Apa Yang Telah Anda Belajar Dari Zamri Nanyan
Salam hormat,
Di dalam paparan blog kali ini, saya ingin bertanyakan kepada anda apa yang telah anda belajar daripada saya, produk-produk yang saya terbitkan dan juga daripada blog percuma yang anda baca sekarang ini.
Ini adalah bertujuan untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi apa yang dapat saya bantu anda pada tahun hadapan. Anda juga boleh nyatakan apa yang anda ingin belajar daripada saya seperti affiliate marketing, penciptaan produk, internet MLM, penulisan surat jualan dan sebagainya. Sila nyatakan dengan terperinci supaya saya tahu apa yang anda ingin belajar daripada saya.
Sekiranya anda mempunyai testimoni, jangan lupa tinggalkannya di blog ini juga supaya saya tahu yang saya telah membantu anda.
Saya dahulukan dengan ucapan terima kasih kepada semua pembaca!
terima kasih,
Zamri Nanyan
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Salam en Zamry
Terima kasih en Zamry kerana memberi ku peluang buat comment.
Tapi saya belum lagi membeli apa2 produk dari en,hanya pernah
menjadi affiliate GDI itu pun tak brapa active.Tapi dari semua tip2 yang en hantarkan pda sy tu amat lah berharga utk
mendalami pengetahuan dlm bisnes internet malah ia adalah tip2
yg bagus utk mbina kejayaan dlm bisnes internet.Tapi maaf lah
ya sy sbenarnya blm bersedia lgi beli apa2 salah satu produk
en,krana keadaan tdk mengizinkan.
salam en zamri….saya sebenarnya amat dahagakan ilmu tentang perniagaan internet..saya ingin tunjuk ajar en.zamri setiap masa dan tunjuk ajar lah kami dengan ilmu2 pemasaran kerana pemasaran atau promosi amat penting…coz saya tak berapa mahir dalam hal ini sedangkan saya amat minat dlm bidang it online dan perniagaan online..hope en.zamri berilah saya semangat dan ilmu perniagaan online..sekian terima kasih
Sebelum tu…saya ada pembeli produk anda the4weekstofreedom
dan telah mempunyai akaun di tradebit.produk en zamri adalah produk online biz pertama yg saya beli.saya juga membaca ttg saudara dari buku tulisan gobalakrishnan terbitan truewealth..sesi telelass dgn patrick membuka minda saya tgh cara baru mendapatkan pendapatan secara online…
p/s ada tips tak?byk sgt saya sign up newsletter ni..pening plak rasanya…dan url di atas pasal honest review on internet opportunities.mungkin en zamri sudah ada(bukan affiliate)
akum, kakak tergerak hati untuk mendapat bimbingan tapi malangnya tak tahu nak mula dari mana . tq
yalah saya nak tahu mcm mana nak increase traffic kat link saya………..?
salam Sdr Zamri,
Alhamdulillah Allah telah pertemukan saya dgn zamrinanyan.com. bermula dari situlah saya belajar ilmu internet ini dgn sdr. sampailah saya tertarik dgn buku Rahsia Rekrut MLM dan memilikinya. begitu juga dgn buku Rahsia Bisnes Digital. begitu banyak perkongsian yang sdr berikan terutamanya di dlm blog ini. saya amat berterima kasih kepada sdr kerana memperkenalkan sistem autoviral yang memudahkan lagi kepada mereka yang ingin bergiat aktif di dlm bisnes internet. semoga sdr terus diberi kudrat untuk terus menyumbang kepada masyarakat dan sentiasa diberkati Allah.
