Bagaimana Mengaut Keuntungan 100% Dengan Menjual Produk Orang Lain Di Internet

Bagaimana Mengaut Keuntungan 100% Dengan Menjual Produk Orang Lain Di Internet
oleh Zamri Nanyan

Seringkali kita mendengar bahawa untuk menjana keuntungan 100% di internet ialah dengan menjual produk digital sendiri. Ini kerana anda tak perlu keluarkan lagi kos untuk menerbitkan produk digital selepas ianya siap kali pertama ia dicipta.

Seterusnya, kos untuk menghasilkan semula produk digital tersebut sudah tiada lagi. Yang tinggal ialah kos menempatkan produk digital tersebut di webserver atau webhosting, dan kos ini pun amat rendah (ada yang menawarkan servis kurang daripada RM100 untuk webhosting).

Itulah sebabnya ramai yang menyarankan anda untuk mencipta produk digital sendiri dan saya pun begitu juga melalui produk saya, Pakar Produk Digital (www.PakarProdukDigital.com).

Di samping produk digital mudah dan murah untuk diterbitkan, margin keuntungannya pun besar. Sesiapa pun boleh menerbitkan produk digital sendiri dan bila anda fikirkan yang anda berjaya terbitkan produk sendiri untuk dijual, saya pasti anda akan berasa bangga dengan kejayaan ini (dan anda sepatutnya berasa bangga dengan kejayaan anda ini).

Pentingnya Pemasaran

Walaubagaimanapun, anda masih lagi perlu mempunyai kemahiran untuk menjual produk digital anda untuk menghasilkan keuntungan yang lumayan ini. Itulah sebabnya pemasaran internet merupakan satu topik yang hangat dibincangkan. Walau apa pun yang anda lakukan, anda perlu ada bahagian memasar dan mengiklankan produk anda.
Tanpa pemasaran, amat sukar untuk anda menjual sebarang produk – tidak kira produk anda atau produk orang lain.

Oleh sebab itu juga, anda perlu selalu mempertingkatkan ilmu pemasaran anda dan bergerak aktif di dalam mencari idea baru memasarkan produk yang anda sarankan. Disebabkan aka nada sahaja kaedah pemasaran yang baru di internet, maka ianya menjadi proses berterusan untuk anda belajar dan belajar tentang pemasaran internet.

Dan sesudah anda mengetahui beberapa kaedah pemasaran internet yang berjaya menghasilkan jualan, sudah pasti anda akan cuba menghasilkan keuntungan yang maksima daripada usaha anda.

Oleh itu, sebarang usaha untuk menghasilkan keuntungan 100% daripada promosi produk anda adalah satu usaha yang perlu diberi perhatian, tapi bagaimana untuk menghasilkan keuntungan 100% ini jika anda tiada produk digital anda sendiri?

Klik Di Sini Untuk Muatturun dan Baca Keseluruhan Artikel

atau

http://rahsia.bisnesdigital.com/wp-content/uploads/2011/10/Keuntungan100Peratus.pdf

 

 

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, percuma, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

9 Responses to “Bagaimana Mengaut Keuntungan 100% Dengan Menjual Produk Orang Lain Di Internet”

Leave Comment

(required)

(required)