Adakah Anda Ketinggalan Zaman? Dan Peluang Menderma

Artikel yang saya tulis ini bertujuan untuk berbincang bersama anda.

Jadi, saya harap anda tidak terasa dengan tulisan saya ini.

Pada masa yang sama juga, saya ada sedikit kempen untuk Tabung Rakyat Palestin. Jadi jangan lupa baca sehingga akhir.

Berbalik kepada artikel kita pada hari ini…

=======================================
“Era Informasi dan Kehidupan Anda”
=======================================

Pada era sebelum tamadun, “Hunter-Gatherer Age”, kehidupan manusia adalah sama. Walaupun ada seorang ketua puak namun pemimpin puak tersebut tidak memiliki segala kemewahan hidup seperti jet peribadi dan hartanah yang luas mata memandang.

Mereka sama-sama keluar memburu, mendapatkan keperluan hidup dan sama-sama merasai hasil buruan mereka secara berkumpulan.

Kemudian, datang pula era pertanian, “Agrarian Age” di mana kaum bangsawan memiliki hartanah yang banyak. Kaum bangsawan ini bersama dengan rakan-rakan mereka adalah satu golongan yang kaya-raya.

Satu golongan lagi cuma bekerja untuk kaum bangsawan ini dan mereka, sampai bila pun, tidak akan memiliki hartanah tuan mereka dan kekal miskin.

Maka terhasillah 2 golongan manusia yang ekstrim – yang hidup mewah dan kaya-raya dan yang miskin dan tidak memiliki apa-apa harta.

Selepas era pertanian, muncul pula era industri, “Industrial Age”, di mana demokrasi pun diwujudkan. Maka tercipta jugalah golongan pertengahan yang terletak di antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya.

Golongan pertengahan ini mampu hidup dengan selesa dengan mencukupkan keperluan hidup bagi diri dan keluarga.

Pada masa kini, era industri ini sudahpun beralih kepada era informasi, “Information Age”, di mana anda sendiri mengalami pelbagai perubahan ketara di dalam sistem ekonomi sekarang.

Secara perlahan-lahan, saiz golongan pertengahan ini menguncup dan menjadi kecil. Pada masa yang sama, golongan miskin dan kaya-raya masih kekal (ataupun semakin meningkat).

Persoalannya ialah… adakah kita sedar bahawa zaman di mana kita hidup sekarang sudahpun berlainan dengan zaman di mana ibu bapa kita hidup?

Tidakkah ini bermakna cara kita memandu hidup kita juga perlu diubah bersesuaian dengan zaman kita?

Saya berminat untuk mendengar pandangan anda dan saya harapkan anda sudi berkongsi pendapat di blog Bisnes Digital saya ini. Klik “comment” untuk memberikan pandangan anda.

=======================================
Video Membina Link Affiliate ClickBank
=======================================

Wow! Saya tak jangkakan bahawa Pakej Video Youtube Pn Lisa Hilmi akan mendapat respon yang baik.

Sehingga hari ini, sudah hampir 50 jualan daripada saya sahaja terhasil. Ini tidak termasuk lagi jualan daripada orang lain.

Nampaknya, memang ramai yang tercari-cari idea untuk menjana pendapatan tambahan dengan kos yang efektif.

Jika anda adalah salah seorang daripadanya, kenapa tidak anda lawati laman web Pakej Video Youtube tersebut di link di bawah untuk melihat sendiri.

http://tinyurl.com/pakej-video-youtube

Sebelum ini saya ada menulis bahawa anda boleh juga menggunakan ClickBank untuk mempromosikan produk dengan teknik yang diajar di dalam Pakej Video Youtube ini.

Dan ada yang bertanyakan kepada saya bagaimana caranya untuk membina link affiliate ClickBank. Jadi, untuk kepentingan bersama, saya cipta video ini untuk anda belajar.

http://www.youtube.com/watch?v=YJzb81tV818

Pastikan anda naikkan “volume” kerana suara yang saya rakamkan tidak begitu jelas.

=======================================
Membeli Sambil Menderma Tabung Kemanusiaan Palestin
=======================================

Menjadi hasrat saya untuk mencipta beberapa produk untuk saya jual dan sebahagian daripada jualan saya dermakan kepada mereka yang memerlukannya.

Disebabkan penciptaan produk baru mengambil masa yang panjang, saya mengambil jalan singkat untuk memulakannya.

Pada kali ini, saya telah beli lesen premium hak jualan semula yang kosnya melebihi RM1,000. Saya ada 2 pilihan… sama ada mula menjualnya pada harga seperti yang ditetapkan dan terus masuk ke pasaran antarabangsa… atau MULAKAN terus kempen “Membeli Sambil Menderma” saya yang menjadi salah satu plan bisnes 2009 saya.

Tak perlu berfikir panjang… saya sudah dapat keputusannya.

Rakyat Palestin menderita di bumi kelahiran mereka sendiri. Begitu perit hidup yang mana kematian boleh hadir pada bila-bila masa sahaja.

Saya sendiri mungkin tidak terdaya untuk menderma secukupnya bagi membantu daripada sumbangan kewangan.

Namun, saya harapkan usaha pertama saya ini bakal memberikan satu impak yang lebih besar daripada sumbangan peribadi saya.

Jika anda berminat dalam program “Membeli Sambil Menderma” ini, lawati link di bawah untuk keterangan lanjut.

http://jualan-amal.com/palestin

Sekiranya anda tidak membeli, anda masih lagi mampu memberi bantuan dengan cara yang saya nyatakan di dalam laman web di atas.

Akhir sekali, semoga saya dan anda beroleh kebaikan daripada usaha kita semua.

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. sumbangan yang sedikit jika dilakukan secara kumpulan mempunyai impak yang lebih besar daripada bergerak secara peribadi. Hulurkan derma anda kepada tabung Palestin

Post to Twitter

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

31 Responses to “Adakah Anda Ketinggalan Zaman? Dan Peluang Menderma”

Leave Comment

(required)

(required)