Salam saudara zamri,setakat ni saya masih zero…masih belum ada apa2 bisnes internet.Pengetahuan internet pun zero jugak,hampeh.Tp saya suka email saudara,mngkn dpt membantu saya nnt.Terima kasih krn sudi memberi tip @ apa2 cadangan utk saya.Kalau boleh,saudara hantarlah apa2 ilmu internet utk saya belajar,program affilliate ke…@ apa2 yg dpt membantu saya menghasilkan pendapatan,siapa x nak?
turning point bermula dengan T4WF.dan kini saya mula mengatur langkah seperti teman2 yang lain membina perniagaan di internet. Dorongan dan galakan, tips dan ilmu sifu mengekalkan mood saya dalam bisnes online.
Terima kasih sifu…
Saya dapat ilmu yg bermanfaat n berpontensi utk saya amalkan dlm bidang perniagaan kelak.Terima Kasih banyak2 saya ucapkan kepada Abang atas pemberian ilmu abang kepada saya.Hanya Allah SWT saja yg dpt membalasnya
Terima kasih En. Zamri……… kerana memberikan ruang untuk saya mengetahui lebih jauh lagi ilmu2 perniagaan internet..harapan saya supaya En. Zamri dapat memberi cara2 tentang apa yang En. Zamri lalui hingga ketahap sekarang… dan dapat kiranya memberi panduan…untuk saya terus ceburi bidang ini…
Saya dapat rasakan ada peningkatan dari segi ilmu pengetahuan mengenai internet apabila saya follow apa yg disarankan oleh En Zamri.Sebagai contoh, dlm GDI, rupa2nya ada sistem auto viral yg membantu newbie seperti saya. Dan lain2 knowledge lagi….Thanx bro.
Salam Saudara Zamri,
Segala teknik yang diajar oleh saudara amatlah berguna buat diri saya dan mungkin juga untuk orang lain, saya kini sedang membuat blog sendiri dengan hosting berbayar. insyaalah segala rahsia yang saudara zamri ajarkan akan saya praktikkan sebaik mungkin, ribuan terima kasih diucapkan
Actually..sy x paham benda nie sebenarnya..
nk cuba tp x berani..ye la sekarang ni bnyk penipuan melalui
internet..sy da kena sekali..
ASSALAMUALAIKUM SAUDARA ZAMRI……………………
SAYA MENGUCAP KAN RIBUAN TERIMA KASEH KERANA TELAH MELUANG KAN MASA UNTUK MEMBERI TIPS2 YANG BERGUNA,WALAU PUN SAYA TAK BERMINAT DALAM PERNIAGA YANG SAUDARA MAKSUD KAN SEKURANG2 NYA DAPAT JUGA BELAJAR SERBA SEDIKIT TENTANG PERNIAGA YANG SAUDARA KATA KAN ITU… SEBAB TERLALU BANYAK PERNIAGAAN MELALUI INTERNET YANG PENGUNA SELALU TERTIPU DENGAN NYA, DENGAN ALASAN YANG MENAMPAK KAN KEJAYAAN YANG MUDAH, SEOLAH2 TERLALU MUDAH UNTUK MENJADI KAYA… MEMANG PADA ASAS NYA NAMPAK BOLEH BERJAYA TAPI……………
BAGI SAYA MAAF CAKAP, SAYA TAK MAHU ADA ORANG MAKAN ORANG.
TERIMA KASEH SEKALI LAGI DAN MAAF KAN SAYA…………….
ASSALAMUALAIKUM…… DAN………SALAM MAAL HIJRAH….
salam..sebenarnya saya masih baru dengan kompiuter dan internet..ni pon dah tua baru nak belajar sendiri jadi banyak la benda yang saya tak faham patah lagi b.inggeris.walau apa pon ribuan terima kasih saya uucapkan..
Terima kasih abang dengan maklumat yang diberikan, menambahkan input tentang apa itu IM yang sebenarnya, saya sekarang mula belajar menjadi seorang affiliates tapi tiada modal lagi untuk maju ke depan
A’kum En. Zamri,
Saya mengucapkan berbyk terima kasih atas tunjuk ajar En. Zamri.. Saya yang buta IT pun dapat buat duit dari paypal whislist.. Walaupun tak seberapa, tapi still dapat jugak. Saya masih perlu banyak belajar sebab saya jugak punya harapan yang tinggi mrlalui perniagaan internet ni.. terima kasih.
