Apakah Maksud Skim Cepat Kaya Internet?
Apakah Maksud Skim Cepat Kaya Internet?
oleh Zamri Nanyan
“Skim Cepat Kaya” mengikut apa yang diterangkan di dalam Kamus Dewan edisi keempat ialah “skim pelaburan yang kononnya boleh memberikan pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”.
Skim bermaksud rancangan.
Pelaburan pula ialah menempatkan (wang) untuk satu kegunaan, seperti membeli saham di dalam syarikat, untuk menghasilkan keuntungan.
Definasi yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pula ialah:
“Apakah Skim Cepat Kaya?
Satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil dan pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.”
Dipetik dari http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=104&pg=457&ac=551&lang=bm
Di samping itu, BNM juga memberikan garis panduan untuk mengenali sebuah skim cepat kaya di mana pelbagai soalan dan jawapan sudahpun dipaparkan di laman web di atas.
Namun, masih ramai yang keliru dengan maksud skim cepat kaya itu sendiri. Maka, tak hairanlah mereka yang ingin menyertai sebarang program yang jauh sekali bukan skim cepat kaya pun takut untuk menyertainya. Yang sudah menyertai skim cepat kaya pula tak sedar yang mereka berada dalam sistem yang menyalahi undang-undang.
Selepas saya hasilkan artikel ini, saya pasti masih ada yang tidak akan bersetuju dengan beberapa pendapat saya dan menganggap saya memanipulasikan ayat untuk kepentingan program yang saya promosikan. Golongan ini tidak akan bersetuju langsung dengan sebarang pendapat saya ataupun pendapat pakar di luar sana. Bagi mereka – mereka sahaja yang betul.
Terma skim cepat kaya ini lebih mudah dilabelkan kepada program internet, lebih-lebih lagi jika program tersebut ialah sebuah program berbilang tingkat. Ironinya, program berbilang tingkat ini pula didefinasikan sebagai program yang mempunyai 3 tingkat ke atas. Jika ianya sebuah program affiliate yang dua tingkat, ianya bukan program berbilang tingkat. Pelik, bukan?
Kebanyakan orang tidak menghalusi sendiri maksud “Skim Cepat Kaya” dan terus melatah selepas melihat sebuah program yang mempunyai sistem berbilang tingkat (atau program MLM). Saya tidak salahkan anda jika anda salah seorang daripadanya. Mungkin minda anda belum lagi terbuka kepada program berbilang tingkat yang telah disarankan oleh ramai usahawan, jutawan terbilang seperti Robert Kiyosaki dan Donald Trump. Mungkin anda tersilap ambil nasihat daripada orang yang tidak sewajarnya anda turuti.
Sebagai contoh, jika diambil dalam konteks perniagaan internet, jika seseorang menerbitkan sebuah ebook dan menjana RM100,000 dalam masa 3 hari hasil jualan ebook tersebut, ini bermaksud “pulangan (keuntungan) yang segera dan sangat lumayan”. Adakah ini sebuah skim cepat kaya?
Jika anda menggunakan servis daripada eTrade atau Ameritrade untuk melabur di dalam saham Nasdaq dan Dow Jones, dan anda jumpa cara mudah untuk menjana pendapatan ribuan ringgit setiap hari, adakah servis ini boleh dikategorikan sebagai skim cepat kaya kerana adanya perkataan “pelaburan” dan “keuntungan segera” di dalam bisnes jual-beli saham melalui internet ini?
Bagi saya, sekiranya anda mengeluarkan wang ke dalam syarikat yang tidak memberikan sebarang servis atau produk, atau produk yang ditawarkan adalah meragukan dan tak masuk akal, kemudian anda dijanjikan dengan pulangan lumayan yang anda sendiri tidak tahu dari mana komisyen itu dikeluarkan, maka itulah definasi skim cepat kaya bagi saya.
Jika anda mengeluarkan wang untuk mendapatkan servis (perkhidmatan) atau produk daripada sesebuah syarikat, dan anda mendapat komisyen jika anda memperkenalkan servis ini kepada orang lain yang akhirnya menjadi pelanggan baru di dalam syarikat tersebut, itu bukanlah sebuah skim cepat kaya.
