Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
Blog + Artikel = Pemasaran + Ebook = Pendapatan Internet (Bahagian I)
oleh Zamri Nanyan
“Alamak! Macam susah je buat ‘internet business’ ni. Siap kena faham matematik lagi.”
Tapi janganlah anda risau - sebab tajuk yang kita bincangkan di sini tidaklah sesusah pelajaran matematik di tahap pengajian PhD.
Saya meletakkan tajuknya sebegini supaya anda mudah mengingati keseluruhan kandungan mesej yang saya tulis supaya anda boleh terus aplikasikan di dalam perniagaan Internet anda hari ini.
Terlebih dahulu, saya andaikan anda sudah mengetahui apakah yang dikatakan blog dan bagaimana untuk membinanya.
Jika belum, saya cadangkan anda melawati http://simurl.com/blogging-steps untuk mempelajarinya.
Sekiranya anda adalah pembaca sesetengah blog usahawan internet, anda akan merasakan ada perbezaannya dengan blog yang lain. Walaupun terdapat unsur-unsur atau cerita peribadi, namun di dalam sesetengah paparan, anda akan dapati gaya penulisannya adalah ala-ala sebuah artikel yang ditulis untuk sesebuah bab di dalam buku.Inilah yang saya katakan “multi-purpose writing” atau “penulisan pelbagai” - kerana anda akan menyiapkan sesuatu kerja yang boleh digunakan bagi lebih daripada satu tujuan.
“Bagaimana?”, anda bertanya.
Begini⦠Blog anda perlukan kandungan yang berguna untuk pembaca anda. Jadi, anda akan menulis sesuatu yang boleh memberikan manfaat kepada mereka dan pada masa yang sama, anda boleh berfikir beberapa langkah ke hadapan.
Untuk memudahkan anda, di sini saya berikan beberapa tip.
1. Tulis artikel yang sesuai untuk dimuatkan di dalam pelbagai situasi seperti dipaparkan di dalam blog, diletakkan di dalam forum, disebarkan ke direktori artikel lain, dijadikan “mini e-report”, dijadikan sebuah atau sebahagian bab di dalam ebook dan sebagainya.
Dalam ertikata lain, artikel ini dapat disesuaikan untuk pelbagai keadaan.
2. Tulis artikel yang berkaitan dengan tajuk yang anda bincangkan. Contohnya, anda boleh fikirkan tajuk sebuah ebook yang berkaitan dengan memperolehi pendapatan dengan perniagaan Internet MLM.
Jadi, sekiranya anda mempunyai ebook seperti ini, tajuk artikel yang anda boleh tulis ialah seperti “Bagaimana memilih perniagaan internet MLM yang sesuai”, “5 cara mempromosikan MLM di Internet”, “Salah faham mengenai internet MLM” dan banyak lagi. Tajuk-tajuk artikel ini boleh ditulis terlebih dahulu dan kandungannya boleh ditulis pada bila-bila masa.
Akhirnya, selepas semua artikel tersebut ditulis, secara tidak langsung, anda juga telah menyiapkan satu ebook.
3. Kekalkan gaya penulisan artikel anda bagi sesebuah tema atau tajuk utama yang anda ingin liputi. Ini penting kerana sekiranya gaya penulisan anda berbeza-beza, anda tidak mungkin dapat mencipta sebuah ebook yang mantap dan mempunyai ‘flow’ atau gaya bahasanya yang konsistent.
Praktikkan tip-tip yang diberikan di atas untuk memulakan penulisan artikel anda yang pertama, dan kita akan sambung semula dengan bahagian II pada masa akan datang.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www.ZamriNanyan.com, http://www.SuccessUniversity.com.my dan http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
================================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
Did you enjoy this post? Why not leave a comment below and continue the conversation, or subscribe to my feed and get articles like this delivered automatically to your feed reader.








tq atas info yg berguna…