Salam Saudara Zamri,
Saya sudah kenali saudara kira-kira setahun yang lalu melalui perniagaan affiliate clickbank. Saya telah jalankan affiliate itu tapi kurang berjaya.Saya berhenti kira-kira setengah tahun.Sekarang saya akan cuba perniagaan internet yang lain.Dan saya tidak akan menoleh kebelakang lagi.Saya amat yakin online business mempunyai prospek yang besar untuk memperolehi keuntungan.
Saudara adalah guru saya.Apa-apa masalah yang saya hadapi insyallah akan saya ajukan pada saudara
Salam,
saudara zamri,saya jika berkesempatan akan membaca email2 saudara yg bannyak memberikan input2 yg bagus utk ilmu dalam IM nih..cuma saya bermasaalah dari segi pelaksanaannya sahaja..iaitu tindakan yg saya perlu lakukan untuk bermula..memang betul langkah seribu batu bermula dgn langkah pertama..Saya yakin rami yang masih ternanti2 untuk memulakan langkah yang pertama tersebut kerana masih sangsi,tskut dan tidak tahu arah tujuan..Di harap sdr Zamri dapt memberikan panduan..
Terima Kasih
assalamualaikum saudara Zamri Nanyan….
terima kasih saudara Zamri segala pengetahuan yang saya dapat dari membaca blog anda jadikan saya faham apa itu IM.
sekarang saya dah mula reka blog / website berbayar sendiri tapi masih kosong(takut2 nak setup lagi… bantu saya boleh?…)
terimakasih juga kepada Zamrin (zamrin.com) atas galakan anda.
saudara Zamri….
YOU ARE THE BEST
ikhlas dari saya.
macam mana saya nak buat. saya tidak mempunyai kad kredit juga pay pal.lagi pun saya tidak memahami penerangan yang dibuat kerana saya ni memang blur.kalau ada tunjuk ajar face 2 face mungkin saya boleh?….
Salam En. Zamri,
Terima kasih kerana menghantar e-mail2 tersebut. Saya peniaga produk fizikal, dan baru nak berjinak2 ngan produk digital. Jadi, saya lebih mengharapkan panduan. Kebanyak e-mail saudara lebih menjurus kepada tawaran dan produk saudara, tapi kurang memberi panduan buat kami yang masih newbie.
Jadi, saya agak kurang selesa.
Saya suka cara penulisan saudara, tetapi mohon banyakkan panduan dan tips berbanding tawaran produk. Terima kasih kerana memberi peluang saya memberi komen.
Moga terus berjaya, dan sukses, E. Zamri Nanyan.
Salam Maal Hijrah 1430
Ikhlas,
Nurindah
Salam Zamri
u memang banyak membantu dalam memperkenalkan kepada saya dunia internet yang luas tanpa sempadan . Saya akan teruskan mencari ilmu sehingga saya bertemu sesuatu yang saya impikan.
Banyak product affiliate i promote di facebook , saya rasa sangat gembira . Saya akan terus memburu impian. Terima kasih
salam sdr zamri, saya sangat berbangga dan berbesar hati,diatas tunjuk ajar saudara dandiucap jutaan terima kasih.diharap dapat saya pelajari lebih dalam ilmu darisudara nizam,ta keberatan saudara…untuk saudara jadi “sifu” saya.samoga allah murahkan rezeki saudara,amin.thanks bro..
