Bagaimana Menghasilkan Pendapatan Melalui Paypal

Saya akan mula menjawab soalan mengenai PayPal yang ditanyakan oleh pembaca blog ini di dalam paparan bertajuk “Apa Yang Anda Ingin Tahu Mengenai Paypal“. Soalan yang akan saya jawab adalah rawak dan tidak mengikut aturan soalan yang ditanyakan kepada saya.

Soalan:

Saya sudah mempunyai akaun paypal. Tetapi bagaimana caranya untuk menghasilkan pendapatan melalui paypal ini?

Jawapan:

Terdapat pelbagai cara anda boleh menambah pendapatan melalui PayPal tetapi secara ringkasnya anda perlu dapatkan transaksi wang ke akaun PayPal anda sebelum anda boleh keluarkannya ke dalam akaun anda di Malaysia.

Di sini saya simpulkan dua cara bagaimana anda boleh menambah pendapatan melalui Paypal.

1. Pasarkan program affiliate yang menggunakan PayPal sebagai medium pembayaran komisyen.

Banyak program affiliate yang menggunakan PayPal untuk membayar komisyen kepada anda. Program affiliate ini ada yang dikendalikan oleh orang perseorangan ataupun sebuah syarikat. Sebagai contoh, anda boleh lawati laman web PayDotCom.com dan lihat sertai program affiliate yang mereka tawarkan. Kemudian cari beberapa produk di dalam jaringan PayDotCom.com dan mulakan promosi link affiliate anda. Apabila anda mendapat jualan, komisyen akan dibayar kepada anda melalui PayPal.

Ada juga program affiliate yang memberikan komisyen melalui PayPal kepada anda sekiranya anda membuat “referral” percuma ke laman web mereka (contoh Affiliate X Factor) atau memberikan produk percuma kepada orang lain (contoh True MLM Wealth). Dan ada juga yang memberikan anda komisyen sekiranya orang mengisi borang di laman web affiliate yang anda promosikan.

Saranan saya ialah anda mulakan dengan salah satu program affiliate yang dinyatakan di sini dahulu untuk mendapatkan pengalaman bagaimana wang dimasukkan ke dalam PayPal anda dan terdapat ribuan produk affiliate yang menggunakan PayPal untuk membuat pembayaran komisyen di Internet.

2. Menjual produk anda sendiri dan menggunakan PayPal sebagai satu medium untuk mendapat bayaran.

Cara ini merupakan cara yang kebanyakan usahawan yang mempunyai produk sendiri praktikkan. Saya juga ada melakukannya dan jika anda lawati www.RahsiaMLM.com, anda akan dapati yang saya juga menerima pembayaran melalui PayPal untuk pembelian ebook Rahsia MLM saya.

Sekiranya ada yang membeli, wang akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal saya secara automatik. Di dalam kes ebook Rahsia MLM, proses automasi boleh juga dilakukan di mana pembeli akan dibawa ke laman web untuk muatturun produk sebaik sahaja pembayaran dibuat.

Jika anda berminat untuk menjual produk dengan menggunakan PayPal tetapi tidak mempunyai produk sendiri, anda boleh membeli produk yang mempunyai “Resell Rights” dan menjualnya semula (lihat www1.bisnesdigital.com). Anda juga boleh menerima pembayaran melalui PayPal untuk jualan ruang iklan di laman web atau blog anda… atau dalam erti kata lain, sekiranya anda ada sesuatu produk atau perkhidmatan yang anda boleh jual, anda boleh menggunakan PayPal untuk menjana pendapatan.

Sebagai maklumat tambahan, PayPal juga merupakan salah satu medium pembayaran yang banyak digunakan di laman lelong eBay.com.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

assalammualaikum….

Thanks kerana banyak memberi maklumat pada kami ini. Saya pun dah apply kad Debit kad Public Bank sebelum nak stat paypal. Tapi dah 2 minggu lebih …lum dapat lagi. So nak tanya… kalau customer bayar pakai kad kredit guna paypal. Bolehkah ia terus ke akaun paypall Kad debit saya.

Thanks.

