Bisnes “Mail Order” Menggunakan Internet!

Bisnes “Mail Order” Menggunakan Internet!
oleh Zamri Nanyan

Pada awal penglibatan di dalam bisnes internet, tidak terlintas di fikiran saya untuk mengenali perniagaan “Mail Order”.

Memang saya akui bahawa ramai juga di antara usahawan “Mail Order” (tempatan atau luar negara) mengaut keuntungan yang banyak daripada bisnes ini. Tetapi saya tidak ambil kisah sangat kerana saya fikir kedua-dua model perniagaan ini agak berbeza.

Yang satu menggunakan internet untuk memasar dan menghantar produk (bisnes digital).

Yang satu lagi menggunakan kaedah konvensional untuk memasar dan menghantar produk (mail order).

Namun, selepas diteliti dengan lebih mendalam, saya dapati ramai usahawan internet yang berjaya mempunyai latar belakang perniagaan yang berasaskan “mail order”. Ya, memang ramai juga usahawan internet yang tidak mempunyai latar belakang bisnes berjaya dengan usaha mereka tetapi bagi yang mempunyai latar belakang bisnes “direct response” sebegini, kejayaan datang kepada mereka dengan lebih pantas.

Ini disebabkan mereka lebih memahami bagaimana model perniagaan “direct response” berfungsi.

Jadi, tidak hairanlah usahawan seperti Dan Kennedy dapat menghasilkan ribuan dollar setiap hari dengan mengaplikasikan apa yang telah beliau ketahui di dalam bisnes “mail order” beliau di internet.

Mungkin Dan Kennedy tidak dikenali ramai di rantau ini (kecuali mereka yang menjalankan perniagaan “mail order”) tetapi Halim Hazlin dan Mohd Nizam boleh dijadikan contoh usahawan “mail order” yang telah berjaya.

Tetapi yang lebih menarik di sini ialah anda mungkin mengenali mereka selepas terjumpa beberapa laman web yang mempromosikan produk yang ditawarkan oleh Halim atau Nizam dan mereka menawarkan pakej yang akan dihantar terus ke alamat rumah anda.

Jadi, tidakkah ini merupakan satu lagi cabang “mail order”?

Bagi pendapat saya, model bisnes sebegini boleh menjadi lebih efektif daripada model perniagaan digital yang “konvensional” (beroperasi sepenuhnya di internet). Ini disebabkan produk fizikal yang dijual di internet, terutamanya produk informasi, dilihat sebagai mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding produk digital.

Jika tidak percaya, biar saya gambarkan kepada anda.

Produk video rakaman sebuah seminar perniagaan internet di jual di internet pada harga USD$97 dan video ini boleh ditonton secara langsung melalui internet. Pada masa yang sama, produk ini juga ada disediakan di dalam bentuk DVD yang mana ianya dijual pada harga USD$197. Mungkin terdapat 12 DVD di dalam pakej ini dan ke semuanya akan dihantar kepada anda jika anda membuat pesanan melalui internet.

Percaya atau tidak bahawa kedua-dua produk tersebut mempunyai kandungan yang sama. Cuma pakejnya sahaja berlainan. Kos untuk mengeluarkan produk DVD ini pun tidaklah semahal yang anda sangkakan tetapi anda akan rasakan yang produk fizikal lebih “bermakna” kepada anda kerana anda sudah biasa menilai produk fizikal sebelum ini.

Disebabkan produk fizikal terpaksa melalui beberapa proses lain seperti salinan DVD dan pembungkusan, maka harga yang ditawarkan pun meningkat. Namun, anda perlu ingat bahawa proses salinan dan pembungkusan juga merupakan proses yang boleh diseragamkan. Maksudnya, apabila sistem salinan dan pembungkusan DVD ini telah disempurnakan dengan baik, maka ianya tidak menjadi masalah untuk mengeluar dan menghantar produk fizikal seperti DVD.

Inilah yang dikatakan sistem di dalam bisnes.

Akhir sekali, saya ingin nyatakan bahawa produk digital masih lagi mempunyai pasaran yang besar tetapi, pada masa yang sama, jangan abaikan produk fizikal. Belajar bagaimana perniagaan “mail order” boleh membantu anda di dalam perniagaan internet yang anda jalankan.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.

================================================

 

Info Millions

Sebahagian daripada produk “Info Millions” yang saya kirimkan kepada pembeli pada awal pagi tadi.

Dan ini merupakan salah satu contoh bisnes “Mail Order” yang telah disesuaikan dengan teknologi internet.

Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.

Comments

boleh terangkan lagi bagaimana Mail Order ini berfungsi??

i tertarik dgn artikel ini tapi blelum ada masa mencuba dan belum adabenda nak di jual dalam mail oder…macamana nak mula?