Sudah tentulah servis dan produk yang saya maksudkan di sini ialah servis atau produk yang masuk akal; bukannya produk seperti makanan angkasawan atau air sejuk biasa yang dijual pada harga secawan teh tarik di hotel 5 bintang.
Anda sertai syarikat tersebut kerana anda boleh gunakan servis atau produk mereka. Komisyen hasil mendapatkan pelanggan pula adalah pendapatan anda. Begitu juga komisyen daripada kumpulan ahli pemasaran yang anda bimbing dan bantu.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Saya setuju dgn pendapat bro.. senang cerita skim cepat kaya ni berbentuk pelaburan yang tidak melibatkan pertukaran antara wang dan produk / perkhidmatan. Kadang-kadang definisi macam ni pun orang ramai susah nak faham. Setiap hari kerap aje ada berita tentang mangsa penipuan skim cepat kaya ni. Kesian jugak..
Tak silap saya kat TV3 nanti ada topik tentang “Skim Cepat Kaya” kat rancangan 360. So, sesiapa yang kurang faham tu bolehlah tengok rancangan tu.
Ya saya setuju..kebanyakan ramai yang kurang faham..lebih-lebih lagi program dalam internet…sebut jer internet…pandangan negatif yang pertama akan keluar dulu..
salam,
1. GDI didakwa sebagai skim cepat kaya kerana mencari orang @ head hunting.
2. Adsense, Affiliate, dan Clickbank tak payah cari orang, duit akan masuk sendiri. Tak payah susah2 promosi, buat SEO, cari HPK dan lain2. (Sindiran kepada yang buat2 tak faham).
3. Kesimpulannya, kita memerlukan ORANG untuk memastikan kita menjana pendapatan. Tak payahlah membuat kesimpulan melulu tanpa penyelidikan. Saya amat bersetuju dengan Tuan Zamri di atas posting ini.
4. Tepuk dada, tanya otak.
pengalaman hdup saye sudah2 kali pernah telibat dlam skim cepat kaya.
Sekarang saya pula sibuk membetulkan tanggapan sesetengah org yg mash kliru dgn Skim Cpt kaya dan yg lain2.
Pendapat saya:
Biasanya org yg anggap perniagaan internet ialah skim cepat kaya ialah org yg tak biasa dgn perniagaan internet, ataupun org yg jarang2 guna internet.
tapi tak di nafikan, ada juga individu yg gunakan internet utk buat skim cepat kaya, ini yg merosakkan perniagaan internet yg betul.
Walau apa pun, sama-samalah kita membetulkan fenomena ini supaya yg tak tahu jadi tahu, yg tahu bertambah tahu.
Encik Rafael
http://bicarainternet.forumotion.com/
Thanks bro..nice topic to share!
Perkara yang harus kita lakukan sebelum menyertaikan sesuatu progrom ……fahami program itu dgn sebaik-baiknya,nilai dan cari info-info tentang program yang ditawarkan …….
betul tu…depa sebenaqnya xfham apa itu skim cepat kaya yg sebnaqnya..
Saya setuju dengan Zamri. Ramai yang tak faham sebenarnya. Bila ada peluang untuk menjana pendapatan yang banyak – terus buat kesimpulan skim cepat kaya.
Yang penting kaji dan selidik sebelum membuat kenyataan.
ikhlas,
saya turut sama bersetuju dengan pendapat yang di berikan kerana definisi skim cepat kaya dalam kamus dewan terlalu luas maknanya seharusnya pihak berkenaan terperincinkan maknanya sebenarnya jika tidak menimbulkan seribu kemuskilan pada masyarakat
Ramai orang kita yang masih keliru antara skim cepat kaya, bisnes tulen dan multi level marketing. Ramai yang nak kaya cepat, dgn cara mudah…tak nak buat kerja.. labur je duit tahu – tahu dah jadi kaya. Sebab tu masih ramai yang terjebak dengan skim cepat kaya. Masalah disini ialah “nak jadi kaya cepat dgn cara mudah tanpa perlu usaha”. Bukan tak boleh melabur, tapi laburlah ke tempat yang sah dan dijamin oleh kerajaan.
