Apa Yang Telah Anda Belajar Dari Zamri Nanyan
Salam hormat,
Di dalam paparan blog kali ini, saya ingin bertanyakan kepada anda apa yang telah anda belajar daripada saya, produk-produk yang saya terbitkan dan juga daripada blog percuma yang anda baca sekarang ini.
Ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi apa yang dapat saya bantu anda pada tahun hadapan. Anda juga boleh nyatakan apa yang anda ingin belajar daripada saya seperti affiliate marketing, penciptaan produk, internet MLM, penulisan surat jualan dan sebagainya. Sila nyatakan dengan terperinci supaya saya tahu apa yang anda ingin belajar daripada saya.
Sekiranya anda mempunyai testimoni, jangan lupa tinggalkannya di blog ini juga supaya saya tahu yang saya telah membantu anda.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada semua pembaca!
terima kasih,
Zamri Nanyan
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.








sy bknye x mau biz nie..tp modal kurang skit..
Alhamdulillah, dgn bantuan sdr zamri dan beberapa otai IM, banyak juga ilmu yg dapat saya timba mengenai penciptaan produk digital. Saya telah membeli ebook melalui saranan saudara zamri dan ia betul-betul meningkatkan ilmu pengetahuan saya tentang ebook. Sekarang saya sedang dalam proses penghasilan ebook pertama saya. Jadi, apa yang dapat saya katakan adalah jgn terlalu berkira untuk melabur sedikit wang kita bagi mendapatkan ilmu yang mungkin tidak penting buat masa sekarang, namun ia menjadi amat berguna untuk kita suatu hari nanti. Salam kejayaan untuk semua!
Usaha Zam membantu para newbie amat saya hargai.Ilmu yang Zam curah ibarat sinar yang menyuluh jalan..kesilapan dapat dikurangkan dalam bisnes IM ini sebab ada guru yang bimbing.
terima kasih bebanyak bang Zamri.. teruskan membantu kami.. perkongsian anda saya amat hargai.. semoga saya ikut berjaya seperti bang Zamri jugak.. Amin..
Assalamualaikum…
Alhamdulillah, saya dapat banyak ilmu dari zamri nanyan. saya rasa produk dari zamri nanyan yang paling banyak saya sertai dan beli. tapi malangnya bagi newbiw seperti saya ni, saya cuba contact saudara banyak kali sama ada melalui personal email atau borang yang disediakan tapi kurang mendapat sambutan. Saya faham mungkin saudara sangat sibuk dan ramai lagi orang lain yang boleh membawa keuntungan yang boleh saudara layan.
Saya memang teringin nak buat business internet dan dah cuba beberapa langkah, namun bila saya tanya beberapa pakar IM masih tiada yang memberi jawapan menyebabkan saya lemah semangat sedikit. Mungkin saya perlukan masa untuk membina keyakinan saya semula. InsyaAllah, saya akan cuba juga nanti.
Salam Abang Zamri..saya telah lama mengikuti pergerakan abg dalam perniagaan internet ini dan juga mempunyai produk abg sendiri, saya tahu kejayaan demi kejayaan yng abg da kecapi, walaupun saya asal dari sabah tetapi saya masih mengikuti perkembangan abg, saya kagum, tetapi sehinggga kini semua teknik yang saya da ikut masih tidak membuahkan hasil, saya masih tidak tahu dimana kesilapannya..
Saudara Zamri,
Saya baru berjinak-jinak dgn IM ni, tapi byk nagetivenya yg saya dengar dari yg positive. walauapapun, jika saudara sudah bertapak lama didlm IM ni saya percaya anda sudah mendapat sesuatu yang sgt berharga dalam hidup saudara. Saya kalau boleh ada pekerjaan yg tidak menginaya org dan org tidak menginaya saya, saya mahu mencuba mendapatkannya. Bantuan anda saya perlukan.
Terimakasih.
salam bro…
saya amat berpuas hati dgn ape yg di ajar
oleh saudara,tp setakat ini saya masih belum membeli sebarang produk dr saudara,dan banyak lg yg saya kurang faham dan saya ingin saudara zamri terus memberi bimbingan pada saya…
semoga terus maju…
sikian….
