Bina Aset Bisnes Internet Anda Untuk Bina Aset Konvensional

Bina Aset Bisnes Internet Anda Untuk Bina Aset Konvensional
oleh Zamri Nanyan

Di dalam program The Four Weeks To Freedom, saya dan Patric Chan dedikasikan satu modul untuk tajuk “Membina Aset” atau lebih tepat lagi membina aset untuk bisnes internet anda.

Anda sepatutnya sudah tahu apakah jenis-jenis aset perniagaan internet sekiranya anda telah mendapatkan program The Four Weeks To Freedom, tetapi ini bukanlah topik yang akan dibincangkan di dalam artikel kali ini.

Yang akan difokuskan ialah bagaimana anda boleh membina aset konvensional daripada aset yang anda telah atau sedang bina di dalam perniagaan internet anda.

Saya pasti ianya akan membuatkan anda teruja selepas ini. Jadi, pastikan anda fahami apa yang bakal saya sampaikan kepada anda.

Anda mungkin berminat untuk membina aset secara konvensional. Sebagai contoh, anda mungkin berminat untuk membeli rumah atau apartment untuk dijual semula atau untuk disewa. Atau, anda berminat untuk membeli saham syarikat untuk dijual semula bila harganya meningkat tinggi.

Seperti yang anda maklum, mendapatkan aset konvensional sebegini memerlukan modal dan pelaburan yang besar. Sekiranya anda tidak mempunyai wang tunai sebanyak RM250,000, anda secara dipaksa atau terpaksa membeli rumah atau apartment dengan cara ansuran – ini yang selalu dilakukan oleh orang ramai.

Anda boleh lihat di sini bahawa pelaburan di dalam aset konvensional begini memerlukan komitmen jangka masa panjang daripada anda. Kadang-kadang, ianya mengambil masa sehingga 15 ke 30 tahun dengan bayaran RM1,000 setiap bulan sebelum pemilikan apartment atau rumah tersebut menjadi hak anda. Menakutkan, bukan?

Tapi, ada sesuatu yang lebih menarik.

Apa kata anda sekiranya anda boleh bina aset perniagaan internet anda yang menjana pendapatan RM1,000 setiap bulan? Adakah ini akan dapat merealisasikan impian anda untuk memperolehi hartanah bernilai RM250,000 secara kendali sendiri?

Sudah tentu!

Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai laman web keahlian yang anda caj RM50 setiap bulan dan anda mempunyai 25 orang ahli pada permulaannya, ini sudah dapat berikan anda pendapatan RM1,250 setiap bulan. Anda boleh gunakan RM1,000 untuk bayar ansuran untuk rumah atau apartment anda dan anda masih lagi mempunyai lebihan RM250 untuk dibelanja.

Yang menariknya tentang pendapatan daripada aset perniagaan internet sebegini ialah ianya cukup cepat untuk dicipta. Dengan cuma 25 ahli, anda boleh mula melabur untuk hartanah bernilai RM250,000. Dan, sekarang anda tak perlu lagi keluarkan RM1,000 daripada gaji bulanan daripada pekerjaan harian anda.

Dan lagi, anda tak semestinya gunakan aset perniagaan internet anda untuk bina aset konvensional. Anda boleh gunakannya untuk menampung belanja percutian luar negara anda atau beli kereta baru idaman anda. Atau, anda boleh sedekahkan sebahagiannya kepada badan kebajikan dan sebagainya.

Apa lagi yang anda boleh lakukan apabila anda mempunyai aset perniagaan internet sebegini?

Banyak.

Ini pula adalah contoh program sebenar yang saya gunakan untuk menampung percutian tahunan kaluarga saya – http://www.Freedom.ws/zamrinanyan dan yang seronoknya ialah pendapatan daripada program sebegini terus-terusan meningkat setiap bulan, menjadikan saya tiada pilihan lain selain daripada pergi bercuti dengan lebih kerap setiap tahun. :-)

Selepas anda bina satu aset perniagaan internet, anda boleh bina satu lagi aset. Kemudian, bina satu lagi.

Saya rasa anda dapat lihat sekarang kenapa perniagaan internet dapat berikan pendapatan yang lumayan kepada ramai usahawan internet di luar sana.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ViralPDFSoftware.com/diskaun.html untuk mempelajari bagaimana anda boleh mencipta pemasaran viral anda sendiri.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Viral PDF Software” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

16 Responses to “Bina Aset Bisnes Internet Anda Untuk Bina Aset Konvensional”

Leave Comment

(required)

(required)