Bagaimana Untuk Mengetahui Keberkesanan Promosi Produk Anda?
Bagaimana Untuk Mengetahui Keberkesanan Promosi Produk Anda?
oleh Zamri Nanyan
Kadang-kadang anda akan terserempak dengan statistik yang dikeluarkan oleh usahawan internet tentang berapa peratusan pembeli daripada hasil promosi mereka, berapa peratusan orang yang melihat iklan dan berapa peratusan yang membuka email yang dihantar kepada orang ramai.
Sebagai contoh, 3% daripada orang yang melihat iklan anda akan menjadi pelanggan tetap anda, dan setiap pelanggan ini akan memberikan pulangan sebanyak RM100 setiap bulan. Jadi, jika anda memaparkan iklan ini kepada 100 orang, secara statistiknya, 3 orang akan membeli produk anda dan anda akan mendapat pulangan RM300. Jika anda ingin mencapai matlamat pendapatan bulanan sebanyan RM3000, anda perlu ada 30 orang pembeli. Untuk mendapatkan 30 orang pembeli, maka iklan anda perlu dipaparkan kepada 1000 prospek.
Inilah salah satu cara bagaimana usahawan internet melakukan pengesanan (atau ‘tracking’) ke atas aktiviti pengiklanan atau pemasaran mereka. Disebabkan terlalu banyak cara pemasaran di internet, anda mungkin melakukan kebanyakan daripada aktiviti pemasaran yang anda tahu – seperti membeli iklan “banner”, membeli iklan “teks”, meletakkan “signature file” di forum dan sebagainya. Namun, tahukah anda aktiviti pemasaran yang manakah yang memberikan hasil atau pulangan yang memberansangkan?
Jika pemasaran yang anda lakukan tidak memerlukan anda mengeluarkan sebarang wang, mungkin anda cuma kerugian masa mengiklankan produk anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang untuk melakukan promosi, ini bermakna anda perlu tahu pada tahap manakah anda akan mendapat untung dengan setiap modal yang dikeluarkan. Ini juga apa yang disebut sebagai “Returns On Investments” (ROI atau Pulangan dari pelaburan). Jika tersilap langkah, anda akan sentiasa kerugian di dalam pengiklanan produk anda.
Walaupun aktiviti menjejak keberkesanan promosi produk anda ini jarang ditekankan sangat di awal pembabitan anda di dalam memulakan bisnes internet anda, ada sesetengah model bisnes internet ini memerlukan anda melakukannya sebaik sahaja anda memulakannya.
Sebagai contoh, mempromosikan produk anda dengan menggunakan Google Adwords (Pay-Per-Click) sudah semestinya memerlukan anda mengetahui berapa yang anda boleh laburkan sebelum anda kerugian. Begitu juga sekiranya fokus anda ialah mempromosikan produk orang lain di mana keseluruhan aktiviti anda adalah dengan melakukan pemasaran (seperti pemasaran affiliate dan pemasaran program multi-level marketing).
Mungkin tidak kesemua program internet yang anda promosikan membolehkan anda melakukan “tracking” yang terperinci seperti dari negara manakah prospek anda datang, pada pukul berapakah trafik meningkat dengan mendadak dan siapakah pembeli anda. Namun, masih ada lagi statistik yang anda boleh kumpul seperti berapa klik yang anda perlu dapat untuk menghasilkan satu jualan.
Ringkasnya, anda perlu jejak keberkesanan pemasaran yang anda lakukan. Jika tidak, anda akan menjalankan bisnes anda di dalam gelap dan anda tidak tahu ke mana arah tuju anda.
Bagaimana untuk melakukan “tracking”?
Ya, saya sudah 100% pasti yang ayat di atas adalah soalan anda seterusnya. Jangan risau, saya akan berikan anda beberapa sumber di mana anda boleh menggunakannya untuk tujuan “tracking” di dalam bisnes anda.
Terdapat beberapa sumber yang saya gunakan untuk tujuan menjejak keberkesanan iklan dan anda juga boleh jadikan sumber ini sebagai panduan untuk anda mulakan “tracking” anda.
1. HyperTraker
Servis ini merupakan servis berbayar di mana syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini adalah syarikat yang sama yang memberikan anda servis autoresponder “GetResponse”. Jadi, anda boleh yakin dengan servis yang disediakan oleh mereka.
Dengan menggunakan servis HyperTracker, anda boleh mengesan berapa klik yang anda perolehi daripada promosi anda, berapa peratusan orang yang mengambil tindakan daripada tawaran anda dan berapa orang yang membeli produk anda.
HyperTracker merupakan salah satu servis yang mendapat kepercayaan ramai usahawan internet yang telah menggunakan servis mereka dan saya adalah salah seorang daripadanya. Apa yang saya suka tentang HyperTracker ialah betapa mudahnya untuk memasang kempen dan melihat statistik trafik yang dilaporkan di dalam ruangan ahli.
