Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?
Apakah Maksud K-S-P Di Dalam Perniagaan Internet Anda?
oleh Zamri Nanyan
Kebanyakan daripada usahawan yang baru menceburi bisnes internet ini mempunyai masalah untuk menghasilkan jualan.
Apabila laman web dibina dan promosi dilakukan, tiada jualan dapat dihasilkan walaupun anda tahu bahawa produk yang anda promosikan adalah hebat dan diperlukan oleh orang ramai.
Ini terbukti kerana kadang-kadang anda juga mempromosikan produk yang sama dengan orang lain tetapi mereka mendapat komisyen jualan yang tinggi. Anda sebaliknya tidak mendapat apa-apa.
Jika anda hendak tahu apakah rahsia di sebalik penghasilan jualan yang tinggi di internet, inilah beberapa kunci utamanya.
K-S-P
Saya terangkan kepada anda singkatan K-S-P yang saya maksudkan.
K = Kenal
S = Suka
P = Percaya
Saya pasti sekiranya anda dapat menguasai ketiga-tiga kunci ini, anda mampu menukarkan jualan sifar anda kepada jualan mega.
Baiklah, mari kita lihat apakah yang dimaksudkan oleh ketiga-tiga kunci ini.
* Kenal
Pada mula anda mempromosikan sebarang produk atau servis, prospek yang melawati laman web anda akan mula bertanya kepada diri mereka sendiri. “Siapa yang menjual produk ini? Saya tak kenal pun beliau.”
Pada tahap ini, mereka akan mula mencari-cari jawapan kepada soalan “siapakah anda” untuk mengenali anda terlebih dahulu. Perkara ini penting kerana di internet, terlalu banyak penipuan dilakukan sehingga ada yang rugi ribuan ringgit.
Cara mudah untuk orang mengenali anda di internet ialah dengan mempunyai laman web profesional sendiri dan memperkenalkan diri anda seperti siapa nama anda, apakah bisnes yang anda jalankan dan jika anda ada gambar pejabat dan gambar anda sendiri, tidak salah untuk anda letakkannya di internet supaya prospek anda dapat membayangkan rupa anda dan juga bisnes yang anda jalankan.
Di atas sebab ini jugalah anda perlu mempunyai laman web profesional anda, dengan nama domain anda sendiri, dan bukannya laman web percuma daripada geocities.com atau tripod.com.
Mendapatkan sebuah nama domain dan laman web yang profesional adalah murah dan sangat mudah, sehingga saya sendiri pun tidak faham kenapa masih ramai lagi “usahawan” internet yang tidak mahu mendapatkannya (tetapi pada masa yang sama mereka mahu tampil profesional).
Dengan modal USD$10 (atau lebih kurang RM35), anda sudahpun boleh mendapatkan nama domain anda sendiri dan web-host untuk menempatkan laman web anda, dan seterusnya bina laman web profesional anda semestinya.
Ini laman web USD$10 yang saya maksudkan:
http://www.website.ws/zamrinanyan
Daftar dengan nama domain yang mempunyai nama anda sendiri seperti www.ZamriNanyan.com pun sudah memadai untuk memulakan langkah prospek mengenali anda.
* Suka
Perkara seterusnya ialah cari cara bagaimana prospek anda boleh suka dengan anda dan juga perniagaan anda.
Dari sinilah pentingnya anda pandai membawa diri anda di internet. Sebagai contoh, anda boleh menyertai forum perbincangan online dan beramah mesra dengan ahli forum yang lain. Jangan sekali-kali bermusuhan dengan orang lain di internet semata-mata pandangan anda berbeza daripada pandangan mereka.
Komunikasi yang baik melalui email atau laman sosial yang lain (seperti Facebook, Friendster dan sebagainya) juga menambah markah yang baik untuk meningkatkan tahap orang menyukai anda.
Salah satu lagi cara mudah yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan perisian yang dipanggil autoresponder untuk mendapatkan senarai nama dan email rakan-rakan internet anda.
Autoresponder ialah perisian email di mana anda boleh simpan nama dan email pelawat yang mengisi borang langganan di laman web anda ke dalam pangkalan data (database) yang disimpan di webserver. Seterusnya, anda boleh gunakan autoresponder untuk menghantar kepada semua email ini sekali gus sama ada pada masa yang anda tetapkan ataupun pada masa sekarang.
Anda tak perlu tahu terlalu mendalam bagaimana untuk memasang perisian ini kerana cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan autoresponder ialah dengan melanggan servis seperti yang ditawarkan oleh Aweber atau GetResponse.
