zamri Nanyan
Pada hari Sabtu lepas, di Pesta Buku Antarabangsa, PWTC, saya berbual dengan Tuan Azizi Ali apabila Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad (penulis buku “Teknik Memotivasikan Anak Cara Positif”) datang.
Tuan Azizi Ali perkenalkan saya kepada beliau dan belum sempat Tuan Azizi Ali sebutkan nama saya, Dr. Tengku Asmadi berkata, “oh, ni yang bapanya nama Nanyan, yang buat internet tu”.
Ternyata Dr. Tengku Asmadi tak kenal nama saya tapi beliau lebih ingat nama bapa saya. Saya tersenyum kerana biarlah nama saya tidak dikenali asalkan nama bapa saya disanjung tinggi.
Saya akan ceritakan rahsia di sebalik senyuman saya itu sebentar lagi tetapi sebelum itu, biar saya bawa anda kembali ke zaman sekolah saya pada penghujung 80an.
Nama saya bukanlah sesuatu yang belum pernah orang lain temui sebelum ini. “Zamri” adalah nama biasa. Di mana jua anda pergi di Malaysia, anda akan dengar nama tersebut. Tiada yang pelik. Di media cetak pun anda mungkin terjumpa. Kadang-kadang, di surat khabar pun ada. Sekarang, jika anda jumpa nama “Zamri Mohamad”, anda kenal beliau sebagai seorang penulis buku. “Ustaz Zamri Zainuldin” pula adalah seorang ustaz yang anda selalu lihat di kaca televisyen.
Tetapi, nama bapa saya, “Nanyan”, adalah sesuatu yang jarang didengar dan ditemui oleh rakan-rakan saya. Jika “Nayan” (tanpa tambahan huruf n sebelum y) tu memang biasa. “Nayan” dan “Nanyan” adalah nama berbeza dan sebutannya pun berbeza.
Jadi, disebabkan nama bapa saya ini belum pernah ditemui oleh rakan-rakan sekolah saya, maka saya diejek dengan nama “Zamri Nanyang Siang Pau” (Nanyang Siang Pau adalah nama suratkhabar Cina). Kelakuan budak sekolah memang begitu. Pantang nampak sesuatu yang pelik, mereka akan persendakan.
Sedih hati saya bila mereka mempersendakan nama bapa saya. Kadang-kadang tu saya ada juga menengking mereka. Ugutan saya untuk memukul mereka jika mempersendakan nama bapa saya adalah perkara biasa, namun saya bukanlah orang yang suka melakukan perkara seperti memukul rakan sendiri. Setakat ugutan, tinggal ugutan.
Selama beberapa tahun saya memendam perasaan marah. Tak tahu marah saya kepada rakan-rakan yang selalu mengejek saya atau marah saya kepada pendaftar nama yang menulis nama bapa saya di sijil kelahiran beliau. Saya pun belum pernah dengar seseorang dengan nama “Nanyan” pada masa tersebut. Jadi, saya anggap pendaftar nama telah melakukan kesilapan.
Yang pasti, perasaan marah saya masih terpendam di dalam hati.
Sehingga tamat sekolah dan saya mula bekerja pun nama bapa saya masih lagi dipermainkan dengan nama seakan-akan nama suratkhabar Cina.
Saya pasti, jika nama anda atau nama bapa anda lain dari kebiasaan, anda juga mungkin hadapi perkara yang sama seperti yang saya alami dari tahun ke tahun.
Begitulah halnya situasi saya sehingga pada suatu hari, saya tersedar yang saya sudahpun sebenarnya mempunyai sesuatu yang luar biasa. Cuma saya tidak menggunakan kelebihan ini untuk kebaikan saya sendiri.
Lain dari yang lain = Luar biasa = Unik.
Nama bapa saya bukanlah sebarangan nama. Mungkin nama beliau juga digunakan oleh orang lain tetapi yang pasti ianya masih belum digunakan dengan meluas dan ini memberikan saya satu keistimewaan yang perlu saya gunakan sepenuhnya.
Bermula pada hari tersebut, perasaan marah saya bertukar menjadi gembira dan saya teruja dengan penemuan terbaru tersebut.
Saya nekad untuk menggunakan nama saya berserta nama bapa saya di dalam setiap promosi bisnes internet yang saya jalankan.
Biar orang kenal saya dengan nama “Zamri Nanyan” daripada cuma nama “Zamri”. Jika orang tak kenal nama saya pun, tidak mengapa. Biar nama bapa saya disebut-sebut. Inilah juga hadiah saya kepada “ayah” saya yang membesar dan mendidik saya sehingga anda kenali saya sekarang di ruangan internet ini.