Saya setuju pandangan zamri tu.Kalau nak beli aje dari side zamri untuk test market guna paypal.Guna debit card pun boleh.Semoga you all happy ye.Tulus ikhlas hanya dr saya.

salam. :)

apa pendapat bro zamri, kalau saya mula mencipta ebook berkenaan userguide untuk software yang saya minat dan boleh menggunakannya dgn baik? kemudian saya sertakan back end promotion link di akhir mukasurat pdf kepada service saya berkaitan software tersebut?bagaimanakah saya boleh mengagak pasaran untuk ebook ini?

tq :)

bagaimana nak gunakan paypal? manual. saya memang perlukan bimbingan..

harap dapat menbantu saya pertolongan saudara zamri didahului ucapan ribuan terima kasih

Saya dah ada akuan paypal tapi tak tahu bagaimana nak masukan debitkan saya ke akaun paypal.

Paypal adalah satu medium “e payment processor” .Sebenarnya kita boleh menjana pendapatan melalui paypal seperti juga e-gold dan AlertPay dengan mempromosikan link affiliate yang disediakan oleh PayPal kepada bakal-bakal pengguna dan peniaga yang ingin menggunakan sistem pembayaran ini .Hasil yang didapati adalah berkekalan selagi pengguna tersebut menggunakan PayPal sebagai alat proses pembayaran beliau.

Pengguna PayPal adalah meliputi hampir keseluruhan dunia Perniagaan Internet Antarabangsa. PayPal adalah sistem yang diiktiraf oleh laman khidmat lelong dunia iaitu Ebay.

Bayangkan kalau melalaui PayPal Affiliate kita mendapat sebahagian daripada pengguna tersebut.

Penuhkan akaun Paypal anda dengan menjual barang melalui eBay..

uishh..byk juga pertanyaan mengenai Paypal ni..

Mai aku jawab bagi…sementara free2

AmirJempol :

PUBLIC BANK punya debit kad dekat 1 bulan juga baru dpt..first kau ada terima surat dan perlu buat bayaran sebanyak RM 25[ deposit awal dlm kad] dlm tempoh 60 hari.

2. Kalau dah siap, pihak bank akan call suruh ambil kad..

Bila customer bayar guna paypal…kau login paypal dan add card utk cash ke debit kad tu..lepas siap, baru boleh fund masuk ke debit kad visa.

fahmimahat,

manual tu macam mana tu..kasi clear skit soalan..sebab penggunaan paypal ni international

mat,

kau nak masukkan duit dlm paypal ker..ape ? first ko kena verify dgn memasukkan no kad kredit/debit kad. dptkan no pin dan isi ke dlm paypal.

contohnya…kalau kau nak beli ebook guna paypal..tetapi dlm tu tak ada duit..itu tak jadi masalah, janji kredit kad/debit kau ada duit yg cukup.

Paypal akan tarik duit dari kad kredit/debit kau nanti..

saya banyak dapat melalaui payloadz

Saya mohon penjelasan dari pak zamri tentang pembayaran dengan egold, terus terang saya punya rekening egold tetapi saya kurang tahu bagaimana menggunakan rekening ini, dan dalam membayar atau mengambil uangnya. terimakasih atas penjelasnya.

Thanks Zamri atas penerangan anda……Kok ado laie soalan…den tanyo yor….. Selamat Hari Raya….

Untuk urusan pembayaran paypal, selain guna debit card Public Bank/ Finance, bank mana lagi kat malaysia boleh guna sama procedure. Dengar AMbank pun ada…

Salam…tumpang bertanya, Maybankard VISA debit boleh ke link dengan Paypal? Terima kasih.

Salam dari saya…macamana nak buat akaun Paypal sedangkan saya tidak ada kredit kad. Boleh bagi penjelasan tak? Terima kasih

assalamualaikum Zamri.

saya dah download dan anda telah mendapat wang sepatutnya tapi macamana saya pulak nak jadi affiliate x factor ni. ada link ke untuk sign-up. tak terangkan pun cuma macam promosi suruh orang download je.

Bolehkah terangkan bagaimana cara mengaktifkan Akaun Paypal dengan menggunakan Debit Kad ? TQ

Simmy :

Maybank belum activate lagi function online transaction utk kad Visa debit yg baru tu. Dah try nak tukarkan kad debit Ambank NexG kat akaun Paypal saya tapi tak dapat, nak bayar online bil DiGi dgn Maxis saya pun tak boleh.
Maybank akan inform bila diorang dah activate nanti.

saya ada akaun paypal.saya tak pandai nak guna.akaun paypal tiada nmombor akaun.bagaimana caranya saya nak beri akaun paypal pada perniagaan internet yang guna akaun paypal.paypal tiada nombor akaun.saya tgk masik kosong penyata akkaun.

