Adakah ClickBank Sesuai Untuk Usahawan Internet Baru?
Adakah ClickBank Sesuai Untuk Usahawan Internet Baru?
oleh Zamri Nanyan
Selepas tersebarnya berita menyatakan ClickBank sudah membuka pintu untuk usahawan Internet dari Malaysia, ramai yang menyambut berita ini dengan gembira. Bagi mereka yang sudah lama menjalankan pemasaran affiliate, mungkin ianya tidak susah untuk mereka memahami bagaimana untuk mengambil peluang menjana pendapatan daripada ClickBank.
Namun begitu, masih ramai lagi di antara usahawan internet baru ataupun mereka yang ingin menjadi usahawan internet yang tidak memahami apakah ClickBank.
Secara ringkasnya, ClickBank adalah sebuah perkhidmatan jaringan affiliate di mana anda boleh menjadi orang yang menggunakan servis ClickBank untuk menjual produk digital anda ataupun menjual produk digital orang lain sebagai affiliate.
Sebagai affiliate, anda akan mendapat komisyen jualan yang ditetapkan (selalunya dari 10% hingga 90%) sekiranya anda berjaya menjual produk digital orang lain.
Anda juga boleh menggunakan ClickBank sebagai servis untuk menerima pembayaran melalui internet untuk menjual produk digital anda sendiri.
Untuk menjadi penjual (merchant), anda perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak US$49.95 dan ClickBank akan membantu anda menerima pembayaran kad kredit atau PayPal untuk produk yang anda jual di internet. Secara ringkasnya, ClickBank menjadi orang tengah untuk menerima bayaran di internet untuk sebarang produk digital yang anda jual. ClickBank juga menyediakan program affiliate untuk produk anda di mana anda boleh berikan komisyen kepada mereka yang mempromosikan produk anda.
Sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual, anda boleh menjadi affiliate ClickBank dan mencari produk yang disenaraikan di “ClickBank MarketPlace”
(http://www.clickbank.com/marketplace.htm). Pilih produk yang bersesuaian, bina pautan affiliate anda dan mula promosikan pautan (link) yang diberikan.
Di sini anda boleh lihat ClickBank sebagai laman web yang menyediakan produk untuk anda jana pendapatan di internet. Soalan seterusnya ialah bagaimana anda boleh menjana pendapatan daripada ClickBank.
Jawapannya ialah dengan mempromosikan laman web produk yang disenaraikan di “ClickBank Marketplace”. Cara promosinya adalah sama dengan cara anda mempromosikan produk affiliate lain ataupun laman web yang seumpamanya.
Jika perlukan rujukan, saya ada menulis satu artikel berkenaan cara promosi produk affiliate yang berkesan di blog saya. Anda boleh rujuk artikel ini di http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/
strategi-pemasaran-produk-affiliate-yang-terbukti-berkesan
Terdapat banyak cara mempromosikan produk affiliate yang disarankan tetapi pada pandangan saya, anda cuma perlu lakukan 2 atau 3 cara promosi sahaja sebagai permulaan dan ianya sudah memadai untuk mendapat jualan. Kemudian, anda boleh tambah strategi promosi anda sendiri mengikut citarasa anda.
Sebagai tip tambahan, inilah formula penjanaan pendapatan di internet yang saya selalu praktikkan.
1. Cari produk yang anda ingin jual (boleh didapati di ClickBank)
2. Promosi produk tersebut sehingga berjaya membuat jualan, dan lakukan promosi lagi dan lagi.
Itu sahaja!
Dan akhir sekali, ClickBank sesuai jika anda mensasarkan pasaran antarabangsa dan anda perlu memahami bahasa Inggeris untuk melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran antarabangsa. Sekiranya bahasa Inggeris merupakan satu halangan yang besar untuk anda, saya cadangkan anda menyertai program affiliate tempatan dan promosi produk tersebut dahulu untuk mendapatkan pengalaman di dalam pemasaran affiliate ini. Kemudian, gunakan pengalaman ini untuk menembusi pasaran antarabangsa.
[update] terdapat pelbagai cara untuk mempromosi produk ClickBank dan produk affiliate lain pada masa kini tanpa perlukan anda mahir dalam Bahasa Inggeris. Salah satu caranya ialah dengan menggunakan pemasaran video di YouTube seperti yang diterangkan di http://tinyurl.com/pakej-video-youtube
Jika anda mahir dengan Bahasa Inggeris, itu sudah cerita lain. Panduan menjana pendapatan daripada ClickBank banyak terdapat di dalam ebook berbahasa Inggeris. Jadi, lakukan carian di Google atau Yahoo dan anda pasti akan menjumpai pelbagai ebook yang dapat membantu anda. Anda mungkin dapat terus mensasarkan pasaran antarabangsa untuk kempen pemasaran affiliate anda.
Jadi, adakah ClickBank sesuai untuk anda jadikan salah satu cabang menjana pendapatan melalui produk digital?
Anda sendiri akan tahu jawapannya.
