Bukan Sekadar Memilih Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda!
Bukan Sekadar Memilih Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda!
oleh Zamri Nanyan
Salah satu peralatan penting di dalam membina bisnes internet anda adalah perisian autoresponder. Autoresponder dapat membantu anda membina senarai prospek yang dapat anda sasarkan apabila anda melakukan promosi produk sendiri atau produk affiliate. Pada masa yang sama juga, autoresponder dapat membantu anda melakukan automasi di dalam aktiviti pemasaran anda di internet.
Bagi saya, pemasaran email dengan menggunakan autoresponder merupakan senjata utama saya yang amat berkesan. Di dalam Pakar Affiliate, saya dan Patric Chan telah membincangkan strategi dan teknik ini di dalam perbualan temuramah selama satu jam. Ini merupakan satu topik yang saya berikan penekanan khusus di dalam Pakar Affiliate bagi menekankan betapa pentingnya penggunaan autoresponder dan pemasaran email – lebih-lebih lagi jika anda melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran tempatan.
Walaubagaimanapun, saya masih lagi mendengar pelbagai alasan mengatakan langganan autoresponder adalah mahal dan sebagainya.
Jika ini benar, saya perlu bertanyakan kepada anda sekali lagi.
Kalau saya katakan yang bisnes internet anda tak akan dapat hidup tanpa penggunaan autoresponder, adakah anda akan cuba mencari bajet setiap bulan untuk melaburkannya di dalam langganan autoresponder anda? Jangan salah faham, saya tak katakan yang bisnes anda tidak akan dapat hidup tanpa autoresponder kerana saya tidak tahu apakah model bisnes yang anda adaptasikan ke dalam bisnes internet anda. Saya berikan kenyataan ini untuk menekankan bahawa betapa pentingnya anda mempunyai autoresponder di dalam bisnes internet anda, lebih-lebih lagi untuk pemasaran affiliate pasaran tempatan.
Pada masa yang sama juga, saya perlu maklumkan kepada anda satu lagi kunci penting di dalam kejayaan promosi email anda.
Mempunyai autoresponder adalah penting tetapi anda masih lagi perlu memenuhi satu lagi kriteria di mana autoresponder anda dapat menghantar email kepada pelanggan atau senarai nama anda dengan jayanya.
Di sinilah kebanyakan bakal usahawan internet tempatan kurang berikan perhatian. Saya tidak pasti sama ada ianya disebabkan kos atau kurangnya penekanan yang diberikan, tetapi “deliverability” atau peratusan email yang berjaya dihantar kepada pelanggan atau prospek anda juga memainkan peranan penting.
Sebagai contohnya, jika anda mempunyai 1,000 orang di dalam pangkalan data autoresponder anda dan apabila anda menghantar satu email kepada 1,000 orang ini, cuma 50 orang sahaja yang akan dapat email yang anda hantar, tidakkah ini tersasar daripada tujuan utama kita menggunakan autoresponder?
Bila anda menggunakan autoresponder, anda mahukan peratusan penghantaran email yang tinggi kepada pelanggan atau prospek anda.
Berbalik kepada contoh di atas, jika autoresponder X cuma dapat berikan peratusan 5% dan Autoresponder A dapat berikan 60% peratusan penghantaran email, tidakkah autoresponder A lebih baik? Sudah tentu kerana lebih banyak orang akan dapat melihat email anda yang mana email tersebut mungkin dapat menghasilkan lebih banyak jualan bagi anda.
Faktor harga autoresponder sebenarnya adalah salah satu sebab kenapa ramai bakal usahawan internet tempatan mengambil jalan mudah untuk tidak menghiraukan statistik peratusan yang saya berikan di atas.
Autoresponder X cuma $5.95 setiap bulan tetapi Autoresponder A pula mengenakan caj $19.95 setiap bulan. Jika dilihat kepada logik, memang Autoresponder X menguntungkan tetapi jika anda guna Autoresponder A, percaya atau tidak, anda mungkin akan dapat buat lebih banyak keuntungan dengan jualan yang anda hasilkan apabila menggunakannya. Sebabnya ialah peratusan pembaca email anda yang tinggi di dalam penggunaan Autresponder A berbanding Autoresponder X.