Saya pun ingin mencuba perniagaan Mail Order ni secara online..
Insyallah

Syabas zamri dapat juga orang kita miliki info produk dari bapak internet tu ye.Lepas ni makin ramai buat mail order guna teknologi online.Halim dan nizam telah buktikan bahawa teknik ini memang cukup berkesan.Saya juga mengikuti perkembangan ini.Apa pun selamat maju jaya dari saya kerana memiliki info million dari Dan Kennedy.Pakar2 internet pun sebenarnya ada yang berguru dari beliau cuma itu rahsia tersembunyi mereka.Itulah strategy dia lepas jual info terbaru dia akan senyap dan bagi peluang kepada para pembeli lesen hak penjualan semula.Gunakan maklumat yang terkandung dan fahami moga you all akan jadi seperti mereka yang telah berjaya dalam dunia yang serba maya ini.Tulus ikhlas hanya dari saya ye.

Satu idea perniagaan yang bagus. Nak cuba juga lah. Thanks Zamri.

Assalamualaikum,Saya mengharapkan saudara zamri terus sihat untuk meneruskan perjuangan ini…Terimakasih atas maklumat.Dan sebenarnya saya dari dulu lagi memang minat bisnes…Maya @ nyata..Masaalahnya hingga kini saya masih belum berjaya sepenuhnya..apa yang harus saya lakukan?

ok..bagaimana untuk bermula?dan berapakah modal yang perlu di sediakan.

semoga isteri dan saudara tabah menghadapinya. Moga semuanya selamat dan sejahtera.

Assalamualaikum,
Nak tanya sikit.. Bagaimana saudara siapkan pakej Info-Millions tu? Adakah saudara copy CD tu sendiri atau saudara hantar ke mana2 fulfillment house utk siapkan CD tu semua?
Jika ada tempat yang siapkan, di mana tu? ok..tu saja..

Wassalam,
Osman

    [Jawapan dari Zamri Nanyan]

    W’salam,

    Untuk kiriman kali ni, salinan dibuat sendiri di rumah. Ini kerana pembeli sudah lama menunggu produk ini. Pada masa akan datang, saya mungkin akan mencari jalan penyelesaian yang lain.

Salam, mail order ni sama je dengan perniagaan online kan? Kena ada produk… Yang membezakannya, mail order menggunakan produk fizikal, manakala perniagaan online pula menyediakan produk fizikal mahupun digital…

semoga anda sekeluarga sihat dan aman damai,insyaallah!

Kalau digabungkan kedua-dua kaedah online dan mail order lagi bagus. Saya sendiri memang akui sangat bagus. Boleh guna produk sendiri atau jual produk orang lain. Pendek kata apa saje boleh jual melalui mail order.

Wow banyak betul sampul pos ekspres tu. Sebuah artikel dari salah satu bidang yang saya minati iaitu mail order tengok email je tajuk ni saya terus klik.

*saya doakan agar isteri En.Zamri selamat semasa pembedahan nanti.

Saya ada buku Dan Kennedy, How To Make MIllions With Your Ideas. Produk Mohd Nizam, Formula Luar Biasa tu pun saya ada gak.

bersama sama la kita berdoa agar isteri en zamri selamat semasa menjalankn pembedahan tersebut…..

assalamualaikum..
saya sbnarnya ada membeli produk halim hazlin dulu. niat hati memang ada nak jalankan biznez. tapi sampai sekarang belum tercapai. tugas sbg guru sandaran kekdg pendapatannya lambat. so, nak juga cari biznez yg menguntungkan. ada terfikir sejak 2 mgu dulu nak buka tempahan kad jemputan kahwin. ok ke ye?? huhu!! niat dah ada. cuma tunggu masa. tp confuse nak mula macam mana..

salam…
Ingat nak cuba juga tapi belum ada produk

dulu. aku wat gak. Tapi skrang, aku wat slow2 dulu. :)

Salam sahabat..
Memang benar perniagaan berasaskan mail order juga menguntungkan..ini kerana kita boleh beroperasi hanya dasri rumah sahaja ..konsep SOHO…tak perlu kos overhead yg tinggi..cuma memerlukan talian internet sahaja dan masa utk mengendalikan dan promosi..Apapun saya ada juga mencuba sedikit demi sedikit konsep ni..berbaloi juga dgn masa yg dilaburkan..JIka dikira brg yg kita nak beli di luar kedai..dgn kos petrol yg tinggi,parking dan masa yg diambil,rasanya berbaloi membeli malalui internet spt lelong .com dan lebih menjimatkan masa dan wang anda.
Selamat mencuba.

Wassallam

Mohd Nizam, Mohd Hamidan Salehin tu orang lama yang menjalankan bisnes pesanan pos. Saya ada beli buku dia. Memang bagus.

Tapi yang nanpak berjaya sekarang nie Mohd Nizam. Progran asal yang sebenar dari Mohd Hamidan Salehin dari Port Klang.

Terima Kasih, saudara Zamri. Saya juga dah dapat Bisnes Mail Order dan sekarang dah dapat 1 je dulu yang beli kat saya , tapi ok buat permulaan ( saya mulakan dalam masa 1 bulan je) dan dengan 100 hantaran maklumat(surat jualan). Harapan saya ramai lah lagi geng2 akan ikut langkah yang saudara lontarkan ini.. bagus idea dan boleh dikongsi bersama.. Terima Kasih

Saya suka pada kedua2nya….produk mail order sekiranya banyak kandungan aderlah lebih baik…..ini pendapat saya sahaja….

Leave a comment

(required)

(required)