Bagi saya zamri adalah yang terbaik.Tapi sampai skarang lagi blum dapat apa yang zamri tunjukkan kepada saya.saya harapkan zamri dapat bagi tjuk ajar yang lebih baik lagi.sebab saya ni orang baru dalam dunia internet.
salam….first thanks pd en zamri….actually dalam mana2 perniagaan x kira online atau offline first thing first kita perlu tanya dalam diri kita sendiri adakah kita berkemampuan untuk melakukan apa2 jua bisnes…kebanyakan yang saya lihat ramai yang nak buat bisnes tapi disebabkan kekurangan couragment dan tidak sabar semua tu tergendala…semangat yang kuat dan tidak putus asa walaupun lambat tetap akan mendatangkan hasil…cuba tengok contoh terdekat yang saya nampak adalah en zamri sendiri beliau telah mengambil masa yang lama,semangat yang kuat,usaha yang keras dan tanpa putus asa dan kepercayaan yang tinggi bahawa industri ini boleh berjaya kerana itulah beliau deserve to get what its can be now so bagi saya semua ini penting…saya nak ucapkan thanks a lot pada en zamri bagi saya beliau telah memberi ipak yang tinggi dalam membuka view yang luas beliau telah banyak menyumbang bukan sedikit tapi banyak kalau tak kerana usaha beliau adakah saya akan tahu dan berjaya dalam biz ni tentu tidak beliau bukan selebriti tapi cukuplah kehadiran beliau dapat memberi kebaikan kepada kita semua so marilah kita bersama2 support beliau
Salam En. Zamri,
Terima kasih atas semua download yang saya terima. Terus terang saya katakan daripada tahap pengetahuan saya dalam cuma 20% dalam perniagaan internet (itu pun sudah berapa bulan asyik layari internet untuk belajar apa itu perniagaan internet), dalam hanya lebihkurang 1 bulan sahaja kini tahap pengetahuan saya sudah meningkat, boleh dikatakan ketahap 50% berbekalkan apa yang saya download daripada En Zamri. Sememangnya pengetahuan itu tidak akan habis dipelajari dan saya akan terus mengikuti maklumat-maklumat dari En Zamri.
Terima kasih.
Salam Maal Hijrah En.Zamri,
Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terimakasih pd sdr kerana sering menghantar emel mengenai IM ni termasuk Gdi n affiliate program..saya mempunyai sedikit pengalaman dlm MLM konsyensional dan skg sedang berjinak2 dgn MLM internet..mmg saya akui tidak punya asas dlm IM ni tp saya akan cuba hingga saya dpt hasilnya..insyaAllah..
Apa yg saya harapkan agar sdr dpt memperbykkan seminar untuk newbies2 spt saya yg rasanya memerlukan satu guideline yg mengajar selok belok IM ni dan bkn hanya berpandukn pd teori saje..tp jgnlah caj mahal2 ye… :=)
Semuga sdr sukses selalu & sentiasa memberi yg terbaik buat kami untuk terus menyokong usaha sdr untuk menambah bilangan usahawan internet yg berjaya dan kaya..spt sdr..
Terimakasih n all the best..
Zue Ahmad
Salam Saudara Zamri,
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara zamri kerana telah berkongsi ilmu dan produk saudara zamri.Saya sendiri telah mendapatkan produk ‘Pakar Affiliate’ saudara Zamri dan saya dapati ianya amat berguna dan berinformasi.Saya telah menjadi bersemangat semula untuk mewujudkan perniagaan internet yang sebenar dan seterusnya menjana pendapatan berterusan dari internet.
Saya berharap dapat menambah ilmu dan menuntut ilmu dari saudara Zamri bermula membuat produk yang berkesan untuk mendapat jualan,cara menulis surat jualan yang berkesan,cara berkesan untuk mendapat mail list,dan bagaimana untuk maintain dengan income dari internet yang berterusan. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada saudara zamri kerana telah berjaya menjadi usahawan internet yang berjaya dan membantu orang lain menjadi usahawan internet.
Sekian,
Syed Mohd Fareed Syed Zin
slm bro..tima ksh ats segala tnjk ajr dn tips2 yg amt brguna..mcm2 ada..smpai pening nk bt pilihan..sya msih bru dlm bdang ni..dharap bro dpt truskn usha mmbantu insan sprti sya..wslm..