Withdrawal Fees
Card Withdrawal Fees

Currency:

Withdrawal Fee Return Fee Minimum Withdrawal Amount
$5.00 USD $10.00 USD $10.00 USD

ape maksud die nie:cnth kalau kuar $20 kena fee $10 jadi kita dapat cuma $10 kee?..

Caj untuk pengeluaran $5

Minimum duit perlu ada dalam akaun sebelum pengeluaran $10

Kalau ada masalah transfer, PayPal caj (return fee) $10 - yang ni saya tak pasti tapi itulah yang saya faham.

Asallamuaikum dan salam sejahtera semua nak tanya sikit pasal Public Bank Debit card ni(no pin dahpn dapat).Adakah kad boleh terus digunakan tanpa register kat atm untuk pembayaran pengakifan akaun paypal.Selain macamana nak tranfer kat akaun orang lain?.Kepada yang sudi menjawab tu terima kasih sangat-sangat.

Salam hormat semua,
Berdasarkan kepada pengalaman dan sedikit panduan dari PayPal, PayPal hanya bertindak sebagai ‘gateway’ untuk pemindahan duit dari satu ‘party’ ke ‘party’ lain.

Pemindahan ini berlaku sama ada dalam cara Donation, Buy, Subscription atau Shooping Cart dan Send Money.

Biasanya satu caj tertentu akan dikenakan mengikut perkiraan daripada PayPal sendiri. Sama ada mengikut % atau mengikut sesuatu amaun tertentu.

Oleh kerana bisnes mereka berasaskan kepada perkhidmatan, jadi pendapatan mereka adalah berdasarkan komisen. Jadi, caj yang tinggi mungkin dikenakan sebagai ganti kepada bayaran perkhidmatan mereka. Seperti contoh untuk mengaktifkan kad kredit/debit, satu amaun dalam USD akan dicaj ke penyata kita. Manakala untuk Send Money kepada pengguna lain (Akaun PayPal juga) amaun sebanyak 1.99% (mungkin berubah) akan dikenakan.

Buat masa ini, PayPal hanya membenarkan pengeluaran (withdrawal) wang dari PayPal ke Visa sahaja dan satu caj kecil akan dikenakan dan ianya juga mengambil masa 3-5 hari untuk kita mendapatkannya. - Ini adalah kerana, mereka berasaskan kepada ekonomi negara mereka iaitu Amerika.

Sekiranya anda tidak ingin membuka akaun PayPal tetapi ingin membuat bayaran kepada pihak tertentu menggunakan PayPal mereka (Donation dsbnya), anda hanya perlu isi borang dan kemudian, satu emel pengesahan akan dihantar. Jangan aktifkan dan anda akan terus menikmati pembayaran melalui kad kredit anda kepada akaun pengguna lain yang menggunakan perkhidmatan PayPal.

Maklumat lanjut, hubungi saya yer…

TQ

so.. buat masa ni.. kad debit maybank masih xboleh digunakan untuk paypal la yer.. adeh.. bila nak boleh nie..

Assalam,
Boleh tolong terang x macamana nak buka akaun paypal dan menerima bayaran, saya ada nak try buka akaun paypal tapi berhenti tengah jalan sebab kalau nak open untuk buat pembayaran memang percuma tapi yang menerima bayaran pulak kena bayar, macamana ek boleh x tuan-tuan yang expert tunjukkan cara2 terbaik untuk buka akaun nie. tq

salam
saya pon ada mslh..sy nk menerima byaran dr pihak trtentu..so akaun mana satu yg harus sy bkk..personal or premier or business? dan langkah yg seterusnya sy perlu mmbuat kad debit ker..dan selepas sy menerima bayaran melalui pay pal..macam mana plk nk msukkn ke kad debit tu dan cashkn pulak bayaran tu..ramai yg confius..harap2 sape2 leh terangkn dgn detail..trimas

Leave a comment

(required)

(required)