Saya sudah temui “USP” (Unique Selling Proposition) saya dan ianya adalah nama saya.
“Zamri Nanyan”
Dengan menaikkan nama dan keunikan nama bapa saya, saya mula membina jenama untuk bisnes internet saya sendiri.
Di dalam setiap promosi produk yang saya jalankan, saya pasti tidak akan lupa meletakkan nama saya dan bapa saya di dalamnya.
Itulah rahsia di sebalik senyuman saya selepas Dr. Tengku Asmadi menyebut nama bapa saya apabila bersalaman dengan saya. Matlamat saya sudah tercapai – biar orang kenal nama bapa saya lebih daripada nama saya, dan saya berasa amat bangga dengan pencapaian terebut, bangga bagi pihak “ayah” saya.
Kini nama “Nanyan” bukan lagi untuk ejekan tetapi untuk orang menyamakan kejayaan saya di dalam bisnes internet ini.
Jadi, di sini saya ingin sampaikan kepada mereka yang mempunyai nama yang luar dari kebiasaan, atau mereka yang mempunyai pengalaman yang sama dengan saya supaya jangan mudah berasa kecil dengan ejekan dan permainan orang lain.
Jadikan nama anda sesuatu yang unik untuk anda bina jenama anda bagi membina bisnes anda sendiri – tak kira bisnes internet atau bisnes konvensional. Jadikan nama anda sebagai pendorong untuk anda cipta kejayaan di dalam hidup di dalam apa jua bidang pun.
Keunikan di dalam bisnes adalah sesuatu kelebihan untuk anda. Walaupun anda boleh cari keunikan lain di dalam model bisnes, bentuk produk, cara pemasaran, nama bisnes dan lain lain, namun jangan lupa bahawa nama anda juga boleh dijadikan satu keunikan (USP).
Akhir sekali, saya pasti anda tertarik dengan artikel yang saya sampaikan ini. Ianya mempunyai mesej tersembunyi dan tip bisnes yang anda boleh praktikkan.
Tetapi, tahulah anda bahawa ianya bukanlah sebuah artikel yang mudah untuk saya tulis terutama sekali ianya berkaitan hal peribadi dan masa lampau saya. Jadi, ambillah seberapa banyak pengajaran dan tip yang saya berikan di sini sebagai panduan untuk anda.
Sehingga sekarang, saya masih lagi berasa bangga mempunyai seorang “ayah” yang bernama “Nanyan Arshad” dan saya akan sentiasa berasa bangga dengan nama beliau.

Zaini Nanyan (adik), Nanyan Arshad (ayah), Zamri Nanyan
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.PakarAffiliate.com untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Pakar Affiliate” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Hebat. Tukar kekurangan kepada kekuatan.
Orang positif :-
1. pandang benda pelik sebagai >>> lain daripada yang lain
2. hadapi kegagalan sebagai >>> cabaran
3. komen negatif sebagai >>> kritikan membina
4. ejekan sebagai >>> pembakar semangat
PS : Zamri Nanyan dengan Zamri Nayan orang lain lah ye? Huhu, ingatkan orang yang sama
Sdra. Zamri Nanyan,
Terima kasih dengan perkongsian pengalaman. Kunikan itu muncul dari jiwa yang suci dan keikhlasan yang sejati.
Tahniah Bro.. meremang bulu roma saya bila baca sampai part “saya akan sentiasa berasa bangga dengan nama beliau”
Bagi sy itu memang sikap kebanyakkan dari kita termasuklah diri saya sendiri iaitu rasa tidak puas hati dengan apa yg ada pada kita. Bukan saja setakat nama kita, bapa kita malah fizikal kita sendiri.
Keadaan sebegini juga pernah sy alami semasa sekolah. Kalau tak silap sy bila dah masuk umur 20an barulah perasaan tak puas hati tu bertukar kepada sesuatu yg baik.
Terima kasih kerana berkongsi.
Saudara Zamri yg dihormati,
Sekalung tahniah dari saya kerana berani dan teguh dalam pendirian.
Salam
Memang sudah lumrah…apa yang bagus dari cerita En Zamri Nanyan ini ialah jangan jadikan kekurangan kita sebagai kelemhan dan bersikap negatif…jadfikan kelemahan/kekurangan sebagai satu semangat yang positif…jika En Zamri Nanyann boleh saya pasti kita juga boleh.