Komen saya serupa dgn Cik Zaitun.
Maaf,saya xmampu nak beli ape2 produk dari saudara dan xminat nk menyertai peluang ini.kerana dah bnyk penipuan yg berleluasa di zaman internet sekarang ni.Saudara blh la terminate menghantar maklumat2 yang berkaitan bisnes internet ni.Saya xnak masa saudara terbuang masa untuk saya.
Walaubagaimana pun terima kasih atas apa2 update yang saudara hantarkan kpd saya.
Sekian.
Salam Maal Hijrah,
Thanks sbb byk bgi tips menarik dan berguna. Saya masih baru lgi dlm IM ni. Saya banyak lagi yang nak belajar. harap-harap en.zamrin terus sudi berkongsi ilmu. semoga terus succed selalu. Good Luck to u Mr.zamrin.
Salam,usaha untuk dapat kejayaan dlm bidang IM ni perlu banyak sabar.Tak boleh cepat putus asa dan terus menerus baiki setiap kesilapan.Kena selalu bertanya pada orang yang ahli.
Insyaallah berkat gigih kita akan dapat juga hasilnya nanti.
Hidayat
Tiada apa yang nak komen, saya pun baru sangat dunia internet ini, buat blog saja suka2. Nak buat IM pun tak de masa, tapi yang pasti anda Zamri Nayan adalah pakar dalam bidang ini. Bukannya hanya sekadar cakap kosong tapi yang pasti BUKTI PENUH anda berjaya. Teruskan berkongsi pengalaman dengan semua orang yang benar2 berminat dengan bisnes dan teknik anda. Semua orang mencari PELUANG, dan salah satu PELUANG itu telah disediakan oleh anda. Tahniah!
salam saudara zamri..
Memang banyak perkara yang saya pelajari dari saudara zamri.. teruskan usaha saudara dan harapan saya sekiranya ada IM baru, bolehlah saudara membantu IM tersebut kerana walaupun dgn tips yang baik tetapi tanpa moral support susah juga untuk berjaya
Salam, Abg sumber inspirasi saya, semoga saya juga mendapat kejayaan seperti abg, banyak ilmu percuma yang saya perolehi, terima kasih.
Salam buat saudara Zamri,
Saya tak boleh nak komen banyak tentang ilmu dan produk saudara (belum beli apa2 pun)kerana saya seorang newbie tapi bercita-cita besar, modal pun tak seberapa. Buat masa ini saya lebih suka membaca (sampai tak terbaca) ilmu saudara dan IM yang lain, untuk membiasakan diri dengan istilah2 yang digunakan. Dalam pada itu ada juga saya mencuba apa yang telah diajarkan tapi separuh jalan saja kerana tak paham, masih blur lagi.
Walau bagaimanapun saya akan terus mengikuti dan membaca ilmu yang saudara curahkan. Terima kasih.
asalamuilaikum!terima kasih kepada saudara Zamri kerna telah menperkenalkan progaram anda……saya belumlagi dapat melakukanyer kerna saya mungkin belum paham apa yang patut saya mulakan dahulu terutama cara pembayaraan atau bonus yang mungkin saya dapat nanti……
Salam saudara Zamri..
Saya amat berterima kasih kepada saudara kerana telah banyak mendedahkan teknik bisnes online ini melalui pakar Affiliate..Produk yang dihasilkan oleh saudara betul-betul bernilai dan dapat membantu kami tentang selok-belok internet marketing..Diharap saudara Zamri akan terus membantu kami sehingga terus berjaya dalam dunia bisnes internet ini.Terima kasih..
…salam dan saya ingin maklumkan juga, banyak lah manfaat yang di perolehi dan pengetahuan yang di curah kan dan seterus nya saya membaca untuk menambah pengetahuan sahaja.