Untuk mendaftar sebagai ahli ClickBank, layari http://secure2pay.reseller.hop.clickbank.net dan klik “Sign Up Now!” untuk mengisi borang pendaftaran.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” dan pendaftaran ClickBank kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









saudara zamri… saya tertanya-tanya.. adakah cek dari clickbank boleh ditunaikan di bank malaysia..?
Boleh! Saya selalu tunaikan cek di HSBC kerana cajnya murah (RM11+ per cek). Conversion rate bergantung kepada bila cek anda ditunaikan.
Sebagai contoh… kalau conversion rate 3.2, untuk cek US$500:
$500 x 3.2 = RM1600.00
Kemudian bank akan mengambil caj RM11+
Jadi apa yang akan dikreditkan kepada anda ialah RM1600 – RM11+ atau lebih kurang RM1589.
Sorry… saya tak ingat exact charge dari HSBC.
Salam, nak tanye encik Zamri… Adakah encik Zamri menggunakan YSM @ Google Adword sebagai cara memasarkan produk2 affiliate clickbank dan sebagainya?
Kalau ya encik Zamri target pasaran negara mana?
maknanya dimana-mana bank pun boleh lah… kalau begitu saya dah boleh request payment la gitu.. dulu saya promote clickbank pakai alamat service kurier.. kemudiannya service tersebut tak bagi malaysian pakai service mereka lagi… so saya just tukar ke alamat malaysia lah lepas malaysia dibenarkan…
Assalamualaikum saudara zamri
terima kasih atas artikel ni. sy baru je post kat blog sy. tgh cari2 idea artikel, dapat artikel ni.
sy cuba check link affiliate ke BisnesDigital.com tapi rasanya ada masalah kat webpage tu. kenapa agaknya ek?
assalamualaikum,
saya berminat nak berniaga internet ni,kalau saya nak bayar kos pendaftaran sebanyak 49 usd bagai mana sedang kan saya tak ada apa akaun pun.
sekian terima kasih
Amirez… tiada masalah dengan link untuk signup affiliate. Cuba sekali lagi di http://www1.bisnesdigital.com/jv (www1 bukannya www)
W’salam, Bashah… untuk jadi affiliate, tak perlu bayar apa-apa… kalau nak jual produk digital sendiri sahaja perlu bayar (merchant).
peluang yang baik untuk rakyat malaysia setelah sekian lama kita terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menyertai clickbank ni…. tak payah nak buka alamat us atau singapura la
Encik Zamri. Jika saya ingin belajar cara-cara bisnes clickbank di syarikat encik zamri bagaimana caranya.
Salam.. En Zamri, saya confuse.. untuk memulakan affiliate marketing seseorang perlu ada URL atau web page sendiri dulu? boleh bagi link untuk saya fahami ini?
Tqvm
Nurulhuda… sila baca artikel yang ‘link’nya saya berikan di dalam artikel di atas (artikel mengenai affiliate marketing).
saya ada menggunakan adwords utk promote satu program affiliates..tapi kurang bekesan(mungkin tak belajar habis dgn guru agaknya)bolehke saya gunakan adword utk promote program affilates clickbank ni…saya dah lama nak join tapi lepas baca Mchapter dulu niat tu terbantut sikit..kosnya agak tinggi sikit.tapi sejak clickbank masuk melaysia..ni..fuhhh….
saya baru nak berjinak2 dengan perniagaan internet, banyak dah beli ebook untuk bacaan sendiri. Apa pendapat Sdr Zamri sekiranya IM yang berjanji pada tempoh tertentu tetapi sampai sekarang belum menghantar link download. Bayaran telah dibuat pada 13 Jualai,pelancaran pada 15hb Julai dan katanya akan diselesaikan sebelum 12tgh malam 16hb Julai sekarang dah 18hb….tentu sdr Zamri tahu produk apa yang saya maksudkan,ada kaitan dengan persoalan diatas. Keyakinan saya pada beliau sudah musnah dan mungkin saya tidak akan membeli lagi apa2 produk keluaran beliau.
Wanis,
Saya harap anda bersabar. Saya tahu produk yang anda maksudkan tetapi saya rasa mungkin beliau ada masalah dengan pesanan yang banyak.
Sekiranya seseorang tidak mempunyai pengalaman yang banyak di dalam mengendalikan pesanan semasa pelancaran, besar kemungkinan akan timbul masalah sebegini. Lagipun, jualan produk digital di internet di dalam pasaran tempatan masih memerlukan pengesahan secara manual. Jika tidak, hampir 80% pasaran tidak dapat dicapai.
Saya tidak fikir beliau akan menipu… jadi, bersabarlah kerana mungkin ada hikmah disebalik semua isu ini. Hubungi beliau dengan baik.
Zamri
akum…saya nk bertanya tentang cek dari clickbank… berapa lama agaknye cek dari clickbank ni sampai ke malaysia? lagi satu mcmamane nk pastikan yg diorang dah atr cek tuh… cb ade bg emel ke?
saya baru je berkecimpung dalam 3 minggu… daripada bacaan dalam website CB mengatakan dia akan hantar cek 2 minggu sekali… pendapatan saya da melebihi payment threshold yang saya tetapkan.. bermaksud cek da boleh dihantar.
terima kasih, saya amat memerlukan jawapan