Bagaimana Mengaut Keuntungan BESAR Melalui Produk “Resell Rights/Private Label Rights”

Bagaimana Mengaut Keuntungan BESAR Melalui Produk “Resell Rights/Private Label Rights”
oleh Zamri Nanyan

Anda juga boleh menjual produk digital dan kaut keuntungan 100% daripada setiap jualan.

Bagaimana?

Dengan mendapatkan produk yang diberikan lesen “Resell Rights” atau “Private Label Rights”.

Saya tidak akan menerangkan dengan lebih dalam mengenai lesen-lesen “Resell Rights” (RR) dan “Private Label Rights” (PLR) ini tetapi saya akan berikan beberapa tip yang anda boleh gunakan untuk mengaut keuntungan di dalam pasaran tempatan dengan menggunakan produk sebegini.

Anda bersedia?

Baiklah, kita lihat bagaimana produk sebegini dapat digunakan untuk dipasarkan.

1. Olah dan terjemah produk yang berbahasa Inggeris ini ke dalam Bahasa Malaysia… dan jual dengan tajuk baru.

2. Gunakan produk RR/PLR untuk diberikan sebagai bonus pembelian produk utama anda. Jika anda perlukan produk tersebut diterjemahkan terlebih dahulu, anda boleh juga melakukannya.

3. Pakej produk RR/PLR yang mempunyai topik berkaitan (atau seakan-akan sama) dan jual sebagai pakej yang baru. Contohnya, produk “Video Marketing” boleh dipakejkan daripada pelbagai ebook berkaitan pemasaran di YouTube, penciptaan video dan cara suntingan video.

4. Berikan produk RR/PLR ini kepada pengunjung laman web anda sebagai insentif bagi mereka menyertai “mailing list” anda.

5. Pakej produk RR/PLR dan jual terus kepada pelanggan. Contohnya seperti yang dilakukan oleh saudara Blalang di:

http://www.blalang.com/firesale/index.php?ref=specialoffer

6. Gunakan produk PLR sebagai “viral marketing” anda. Sebagai contoh, letakkan link ke laman web anda di dalam produk tersebut dan sebarkan kepada orang ramai. Pada masa yang sama, berikan kebenaran kepada sesiapa sahaja untuk menyebarkan produk tersebut kepada orang lain. Dalam kes ini, anda boleh tukarkan format produk PLR anda kepada format PDF terlebih dahulu dan anda boleh lakukan penukaran format ini secara percuma di laman web pdfonline.com

7. Produk RR/PLR juga boleh dijadikan pemangkin untuk promosi sebarang pembelian produk daripada program affiliate yang anda sertai. Contoh – tawarkan produk RR/PLR kepada mereka yang membuat pembelian produk daripada link affiliate anda.

Secara ringkasnya, memang terdapat pelbagai cara untuk mengaut keuntungan daripada produk RR/PLR ini. Namun begitu, anda juga perlu berhati-hati dengan memilih produk RR/PLR yang berkualiti sahaja untuk mengekalkan reputasi anda.

Sebelum itu, anda juga perlu mendapatkan produk yang mempunyai lesen jualan semula RR/PLR dahulu sebelum anda boleh menggunakannya.

Mendapat produk RR/PLR ini mudah sahaja dan salah satu daripadanya adalah dengan membeli produk tersebut di laman web seperti yang saya berikan di dalam artikel ini.

Selebihnya, gunakan kreativiti anda untuk terus mengaut keuntungan daripada produk RR/PLR.

Tip Hangat*** cipta ecover yang unik untuk produk RR/PLR anda.
Hint: Produk eCover Jualan dapat membantu anda melakukannya:
http://rahsia.bisnesdigital.com/perniagaan-internet/anda-sebagai-
perekacipta-ecover-tidak-mustahil

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

5 Responses to “Bagaimana Mengaut Keuntungan BESAR Melalui Produk “Resell Rights/Private Label Rights””

Leave Comment

(required)

(required)