Saya suka Ebook “Rahsia Sistem Merekrut MLM” siap print out dan dah 3 kali baca… Nak tanya… Ada tak “Magnetic Sponsoring” versi Malay? Kalau takde bro Zamri tak plan nak buat? Kalau ada mesti best… Kalau perlukan orang untuk bekerjasama nak buat saya sudi membantu apa yang mampu…
saya x dapat hasil lg dr program ini..pening la byk sgt nak buat..x paham betul..
Ada tak cara yang saya cari seperti sistem apabila orang klik blog kita, kita akan dapat duit dari katakan di caj dari talian internet kalau tak silap RM 0.20 hingga Rm 0.50 jika laman web atau blog dilawati orang seperti yang dilakukan oleh banyak laman…cth carigold. boleh bantu saya tak ..here is my hp 012 951 8989
saya masih lagi belajar bagaimana cara untuk menggunakan pay pal ini . harap ada sesiapa yang dah berjaya boleh tak kongsi atau ajar sikit2 kat saya.
saudara Zamri,
Di antara rahsia besar kejayaan perniagaan internet ialah kemampuan kita menarik trafik yang besar ke Laman Web Perniagaan kita. Saya rasa inilah kelamahan utama kami newbie.Cadangan saya agar saudara dapat menerbitakan satu e-book khusus tentang perkara ini.
Terima kasih
Salam bro zamri..
saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bro zamri kerana tidak jemu2 berkongsi ilmu berkenaan perniagaan internet..Saya harap bro zamri akan terus bersemangat utk meneruskan usaha memberi tunjuk ajar kepada newbie2..
keep it up!
thanks bro zamri!
encik zamri tidak memberi respon terhadap pelanggan Rahsia click bank antara karya terhebat encik zamri tu.ramai tak puas hati ingin wang dikembali kan.dalam komen kat blog ni pun takde yg beritahu tentang kejayaan mereka mengikut RCB ini so kalau buat terms ‘wang akan dikembalikan’ tolong lah jujur
Sdr Zamri,
Bila saya imbas kembali bila mula saya mengenali nama saudara Zamri ini ialah bila saya membaca artikel mengenai perniagaan MLM. Daripada situlah mula saya mengenali nama saudara.
Ada beberapa artikel yang saudara tulis telah saya sebarkan melalui blog saya sebelum ini kerana saya dapati ia menarik dan patut dikongsi oleh ramai lagi pembaca-pembaca lain.
Saya berpendapat banyak juga pengetahuan yang telah saya timba melalui blog dan artikel-artikel yang saudara tulis. Secara khusus saya rasa saudara telah berjaya mendapat keyakinan dan kepercayaan saya atau dalam lain-lain perkataan saudara telah berjaya menjadikan saya seorang pengikut yang konsisten walaupun saya belum lagi membeli apa-apa produk daripada saudara.
Terima kasih dan teruskan usaha murni saudara.
salam saudara zamri,\
saya mendapati kebanyakan seminar yg di promotekan telah tamat tarikhnye dan outdated…adakah akan di adakan seminar saperti ini di masa2 yang akan datang?
saya cuba daftar tuk jom seminar tp urlnye not found?!
bole kah di adakan 1 perjumpaan dimana kita di beri tunjuk ajar secara hands on dan selanjutnye ada coaching atau mentor sehingga kt dapa hasil yg setimpal nye.
sekian…
aazek
Salam buat sdra Zamri,
Saya tak boleh nak komen banyak tentang ilmu dan produk saudara kerana saya pun masih baru dalam dunia IM ni. Wlbgmnapun buat masa skrg saya byk membaca info2 yg berkaitan utk saya teruskan penglibatan saya dalam bidang ini.
Semoga sdra terus sukses dalam memberikan ilmu yang bermenafaat kepada sesiapa shj yg bijak mengambil peluang.
Terima Kasih.