Bukan Sekadar Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 2)
Bukan Sekadar Sembarangan Autoresponder Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 2)
oleh Zamri Nanyan
Di dalam artikel lepas yang bertajuk “Bukan Sekadar Sembarangan Autoresponder Untuk Pemasaran Email Anda!“, saya mengupas topik kenapa anda perlu memilih servis autoresponder yang terbaik bagi pemasaran email anda. Di dalam artikel tersebut, saya syorkan Aweber dan Getresponse.
Walaubagaimanapun, tidak semua orang mampu untuk mendapatkan Aweber atau Getresponse. Saya juga bersedia dengan sebarang komen serangan ke atas saya disebabkan penulisan artikel tersebut, dan seperti yang dijangkakan, memang ada orang yang berikan komen susulan ke atas pendapat saya.
Begini, saya tidak memaksa anda untuk mendapatkan Aweber atau Getresponse untuk bisnes internet anda. Sebabnya, saya tidak pasti bagaimana anda membina mailing list anda dan berapa responsif pembaca email anda terhadap tawaran yang anda berikan (saya andaikan anda ada tawaran yang akan mendatangkan jualan kepada anda). Saya sendiri pun tidak bermula dengan Aweber atau Getresponse. Saya menggunakan AutoResponse Plus 3 pada permulaannya dan masih menggunakan autoresponder ini untuk beberapa mailing list saya. Tetapi, berdasarkan pengalaman, memang ada jauh jurangnya di antara servis autoresponder yang mula-mula saya guna dengan servis autoresponder GetResponse yang saya gunakan.
Itulah sebabnya saya lebih suka menggunakan Getresponse daripada Autoresponse Plus 3.
Mengapa saya guna Getresponse dan tidak Aweber?
Sebenarnya, saya lebih tertarik untuk menggunakan Aweber dan memang saya pernah menggunakan Aweber buat seketika. Itulah sebabnya saya syorkan Aweber dan Getreponse tetapi disebabkan pada masa tersebut, projek yang saya jalankan tidak membenarkan saya menggunakan Aweber, maka saya terpaksa mencari jalan lain dan memilih Getresponse. Aweber terpaksa saya lepaskan.
Jadi, anda sekarang tahu kenapa saya memilih GetResponse dan Aweber.
Bagaimana pula Norabots, Traffic Wave, Turbo Autoresponders dan sebagainya?
Saya tidak dapat memberikan komen terhadap Norabots kerana saya tidak pernah menggunakannya, tetapi seperti servis autoresponder baru yang lain, pengendalinya perlu membina jaringan yang baik dengan Internet Service Provider (ISP) yang lain supaya tahap pengiriman email dan komplen spam tidak timbul.
Pendapat saya ialah ianya tidak mustahil jika suatu hari nanti Norabots pun dapat bersaing dengan servis autoresponder yang sudahpun ternama tetapi anda perlu ingat bahawa ianya akan mengambil masa untuk membina jaringan bisnes yang baik dengan pelbagai ISP ini.
Traffic Wave pun begitu juga. Ianya merupakan servis autoresponder yang baru jika dibandingkan dengan Aweber atau Getresponse. Traffic Wave adalah unik kerana ianya bukan sahaja memberikan servis autoresponder tetapi syarikat ini juga menyediakan peluang anda menghasilkan pendapatan “multi-level” yang lumayan. Jangan disebabkan saya syorkan Aweber dan Getresponse, anda rasa saya cuba menutup bisnes orang lain yang mempromosikan Traffic Wave pula. Saya pun mempunyai akaun Traffic Wave di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave tetapi buat masa sekarang, saya lihat Traffic Wave lebih kepada peluang menjana pendapatan daripada servis autoresponder yang terbaik.
TurboAutoresponders.com, AutomateYourList.com dan beberapa lagi servis yang anda lihat mempunyai laman web yang seakan-akan serupa dengan TurboAutoresponders.com dan AutomateYourList.com ini adalah “Private Label” daripada servis Aweber dan mereka masih lagi mengenakan caj lama sebelum Aweber kemaskinikan harga baru mereka. Jadi, ini mungkin merupakan salah satu cara yang agak baik untuk anda masih menggunakan autoresponder yang mempunyai sistem Aweber, tanpa perlu membayar harga Aweber sekarang.
Sebagai kesimpulannya, jika ingin dibincangkan satu persatu servis autoresponder yang ada, saya rasa memang saya tidak akan habis menulis artikel ini. Contohnya, Global Virtual Opprtunity (GVO) juga menyediakan servis autoresponder mereka sendiri. Walaupun saya adalah juga ahli GVO, anda mungkin tidak pernah lihat saya mempromosikan servis autoresponder mereka kerana saya lihat GVO sebagai syarikat yang lebih menekankan servis web hosting dan peluang pendapatan di internet. Bagaimana pula icontact.com, constantcontact.com dan sebagainya? Pasti anda sendiri pun tidak terlayan untuk menyelidiki semuanya.
Tidak salah untuk anda menggunakan autoresponder selain daripada Getresponse dan Aweber. Getresponse dan Aweber pun ada kekurangan dan kelebihannya yang anda sedar atau pun tidak. Tetapi anda perlu juga pertimbangkan beberapa fakta penting yang telah saya nyatakan di dalam artikel “Bukan Sekadar Sembarangan Autoresponder Untuk Pemasaran Email Anda!” yang lepas.
