Berapa Yuran Bulanan Kejayaan Bisnes Internet Anda?

Di dalam mempelajari sesuatu, anda perlu laburkan wang dan masa untuk perkembangan diri dan juga ilmu yang anda pelajari.

Di dalam bisnes juga begitu.

Pernah dengar “bisnes memerlukan modal”?

Ya, pernah bukan?

Jadi, berapa modal yang anda keluarkan untuk bisnes internet anda?

Ah, ada juga yang kata tak perlukan modal.

Memang benar – tapi berapa orang yang dapat lakukannya tanpa modal? Dan tahukah bahawa mereka ini mempunyai skil yang tersendiri untuk dijual, untuk mencari modal.

Akhirnya, modal juga yang dicari untuk bina bisnes.

Di dalam bisnes internet, modal diperlukan untuk bina laman web, langgan autoresponder dan seterusnya membeli bahan rujukan untuk mengembangkan bisnes.

Jika dicampurkan sekali, memang anda tak akan terlepas untuk mengeluarkan wang untuk bisnes anda.

Persoalannya ialah berapa banyak modal yang anda perlukan?

Bergantung kepada model bisnes yang anda pilih, modal yang dikeluarkan boleh mencecah RM500 setiap bulan.

Tapi biar saya terangkan bagaimana anda boleh gunakan modal sebanyak RM100 setiap bulan untuk bisnes anda.

Begini anggarannya.

1. RM35 untuk nama domain dan webhosting

http://freedom.ws/zamrinanyan

2. RM65 (permulaan) untuk autoresponder

http://bisnesdigital.com/aweber
atau http://bisnesdigital/getresponse

Kemudian bina “squeeze page” di mana laman web anda mempunyai satu borang langganan masuk ke dalam database autoresponder anda.

Mula bina “mailing list” anda sehingga 10,000 orang.

Kumpulkan 10,000 orang dalam database anda secepat mungkin dengan cara promosi beretika.

(saya ada dedahkan cara pantas untuk bina 10,000 orang dalam mailing dengan tambahan keuntungan RM3,500 lagi di dalam seminar Pakar Affiliate yang lepas)

Selepas anda mula mempunyai “mailing list” yang berkualiti, makin mudah untuk anda bina bisnes internet anda.

Saya pun bermula dengan membina “mailing list”. Walaupun ada cara lain untuk buat duit di internet, tidakkah masuk akal untuk anda ambil idea saya ini yang telah pun terbukti berkesan, dan lakukannya?

Banyak juga alasan yang saya terima.

“Tak ada RM100 lah. Tak mahu laburkan duit untuk autoresponder lah. Tak reti lah. Dan sebagainya.”

Jawapan saya mudah, jika anda tahu bisnes internet ini akan berikan pendapatan lumayan untuk anda dan keluarga anda, dan anda cuma ada bisnes ini sahaja untuk diusahakan (as if your life depends on it), apa yang akan anda lakukan untuk dapatkan modal dan bina bisnes anda?

Pasti anda jawab, “saya akan lakukan apa sahaja untuk bina bisnes internet sehingga berjaya”.

Dan itulah rahsia kejayaan orang yang berjaya di dalam bisnes internet ini.

Di dalam contoh ini, yuran kejayaan anda cuma hanyalah RM100 setiap bulan untuk pendapatan pasif ribuan ringgit dalam masa 3-5 tahun lagi.

ikhlas,

Zamri Nanyan

Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Pembangunan Diri, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

One Response to “Berapa Yuran Bulanan Kejayaan Bisnes Internet Anda?”

Leave Comment

(required)

(required)