Aweber – http://bisnesdigital.com/aweber
GetResponse – http://bisnesdigital.com/getresponse
Gunakan autoresponder untuk mengumpul senarai email rakan-rakan internet anda. Pada masa yang sama, selalulah berhubung dengan mereka melalui email dengan memberikan tip-tip mengenai produk atau bisnes anda ataupun sekadar untuk memberitahu perkembangan terbaru mengenai apa yang anda lakukan pada masa sekarang.
Dalam ertikata lain, anda mahu rakan-rakan internet anda ini kenal dan suka kepada anda.
Dan apabila orang sudah mengenali anda dan menyukai anda, barulah mereka akan sampai ke tahap seterusnya.
* Percaya
Di tahap inilah anda akan mula nampak hasil daripada usaha anda sebelum ini. Apabila anda menjual produk atau servis kepada “rakan-rakan” internet anda, ianya mudah untuk mereka membuat pembelian melalui anda.
Mereka sudahpun “Kenal, Suka dan Percaya” dengan apa yang anda tawarkan.
Bayangkan jika anda mempunyai 10,000 rakan di internet dan 2% daripada mereka membeli produk berharga RM50 yang anda tawarkan, ianya sudahpun memberi pulangan sebanyak RM10,000.
Ah, jangan kata ianya sesuatu yang mustahil kerana ianya telah pun dibuktikan keberkesanannya. Sebaliknya, anda halusi dahulu sebab kenapa anda tidak dapat hasil jualan yang memberansangkan.
Mungkin ianya disebabkan kekurangan K-S-P.
Walaubagaimanapun, anda boleh lihat di sini bahawa proses K-S-P yang saya maksudkan di sini mungkin akan mengambil masa yang lama untuk anda capai. Jadi, inilah juga satu lagi rahsia jualan yang tersembunyi.
Anda perlu lakukan proses K-S-P ini secara konsisten dan persisten. Semakin lama anda berasa di dalam proses K-S-P ini, semakin kukuh anda membina tapak K-S-P anda.
Di sini juga saya seru kepada anda yang ingin membina bisnes internet supaya tidak cuma “hangat-hangat tahi ayam”. Lakukannya secara berterusan walaupun hasilnya sekarang tidak seberapa. 5 atau 7 tahun akan datang, anda pasti akan terkejut dengan hasilnya dan saya berbesar hati untuk katakan “sama-sama” di atas ucapan “terima kasih” anda kerana artikel ini telah membuka minda anda tentang rahsia kejayaan jualan di internet.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://TheFourWeeksToFreedom.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “The Four Weeks To Freedom” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









thanks en. zamri, maklumat yang anda berikan sangat-sangat bernas. sebagai orang baru dalam internet, mendapat maklumat yang penting seperti ini (percuma) memang amat berbaloi dan saya merasa sangat gembira. sepatutnya hal-hal sebegini dikenakan bayaran. inilah teknik-teknik yang sangat memberi semangat/faedah kepada saya.terima kasih sekali lagi atas maklumat/info yang diberikan.
terima kasih saudara zamri nanyan untuk tips kali ini. amat penting utk hasilkan jualan. kenal, suka, dan percaya amat penting utk hasilkan jualan. sebab tu ramai IM letak gambar sendiri dlm setiap salesletters.
artikel ni perlu dibaca oleh pembeli produk rahsia clickbank.
thanks…. its usefull
saya setuju dengan apa yd saudara zamri nanyan katakan…walaupun sy baru dalam dunia internet ini tapi apa yg sy perhatikan memang betul apa yg diperkatakan oleh saudara kita ini…
memang menarik artikel berkenaan,memberi impresi tambahan kepada newbie.Saya masih tak faham dengan sistem GDI tu,membuat telahan awal dan teragak-agak akan keberkesanannya.
terima kasih saudara Zamri ,saya dah 2 bulan membeli produk saudara tapi sampai sekarang belum ada hasilnya .tolong komen web saya tu …apa yang tak kena nya …tapi betullah saudara Zambri pernah beri tahu ….dalam IM kita mesti FOKUS Terma Kasih
dari hari pertama sy menceburi perniagaan internet secara suka2 telah bertukar kp serius..tp secara perlahan-lahan kerana setiap hari pasti ada tip2 menarik yg en zamri beri..
Sy bangga dengan kejayaan en zamri..semoga ALLAH permudahkan setiap urusan sepertimana en permudahkan urusan org lain..JASAMU DIKENANG…
Terima kasih saudara Zamri (upline terbaik)
kerana sering memberikan idea dan inspirasi kepada saya untuk meneruskan perjuangan dalam perniagaan internet. Sesungguhnya ia memang memerlukan masa yang lama untuk membina sebuah kredibiliti.
