Apakah Sebenarnya Konsep Usahawan Makan Gaji (Bisnes Internet Separuh Masa)?

Apakah Sebenarnya Konsep Usahawan Makan Gaji (Bisnes Internet Separuh Masa)?
oleh Zamri Nanyan
Hakcipta Terpelihara (c) 2012 ZamriNanyan.com

Satu kelebihan memulakan bisnes internet ialah anda boleh melakukannya walaupun anda masih lagi bekerja dengan orang lain.

Bila dilakukan dengan betul dan bila model bisnes internet pilihan anda betul, tak mustahil untuk anda menghasilkan pendapatan 4 hingga 5 bulan daripada internet sahaja, dan di akhir bulan anda masih lagi menerima gaji bulanan anda.

Itulah yang saya lakukan dari tahun 2003 hingga pertengahan 2009. Saya membina bisnes internet saya sambil bekerja di sektor swasta dengan gaji lebih 6-angka setahun.

Maksudnya, pendapatan daripada bisnes internet saya sudahpun boleh dianggap sebagai bonus tambahan untuk saya. Yang menariknya, bonus tambahan ini pun kadang kala melebih gaji bulanan saya. Best, bukan?

Namun, jangan tersilap langkah kerana bukan semua model bisnes internet sesuai dilakukan sementara anda masih bekerja. Jika dilakukan juga, ianya akan memberi efek kepada prestasi kerja anda dan seterusnya bisnes internet anda tidak menjadi.

Bagi yang telah melihat perkembangan saya, anda untuk perasan yang saya bermula dengan pemasaran affiliate, internet MLM, penciptaan produk digital, JV dan sebagainya semasa tahun 2003 hingga 2009.

Cara ini tidak mengganggu kerja saya.

Namun disebabkan minat saya terhadap bisnes internet semakin menebal dan saya pula mula hilang semangat untuk bekerja dengan orang lain, saya meninggalkan pekerjaan dengan pendapatan 6-angka tersebut.

Anda boleh juga memulakan langkah membina bisnes internet sebegini.

Dan sebenarnya, itulah yang saya dan Patric Chan cadangkan di dalam buku The Four Weeks To Freedom (http://www.TheFourWeeksToFreedomBook.com) saya – bina bisnes internet secara separuh masa dahulu sehingga anda bersedia untuk melakukannya sepenuh masa.

Pendapat saya ini disokong kuat oleh seorang lagi usahawan internet tempatan yang bernama Eruwan Gerry Norsen. Beliau juga sekarang adalah seorang pekerja dan pada masa yang sama, menjana pendapatan yang lumayan di internet.

Tak jauh pendekatan yang beliau ambil semasa melakukannya sekarang dan saya yakin ianya juga boleh dilakukan oleh anda juga.

Nak tahu bagaimana tuan Eruwan Gerry Norsen lakukan sekarang, berniaga di internet sambil bekerja? Anda boleh dapatkan produk berliau yang bertajuk Usahawan Makan Gaji melalui link di bawah.

http://get.linktrackr.com/UsahawanMakanGaji

Sebenarnya, memang ramai yang sedang menjalankan bisnes internet secara separuh masa sekarang dan ada yang memperolehi pendapatan melebihi gaji bulanan mereka.

Bagi saya, inilah pendekatan yang amat kurang risikonya berbanding terus terjun ke dalam bidang bisnes internet ini tanpa sebarang perancangan teliti.

Memang benar anda mesti melakukan bisnes internet ini secara bersungguh-sungguh. Itulah sebabnya ada yang sangguh mengambil langkah “burn the bridge” atau “kamikaze” atau “buat sampai jadi walau macam mana pun”. Maksudnya terus berhenti kerja dan lakukan bisnes internet secara sepenuh masa.

Namun, suka saya berikan juga nasihat ini kepada anda.

Anda masih boleh lakukan bisnes internet ini bersungguh-sungguh walaupun masih bekerja dengan orang lain.

Tak ada siapa yang katakan anda tak boleh bersungguh-sungguh di dalam bisnes internet anda semasa anda masih bekerja. Contohnya, jam 8:00 AM ke 5:00 PM adalah waktu kerja anda. Jam 9:00 PM hingga 12:00 AM adalah waktu bisnes internet anda. Maka, bersungguh-sungguh dan berdisiplinlah anda membina bisnes internet anda di dalam masa 3 jam ini setiap malam, seperti mana anda bekerja pada siang hari.

Tak mustahil suatu hari nanti akan ada orang yang akan bertanya kepada anda “yang mana satu kerja full time anda?” dan anda menjawab dengan jawapan “kalau berdasarkan pendapatan yang tinggi (dan stabil), kerja malamlah”, maka dengan itu barulah anda boleh berfikir untuk lakukan bisnes internet secara sepenuh masa. Atau, anda teruskan sahaja kerja harian anda sekiranya anda tak ada masalah untuk melakukan kedua-dua aktiviti ini.

Yang penting, anda perlu tahu bahawa kedua-dua aktiviti (pekerjaan dan bisnes internet) anda tidak mengganggu satu sama lain.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003 lagi. Salah satu kepakaran beliau ialah mencipta pendapatan berulang daripada Internet dan juga menghasilkan pendapatan melalui email. Sistem Pemasaran EMail AutoViral Percutian Australia adalah salah satu contoh bagaimana beliau menggunakan kaedah pemasaran email untuk menghasilkan pendapatan berulang di internet dan anda boleh lawati http://australia.cutisantai.com/r/zamri untuk maklumat lanjut.

 

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan untuk menukarkan link http://australia.cutisantai.com/r/zamri kepada link affiliate anda untuk tujuan mempromosikan artikel ini kepada mailing list, blog, forum, Facebook dan sebagainya. Untuk mendapatkan link affiliate anda, lawati http://special.jomniaga.com/affiliates

Hakcipta Terpelihara (c) 2012 Zamri Nanyan http://www.BisnesDigital.com
Sebarang kesalahan plagiarisme akan dihadapkan ke muka pengadilan.
================================================

 

pemasaran email
 

 

 

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Peribadi, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “Apakah Sebenarnya Konsep Usahawan Makan Gaji (Bisnes Internet Separuh Masa)?”

Leave Comment

(required)

(required)