Salam Tuan Zamri. Saya pernah terlibat dan menjadi mangsa Skim Pelaburan Internet (Cepat kaye) ni 3 tahun lepas. Hangus USD 2000.00 Sekarang ni terlalu berhati-hati dengan sebarang program bisnes internet dek kerana fobia dengan pengalaman pahit yang lalu.
Memang tepat sekali dan saya bersetuju dengan pendapat Zamri. Program MLM tidak semestinya adalah skim cepat kaya. Perlu dilihat pada jenis produk atau servis yang ditawarkan dan juga bagaimana pendapatan boleh dihasilkan. Adakah ianya masuk akal atau tidak? Tanggapan masyarakat kita pada internet harus diperbetulkan.
Satu artikel yang bagus.Membei pendedahan kepada mereka-mereka diluar sana yang sibuk nak cepat kaya. Dan juga mereka-mereka yang tidak biasa dengan perniagaan internet. Supaya mereka tidak mudah terjerumus dengan skim-skim ini.
Saya juga mempunyai pengalaman dari program tersebut. So saya belajar dari kesilapan. Semoga artikel ini dapat membuka minda ramai orang supaya berwaspada dengan skim-skim cepat kaya. Memanglah seronok mendengar kata-kata manis orang. tapi bila dah terkena, duit hilang, kita melopong ajelah. Kalau kita seorang takpe. Tapi kalau kena pada saudara mara kita dan kawan rapat kita? boleh jadi permusuhan sesama saudara.
Jadi renung-renungkanlah. Jadikan ikhtibar. Sebelum nasi menjadi bubur
Saya sokong 1000% pendapat sifu Nayan. pertama sekali saya nak tambah, ‘mindset’ masyarakat kita dah memang disetkan macam tu. Satu lagi, mereka ini amat ‘skeptikel’! itu takpalah, hak masing2. Yang jadi masalah nya pula, mereka2 ni, tak mahu kaji..study satu2 skim itu. Bila dah percaya sangat, terus join.. bila dah kena tipu, mula lah kata semua bisnes internet ni tak betul, itu yang susah tu. Kalau dah jadi macam ni, usahawan2 internet yang jujur ni terima akibatnya.
Kalau sekim yang menjanjikan pendapatan lumayan tanpa buat apa-apa tu dah sah skim cepat kaya atau skim cepat kayap. Penganjur yang kaya yang melabur duit lesap. Dalam setiap perniagaan, mesti ada barang atau perkhidmatan yang dijual itu baru namanya perniagaan. Samada cepat atau lambat keuntungan bergantung kepada usaha kita dan teknik yang diguna. Tapi ada juga sedara2 kita yang bila join aje terus nak untung banyak tapi tak nak usaha, bila tak berjaya hebohkan satu dunia kata sekim tersebut merupakan scam dan sebagainya. Yang herannya rajin pulak dia hebohkan perkara ni tapi suruh buat promosi tak mahu dan yang sedihnya kebanyakannya Melayu!!!!
Assalamualaikum
Memang benar, mana-mana perniagaan internet yang jelas menawarkan produk atau perkhidmatan tidak boleh terus disamakan dengan skim cepat kaya kerana definisi asalnya sendiri lebih merujuk kepada satu bentuk pelaburan (bayar duit dan tunggu tanpa sebarang usaha).
Pun begitu, secara jujur saya melihat cabaran sebenar bagi internet marketers or even conventional marketers (terutama yang beragama Islam dan yang menjual kepada pasaran yang termasuk mereka beragama Islam) ialah memastikan apa saja yang diusahakan itu comply dari sudut Syariahnya (halal tanpa unsur meragukan). Saya menanti-nanti saatnya komuniti perniagaan dan ulama perniagaan Islam duduk semeja membincangkan perkara ini kerana masih banyak perdebatan tentang isu halal-haram dalam business plan beberapa syarikat terutama MLM yang kini telah menjadikan Internet sebagai medium terbaru perniagaan mereka.