Tetapi apabila sudah dikenali dan dipercayai, maka perjalanan seterusnya menjadi lebih mudah.
Semoga kita berdua dapat berkongsi segala ilmu yang bermanfaat bersama.
Terima kasih saudara Zamri utk tips kali ni.. saya mmg sentiasa mengikuti tips2 saudara, malangnya saya dah join dulu la GDI bwh org lain sblm dpt tahu yg saudara jg dah masuk.. masalahnya skrg dah 2bln saya bayar, tapi satu downlne pun xde
.. apa tips yg sesuai ye? ..
Thanks Saudara Zamri. Saya ni pun dah lama dok mereki int viz. ni tapi belum start.blog pun baru setup dengan pertolongan blog mantra… GDI tu dah tau pun..tapi tengah nak apply paypal..guna debit card maybank ok ke… sebab dekat dengan ofis..
salam sejahtera..tips yg sangt berguna, jgn baca saja mesti amalkan sekali..
terima kasih….tip2 yg sungguh berguna pada newbie…ada setengah orang siap jual lagi tip2 yg seperti ni, kononnya rahsia besar…hehehe. Sebaliknya saudara bermurah hati berkongsi tip/rahsia sebegini…teruskan usaha murni anda.
Wow, satu teknik atau konsep yang saya kurang tekankan. Terima kasih bro Zamri di atas tips di atas.
P/S: K-S-P: Kuala-Se-Petang (boleh makan mee udang banjir
)
Terima kasih kerana ilmu yang di kongsikan,saya akan membaiki kelemahan saya dalam perniagaan internet ini
Terima kasih Zamri. Apa yang diperkatakan ada kebenarannya. Untuk mendapatkan faedah drpd konsep K-S-P ini memerlukan banyak masa dan nampaknya memerlukan subscriber list. Jadi adakah ini bermakna org baru dlm IM akan terus mengalami masalah utk membuat jualan? Sebaliknya kita juga sering mendengar ada org baru dlm IM sudah blh menjana banyak jualan (mungkin bilangannya tak ramai). Apakah agaknya rahsia mereka ini? Disamping itu banyak juga gurus menyatakan trafik amat penting, oleh itu kita sering diajar tentang market & competitive analysis ttg produk yang kita nak jual. Jadi antara subscriber list dgn trafik umum mana agaknya yang lebih penting dan banyak menghasilkan jualan. Kpd newbie perkara sedemikian agak menyelirukan.
Terimakasih Bro Zamri,
Ilmu,panduan dan saranan anda amat dihargai.
Dah ramai IM tersenarai, tapi tiada separti Bro Zamri
Saya tetap mengikuti program anda tapi belum jiont bisness lagi. Selamat maju jaya
Terima kasih brader Zamri..Insyaallah saya cuba praktik ilmu ni…
P/S : Hari ni baru register dekat Helium.com
Topik yang amat bagus. semoga usaha anda berkongsi maklumat mampu menambahkan lebih ramai usahawan internet yang berjaya pada masa akan datang.
Terima kasih dengan banyaknya tips dan panduan yang saudara berikan. Saya teruja dengan kebolehpercayaan info-info yang diberikan dan saya juga tidak lupa membeli mana-mana program yang berguna.
Usaha saudara berbanyak terima kasih diucapkan.
Ye Zamri KSP ni juga merupaka asas kepada menjual terus kepada emosi pembeli.
terima lasih atas idea yang baik. sanggup untuk kongsi idea dan ilmu dengan kami. Sesunguhnya saya kerap mengikuti tips yang saudara berikan. tetapi sehingga kini saya masih belum mencapaiseperti rakan-rakan yang lain. cubaan yang sentiasa gagal dan buntu
Tima kasih Bro Zamri atas segala perkongsian hebat yang anda berikan. Semoga apa yang dikongsikan ini akan memberi manfaat kepada semua. Amin.
Terima kasih konsep KSP telah difahami oleh saya.Apa yang membuat kurangnya keyakinan saya mengenai bisness internet adalah disebabkan saya tidak begitu mahir bahasa Inggeris dimana penguasaan bahasa ini amat penting utk bersaing dlm bisness,apalagi utk saya memasarkan produk saya ke peringkat globle
Salam semua.. terima kasih yang tak terhingga kpd tuan zamri dengan informasi yang sgt berguna kpd IM terutamanya bg saya yang baru menceburi bidang ni..web sy juga masih baru dengan produk yang baru..InsyaAllah akan dipraktikkan..