Saya masih belum berkesempatan membaca sepenuhnya, tapi amat berminat dengan apa yang disarankan. Terima kasih.
a’kum,
saya nak ucapkan terima klasih yang tak terhingga buat saudara kerana banyak memberikan saya maklumat yang amat berharga pada saya yang boleh digunakan pada masa kini di harap saudara akan memberiakan terus seronok berkenalan dengan saudara. saya harap saudara terus memberikan peluang kepada saya pada m,asa akan datang… selamt tahun baru 2010 & salam maa hijrah….
Terima kasih kerana tidak lupa untuk menghantar tips yang menarik kepada saya. saya baru berjinak-jinak dalam bidang IM ni. Tak sangka begitu mudah mengenali orang lain dengan cepat di dalam bidang ini.
Saya sedang mengikuti blog dan email tuan yang banyak ‘menghadirkan’ ilmu dan tunjuk ajar yng selama ini saya cari. perkongsian ini saya sangat hargai.Kepada tuan saya ucapkan jutaan terimakasih. teruskan sharing noleg…
Salam..
Saudara.. saya baru lagi dlm IM nie..dan saya lebih banyak memerhati dari mengambiltindakan…
buat masa nie..saya masih lagi tidak kemana…
mungkin saya tak begitu menumpukan perhatian … menyebabkan banyak perkara yg terlepas pandang.
saya ada idea untuk buat e-book..masih dalam angan2…
tapi bila dah siap nanti. mungkin kita boleh colabr8 together..
wasalam…
salam,sory bt masa ni sy masih x dapat pa2 lagi.sebab sy langsung zero pasal internet ni.
Saya ada membeli 2 produk tuan zamri. Tapi saya rasa tak puas hati dari segi kandungan maklumat kedua-dua produk tersebut kerana (1) panduan yang diceritakan terlalu panjang lebar tapi tips yang ada sangat sedikit atau dah tak up-to-date untuk dipratikkan. (2) Saya tak tau mengapa pratik chan terlalu menonjol dlm produk tuan sedangkan bagi seorang internet marketer seperti tuan sepatutnya tuan mempunyai cara yang sendiri. Maaf! sebab saya rasa harga RM199 produk tuan zamri no value for my money!
saya masih belajar lagi dari anda secara perlahan-lahan ,thank atas semua maklumat anda n produk anda ….apa yang sy ingin tahu banyak lagi program affiliate n Im..banyak lagi laaa saya tak paham tentang bisnes internet ni…macamana nak jalankan MLM internet…..assalamualaikum
Saya sebenarnya amat berminat dalam bidang perniagaan internet ni. Masaalahnya saya tiada komputer.. saya hanya dapat membuka email di pejabat pada masa pejabat dan membuatkan masa amat terhad. Saya ada membeli beberapa produk tetapi semuanya menjadi sia-sia sebab tak tau nak buat apa.
salam,
terima kasih pd saudara kerana bnyak mmberi maklumat berguna utk saya, walaupun saya masih baru dan belum lagi faham teknik untuk melakukannya.
diharap saudara maju jaya dan sedia membantu.
Salam sejahtera,
All the best to you, Mr. Zamri. Saya baru saja siapkan satu laman web khas untuk saya membuka pasaran perniagaan Internet saya di samping membantu orang lain bertapak di dunia perniagaan internet.
http://www.greatinternetbusiness.ws/
Harap Mr. Zamri boleh review dan beri cadangan membina untuk saya membaiki serta improve-kan lagi website saya. Terima kasih~
saya suka ebook yg en zamri hasilkan. teruskan perjuangan anda…
sorry my computer s speakers is malfunteoneng.will hear your two videos.i aqm sure itwill help me.thanks
salam… En. Zamri, sy ingin tunjuk ajr supaya dpt turut serta dlm bisnes it… sy masih ragu2 dgn perniagaan ini dan saya takut tertipu… umur sy pun terlalu muda utk menyertai perniagaan ini. duit pun sy tidak ada utk membuka akaun kredit. tp sy berminat sgt dgn pulangan yg lumayan
Assalamualaikum..En.Zamri.Terima kasih kerana menghubungi saya.Program sdr ni memang hebat,byk maklumat berguna.Insyaallah suatu masa nanti sy akan join.buat masa ini tangguh dulu sebab fulus x ckp.
tq
salam zamri,
sy msih baru dan masih sdng eksplore
hal2 nk mula jd IM ni.
syabas pd saudara yg dah ada sdikit translet
artikel sadara ke bm. Sy rasa saudara mperbayakan lg
pterjemahan ke dlm bm utk org2 baru spt sy.
ini kerna byk terjemahan kaki tenet di seberang bduyung2
mterjmahkan ke dlm bhs indonesia mgalahkan bm. hinggakan
bm tiada dlm option sesetengah program alih bahasa, yg
ada adalah bhs indonesia sahaja.