Maaf jika saya menyinggung perasaan mana-mana pihak, cuma atas kesedaran mengingatkan sesama muslim bahawa kadang kala dalam kita mengejar peluang, pada hasil yang masuk sedikit secara beransur itu mungkin letaknya keberkatan rezeki berbanding yang lumayan lagi pantas.
(maklumat lanjut sila layari http://www.zaharuddin.net, sebuah portal Islamik yang dibangunkan oleh sarjana perniagaan Islam dari UIA Ustz Zaharuddin Abdul Rahman)
Hmm.. mereka yang terjebak dengan Skim Cepat kaya ni sebenarnya terdiri daripada golongan mereka yang cetek ilmu pelaburan, terdesak dan tamak..
Kalau cepat kaya biasanya cepat kayap. Sebab tak bersedia untuk menjalani kehidupan kaya. Kalau ada cara kaya cepat, biasanya ada yang tak kena dengan cara tersebut. Fikir-fikirkanlah………..
betul3x…
Saya bersetuju dengan pendapat zamri..
Topik yang menarik.
Skim cepat kaya boleh dikenali dgn cara paling mudah. Anda perlu melabur sesuatu jumlah, bulan-bulan atau minggu-minggu boleh dapat duit tanpa anda perlu fikir macam mana duit tu dihasilkan. Ramai terkena sebab nak mudah. Pulangannya juga dijanjikan cepat, masuk hari ni, esok dapat hasil. Di internet, patternnya juga mudah dikenali. Ayat paling glamer “anda boleh jadi kaya gilerrr….”.
Elakkan daripada menyertai syarikat atau tawaran yang baru, kecuali ia sudah lama bertapak. Agak2 confuse dengan sesuatu peluang pelaburan, sila bertanya dahulu. Orang lama tentu kenal pattern skim cepat kaya.
Semoga kita selamat dari bahaya ini.
Skim cepat kaya…, saya rasa GDI bukan skim cepat kaya, sebab saya dah masuk dalam 3 minggu dan saya tak bekerja keras untuk mencapai sasaran hingga sekarang saya tak dapat pulangan pun. maknanya bukan skin cepat kaya. yang labur duit dok diam-diam dapat habuan.
Salam apapun rujuklah pada laman web http://www.zaharuddin.net barulah kita leh tahu yg mana halal dan haram…skim cepat kaya, MLM, affiliate dan sebagainya.. tak tahu hukum tanyalah yang pakar dalam bidang hukum syariah….cari duit senang tapi nak tahu halal haram tu yang susah…kadang2 diselit dengan unsur riba….jauhilah riba…
Skim Cepat kaya …sepatutnya kerajaan ambil kesempatan dari perkembangan internet hari ini untuk tambah hasil pendapatan negara dengan adakan LOGO seperti Logo Halal atau logo SIRIM. Sesiapa sahaja Webmaster yang ingin menjalankan perniagaan…tak kiralah sama ada Skim Cepat kaya atau Skim Cepat Miskin perlu daftar dan dapatkan logo tersebut sebelum boleh beroperasi. Bayaran penyertaan oleh peserta kepada kerajaan perlu juga dikenakan, supaya kerajaan tahu setiap Skim yang diluluskan berapa ramai yang menyertainya.
Entah la..masyarakat sekarang masih belum fobia mengenai skim cepat kaya. Mereka masih mencari peluang bagimana menjana pendapatan. Kalau tak silap baru-baru ini pun ada yang dah terkena kat Ipoh
TQ
Salam Sifu Zamri Nanyan,
Pertama sekali ucapan tahniah dari saya kerana menerbitkan artikel ini dan syukur kerana memberi peluang kpd rakyat Malaysia utk menyertai perniagaan Sistem AutoViral yg telah Sifu Zamri laksanakan baru-baru ini. Ia amat menarik dan hebat.
