ARP3, Potensi JV dan 101 Idea Bisnes Internet

Ramai yang baru masuk ofis hari ini selepas cuti raya cina baru-baru ni.

Jualan produk pun berkurangan sikit minggu lepas jika dibandingkan dengan pada masa bukan musim perayaan.

Walaubagaimanapun, potensi peluang bisnes di internet akan sentiasa terbuka luas lebih-lebih lagi pada masa sekarang. Ramai yang mencari peluang untuk buat duit lebih dan mereka akan melaburkan sedikit wang untuk beli dan belajar selok-belok bisnes di internet.

Jika anda mempunyai produk sendiri, maka pelajarilah cara-cara menjual di internet kerana pasaran di internet lebih luas dan kos untuk promosi adalah lebih murah (ada yang percuma) berbanding dengan pengiklanan konvensional.

========================
ARP3 Pada Harga Murah
========================

Beberapa hari lepas saya ada membuat paparan mengenai lesen ARP3 dan belum sempat saya menghantar email memberitahu anda mengenai perkara ini, sudah ramai yang bertanyakan saya dan ingin membuat pembelian.

Saya pula terpaksa memilih pembei kerana saya hendak jual ARP3 kepada yang layak sahaja. Kalau tidak, pening kepala saya untuk berikan support. :-)

Buat anda yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang topik yang saya bincangkan ini, sila lawati blog Bisnes Digital di:

http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/pentingnya-autoresponder-dan-tawaran-arp3-pada-13-daripada-harga-asal

*** penting! Pastikan anda tanya webhosting company anda dahulu sama ada mereka membenarkan ARP3 dipasang di server mereka.

========================
Peluang JV dengan saya dan Gobala
========================

Saya dan Gobala akan menerbitkan satu produk yang mempunyai permintaan tinggi di kalangan rakyat Malaysia.

Kami akan membuat pra-pelancaran pada 10 Feb nanti dan semestinya produk ini akan laris macam goreng pisang nanti. :-)

Pada masa sekarang, beberapa email sudahpun dihantar kepada bakal JV partner dan ramai yang sudah menunjukkan minat untuk mempromosikan produk ini.

Disebabkan mungkin saya akan tertinggal jemputan kepada JV partner saya yang lain, maka saya ingin membuka tawaran JV partner kepada anda sekiranya anda menepati syarat-syarat di bawah:

1. mempunyai mailing list yang aktif seramai 1,000 orang minimum

2. mailing list anda disasarkan kepada bisnes internet atau pasaran mencari pendapatan di internet (atau offline)

Jika anda menepati 2 syarat di atas, sila hubungi saya dan sertakan bukti saiz mailing list anda.

Saya akan membuat semakan dan selepas diluluskan, jemputan akan dihantar kepada anda.

Pelbagai tawaran hadiah menarik (termasuk pelancongan dibuka kepada JV partner)

Nak tahu apakah produk yang akan kami lancarkan ini?

Tunggu dan dalam masa beberapa hari saja lagi, saya akan beritahu anda dengan lebih lanjut.

========================
Perniagaan Internet 101
========================

Baru-baru ini, saudara Sham Raja Adsense ada menerbitkan ebook terbaru beliau mengenai 101 idea perniagaan digital.

Pada mulanya, saya ingat tajuk ini berkaitan dengan ilmu asas perniagaan internet (selalunya 101 merujuk kepada kelas permulaan sesuatu subjek di kolej atau universiti)

Tapi saya tersilap sikit dan apa yang terkanding di dalam ebook ini ialah 101 contoh perniagaan internet yang anda boleh jalankan.

Beberapa contoh yang diberikan ialah bisnes pakaian, kereta sewa, hartanah, forum, kraftangan dan hiasan.

Disertakan juga beberapa link atau pautan ke contoh perniagaan yang diterangkan.

Secara keseluruhannya, saya rasakan ebook ini sesuai untuk newbie atau mereka yang baru dan masih tercari-cari idea untuk menjalankan bisnes di internet. Bagi yang sudah mempunyai bisnes di internet, saya rasa anda sudahpun tahu banyak idea untuk menjana pendapatan melalui internet ini.

Anda boleh lihat surat jualan ebook ini di:

http://www.perniagaaninternet101.com/index.php?ref=profits

Tabung Kemanusiaan Palestin

RM5 daripada setiap pembelian akan dikumpulkan dan akan dimasukkan ke Tabung Kemanusiaan Palestin.

Jadi, di sini juga anda ada peluang untuk membeli sambil menderma dan melakukan kebajikan.

Sehingaa berjumpa lagi!

ikhlas,

Zamri Nanyan

ps. nantikan ketibaan produk terhangat tahun 2009 pada 10 Februari nanti.

Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Leave Comment

(required)

(required)