Anda lakukanlah sendiri pengiraan matematik sekiranya 10,000 berjaya dikumpulkan di dalam Autoresponder X dan Autoresponder A. Dengan projeksi 5% dan 60% peratusan kejayaan penghantaran email, Autoresponder X berjaya menghantar email kepada 500 pembaca, manakala Autoresponder A berjaya menghantar email kepada 6,000 pembaca. Jika 2% pembaca membeli produk berharga RM10, Autoresponder X berjaya menghasilkan jumlah jualan sebanyak RM100 manakala Autoresponder A berjaya menghasilkan RM1,200. Walaupun angka yang saya berikan ini cuma hipotesis, kebenarannya tidak jauh daripada apa yang dialami oleh usahawan internet yang berjaya.
Jadi, semasa hendak membuat langganan autoresponder, lihat dahulu kredibiliti syarikat pengendali autoresponder tersebut. Sekiranya syarikat pengendali autoresponder tersebut adalah baru, besar kemungkinan syarikat tersebut perlu mempunyai hubungan yang baik dengan “Internet Service Provider” yang lain untuk memastikan email autoresponder mereka berjaya dihantar ke email Yahoo!, Google, AOL dan sebagainya. Tanpa kredibiliti dan hubungan yang baik ini, agak sukar untuk pengendali autoresponder yang baru ini untuk bersaing dengan pengendali autoresponder yang lama yang telahpun mempunyai kredibiliti yang kukuh di dalam industri pemasaran email.
Anda boleh lihat sendiri yang saya menggunakan servis autoresponder daripada GetResponse disebabkan perkara yang sama seperti yang saya bincangkan di atas. Walaupun mungkin ada lagi servis autoresponder yang lain yang mungkin lebih baik peratusan penghantaran email mereka, saya rasa GetResponse juga merupakan antara yang terbaik di dalam bidang pemasaran email autoresponder.
Satu lagi servis yang saya sarankan kepada anda ialah Aweber. Anda boleh lawati laman web GetResponse dan Aweber di bawah ini untuk membandingkan servis dan harga yang mereka tawarkan.
http://www.bisnesdigital.com/getresponse
http://www.bisnesdigital.com/aweber
Terpulanglah kepada anda untuk menentukan servis autoresponder mana yang hendak anda langgani. Saya telahpun berikan beberapa butiran dan maklumat penting untuk anda pertimbangkan sebelum anda melanggan servis autoresponder.
Ingat! Autoresponder yang murah sekarang tidak semestinya dapat memberikan pulangan sehebat autoresponder yang premium di pasaran.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Terima kasih bro Zamri,
Apa pandangan bro berkenaan autoresponder yang dibekalkan oleh GVO.
Terima kasih!
salam, memang betul sume tu . tp saya masih belum lagi melangan autoresponder kerana masih baru lagi dalam dunia IM.
@ Zulfikri – autoresponder GVO masih baru lagi dan mereka MESTI “work together” dengan banyak lagi ISP yang lain untuk jadikan servis mereka setaraf dengan Aweber atau Getresponse. Begitu juga dengan TrafficWave (yang banyak orang promosikannya sekarang). Saya juga adalah ahli GVO dan telah menggunakan servis hosting mereka bertahun-tahun lamanya tetapi saya tidak rekomen autoresponde mereka sekarang. Mungkin lepas autoresponder mereka dah mula dipercayai oleh ISP besar lain seperti dari Gmail, Yahoo, AOL dan sebagainya, saya akan nilai semua pendapat saya ini.
En. Zamri, bagaimana pula autoresponder norabots?
@Bro Zamri Nanyan-
bukan ke GVO tu sgt baru lg?da bertahun-tahun wujud ke?
Saya ex AWeber… Dan sekarang bersama TrafficWave… So far so good bersama TrafficWave…
Good info Zamri. Saya setuju, sekarang saya pun dah guna getresponse.. memang bagus.. delivery rate bagus and bnyk features lain..
support system pun so far good & also ada forum utk tanya question.