Artikel ini cukup menyedarkan sesiapa yg membacanya dan mudah2an mereka2 yg berkenaan tidak akan lagi menganggap sesuatu peluang pendapatan di internet adalah “Skim Cepat Kaya” semata2. Tuduhan yg tidak berasas adalah merupakan tuduhan yg datang dari orang2 yg cetek pengetahuan mereka(kebarangkalian kebanyakan yg menuduh ini adalah golongan yg kecewa dgn program2 yg pernah mereka sertai tapi tidak mendapatkan hasil seperti yg diharapkan atau pernah ditipu lalu menyalahkan pula peluang2 menjana pendapatan yg diktiraf – itulah akibatnya jika nak main ikut2 saja sesuatu program jana wang sama ada online atau offline TANPA MEMBUAT KAJI SELIDIK dulu – salahkan diri anda sendiri).
Sebagai penambahan pandangan dari saya ingin juga saya perkatakan di sini kpd para pembaca , ANDA PERLU MELENGKAPKAN DIRI ANDA DENGAN PENGETAHUAN SEBELUM MENCEBURKAN DIRI DENGAN PROGRAM2 ATAU PELUANG2 MENJANA WANG DI INTERNET ATAUPUN SECARA KONVENSIONAL.
Sekarang zaman telah maju dan begitulah seharusnya anda juga turut maju dari aspek pengetahuan dan kehidupan. Gunakan fikiran yg waras sebelum mengambil keputusan. Jangan terlalu terburu2 dgn ikutan nafsu kerana itulah kelemahan kita sebagai manusia.
Terima kasih Sifu Zamri Nanyan krn membenarkan komen saya ini utk dipertontonkan.
Sekian , salam muhibbah dr saya Razil.
bgi pendapat sy GDI adalah satu perniagaan yg memberikan perkhidmatan ianya bukan skim cepat kaya. tapi dari sudut lain, jika kita mendapatkan pelanggan baru utk menggunakannya khidmat tersebut, kita akan mendapat komisyen dari head hunting. juga boleh disifatnya mlm. lgi ramai penyertaan downline lgi byk la utg…cb fikir jika kita xcri downline,nk ke kita gna khidmat GDI tu…???pk la sndri….apa niat di hati tu utk gna khidmat atau satu jln lain utk kepentingan diri sndri.psl MLM boleh tnya sndri nya mn2 utz kt dunia ni.
**rezeki yg dpt beri mkn anak bini..apa akan jdi seterusnya..hmm,ntah la
Salam..
Untuk mereka yang dimomok dengan MLM yang melulu selama ini,, patut melihat dan belajar lebih banyak untuk memahami apa sebenarnya Skim Cepat Kaya..Tetapi org kitalah yang paling ramai tertipu dengan Skim Cepat Kaya.. kenapa sebab tamak.. nak kaya sekelip mata,,yang terjebak dengan skim cepat kaya kebanyakan orang kita…mereka lebih tertarik dengan pulangan yang cepat dan pantas…kemudian dengan megah menayangkan kereta mewah mereka untuk menarik golongan yg belum menyertai program mereka…Jadi penyakit ini tidak akan lupus selagi ada sikap tamak yang melampau dan ingin kaya sekelip mata…
Artikel yang sangat bagus untuk dikongsikan agar tidak timbul lagi salah faham dalam isu ini. Saya rasa sure bro dapat banyak email mengutuk program yang sedang diusahakan! Terima kasih kerana berkongsi pengalaman bro dalam isu skim cepat kaya ni..dan saya yakin sure artikel ini ada kesinambungannya
memang ramai yang kurang faham apa itu skim cepat kaya !
Yes setuju sangat, dari join benda2 yang mengarut tue semua baik buat business jual barang kat net. Bila terjual baru dapat rasakan kepuasan yang sebenar…juba la…
Salam,
MLM adalah satu sistem marketing. Asalnya dulu peserta dikenakan yuran keahlian yang sangat minima sebagai kos kit jualan, yang mengandungi katalog, invoice dsb. Produknya jelas , biasanya produk fizikal, seperti sabun dll.
Sistem mlm ini ternyata berkesan, dari segi perkembangan syarikat dan pengedar (ahli). Ramai jutawan muncul hasil dari sistem ini. Dalam pada itu ramai juga yang gagal (90%+).
