Bab Percuma Dari Buku Rahsia Bisnes MLM Di Internet

Syukur kerana buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” siap diterbitkan. Walaupun buku ini belum lagi berada di pasaran, saya yakin anda akan memberikan sokongan yang hangat…
Bersempena keluaran buku ini, saya ingin melakukan sedikit promosi supaya lebih ramai mengetahui kewujudan buku ini dan seterusnya membantu meningkatkan jualan.
Sebelum itu, biar saya nyatakan bahawa walaupun buku ini memberi fokus kepada peniagaan MLM di Internet, kebanyakan cara pemasaran yang dibincangkan adalah sesuai sekali untuk sebarang pemasaran produk lain. Untuk memberi sedikit gambaran tentang kandungan buku ini, saya senaraikan tajuk yang bakal anda pelajari sekiranya anda mendapatkan buku ini nanti:
Isi Kandungan
PENGENALAN
Bab Satu : Apa yang patut dijangka di dunia Pemasaran Jaringan Internet
Bab Dua : Kebenaran di sebalik Pemasaran Jaringan
Bab Tiga : Penggunaan sebuah sistem Pemasaran Jaringan Internet yang sempurna!
Bab Empat : Rahsia di sebalik Pemasaran Jaringan Internet yang berjayaPEMASARAN PERNIAGAAN MLM INTERNET ANDA
Bab Lima : Kaedah penjanaan trafik yang berkesan
Bab Enam : Pengesanan iklan yang teramat penting
Bab Tujuh : Rahsia Pemasaran Jaringan Internet melalui forum online
Bab Lapan : Pengiklanan Ezine yang terbukti efektif bagi Pemasaran Jaringan Internet
Bab Sembilan : Penggunaan iklan Pay-Per-Click
Bab Sepuluh : Blogging bagi membina perhubungan erat
Bab Sebelas : Jadikan isi kandungan percuma sebagai bekalan pasif trafik dan prospek percuma!
Bab Dua Belas: Optimasi Enjin Pencarian – rahsia mutlak
Bab Tiga Belas: Kejayaan di dalam 5 langkah mudahPERGI DAN LAKUKANNYA!
Jangan hanya bermimpi
Ya, banyak cara promosi di Internet dibincangkan di dalam buku ini. Antaranya ialah pengiklanan di Ezine, Blog dan Pay-Per-Click.
Jika anda praktikkan salah satu cara pemasaran ini sahaja pun sudah cukup untuk mengorak langkah pertama anda.
Jadi, pastikan anda mendapatkan satu salinan buku ini nanti.
Dan, untuk memeriahkan lagi berita penerbitan buku ini, saya ada sesuatu yang istimewa.
Begini… sekiranya anda bantu saya menyebarkan berita ini di laman web atau blog anda, saya akan berikan SATU bab percuma daripada buku ini dalam bentuk PDF. Dari bab percuma ini, anda akan dapat melihat serba sedikit apa yang terkandung di dalam buku ini dan anda boleh nilai sendiri kualiti buku ini.
Tak perlu bersusah-susah kerana saya telah siapkan karangan ringkas untuk anda muatkan di dalam laman web atau blog anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah salin artikel di bawah (pastikan anda tidak ubah imej dan link yang disertakan) dan masukkan ke dalam laman web atau blog anda.
Tajuk: Dapatkan Bab Percuma Buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet”
Kandungan:
Sebelum ini Daegan Smith dan Zamri Nanyan telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan buku ini dijual di Amazon.com pada harga USD$39.95. (Wow! Mahal tu)
Jika anda berada di Malaysia, anda masih bertuah kerana dapat membeli buku ini pada harga yang sangat murah iaitu cuma RM29.90 (jangan beli di Amazon.com).
Kini, ada satu lagi berita baik untuk anda!
Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” telah diterjemahkan ke dalam bahasa Malaysia. Tajuk yang diberikan ialah “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” dan ianya boleh diperolehi di MPH Bookstore atau kedai-kedai buku berdekatan pada harga RM29.90.
Buat masa yang terhad, Zamri Nanyan sedang menjalankan promosi memperkenalkan buku ini kepada orang ramai dan beliau sedang memberikan satu bab percuma daripada buku ini kepada sesiapa sahaja yang layak.
Untuk mengetahui bagaimana anda boleh mendapatkan bab percuma buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini, sila lawati link di bawah:
Anda juga diberikan “Isi Kandungan” buku ini serta sedikit komen penulis mengenai buku terbaru ini. Jadi, klik link di atas dan jangan lepaskan peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalam buku “Rahsia Bisnes MLM Di Internet” ini.