Erm saye pun dalm pertimbangan nk pakai autoresponder yang free atau berbayar….thanx artikel ni memberi saye lebih knowledge pasal autoresponder.
saya br je guna aweber utk biz gdi yg sy join..anyway thx for the info coz aweber ni salah 1 dr yg sdra zamri sarankan..
Salam Bro Zamri…
FYI, sy juga merupakan Ex-AWeber… InsyaAllah, perancangan pada tahun 2010, akan mula memakai kembali AR dr AWeber… Tp AWeber mmg BEST!!!
Anyway, thanks bro zamri…
Salam hormat semua.
Saya salah seorang newbie yang bermula dengan menggunakan FreeAutoBot (free) di web SeminarTuisyen.Com pada tahun 2007. Pada tahun lepas di gathering wangcyber (Bukit Jalil), saya pernah bertanyakan soalan kepada otai-otai IM tentang Autoresponder.
Sekarang saya menggunakan Aweber. Namun, sungguh malang rasanya kerana saya terpaksa bermula dari 1 untuk mengumpul semula 1000 list yang telah dikumpul lalu. Ini gara-gara hanya testing daripada FreeAutoBot ke Aweber.
Nasihat saya, teruskanlah menggunakan Aweber/Getrespons kerana anda tak perlu membuang masa seperti saya. Apa yang telah berlaku pada saya ‘Amat Merugikan’ kerana sepatutnya subscriber saya hari ini boleh mencecah ribuan list.
Salam Bro Zamri
Saya masih lagi selesa dengan penggunaan awebber walaupun jika peningkatan list kita,maka kosnya semakin tinggi.Tidak sama dengan Trafic Wave yang ratenya rata walaupun list terus meningkat.Bagi saya yang penting penguasaan mereka yang lebih lama dalam talian itu lebih baik,daripada sistem yang baru diperkenalkan.
Satu hal lagi nasihat/pandangan saya jangan mudah beralih ke suatu sistem autoresponder yang baru tanpa memikirkan kesan pada masa depan,contohnya kehilangan list dari autoresponder lama,hilang kepercayaan mereka yang kita bina selama ini dan prestasi sistem yang baru itu belum diketahui kejayaannya lagi.
Saya bukan nak menghalang anda memilih sistem mana mana yang penting fikir dulu sebelum bertindak,bukannya bertindak secara melulu.
http://www.shawari.ws/
@ Nabieel, saya takde komen pasal norabots sebab tak pernah check out servis diorang
@ Radzi, GVO ni adalah dari syarikat Kiosk Webhosting… GVO ni kira macam re-launch servis lama Kiosk
@ ShahrulFahmy & lain-lain, boleh contact saya terus untuk rebate Aweber kalau berminat untuk dapatkan servis Aweber ni dari link saya
@ MY… yup, itulah yang saya selalu cadangkan…
Saya sekarang pakai norabots je
saya pun pakai norabots. tapi pernah dengar juga customer yang merungut sebab tak dapat beberapa siri email yang sepatutnya diterima.
Assalamualaikum saudara Zamri,
Terima kasih atas penerangan saudara tentang Autoresponder. Saya merupakan seorang newbie yang baru nak bermula. Memang dari mula saya mendengar nasihat dan penerangan terutama dari otai2 IM tentang autoresponder ni. memang tak dinafikan Aweber dan Getresponse adalah yang terbaik pada waktu ini.
Namun begitu disebabkan oleh kos bayaran bulanan yang agak tinggi maka ada sesetengah orang termasuk saya memilih autoresponder selain getresponse dan aweber.
Saya juga berharap jika dapat diadakan perbincangan secara khusus untuk setiap jenis autoresponder yang ditawarkan terutamanya diblog bagi melihat pro dan kontranya ataupun ada IM yang nak buat ebook pasal Autoresponder pun boleh juga, supaya newbie yang baru nak start ni tak tersalah langkah atau terlebih bayar.