Salam
Terima kasih atas info yang sangat bermanfaat. Saya dah lama menuntut ilmu dalam bisnes internet ni tapi menuntut dan mengamalkan sehingga berjaya ialah dua perkara yang sangat berbeza. Namun walau apa pun saya setuju dengan saudara Zamri, K-S-P dan usaha yang berterusan sangat penting dalam membina perniagaan internet yang berjaya… InsyaAllah.
salam en zamri, saya dah sign up n masih x faham perlu ke saya isi bahagian credit/debit… takut terkena, apa fungsi GDI nie.. tolong beri penerangan
it’s useful ,panduan utk yg baru mengenali dunia perniagaan internet…thanks
hehe..sbnrnya en zamri nk promote gdi nih..
Untuk berjaya dalam perniagaan internet konsep K-S-P memang penting. Samalah juga dengan perniagaan off-line. Kita biasanya dengar dan ikut apa yang di’rekomen’ oleh kawan kita.
Cuba kalau orang yang kita tidak kenal datang kat kita offer sesuatu barang, biasanya kita akan menolak, salah satu sebab ialah kita tidak kenal orang itu…betul ke tak apa yang di cakapkan.
Begitu juga dgn perniagaan internet, kita perlu bina hubungan dengan potential customer kita. Sudah menjadi lumrah manusia yang kita hanya akan berurusan dengan orang kita percayai sahaja.
Article yang menarik. Terima kasih Zamri.
Terima kasih kepada semua yang memberikan komen untuk artikel saya pada kali ini.
Dan sama-sama di atas ucapan terima kasih anda!
Saya akan berikan serba sedikit komen kepada beberapa mesej anda di atas.
@ ahmad shawari – GDI adalah mudah. Anda daftar untuk langgan servis hosting dan domain untuk bina laman web. Jika anda dapat promosi GDI dan orang sertai anda melalui link affiliate anda, anda akan dapat komisyen. Peluangnya dan keberkesanannya telah terbukti kerana GDI dah wujud selama 10 tahun.
@ bashah – perkara pertama yang anda perlu tahu ialah apa tujuan laman web anda tersebut. Ada tak sesuatu yg akan ‘lead’ anda ke tujuan tersebut. Ada tak sesuatu yang lain yang bawa anda jauh dari tujuan tersebut.
@ afizullah – mungkin sistem yang akan saya lancarkan nanti akan dapat bantu anda.
@ Ruslan – bergantung kepada taktik dan strategi yang anda gunakan (Patric dan saya ada bincang pasal taktik dan strategi dalam The Four Weeks To Freedom). Ada juga yang tak perlu gunakan mailing list untuk bina bisnes internet mereka tapi bagi saya, ianya adalah senjata utama saya.
@ Rosli Md Hasan – anda sedang baca dalam BM. Ini klu kepada anda sekiranya anda tidak mahir BI. Yang penting, jangan jadikan kelemahan anda sebagai dinding. Jadikan kekuatan anda sebagai pencetus peluang di depan anda. Bisnes Internet dalam BM pun boleh. Kalau tak, saya tak ade blog berbahasa Melayu di sini.
@ mohd yusof – saya terang mengenai GDI di atas. Harap anda dapat faham. Maklumat kad kredit/debit diperlukan untuk anda meneruskan keahlian GDI. Bila tamat tempoh percubaan 7 hari, kad kredit/debit anda akan dicaj.
@ singlemum – sebenarnya, saya promote diri saya, blog saya, produk saya, produk affiliate yang lain, GDI dan macam-macam lagi… dan mengajar orang lain secara percuma melalui artikel ini. Jika saya tidak promote apa-apa, saya pasti blog ini tidak akan wujud dan anda pun tidak akan menjana pendapatan seperti saya (sebabnya, untuk menjana pendapatan di internet, anda perlu sesetengah produk yang saya promosikan… sebab saya pun guna produk dan servis ini untuk membina bisnes saya)
Akhir sekali, rumusan yang saya boleh buat di sini ialah, jika anda ada plan jangka masa panjang di dalam bisnes internet anda, mungkin saranan dalam artikel saya ini berguna. Sebaliknya, jika anda cuma ingat untuk menjadi kaya cepat di internet, saya minta maaf awal-awal sebab saya tidak mengajarnya di sini (walaupun and boleh kaya cepat dengan sesetengah strategi yang diajar). Tapi saya tahu bahawa semua subscriber saya sudah mengetahui perkara ini. Betul tak?
Zamri Nanyan
Terima kasih kepada saudara Zamri kerana banyak memberi panduan dan tips berguna kepada saya untuk mengenali dengan lebih mendalam berkaitan dengan dunia perniagaan internet..