Perkongsian yang menarik En Zamri Nanyan
Salam Saudara Zamri Nanyan…
Sewaktu sekolah dulu pun nama saya Nayan juga diejek dengan nama surat kabar cina tu..
Tapi itulah suasana di zaman sekolah..
Keunikan itu penting..
Artikel yang menarik…
Salam…
Persoalan nama sudah menjadi lumrah bagi saya. Dengan memiliki nama yang lain dari yang lain, bukan membuatkan saya rasa terpinggir, malah lebih bersyukur kerana memiliki sesuatu yang orang tidak miliki walaupun sekadar nama yang pelik. Malah berbagai jolokan yang diterima. Nama jolokan berikut diantara yang kerap digunakan ialah Tarzan Malaysia…. dan Anak Merdeka.
Saya lebih suka mengambil pedekatan positif dari apa yang berlaku….
Akhir sekali saya ingin ucapkan Tahniah di atas setiap kejayaan Saudara Zamri..
Pengalaman yang lebih kurang sama ngan saya. Nama bapa saya bukan pelik tapi jadi pelik bila dijadikan nama. Zohor nama bapa saya. Agak pelik kan waktu zohor tu dijadikan nama. Tapi Subuh @ Isyak jadi nama tak pelik plak. So setiap kali masuk waktu zohor nama saya akan dipanggil rakan-rakan. Menyirap gak tapi lama-lama lantak la bukan luak apa-apa pun..(”,)
Satu perkongsian yang amat menarik. Bagi saya suatu yang unik pasti ada kelebihannya. Macam apa yang En Zamri ceritakan. Bila saya lihat nama Nanyan di hujungnya, pasti saya tahu siapa orangnya. Memang ada nilai komersial bagi kalangan internet marketer.
Ada cerita tersirat rupanya nama saudara zamri nanyan nie.Apa pun ada tips yang dapat saya kongsikan pada rakan-rakan saya..terima kasih
terima kasih atas perkongsian infonya.sungguh unik dan menyentuh perasaan.tetapi apa yang penting ialah pengajaran yang kita boleh dapat dari perkongsian pengalaman masa silam saudara ZAMRI NANYAN.
Anda memang hebat Zamri,sehinggakan mampu merubah kehidupan anda.Tahniah Zamri..
Salam Sdra Zamri,
Perkongsian yg mempamirkan keikhlasan. Memang setiap kepelikan itu ada keunikannya tersendiri. Apa yang tersirat dihati sdra adalah jati diri.
Bercerita semasa dibangku sekolah, ada seorang kawan saya yang bernama Mohamad Bin Mat Jam. Disekolah beliau selalu dikaitkan dengan sessi Bahasa Inggeris seperti “Mat Jump In the River”. Memang bertumbuk…maklumlah di zaman itu…
Beliau tidaklah berjaya seperti sdra cuma cerita ini sahaja yang saya ingin kaitkan.
Semuga sukses dan mohon sihat sekeluarga…
saya kira nama unik ini telah memberikan saudara keyakinan dalam membina/merubah kehidupan..
nama bapa saya Abd Advis (sebutannya sama dengan nama Elvis Presley…penyanyi tu..hihihihi)
tapi saya bangga dan berbesar hati…..
walaupun kesilapan ini berlaku…. nama ini unik dihati saya..
Salam Tuan Zamri.
Ya, nama yang unik menjadikan diri kita lebih “outstanding” dari orang lain. Jadi, jangan risau jika nama anda atau nama bapa anda pelik…
P/S: Masa saya jumpa Tuan Samrtzul di Pesta Buku tempoh hari, saya ada pengalaman yang sama dengan Tuan Zamri semasa saya perkenalkan diri saya kepadanya.
me: Saya Shukor.
SmartZul: Oh, Shukor Penang ya?
me: Tak. Shukor Subahir
SmartZul: Ooo…Shukor Subahir yang tulis Ebook Rahsia Pengurusan Masa tu ya?
me: Ya!
Jadi, pengajaran di sini ialah sukailah dengan nama anda. Tak perlu nak malu-malu
Memang betul nama Zamri Nanyan tu sangat unik..dan mudah diingati. Malah saya sendiri pon apabila orang sebut atau terbaca perkataan Zamri Nanyan pasti automatik akan terlintas difikaran “Perniagaan Internet” begitulah uniknya perkataan “Nanyan” tu. Pengalaman di sekolah saya juga sering dipersendakan seperti bro Zamri..ya lah nama bapa saya Baki dan setiap kali masuk mata pelajaran matematik dan ekonomi atau perdagangan dah tentu perkataan “Baki” tu selalu disebut dan pada masa tu ler kekawan sering mempersendakan nama bapa saya.huk..huk..! Sedih betul apabila nama bapa kita dipersendakan..tetapi sekarang saya sedar seperti yang bro Zamri katakan ia adalah unik terutamanya nama saya “Zolkie” hehehe..belum pernah jumpa lagi nama orang macam tu! So, terima kasih atas artikel ini..saya juga akan bina jenama dengan nama “Zolkie” tu..