Salam semua,
Nampak penggunaan autoresponder memang penting. Tapi saya pernah cuba awaber dan sekarang guna trafficware. Rasanya okla servis yang diorang bagi.Thanks Saudara Zamri atas info2 yang amat berguna ni.
Salam,
Saya pun masih baru lagi. Sebelum ni pakai autores free punya, JV-Marketers.. servis ok tapi list boleh kumpul terhad. Sekarang dah tukar guna Norabots. Setakat hari ni tak ada masalah tentang Norabots.
Salam ,
Hanya Nak bagi pendapat
Tak kisahlah guna autoresponder apa pun (percuma/bayar) Yang penting kena pandai promosikan landing page yang dah dibuat.
Nak guna yang mana pun atas penilaian masing2 dan yg penting tak condem mana2 produk(sama2 nak cari makan hehehe….dapat banyak pun kalau takde barkah tak guna kan,kan,kan)
Secanggih mana pun autoresponder kalau orang tak jumpa landing page kita takde guna juga
wassalam
Salam sdra Zamri,
Suka saya maklumkan bahawa saya sudah salin posting sdra ini ke blog saya.
Walaupun saya masih belum menggunakan apa2 autoresponder lagi, tetapi saya rasa adalah satu perkara yang amat penting dalam seseorang itu melibatkan diri dalam bisnis IM ini memerlukan sesuatu yang jitu dan boleh dipercayai.
satu info yg berguna utk saya. Tgh pening nak mencari mana satu autoresponder yg lebih baik……setuju dgn cadangan yusoprejab……
Salam…
Saya pun akui kedua-dua sistem autoresponder ini adalah yang terbaik dan kosnya agak tinggi
bagi saya, PLR aweber juga tidak kurang hebatnya seperti profollow sebab servis mereka sama seperti aweber. memang tip top. dan ianya jauh lebih murah kerana masih lagi menawarkan harga lama kepada customer iaitu 19.9 usd. dan sekiranya anda ingin upgrade kepada aweber. tidak perlu import pn. hanya perlu maklumkan kepada mereka dan mereka akan lakukannya untuk anda. semestinya anda tidak perlu untuk opt in kali kedua yang pastinya menyebabkan 70% pelanggan kita akan hilang.
Salam saudara Zamri, saya sememangnya bersetuju dengan kedua-dua autoresponder ini. Tapi pada pendapat saya, bagi mereka yang masih baru dalam dunia IM, bolehlah menggunakan autoresponder percuma terlebih dahulu sekiranya masih kurang modal. Jangan lupa untuk sentiasa backup mailing list kita. Dan selepas mempunyai modal yang mencukupi, tidak salah untuk memiliki autoresponder berbayar…sekadar pendapat..:)
@ Hafiz… no comment.
@ Yusop… saya rasa yang penting kena plan. Contohnya kalau anda subscribe Aweber/GetResponse, boleh dapat tak balik pulangannya setiap bulan untuk bayar autoresponder ni dan masih dapat untung.
@ Azman… saya bukan nak condem mana-mana servis atau menutup rezeki orang. Pendapat yang saya berikan bukan saya reka-reka dan saya tulis untuk kebaikan anda nanti – supaya jangan jadi macam saya (hilang 9,000+ dalam list) dan Patric (hilang lebih 100,000+ dalam list) semata-mata kerana abaikan perkara penting mengenai Aweber.
@ Madno… mungkin PLR kepada Aweber adalah salah satu opsyen terbaik. Kalau saya pun, saya akan pertimbangkan opsyen ini.
@ Bluedianthus… untuk cuba OK guna yang percuma. Untuk buat bisnes (long term), memang tak boleh lari daripada guna yang berbayar. So, kena tanya sendiri… “Anda Nak Cuba Dulu atau Nak Buat Bisnes?”. Dan dalam bisnes, takde cuba-cuba.
Salam.
Thanks di atas info berguna yang di sampaikan. Semoga newbie diluar sana dapat membuat pilihan autoresponder manakah yang terbaik untuk mereka.
Saya buat bisnes ini secara serius,…sebab itu saya pilih ‘AWEBER’. Full stop.
saya pilih yang murah dan ada affiliate..:)