Salam Semua,
Sepanjang bersama anda, saya dah dapat ilmu2 dalam bisnes internet. terima kasih atas segala ilmu yang diberikan dan harapan pada masa akan datang anda akan berikan lagi info-info terkini dalam perniagaan internet
salam,
Saya berminat utk tahu dan bercita-cita utk menceburkan diri dlm perniagaan internet ni,maklumlah saya banyak masa terluang utk mengelolakan urusan internet ni.Masaalahnya saya hanya kuli biasa dan tiada modal khusus,kerja kg aje…anak pun ramai.Yang saya pinjam ni pun computer anak yang belajar di U.Apa yg saya perhatikan dalam mahu mengetahui bisnes internet ni,Saya tgok diorg yg promote tu bukan cara nak ajar atau guide utk mengajar mcm mana nak mula bisnes?tapi bila baca….baca…sampai hujungnya…suruh beli itu lah ,ini lah,dan tunjuk pulak Rumah dia besar,duit banyak dan kereta mewah dan mcm2 lagi.Saya tak jeles malah bangga tgok org melayu ramai dah yg senang…Jwb dia mcm tak senang…1 produk jual contohnya RM100.kalau dah yg beli sampai 30,000 orang yg beli,patutlah diorg kaya..Yang beli produk tu belum tentu lagi termasuklH SAYA.Habis duit jual sayur saya beli produk diorg,hampir RM800(mcm2 produk mcm mana nak bisnes int ni),saya tak juga menjadi…..Jgn lah buat mcm tu..bagilah servis dulu,ajarkan kpd yg berminat,kalau boleh mcm FOREX.BAGI USD5 utk trail..barulah melayu boleh maju…Apakata betul tak?..Wasssalllammmm….TK
Salam ,
Terima kasih pada anda saudara zamri . Byk info2 berguna yang saya dapat tapi oleh kerana terlalu byk sgt sy pun x tahu mcmana nak praktikkannya . Saya masih baru dalam biz internet dan sekarg ni mencuba utk terlibat secara sambilan dengan bisness internet ni , tapi saya takut tertipu dengan mcm2 bisness internet sekarg ni. Sekarg saya ada menyertai salah satu program Affiliate MLM dan setakat hari ni tak berapa berjaya seperti yg sy harapkan.
salam semua…
Pada asal saya langsung tidak percaya pada biz internet sebab pada awalnya saya langsung tak tahu ilmu tentang it (zero) yang saya tau hanya melayari sahaja.Tetapi kini saya sudah boleh memiliki blog sendiri dan ada perniagaan im yg sdg meningkat maju.
Saudara zamri telah banyak memberi saya info tentang im
saya ucapkan terima kasih
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dulu, Kini dan Selamanya, Terima Kasih Sifu Zamri Nanyan yang tak jemu-jemu memberi dorongan dan tunjuk ajar percuma mahupun berbayar melalui pembelain ebook. Ilmu-ilmu yang di ajar amat berguna dan ramai sahabat-sahabat saya menjana pendapatan internet melalui panduan dan tunjuk ajar sifu zamri.
Saya memang baru dalam mengenali perniagaan di internet, belum lagi melangkah untuk mencuba. Kehadiran sdr Zamri, telah membantu saya memahami hal-hal marketing…tambah banyak tip-tip dan artikel yang diberi percuma. Saya ucapkan terima kasih. Teruskan beri panduan agar orang baru macam saya tidak tersasar…untuk memulakan pada masa ini rasa tak mau dulu. Pernah beli ebook…pernah buat tapi tak sampai ke mana.
