Adakah Saya Boleh Memantapkan Lagi Jualan Dengan Mendapatkan Panduan Asas SEO?

SOALAN DARIPADA FAIZAH:
 
salam encik zamri, maaf kerana mengganggu..tetapi saya akui encik adalah seorang internet marketer yang baik kerana tak pernah lepas membalas email saya bila saya minta pendapat atau pandangan..saya baru berkecimpung dalam bidang menjual infoproduk yang saya ambil dari PLR article..apa yang ingin saya tanyakan, bagaimanakah cara dan method yang paling berkesan untuk saya gunakan bagi mempromosikan infoproduk saya ini..saya sudah ada laman web, hosting dan auto responder..adakah saya boleh memantapkan lagi jualan dengan mendapatkan produk encik TEKNIK PAKAR SEO?terima kasih, dan saya amat hargai sekiranya encik zamri dapat meberikan sedikit tunjuk ajar..
 
JAWAPAN DARIPADA ZAMRI NANYAN:
 
Salam hormat,
 
Melihat kepada apa yang anda lakukan, saya andaikan produk yang anda hasilkan adalah produk yang berkualiti. Ini adalah kriteria penting sebelum anda mula mempromosikan produk anda.
 
Di dalam pemasaran, tidak ada jawapan TEPAT kepada seseorang. Mungkin apa yang berkesan kepada saya tidak akan berkesan kepada anda, dan juga sebaliknya. Jadi, samaada Panduan Asas SEO (www.TeamPenang.com/seo) sesuai untuk produk anda atau tidak, ianya bergantung kepada banyak faktor lain, termasuk “adakah strategi pemasaran yang anda gunakan akan melibatkan banyak pencarian dari enjin carian”, “adakah produk anda banyak dicari di enjin carian”, “adakah anda boleh bersaing dengan laman web lain” dan banyak lagi. SEO adalah proses yang selalunya mengambil masa untuk melihat hasilnya. Walaupun boleh berlaku dengan pantas, tetapi kadang-kadang hasilnya cuma dapat dilihat di dalam beberapa minggu atau beberapa bulan.
 
Berdasarkan maklumat anda di atas, anda sudahpun mempunyai autoresponder untuk memulakan pemasaran email anda. Jadi, kenapa tidak gunakan pemasaran email sebagai medium untuk anda mempromosikan produk anda. Di sini, anda boleh bina “landing page” dan tumpukan perhatian anda terhadap menarik trafik berkualiti ke laman web “landing page” anda ini. Kemudian, hantar pelawat anda ke laman web jualan selepas mereka mengisi nama dan email mereka di “landing page” anda. Disebabkan anda sudah mempunyai nama dan email mereka, lakukan email susulan (samaada secara automatik atau “email blast”) dan dari sinilah anda akan mula mendapatkan jualan.
 
Bagi setiap langganan webhosting, selalunya anda dibekalkan dengan autoresponder juga tetapi ini adalah 1-kali balasan sahaja dan anda tidak dapat mengumpul email pelawat anda. Saya harap anda tak maksudkan dengan autoresponder yang diberikan oleh servis webhosting anda kerana autoresponder yang saya maksudkan di sini adalah daripada servis seperti:
 
Aweber – www.BisnesDigital.com/aweber
 
Sekiranya anda sudah mempunyai autoresponder, belajar menulis email promosi yang berkesan dan teruskan aktiviti mengumpul email pelawat secara agresif setiap masa.
 
ikhlas,
Zamri Nanyan
 
ps. ramai pakar pemasaran menggunakan email akan datang ke Cuti Santai nanti. Kenapa tidak anda hadirkan diri dan belajar terus daripada mereka – jimat masa anda selama beberapa tahun di dalam pembelajaran pemasaran ini secara bersendirian. Datang ke Cuti Santai dengan membuat tempahan di www.cutisantai.com
 
 
Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

4 Responses to “Adakah Saya Boleh Memantapkan Lagi Jualan Dengan Mendapatkan Panduan Asas SEO?”

Leave Comment

(required)

(required)