Samalah Zamri, saya guna Mazlie Nadzri, Nadzri tu nama ayah saya
tertarik dengan pendirian saudara zamri nayan. nama saya pun unik jugak. mungkin saya akan gunakan nama saya sendiri untuk memperkenalkan diri saya pada orang. cara orang menyebut nama saya ialah ramesh. kadang2 org ingat saya ni india jika pertama kali mendengarnya.
tetapi saya tak kisah dan bangga punya nama yang unik.
Salam penuh ceria,
Nama adalah identiti seseorang.Suatu ketika dahulu masa sekolah nama saya yang asal(sekarang dah tukar sebab convert) mudah diingati dan sering mendapat perhatian.Kata mereka pelik dan jarang2 ditemui.Cuma saya sekarang segan sebab nama ini tiada makna tetapi lebih kepada keunikan tersendiri.
p/s : Ngapi Ngapa nama asal sebelum tukar ke Hanafi Abdullah.
Greetings Zamri,
You have once again confirmed the notion that a unique “brand” / “brand image” is of importance to get one step above the competition….
GREAT ARTICLE.. sharing it in my Ffacebook.
TopSohoBiz
Terima kasih dengan perkongsian pengalaman yang memang menarik ni, setiap nama yang diberikan oleh orang tua untuk diri sendiri memang unik. Jangan membenci nama sendiri… bersyukurlah… walaupun hanya sekadar nama… sekadar pendapat berdasarkan pengalaman ada diantara kekawan yang sanggup menukar nama kerana tak puas hati… alahai macamana lah boleh jadi macam tu…?
Bagi saya nama melambangkan peribadi. Keunikan yang ada pada nama saudara membuatkan saudara Zamri lebih dikenali. Jadi kepada yang lain yang mempunyai keunikan nama tersendiri, jadikan post story ini satu aset untuk membina kejayaan dan populariti peribadi..
Salam Zamri,
Pasti ayah Zamri gembira mempunyai anak yang berjaya dalam pelajaran & kerjaya.Setiap ayah pasti inginkan kejayaan kepada semua anaknya.Anda telah membuktikannya semasa beliau masih ada.Nilai kasih sayang anak terhadap bapa telah anda buktikan.Yang penting layanan baik anak semasa kedua ibubapa masih ada adalah satu penghormatan terbesar untuk membalas jasa mereka selama ini.Anda telah membuktikannya.Semuga ayah Zamri cepat sembuh & sihat sejahtera selalu.
Semuga kita semua berjaya & bersyukur dengan apa yang kita ada.Terima kasih.
salam…tahniah en zamri nanyan atas kejayaan anda… saya begitu tersentuh bila membaca artikel en zamri..bila disebut tentang nama, saya juga ada kisah di sebaliknya…masih ingat lagi pada zaman sekolah dulu, kenangan masa saya di tahun 1 – tingkatan 1, saya amat malu bila cikgu-cikgu ingin mencatat kehadiran….bila cikgu saya memanggil nama saya, semua orang pasti pandang siapa yang angkat tangan…mesti diorang fikir, bagus sangat ke dia ni sampai ber ‘cik’ pulak…sampai saya mempersoalkan kepada mak dan ayah saya mengapa letak gelaran ‘che’ pada nama saya dan saya katakan pada mereka yang saya malu dengan gelaran itu..tapi suatu masa, buat saya sedar betapa gelaran itu telah meninggalkan satu kenangan yang berharga pada saya…yang besnyer, cikgu-cikgu masih ingat lagi pada saya smpai ke hari ni walaupun saya dah lama meninggalkan zaman persekolahan..malahan adik saya juga turut dikenali sebagai adik ‘che’…sebut je che…pasti cikgu akan berkata ‘ooo kamu adik che yang kembar tu ke?akak kamu kat mane skarang?’….
hmmm begitu la pengalaman manis walaupun dengan nama…saya kini amat berbangga dengan nama saya.. terima kasih kepada mak dan ayah kerana telah memberi nama itu pada saya….!!!!!!!!