Terima kasih ilmu yang di beri
Assalamualikum dan salam sejahtera,
Saya msih baru dalam selok belok perniagaan internet ini.Tip dan panduan saudara zamri amat berguna pada saya.Memandangkan buat masa sekarang saya msih xda idea nak buat produk sendiri,sy nak menumpukan pada program affiliate dulu dan memahirkan teknik promosi saya.Diharap saudara zamri dapat memberikan panduan dan tips2 yg berguna pada saya bagaimana dapat menjadi seorang affiliate yang berjaya.
askum bro….
sye nie ade prob cket. sye dah join GDI ni dalam 2 bulan tapi yg jdi masalah utama sye ssh nk cri org. rmai geng2 sye x reti langsung tntng komputer… sya nk gune ayat pe lgi ek….???? sye tgh kusut nie…
saya masih mengumpul maklumat belum lagi memulakannnya- belum membaca semua bahan yang dikumpul, belum mualla belajar lagi jika timbul masalah ins’Allah saya hubungi en tq atas ingatan en
Wow! Terima kasih semua kerana memberikan maklumbalas positif dan negatif kepada saya. Mana yang kurang saya akan cuba perbaiki.
Terima kasih daun keladi!
Zamri Nanyan
Salam En. Zamri..
Saya mula kenal bisnes internet (yang sebenar) agak lewat. dalam Jun 2009. Macam-macam buku, newsletter, blog saya baca sampai overload dah. and saya rasa saya lost. satu yang saya nak kongsi, bila kita lost, kita start baca balik. 2nd reading alhamdulillah saya tahu apa yang saya minat, dan saya boleh buat. tapi satu masalah saya ialah bila berkait dgn bab2 teknikal ni. tambahan pula macam saya yang takde background dlm IT ni. memang kena praktis dan ambil masa. macam buat website, autoresponder, sistem affiliate. memang meletihkan. tapi takpelah, pelan2 lah, nanti dah pandai senang. Saya kagum dengan en. Zamri dan saya yakin boleh jadi lebih hebat dari en. Zamri
walaupun saya masih belum mampu menjana pendapatan melalui IM, saya rasa kata2 perangsang dari saudara membuatkan saya masih terus mahu saudara terus menghubungi saya sebenarnya saya sudah banyak kali join IM ni tpi bukan dengan saudara sebaliknya dengan orang lain seperti saudara Haszoor dan lain lain. saya sudah banyak melabur (anggaran ribuan RM) dengan Internet Biz tapi satu sen pun saya belum boleh janakan. banyak groups yang saya hantar tapi satu pun tiada balasan. adakah cara2 lain yang saudara boleh membantu saya? wang simpanan saya pun sudah habis saya gunakan demi mendapat sedikit lebihan pendapatan sedangkan anak2 saya perlukan pakaian sekolah, peralatan, dan wang untuk kesekolah. tuan boleh bantu saya?
Salam. Terima kasih atas info & tunjuk ajar saudara. Saya faham kebanyakan apa yang saudara bg tau, ceritakan. Saya pernah menjalankan bisnes internet, pernah merasa datangnya hasil@dapat duit dari bisnes tersebut. Walau pun tak selalu dapat@tiap bulan dapat income, tapi untuk diri saya, saya puas hati kerana berjaya juga menjual produk dr program affiliate yg saya ceburi tu. Dari situ saya belajar bermacam2 perkara, dari kegagalan, kena tipu, produk yg “hampas”, habis duit beribu & berjaya juga akhirnya. Buat masa sekarang, saya sibuk dgn urusan rumahtangga & kurang meluangkan masa dgn bisnes internet, tapi apa yg dah ada, saya teruskan promosinya..cuma saya nak tekankan disini, bukan semuanya indah, menarik tapi tak bermakna takde hasil langsung. Wassalam.
Salam Maal Hijrah,
Saya mengenali Zamri Nanyan secara tak sengaja melalui e-mail. E-mail-emailnya meanrik perhatian saya tentang cara berbisnes di internet. Sebelum itu saya ada membeli buku Dr. Irfan dan hanya membacanya secara teori. Dan Zamri Nanyan lebih kepada pemasaran internet secara berhemah, daripadanyalah saya memahami kenapa kita perlu menjaga sikap kita di internet. Tahniah kepada Zamri kerana berjaya membuka mata ramai org di Malaysia tentang Internet Marketing. TQ
Salam.
Secara peribadi saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana En. Zamri ikhlas memberikan ilmu yang berguna kepada saya yang baru menceburkan diri dalam internet marketer. Sebenarnya banyak ilmu yang encik Zamri berikan melalui email saya tetapi saya tidak dapat menyelaminya secara mendalam, tetapi yang sangat terkesan sekali yang perlu saya pelajari ialah ilmu pemasaran (internet marketing).