Persaingan mula timbul apabila banyak syarikat cuba mengamalkan sistem mlm . Bukan semua berjaya. Bahkan ada yang bankrup. Lepas tu mula kita dapati sistem mlm ini di ubahsuai. Dimasukkan unsur unsur pyaramid. Yuran tinggi. Kena beli satu jumlah produk yang banyak, dengan tawaran komisen tinggi dan pangkat. Biasanya komisyen tinggi yang di tawarkan adalah dari penajaan, bukan berasaskan jualan produk.Ini mirip skim cepat kaya tetapi berselindung di sebalik mlm.
Ada skim cepat kaya yang hanya sekadar pusingan duit peserta (saham). Perniagaan penganjur tiada siapa tahu. Tetapi menjanjikan pulangan lumayan.
Di internet pula lebih kurang sama juga. Saya setuju juga kalau masyarakat mengatakan kebanyakan program di internet tu skim cepat kaya. Setidak tidaknya penganjur atau penaja sesuatu program itu, menjanjikan kekayaan mendadak , dalam beberapa hari. Mereka merujuk kepada sipulan si pulan, mendapat pulangan yang banyak dalam beberapa hari saja. Lalu di pamerkan statement menunjukkan wang masuk. Pembaca atau penonton terpikat lalu menyertai nya.
Apa pun saya berpendapat, produk yang di niagakan mesti jelas. Kalau pendapatan dari hasil mengrekrut , itu bukan perniagaan yang boleh kita banggakan sebagai perniagaan.
skim cepat kaya ni semakin licik dengan pelbagai taktik yang baru untuk mengaburi mata mangsanya. Mudah jer nak kenal skim nie cepat kaya ker atau cepat miskin, pertama ia menawarkan pulangan yang lumayan dengan pelaburan yang sedikit tanpa banyak usaha, kedua tiada produk yang dijual hanya main duit jer, ketiga ianya berbentuk piramid dimana ada banyak level dan memerlukan kepada peserta baru untuk terus hidup dan beroperasi.
Itulah sedikit sebanyak yang boleh saya kongsi, adalah lebih baik duit itu digunakan untuk melabur keatas diri sendiri dalam bentuk ilmu dimana anda menggunakan wang untuk membeli buku panduan atau menghadiri seminar perniagaan internet.
Saudara Zamri,
Saya pernah mengalami kerugian besar kerana percayakan SCK ini. Sebenarnya SCK beroperasi tanpa landasan yang sebenarnya tidak dapat dipercayai dan tidak kukuh. Cuma apa yang dilakukan oleh penganjur SCK ini ialah mereka mencipta gimik yang amat menarik seperti pulangan 4 kali ganda pelaburan asal dalam masa 4 bulan, misalnya. Inilah yang mendorong ramai orang untuk tertarik menyertai program seumpama ini.
Dalamsebulan atau tiga bulan pertama, semuanya berjalan dengan lancar seolah-olah janji mereka dipatuhi dan kemudian lebih ramai lagi peserta akan turut serta dengan ‘melaburkan’ wang ribuan malahan puluhan ribu ringgit.
Dan akhirnya, selepas penganjur mendapat habuan yang sudah terlalu banyak, sehingga mencacah jutaan ringgit malah puluhan juta ringgit, dengan tiba-tiba timbul berbagai kerenah mereka dan pembayaran tidak lagi seperti yang dijanjikan yang kemudiannya diikuti dengan pentutupan pejabat dan akhirnya mereka lesap begitu sahaja.
Inilah antara modus operandi SCK ini.
