Anda Sebagai Perekacipta eCover? Tidak Mustahil…
Menghasilkan satu produk sama ada produk digital atau produk fizikal adalah satu langkah yang baik untuk mula menjual dan menghasilkan pendapatan di internet.
Ianya tidak boleh disangkal lagi.
Namun begitu ada satu lagi elemen penting yang perlu di dalam proses menghasilkan jualan.
Tanpanya mungkin produk anda nampak suram dan tidak menarik minat bakal pembeli.
Saya sedar mengenai perkara ini awal-awal lagi dan dengan kesedaran ini juga saya pernah meminta pertolongan seorang rakan untuk merekacipta ecover bagi produk digital pertama saya.
Anda boleh lihat hasilnya di laman web berikut:
http://www.mlmlessons.com/mlm-minds
Pada masa tersebut, kos untuk mengupah ecover designer bagi sesebuah produk adalah mahal dan boleh mencecah USD$97 bagi satu design.
Pastinya saya tidak sanggup untuk mengeluarkan wang melebihi RM350 bagi ecover produk saya.
Pada masa tersebut juga, saya terfikir “alangkah baiknya kalau saya sendiri dapat merekacipta ecover yang simple semata-mata untuk projek kecil sebegini”.
Namun begitu, zaman sudah berubah dan kini anda boleh mengupah ecover designer untuk merekacipta ecover produk anda dengan harga yang berpatutan.
Disebabkan ini juga, hampir kesemua e-book dan e-report yang saya hasilkan mempunyai ecover yang tersendiri.
Dan salah seorang ecover designer kegemaran saya ialah Nurulhayati atau lebih dikenali dengan nama Luvlee.
Hasilkerja beliau memang tip-top dan saya amat menyarankan servis beliau kepada mereka yang perlukan ecover yang menarik.
Bercakap mengenai design dan ecover, sebenarnya Nurul juga baru sahaja melancarkan produk terbaru beliau yang merupakan pakej ecover action script.

http://www.ecoverjualan.com/index.php?ref=specialoffer
Saya tahu ramai yang kreatif dan selalu tertanya-tanya bagaimana sebuah rekaan ecover dihasilkan.
Manalah tahu sekiranya ada yang bercita-cita untuk menjadi ecover designer.
Baiklah, dengan terbitnya produk daripada Nurul ini, anda tidak perlu menggaru kepala lagi.
Skrip yang dihasilkan beliau sudahpun tersedia. Anda cuma perlu masukkan kreativiti rekacipta anda sahaja dan dalam masa beberapa minit, sebuah ecover yang menarik pasti dapat dihasilkan.
Jadi kepada yang inginkan skrip sebegini, jangan lupa mendapatkan pakej ecover jualan di laman web di bawah:
http://www.ecoverjualan.com/index.php?ref=specialoffer
“Zamri, takde hadiah bonus pembelian ke?”
Ya, saya selalu dapat soalan sebegini.
Jadi, saya akan berikan hadiah bonus istimewa sekiranya anda membeli daripada link yang saya berikan di atas.
Apa hadiahnya?
“TEMURAMAH Eksklusif
Zamri Nanyan & Nurulhayati”
Temuramah ini akan saya adakan dalam masa yang terdekat (dalam masa seminggu ini). Jadi, ianya cuma akan diberikan kepada anda pada Jumaat 5 Disember.
Namun, ada berita gembira buat 10 pembeli pertama.
Sekiranya anda adalah 10 pembeli pertama daripada link yang saya berikan di atas, anda boleh berikan 1 soalan cepumas untuk saya tanyakan kepada Nurul.
Amacam? Menarik tak?
Apa lagi yang boleh saya lakukan?
Kepada SEMUA PEMBELI, saya juga akan benarkan anda meletakkan URL laman web peribadi anda di dalam salinan PDF temuramah ini dan juga 3 link affiliate anda yang lain.
Jadi, secara langsung, saya memberikan anda satu produk “viral marketing” untuk anda menghasilkan jualan dan juga menambahkan bilangan pengunjung laman web anda bila lebih ramai orang membaca temuramah yang diberikan kepada anda ini.
Cuma satu sahaja pesanan saya pada kali ini.
“Jika anda seorang ecover designer, produk ini adalah SATU KEMESTIAN buat anda!”
ikhlas,
Zamri Nanyan
ps. apa lagi yang anda ingin tahu tentang bisnes rekacipta ecover? dapatkan produk ini hari ini dan anda berpeluang bertanyakan soalan ini sendiri kepada Nurul.
pps. bisnes rekacipta ecover juga adalah salah satu bisnes internet yang mampu memberi pulangan yang lumayan. Macam mana saya tahu? Jawapannya - saya juga banyak mengupah ecover designer untuk produk digital yang saya hasilkan.
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.








[…] kasih gak kat Bro Zamri Nanyan yg telah memberi satu model bisnes internet yg sesuai dengan kemahiran saya dan pastinya akan […]