Terima kasih En. Zamri semoga terus berjaya dan mencurahkan ilmu yang sangat berguna.
waaa…dh banyak komen..
z pula dh banyak kali terlibat..biasa la, mencuba pelbagai bidang..cuma yg z masih kurang adalah semangat nk menceburi bidang ini dengan lebih mendalam sebab z masih belajar dan ingin tingkatkan prestasi akademik kat U neh..bak kata orang, rezeki sedah tersirat..yg penting kita kena berusaha dapatkannya..InsyaAllah
salam abg zamri….
pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kerana telah memperkenalkan bisnes online ini kepada saya. dah byk bisnes online yang saya ikut tapi hanya sekerat jln kerana xda tunjuk ajar. saya pun bukan faham sgt dengan bisnes ni tapi saya dapat tunjuk ajar yang berguna dan mudah difahami. walaupun saya masih belum mempunyai prospek tapi saya akan terus berusaha kerana saya percaya dengan bisnes ni dan saya harap akan terus mendapat tunjuk ajar dari abg zamri.
bersama menuju kecemerlangan….terima kasih.
salam… saya dapat melihat kesungguhan saudara untuk membantu dan sy sgt teruja utk mengikutinya, namun sy msih merasa kesukaran utk mempraktikkannya.apabila mendengar penerangan tu mcm mudah tapi sukar utk mengaplikasikannya.apa kata jika en.Zamri sediakan alternatif yg pelbagai utk mendptkan downline oleh en.Zamri sendiri. kesukaran berlaku apabila ianya dilakukan oleh pihak lain, maksud sy, sbg cth utk buat lmn web ia disediakan oleh pihak lain, maka disitu timbul problem..
Salam..terlalu bnyak email yg diterima dripada En. Zamri, namun hingga sekarang say masih tertanya2 apakah bisness yg bolh saya ceburi melalui program ini. andai ada penyelesaiannya, sy amat berterima kasih…
Assalamualaikum.
Secara ikhlas saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana En. Zamri ikhlas dan tak jemu-jemu memberikan ilmu yang berguna kepada saya. Saya sememangnya berminat dan mempunyai impian yang besar. Walaupun membaca email saudara sekali lalu dan masih belum melakukan sesuatu untuk diri saya namun saya dapat rasakan ilmu yang diberikan terlalu tinggi nilainya. Disebabkan keadaan kewangan saya tidak begitu baik,setakat ini saya masih belum membeli sebarang produk dr saudara. dan banyak lg yg saya kurang faham dan saya ingin saudara zamri terus memberi bimbingan pada saya…
Terima kasih En. Zamri semoga terus berjaya dan mencurahkan ilmu yang sangat berguna.
assalamualaikum saudara zamri…
semoga sihat selalu…saya sungguh gembira dan kagum kerana dapat belajar banyak perkara dalam dunia bisnes internet dengan en.zamri.saya sangat berminat dan tertarik membaca segala informasi dan matlumat berkaitan dgn bisnes online yang en.zamri sampai kan,saya berazam dan bercita2 untuk berjaya seperti saudara,saya rasa banyak lagi perkara yang perlu saya pelajari dari en.zamri,saya harap en.zamri dapat membimbing saya hingga ke akhirnya…
http://www.kaybisnes.com
Salam bahagia sdra Zamri,
Terimakasih saudara kerna tak jemu nak kongsikan infor kepada saya. Setakat ini saya hanya subscribe pada blog sdra dan belum beli apa2 produk sdra lagi. Saya sebenarnya tak tahu nak bermula dari mana. Panduan dan tunjuk-ajar dari sdra amatlah saya hargai.
Salam saudara Zamri,
Saya merupakan subscriber newsletter saudara dan sangat bertimakasih kepasa saudara kerana tanpa jemu berkongsi apa – apa saja mengenai bisnes internet.
Walaupun saya ini bekerja dan menggunakan internet, saya masih tidak faham bagaimana langkah pertama untuk yang berkesan untuk maju dalam bidang ini dan menjana pendapatan melaluinya. Saya telah cuba beberapa cara dan tidak nampak hasilnya. Harap saudara boleh memberikan saya tunjukkan ajar secara yang saya mudah faham. Mungkin saya tidak faham beberapa istilah biasa dalam bisnes internet, itulah masalah saya.
Sekian wassallam.
Banyak juga saya belajar dari bro terutama dalam pemasaran internet..terima kasih bro