Servis ini memerlukan anda membayar setiap bulan di mana kosnya ialah $19.95 dan anda boleh mendapatkan servis HyperTracker ini di http://www.bisnesdigital.com/hypertracker
Cara menggunakan servis ini adalah mudah. Anda log masuk ke dalam bahagian ahli dan cipta kempen pengiklanan anda. Anda boleh letakkan pautan (link) yang anda ingin jejak keberkesanannya dan gunakan link yang anda hasilkan di dalam laman web HyperTracker ini untuk diberikan kepada orang ramai atau untuk diletakkan di dalam laman web atau blog yang anda iklankan.
2. Google Analytics
Servis daripada Google Analytics pula membolehkan anda mengetahui statistik trafik ke laman web anda. Dengan servis ini, analisa seperti laporan trafik ke laman web anda seperti dari mana pelawat anda datang, bagaimana mereka menggunakan laman web anda, apa yang membuatkan mereka menjadi pelanggan anda dan bermacam-macam lagi dapat diperolehi.
Servis ini asalnya dimiliki oleh syarikat Urchin Software Corporation dan dibeli oleh Google pada April 2005. Untuk pengetahuan anda, perisian yang dahulunya memerlukan anda membayar untuk servis sebegini sekarang adalah percuma.
Anda boleh dapatkan servis ini daripada Google di http://www.google.com/analytics
Walaubagaimanapun, perlu diingatkan bahawa Google Analytics memberlukan anda meletakkan kod “tracking” di laman web anda sebelum anda boleh menggunakannya.
Caranya ialah anda lakukan pendaftaran di laman web di atas, bina “website profile” untuk laman web anda dan dapatkan kod pengesanan sebelum anda masukkan ke dalam laman web anda.
Kesimpulannya, servis “tracking” ini adalah satu keperluan untuk usahawan internet menjejaki keberkesanan promosi dan pemasaran mereka. Dua sumber yang saya berikan di atas adalah sebagai permulaan untuk anda mengesan keberkesanan aktiviti laman web anda. Memang terdapat pelbagai lagi servis yang menawarkan perisian sebegini dan ada di antaranya adalah percuma.
Sekiranya anda bercadang untuk menggunakan servis percuma, berhati-hatilah kerana apabila anda menggunakan servis percuma, ada keburukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, jika servis yang ditawarkan datangnya daripada syarikat besar seperti Google, saya rasa anda tidak perlu risau dengan masalah yang sering timbul seperti kehilangan akaun, kegagalan perisian dan sebagainya.
Yang penting, melakukan “tracking” adalah salah satu perkara yang mustahak untuk anda lakukan.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Suka entri ni. Saya tertarik dengan perkataan mudah cik mengenai mailing list. Statistik tersebut menjadikan saya faham mengenai income kekal dalam linkungan tertentu..
Ya kebenaran untuk mendapatkan respon boleh di perolehi melalui program auto yang kita miliki.Saya sendiri menggunakan khidmat dari awebber,setiap respon yang diperolehi di paparkan di responder masing-masing.
Ilham ini byk di pakai oleh webmaster dan IM.Setuju dengan pandangan Bro Zamri.Terima kasih sampai ketemu lagi
zassssssss
TQ Zamri atas perkongsian ini. Memang tracking adalah sesuatu yang penting terutamanya dalam menentukan kejayaan sesuatu program/promosi. saya menggunakan Google Analytics. selain tu, saya juga akan membuat semakan melalui Analisis Pengunjung melalui CP panel..
Artikel yang menarik dan banyak input. Terima kasih.
Kalau dulu kita boleh gunakan clickaudit untuk mengesan klik. Tapi sekarang dah tak boleh lagi.
Jadi terpaksalah guna sistem traking berbayar…
Thank En. Zamri kerana info ini…
salam, encik zamri
saya amat tertarik mengenai hypertraker yang diulas. saya sekarang sedang menjalankan promosi melalui internet tetapi tak ramai yang melawat web saya. Adakah saya kena guna SEO atau hypertraker ini. kalau nak daftar seo camana caranya
minta penjelasan sikit dari SIFU Zamri
wah…baru hari ni tahu pasal hypertracker…tanks bro zamri..lepas ni senang la..huhuhu
Terima kasih di atas input yang sangat bernilai
Thank you bos.. Great info.. =)
Terima kasih atas input yang anda berikan.
Ia amat berguna sebagai panduan kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan internet atau perniagaan luar internet.
terima kasih.
terimakasih
good info… akan saya praktikan pada masa akan datang
@ Penang – praktis sekarang… jangan tunggu sampai dah banyak buat promosi dan tak tahu apa dah jadi…
Salam Saudara,
Good info from OTAI kita. Saya tak tahu
plak mengenai hypertracker tu. Sebelum nie
saya promote jer, tak penah nak track
Tapi semua promote tu cara percuma ah,
if berbayar mesti saya tak tahu saya
rugi atau untung.
Tq again for the nice info
Salam
Amril_Muidz