Saya doakan kesihatan ayahanda tuan Zamri bertambah baik. Saya sangat sukakan artikel tuan yang ini. Saya dapat melihat sesuatu di sebalik artikel ini. Ia peribadi, ia kenangan, ia kasih sayang, ia nilai diri dan ia keunikan. Kita serupa tuan. Nama saya juga unik dan pelik. Dan saya berbangga dengannya. Saya sedikit pun tidak berasa malu apalagi kesal. Sudah puas saya mencari nama serupa saya, sehingga kini belum pernah saya temui. Apalagi kalau nama saya dan bapa digabungkan sekali. Hehehee.. Memang ia satu kelebihan besar! Dengan mudah saja mereka mengingati saya.
..Sampai sekarang pun masih ada yg ingat saya ni perempuan.He.he.
Salam , Setiap org pasti ada pengalaman tersendiri lebih2 lagi berkaitan dengan nama yang unik kengkadang nama yang bagus pun boleh jadi bahan ejekkan , Tp itu adalah biasa terutama pada zaman persekolahan. Maklumla zaman kanak2 riang.
Salam Sifu Zamri Nanyan,
Terkadang tuee tergelak pun ada bila baca artikel niee , emosi marah pun ada jugak , ye la bila nama kita diperolok-olokan org lain. BTW , nama bila dah popular lain pula jadinya – org lain pulak yg manipulasi.
Apa-apa pun nama Zamri Nanyan bukan lagi boleh diperkotak-katikkan. Ia kini menjadi ikon Internet Marketer Tempatan.
Nama saya juga dianggap ‘pelik’ apabila pertama kali saya melangkah ke sekolah menengah di Johor…maklumlah, hanya saya sahaja yg berbangsa Iban dlm kelas tersebut.
Namun begitu, saya agak glamour kerana saya unik..the only Iban boy in the School!
Itu kenangan masa sekolah…apapun, saya kagum dengan pencapaian sdr Zamri Nanyan.
Tahniah!
Name saya lagi pelik En Zamri. Dah sampai sekarang pun kena ejek tapi saya tetap bangga dengan nama saya.
Zachary Ananda Nanayakkara
senyum lebar saya baca artikel ni
nama saya Azian Usman tapi saya lelaki.. mula2 ramai yg ingat saya perempuan.. haha.. tapi disebabkan nama itulah saya lebih cepat dikenali.. lebih ramai yg cepat kenal saya.. ejekan tu mula2 mmg ada tp sekejap jer & sikit pun sy x pernah marah dan mostly kawan sy panggil saya Zyan sahaja.. ngeh ngeh …
apa-apa pun dalam market IM malaysia akan muncul nama saya suatu hari nanti. sekarang banyak belajar mengenai ilmu affiliate dan alhamdulillah hasil dari pendapatan agak memuaskan kalau ada kesempatan saya akan kongsikan kepada semua
terima kasih juga kepada saudara Zamri yg banyak memberi ilmu kepada saya..
emel dari anda byk memberi pelajaran kpd saya……JDJB.
salam..cerita yg sgt menarik..dulu sekolah pun kawan2 ejek bapa sy jalak lenteng geram pun ada.pelik kan..skg saya dpt teman pun nama sgt pelik..tp die mcm malu ngan nama die n tukar nma panggilan die..sy pasti akan cerita kan kisah ini pada die supaya die hargai nama die..
p/s: nama teman sy tu rasol nasib bin…
setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.sy bru dlm dunia ini dan sentiasa belajar dan belajar tq saudara Zamri
Terima kasih semua untuk komen membina anda.
Saya harap artikel ini sedikit sebanyak dapat terus berikan motivasi kepada anda yang namanya unik.
Jika anda mempunyai rakan yang juga mengalami situasi yang sama, berikan link ke artikel ini. Setidak-tidaknya artikel ini akan membuatkan hari mereka ceria.
satu pengkongsian ilmu yg menambah luaskan lg pemikiran saya, syukran jazilan ya akhil..
artikel yg amat berguna, tapi dari segi makna nama tu biarlah membawa maksud yg baik sbb nama kita akan di panggil di padang masyar nanti…
Sesuatu yang menarik untuk di kongsi, maybe ramai yang senasib dgn En Zamri bila terbaca artikel ini telah terbuka mindanya. Tahniah.
Article En.Zamri memang sentiasa menarik punya,walauapa pun jua nama yang diberi,bagi saya ia memang lah unik dan kalau boleh mungkin nama kita atau nama bapa boleh dijadikan sebagai jenama produk/perniagaan kita sendiri samalah seperti saudara Zamri……
emel dari anda byk memberi pelajaran kpd saya……JDJB.