Salam untuk Zamri
Saya juga antara ribuan orang terutamanya “Melayu yang sangaaaaat mudah lupa” pernah mengalami kerugian besar kerana percayakan Skim Cepat Kaya ini. Pada saya semua perniagaan memerlukan downline untuk beroperasi. Cuma orang kita terlalu cepat nak kaya dan termakan pujukan syarikat, terus melabur tanpa berfikir panjang. lagi besar u melabur lagi besarlah untungnya. Hampir sama dengan ASN/ASB. Cuma bezanya kat C sahaja iaitu cepat,cepat,cepat iaitu cepat kaya kalau kena gaya atau cepat bankrap. Selalunya yang lambat masuklah yang akan kena. Berbeza dengan GDI, yang saudara perkenalkan kat saya. Tak ada downline pun tak kisah kerana kita guna GDI kerana nak bina website dengan pelbagai tawaran yang lumayan dari nya. TAK Percaya …cuba 1malaysia masuk ke http://www.freedom.ws/rezekikita
atau http://perniagaaninternet.ws/r/fauzi/perniagaan.html
Sekarang baru saya faham sikit-skit apa itu skim cepat kaya. Terima kasih tuan zamri kerana info ini…
tima ksh saudara semua…especialy bro zam nanyan….harap beri tunujk ajar lagi pada sapa-sapa mcm saya..mcm ner nak buat duit dgn tenet…mklum lah dah tue2 ni…nk jgk mempunyai kebebasan kewangan..sebelum bersara…
Saya rasa ramai orang masih keliru tentang skim cepat kaya nie… tu ramai yang terlibat…
Mungkin mereka masih baru dalam bisnes internet, tu yang mudah terpengaruh. Orang-orang yang baru nie lah, ramai orang mudah ambil kesempatan.
Setuju dengan pendapat saudara. Ramai orang bila dengar MLM, tutup mata, tutup telinga, tutup mulut. Takut mcm jumpa hantu. Tapi MLM dan Skim Cepat Kaya dua perkara berbeza, herannya orang kita bila Skim Cepat Kaya, mudah pula ‘join’. Sebab nak duit cepat, tak nak susah keje. Padahnya ‘tipah tertipu’
MLM dianggap menipu, mcm-mcm alasan diberi kerana sikap orang kita; “sibuk memberi alasan, tetapi sukar memberi jalan penyelesaian”. Kegagalam MLM terdahulu dipersalahkan kepada orang lain, leader, syarikat, produk dll tapi tidak melihat ke dalam diri sendiri punca kegagalan.
jlk betul. saya gk setuju
Apa yg dibincangkan dlm artikel ini, saya memang setuju, individu perlu ada pengetahuan yang tinggi apabila menjalankan perniagaan secara online.
1. Perniagaan internet – jika tidak menipu dengan menjual airliur ia tetap halal
2. Program internet – jika tidak dimanipulasikan + terlebih bijak hingga tidak tahu mana brek ia tetap halal
3. Pelaburan internet – jika tidak ada unsur riba + menipu + dimanipulasi ia tetap halal
Jika perisian game dimanipulasi menjadi satu program game main kuda di cyber cafe atau secara online maka ia akan jadi satu pelaburan SCK bagi mengaut keuntungan cepat. (kalau faham, bagus…)
Rasanya mana yg ingin berniaga secara online kena faham betul ketiga-ketiga kategori diatas. Semua kategori ini tidak ada satu pun salah jika dijalankan dengan betul. Mengapa bank mengajak kita melabur?
Semuanya terpulang kepada syarikat dan individu yang menjalankan perniagaan online. Jujur dan amanah sangat penting, maka pengetahuan pun harus seiring bagi memudahkan kita faham serta memahami kehendak sebenar perniagaan tersebut dan tidak lari dari objektif sebenar perniagaan masing-masing.
Itulah bila mau cepat kaya maka kategori diatas menjadi tidak betul dan dipandang serong oleh masyarakat dan tidak berani untuk mengikutinya….
Apa pun harap artikel ini boleh menyedarkan sesiapa sahaja yg ingin memulakan perniagaan online…setiap pendapat berbeza-beza, hak anda untuk menapisnya, membetulkan mana yang sengek, menambah mana yg kurang, berkongsi mana yg perlu dan belajar sebagai senjata pemangkin musuh.
skim ni bagus sbnrnyer..kalo xbrani dan xpenah buat jgn la kutuk mcm2..dh la tax tau sistem skim ni ,erfikiran negatif lg..bak kata orang.dh la bodo..sombong lg..bertambah bodo la org tu..cmtu la keadaan nya dgn skim ini..org yg gagal tu adalah individu itu sendiri dn bukannya sistem skim ini..tepuk dada tanya diri..