Bagaimana Mengaut Keuntungan BESAR Melalui Produk “Resell Rights/Private Label Rights” – Bahagian II
Bagaimana Mengaut Keuntungan BESAR Melalui Produk “Resell Rights/Private Label Rights” – Bahagian II
oleh Zamri Nanyan
Pada 12 Disember 2008 lepas, sebuah artikel mengenai “Resell Rights/Private Label Rights” dipaparkan di blog ini.
Terdapat beberapa cara untuk mengaut keuntungan BESAR melalui RR/PLR dan jika anda perlukan rujukan, sila lawati paparan blog tersebut sekali lagi di:
Walaubagaimanapun, ada satu lagi cara mudah untuk mengaut jualan sehingga 300% dalam masa 2 minggu sahaja dengan menggunakan produk RR.
Jual produk RR tersebut tanpa mengubah apa-apa terhadap produk tersebut (kecuali informasi untuk membuat pembayaran kepada anda)
Ya, inilah cara yang paling mudah dan saya akan berikan contoh terkini kepada anda.
Saya tahu produk Kit Blogger daripada Smart Zul merupakan salah satu produk terlaris untuk pasaran tempatan. Produk ini menerangkan bagaimana anda boleh memasang blog WordPress di laman web anda dan pelbagai lagi tip menarik berkenaan blog WordPress.
Bila Smart Zul menawarkan lesen hak jualan semula (Resell Rights) untuk produk ini, saya tahu bahawa inilah peluang yang tidak dapat saya lepaskan. Bayaran RM150 sudahpun dibuat dan selepas segala urusniaga selesai, saya pun mula meletakkan Pakej Kit Blogger di laman web saya untuk dijual.
Hasilnya anda boleh lihat di bawah:
10 jualan terhasil dalam masa kurang 2 minggu dengan promosi minima pada waktu cuti umum.
Walaupun jualannya tidaklah sehingga ribuan ringgit tetapi anda perlu ingat bahawa lebih RM500 hasil jualan dalam kurang 14 hari sudah diperolehi daripada produk yang saya tidak cipta sendiri. Jika dilakukan promosi berterusan berserta pemasangan program affiliate untuk produk ini, tidak mustahil ianya akan menjadi satu lagi produk yang akan memberikan pendapatan pasif bulanan kepada saya.
Sekarang, cuba bayangkan sekiranya saya dapatkan 5-7 lagi produk RR sebegini.
Lumayan bukan.
Untuk tidak menyembunyikan rahsia saya kepada anda, saya juga ingin katakan bahawa terdapat beberapa lagi faktor penting di dalam penghasilan jualan seperti yang anda lihat di atas.
1. Saya sudah mempunyai “mailing list” yang bersedia untuk membeli produk yang saya syorkan kepada mereka.
2. Produk yang saya rekomen ini merupakan salah satu produk yang berkualiti dan menepati sasaran saya.
3. Produk ini mempunyai jumlah “reseller” yang terhad dan ini mengurangkan saingan kepada saya. Pada masa sekarang, saya rasa anda tidak lagi dapat membeli lesen RR untuk Pakej Kit Blogger.
4. Saya tawarkan harga promosi (masa terhad) untuk produk ini. Harga sekarang ialah RM45 berbanding RM50 yang disyorkan dan RM45 adalah harga terendah yang dapat saya tawarkan menurut syarat “reseller”. Selepas promosi ini tamat, harga akan dinaikkan kembali ke RM50 untuk mengekalkan saingan dan berlaku adil kepada reseller yang lain.
5. Produk ini dicipta oleh Smart Zul – nama yang tidak asing lagi di dalam pasaran tempatan.
Daripada beberapa tip yang saya berikan ini, saya harap anda akan nampak potensi jualan produk RR/PLR dan tambahkannya sebagai salah satu lagi sumber pendapatan sampingan anda di internet.
Buat anda yang masih belum dapat buat keputusan sama ada ingin membeli Pakej Kit Blogger atau tidak, saya cadangkan anda buat keputusan cepat kerana saya akan menamatkan harga promosi RM45 ini pada bila-bila masa.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Salam, saudara Zamri.
Saya pernah menjual Produk MRR dan PLR. Alhamdulillah, saya dapat juga menjualnya tetapi tidaklah banyak macam saudara dapat jual. Saya tidak menggunakan sales letter asal, saya juga meletakkan kesemua ebook pada satu sales letter yang sama dan meletakkan harga separuh kurang dari harga asal. Niat saya, nak menggalakkan orang membeli tetapi sambutan tak sehangat mana jugak. Leh saya tahu pendapat saudara? Adakah harga yang diturunkan begitu banyak telah menurun nilai ebook-ebook saya? Thanks…
Salah satu kelebihan yg ada pada produk RR ialah kita dapat keuntungan 100% walaupun bukan produk sendiri. Tapi kena dptkan lesen RR dulu la dari penulis asal.
En zamri tolong elaborate sikit faedah bakal menanti dalam web prosperity.
apa kelebihan join masa pelancaran begini.
thks
En. Zamri tolong ceritakan faedah dan keistimewaan webprosperity. Memang minat betul ni.
saya pun dah mula dapat hasil dari jualan produk RR saya…. dalam masa sebulan dah dapat 12 jualan….
Yang penting, anda kena kuasai teknik pemasaran.
Contoh adalah seperti yang diberitahu oleh bro Zamri tadi; email marketing (mailing list)…
Kepada “Rahsia Wanita”… bergantung kepada produk RR apa yang anda jual, terdapat pelbagai sebab kenapa ianya tak dapat dijual dengan baik. Ada disebabkan produk itu sendiri dan ada disebabkan kurangnya strategi dan implimentasi pemasaran. Saya dapat menjual barangan setiap kali menghantar email (hingga ratusan ringgit bagi setiap email) kerana saya sudahpun mempunyai mailing list yang percayakan apa yang saya sarankan kepada mereka. Mungkin ini adalah salah satu cara yang terbaik untuk menaikkan jualan anda. Walaubagaimanapun, saya tak dapat pastikan sebelum produk anda dan laman web jualan anda dianalisa terlebih dahulu.