Saya sudah dapat bab percuma buku ini. Anda bila lagi?
![]()
Kemudian, tinggalkan komen di akhir paparan ini supaya saya tahu email anda dan seterusnya hantar bab percuma ini.
Siapa yang layak untuk melakukan promosi ini?
Sesiapa sahaja… asalkan ada paparan mengenai berita penerbitan buku ini dan ada disertakan komen di blog ini bahawa anda telah melakukan paparan di blog atau laman web anda.
Sekiranya artikel yang saya sertakan di atas tidak sesuai untuk laman web/blog anda, anda boleh mengubahnya atau menulis semula mengenai berita ini (asalkan link ke paparan blog ini disertakan bersama).
Saya ulangi… untuk mendapatkan bab percuma buku ini, anda cuma perlu:
- Sebarkan berita ini di laman web/blog anda dengan menggunakan artikel di atas atau artikel yang anda tulis sendiri (pastikan link ke paparan blog ini tidak diubah).
- Tinggalkan komen di blog ini menyatakan anda telah menulis di laman web/blog anda.
Bab percuma akan diberikan kepada anda selepas semakan dilakukan.
Akhir sekali, terima kasih kepada anda yang terus menyokong perkembangan bisnes internet tempatan. Saya amat menghargai sokongan anda.
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









saya sudah mempromosikan ebook anda zamri…
saya dah masukkan ke dalam blog saya…
http://miramah-landlordllm.blogspot.com/
saya orang baru dalam IT so, banyak kelemahan pada blog saya tu…. sila tunjuk ajar ya….
adios….
salam saudara zamri,
ramai yg menceburi bidang MLM ini tapi kekurangan pengalaman utk mempromosikannya diinternet. namun dengan buku ini saya pasti ramai yg dapat manafaatnya
saya dah mempromosikannya di blog saya
terima kasih
People join multi-level marketing (MLM) or network marketing businesses for one reason; they want to achieve financial success.
Saya pun dah masukkan dalam blog saya
Terima kasih Suhail, Asma, Zaidi & Cekelat…
Sehingga pukul 1:08am tadi, saya dah hantar link untuk download bab percuma ini ke email anda. Sila semak… termasuk bulk/junk/spam folder anda. Kadang-kadang email penting pun masuk ke dalam folder ini.
Kalau belum dapat, sila tinggalkan komen anda berserta laman web/blog yang anda buat ulasan berita ini dan saya akan follow-up pada hari berikutnya.
wah.. sunggu bernas buah fikiran yang di sampaikan… saya rasa nak beli buku ni nanti…:)
Saya dah promosikan dalam blog saya.
Terima kasih Rohisyam!
Saya dah hantar link untuk download bab percuma ini ke email anda. Sila semak… termasuk bulk/junk/spam folder anda. Kadang-kadang email penting pun masuk ke dalam folder ini.
Kalau belum dapat, sila tinggalkan komen anda berserta laman web/blog yang anda buat ulasan berita ini dan saya akan follow-up pada hari berikutnya.
salam.. hai bro..
apa khabar? semoaga sihat2 n ceria2 selalu..
hmm hebat la ebook ni.. sy pun nk gak masukkan dlm blog sy. leh tak bro tlg bg link sakeli lg?
maaf aritu.. bro dh bg link pd sy.. tp malangnya.. email tu dh terdelete.. so skrg.. sy x tau mcna nk cari link dia lg..
harap sy leh dpt link dr bro sekali lg utk di promote dlm blog sy..
thanks
ekin_mawarku
http://wwwkedaiekinmawarku.blogspot.com
asalamualaikum Zamri..saya ada hantar email dan private mesej kepada anda..harap maklum
w’salam… ok. dah dapat
semekom… bang..
saya ada hantar email sy..
harap dapat megambil tindakan cngan segera..
Email? Boleh beritahu email address saya yang mana satu yang anda hantar?
Zamri
Assalamualaikum,
Saya amat berminat untuk mendapatkan Bab Percuma Dari Buku Rahsia Bsnes MLM Di Internet itu. Harap ia dapat memberi manafaat kepada semua.
Terima kasih.
Saya amat berminat untuk mendapatkan Bab Percuma Dari Buku Rahsia Bsnes MLM Di Internet itu. Harap ia dapat memberi manafaat kepada semua.
Terima kasih.
inilha yg saya tunggu2. Rahsia Merekrtu MLM sudah saya beli & baca.sikit pun tak rugi. Tak sabar nak dptkan Rahsia MLM di Internet.Blh saya beli ssekarang?
boleh… takde masalah…