Terima kasih
terima kasih Bro krn beri & kongsi info yg baik ini. Saya yg masih baru dlm dunia internet amat memerlukan info2 sebegini.
Selamat Hari Rayee ..Maaf zahir & batin.
salam,
selamat ari raya maaf zahir batin… terima kasih dengan tips ni…. saya terlalu sibuk untuk website org lain…website sendiri ntah bila akan muncul…huhuhuh… tapi tips ni wat makin semangat membuak2 untuk memiliki website sendiri ni… terima kasih keran memberi semangat ini
salam..thanks bro zamri atas tips2 yg selalunya amat berguna utk peminat biz internet spt saya. malangnya niat utk sy mempunyai web sendiri asyik tertangguh saje..krn sibuk dgn urusan pejabat. ye, itu adalah alasan..tak nak seribu dalih..alangkah ruginya! cuba bro bagi semangat skit bgmn nak start buat web ni…sbb sy merasa susaaahh sgt utk bermula..x tau nk start mcmn..
Salam bro Zamri Nayan,
Selamat hari Raya Idilfitri juga diucapkan.
K-S-P… wow…!!!! ilmu & pendedehan yang amat berguna… dahlah berguna… percuma pulak tu… Pendedahan ini amat berguna kepada mereka yang baru menceburkan diri ke dunia oerniagaan internet. Sungguh berguna… betul bro… tanpa K-S-P memang sukar nak buat sale walaupun kita tahu barangan yang kita jual itu HEBAT…. Terima Kaish atas info berguna anda bro Zamri…
Selamat Hari Raya Zamri
Saya mengikuti setiap apa yang saudara hantar buat saya
Saya akui keihlasan saudara membimbing orang baru.
Olih kerana saya tersangat sibuk dengan bisnes offline , dan banyak lagi gangguan di internet .. saya lalai .Insyaalah saya berjanji akan teruskan usha sehingga berjaya.
Terima kasih Zamri
Terima kasih
Jutaan terima kasih saudara zamri,
Info yang amat-amat berguna,
Selamat hari raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.
Tq. bro zamri bagi artikel yg sangat berguna terutama newbie
macam saya.
good job bro… thanks for the tips…
Satu info yang cukup berguna dan sepatutnya ianya harus dipraktikkan oleh semua usahawan internet
Assalamualaikum,
Memang bagus Stratergi K-S-P. Saya pun sedang lakukan proses K-S-P ini secara perlahan-lahan. Selama setahun saya cuba program affiliate langsung tak pernah merasa satu sen pun komisen. Alhamdulillah sekarang dah mula rasa. Saya percaya ini hasil daripada K-S-P yang saudara Zamri terangkan diatas. Cuma saya awal dan muda dalam arena perniagaan internet ini.
P.S tidak perlu 7 tahun, sekarang saya ucapkan terima kasih atas informasi berguna ini. TERIMA KASIH
Satu artikel yang amat baik dan amat berguna untuk diaplikasikan. Bukannya mudah tetapi sesuatu yang perlu dibuat.
Terima kasih saudara Zmri Nayan di atas setiap info & input yang telah saudara alirkan kedalam minda saya. InsyaAllah saya akan aplikasikan dalam kehidupan keluarga saya. Saya ni kira otai juga la….. Pesara TLDM. Tujuan saya mengikuti setiap apa yang saudara mahu kongsikan adalah untuk persiapan anak yang masih di bangku sekolah.
Bak kata pepatah bapak borek anak rintik (positive thinking).Jadi kalau kita ada sedikit ilmu sebegini, mudah-mudahan anak kita akan mengikut jejak kita serta meneruskannya.
Saya amat berpuas hati kepada setiap artikal yang saudara keluarkan.
Syabas, semoga Allah sentiasa memberkati dalam setiap kehidupan saudara. Amin….
Terima kasih di atas segala pandangan.Nak tanya, mcm mana nak maintain motivasi dalam IM ni.Sy dah joint GDI tapi kalu kita x buat promosi,kita tak kan dapat apa2 pun.Saya hampir2 give up tapi belum tersungkur..harap2 dapat membantu.
..memang tidak rugi mengunjungi blog ini sentiasa mendapat ilmu baru. Ribuan terima kasih keran berkongsi formula K-S-P & insya’Allah ia akan menjadi panduan saya dalam bisnes yang sedang diusahakan.
Jarang sekali formula ini dedahkan. Apapun saya ucapkan terima kasih kepada Bro Zamri…
Info yang betul2 power…
good info sifu,thanks a lot