Adakah Apa Yang Anda Tawarkan Boleh Dipercayai?

Adakah Apa Yang Anda Tawarkan Boleh Dipercayai?
oleh Zamri Nanyan

Anda mungkin telah menghasilkan sebuah produk yang hebat. Produk yang anda hasilkan ini mampu mengubah nasib seseorang untuk menjadi lebih mewah atau lebih baik daripada sekarang.

Anda tahu bahawa produk ini akan meletup kerana berdasarkan pengalaman sebelum ini, memang permintaan untuk produk di dalam bidang ini sangat laris dijual.

Jadi, anda pun buat tawaran melalui surat jualan di laman web anda.

Surat jualan anda tiada satu pun yang tidak bagus. Bahagian pembukaan, penyenaraian manfaat dan ajakan untuk membeli sudah tidak perlu diperbetulkan lagi. Semuanya sudah disusun dengan rapi.

Apabila produk dilancarkan, anda kebingungan kerana produk anda yang sepatutnya menjadi goreng pisang panas tidak dapat dijual walaupun kepada 10 orang.

Anda tahu semuanya sudah dilakukan dengan betul.

Kemudian barulah anda mula mendapat maklumbalas di forum perbincangan bahawa walaupun produk anda nampak hebat, pembeli tidak berani untuk mengeluarkan wang mereka untuk membayar kepada anda kerana ada satu sebab penting yang menjadikan niat mereka untuk membeli terbantut.

Mereka tidak percaya dengan apa yang anda dakwa di dalam surat jualan anda.

Saya berikan contoh di sini.

Anda katakan yang anda sudah dapat beli sebuah rumah bernilai RM1 juta dan sebuah BMW baru selepas cuma 2 bulan menjana wang di internet dan anda tidak tahu apa-apa mengenai email atau google.com sebelum itu.

Anda katakan alat penjimatan minyak petrol anda berkesan untuk kereta berkuasa besar dan pada masa yang sama, anda nyatakan bahawa anda cuma menggunakan kereta kancil 660.

Anda katakan “pakej blogging” anda mampu menjana ribuan ringgit setiap bulan tetapi pada masa yang sama, anda menjual pakej ini di laman blog percuma seperti blogspot.com atau wordpress.com.

Anda nampak coraknya?

Tiga contoh di atas sudahpun cukup untuk ketegorikan kenapa produk anda tidak dapat dijual dengan laris walau sebaik mana pun surat jualan anda ditulis.

Mungkin dakwaan anda seperti contoh di atas adalah betul dan ikhlas. Mungkin anda perolehi semua yang anda nyatakan di laman web anda tanpa sebarang muslihat tersebunyi di sebalik surat jualan tersebut tetapi pada mata bakal pembeli, mereka tidak percaya bahawa produk anda mampu mengubah sesuatu kepada yang lebih baik disebabkan dakwaan anda yang mungkin sukar untuk mereka percayai.

Malahan mungkin produk anda akan dicerca dan dikutuk disebabkan perkara ini sahaja, walhal sebenarnya anda mungkin tidak bersalah.

Pada masa yang sama, anda mahukan bukti sosial ini diberikan supaya ianya mampu untuk meningkatkan jualan, tetapi disebabkan ianya sudah menjadi sebaliknya, sedikit perubahan perlu dilakukan.

1. Anda boleh kurangkan sikit ‘hype’ ataupun cerita ‘panas’ ini dengan tidak berlebih-lebihan.

2. Anda boleh tukarkan keseluruhan dakwaan anda dengan contoh yang berlainan.

3. Anda boleh padamkan atau keluarkan sahaja dakawaan anda tersebut daripada surat jualan anda. Mungkin ini adakah salah satu cara terbaik buat anda.

Menunjukkan bukti bahawa anda telah berjaya melakukan sesuatu dapat meningkatkan jualan produk anda tetapi jika ianya dilakukan dengan salah, produk anda mungkin tidak akan dapat dijual dengan baiknya.

Kadang-kadang, perubahan kecil ini penting dilakukan di dalam surat jualan anda. Lihat semula kepada surat jualan atau tawaran anda dan kenalpasti bahagian manakah yang perlu diperbaiki.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.TheFourWeekstoFreedom.info untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Untuk peluang pendapatan terbaru yang disyorkan oleh Zamri Nanyan, sila daftar di http://www.freedom.ws/zamrinanyan

===============================================

*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “TheFourWeekstoFreedom” kepada link affiliate anda untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

================================================

 

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

25 Responses to “Adakah Apa Yang Anda Tawarkan Boleh Dipercayai?”

Leave Comment

(required)

(required)