Untuk saya, walaupun anda boleh lihat yang saya “mempunyai” banyak akaun autoresponder dari pelbagai syarikat yang lain (termasuk saya sendiri menggunakan Autoresponse Plus 3), saya masih lagi menyarankan Aweber dan Getresponse sahaja. Ini kerana saya ingin sampaikan kepada anda apa yang saya rasakan terbaik jika anda benar-benar serius di dalam pemasaran email anda.
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.









Salam,
Terima kasih atas penerangan berkenaan,saya bersetuju dengan pandangan dan cetusan maklumat berkenaan autoresponder,apa pun yang ingin kita gunakan sebagai sistem hebahan maklumat atau setiausaha elektronik ini tidak kira dari mana syarikat atau pengendali yang penting ia perlu ada kriteria :
1.Tidak membebankan penggunanya
2.Tidak menghantar sebaran maklumat kita ke tempat yang
sepatutnya,tepat pada masanya dan bersistematik tidak ke
ruangan spam/scam
3.Memberi sumber pendapatan tambahan melalui skim affliate
4.Tidak melanggar TOS sistem tertentu
5.Mudah untuk dikendalikan/update
Fikirkan yang mana terbaik sebelum membuat keputusan untuk memiliki salah satu,bijak merancang mengelak pembaziran diwaktu akhir.
Saya suke gune yang reseller aweber/getrespon saje… murah.. kalau nak upgrade tak perlu export dan verify dah.. so selamat dan x rugi..
MMM….saya masih belum pernah guna autoreponder ni..
Sikit masa lagi kene guna juga ni..
Baru bercadang untuk memulakan
perniagaan internet dengan serius
Setelah pembacaan dan penelitian
dibuat Aweber tetap
menjadi pilihan dihati
Apa-apa pun terima kasih di atas
perkongsian pendapat ini.
Saudara sememangnya seorang IM
Malaysia yg saya Hormati dan Kagumi…
Saya sukakan TrafficWave kerana ada program affiliate, sambil mempromosikan perniagaan utama kita dapat juga peluang pendapatan kedua. Kadar Delivery Rate juga tidak kurang hebatnya.
Bagi saya, jika kita hanya mampu mempunyai 1 akaun autoresponder dan pendapatan internet pun tak seberapa TrafficWave adalah yang terbaik setakat ini.
Saya menggunakan turboautoresponders, dan saya rasa ia mempunyai ciri-ciri seperti aweber serta fungsi yang terdapat di dalamnya. Bagi saya yang penting saya boleh tengok berapa kadar open rate, click through dan sebagainya.Satu lagi support dari mereka sangat bagus.
Mudah, cepat, tepat, tak juga memenatkan, hanya mengunakan jejari dan mudah digunakan lagi selamat dan menguntungkan pula tu…
Kita kena bagi peluang juga kepada orang lain untuk guna servis selain Getresponse dan Aweber.
Bagi saya,, kalau takde orang cuba, kita tak tahu baik buruknya.
So, sape2 yang berani cuba servis2 selain di atas, cuba ambik risiko dan sampaikan apa2 maklumat kepada orang lain tentang servis yang diguna.
Macam saya, saya guna Norabots. Banyak perkara saya kaji danc cuba dengan norabots ni. Setakat ni, beberapa masalah yang berlaku boleh saya selesaikan.
artikel yang menarik..saya blom lg menggunakan perkhidmatan tersebut..bila nak cuba yer hehehe…
Salam en zamri
Kawe bersetuju dengan demo. Memang sekarang paling ramai mengunakan getresponse dan aweber. Dulu kawe pernah pakai autoresponder free tapi ada limit dan banyak kekurangannya.
Tapi sekarang kawe dan mengunakan email marketing yang berbayar. Memang puas hati kerana semuanya cukup dalam satu pakej untuk membuat dan mencari bisnes di internet
Kawe rasa sistem ini lagi BAIK dan TERBAIK daripada Getresponse dan Aweber untuk sesiapa yang baru di dalam bisnes online. Tapi apapun semuanya adalah pilihan anda dan pilihlah yang terbaik.
tq
midieklate
Saya ada membaca artical saudara yang lepas dan saya bersetuju dengan pendapat saudara kalau boleh dapatkan autoresponder yang terbaik Awaber atau Getreponse agar tidak menyusahkan dikemudian hari tetapi yang tidak berkemampuan dan baru ingin bermula rasanya bolehlah gunakan yang percuma atau autoresponder yang mengenakan bayaran yang murah untuk permulaan.
Terbaik!!! GDI + TrafficWave = WebSite + AutoResponder = $$$ + $$$ = $$$$$$ lol…..
Tuan atikel menarik, cuma dalam pemerhatian saya berkenaan autoresponder ni timbul persoalan dengan yang dipasang terus di website kita adakah keberkesanan dia jauh berbeza dgn aweber atau getrespon dua ni saya dok aim nak paki hehehehehehe.
belum pernah guna lagi mana2 pun autoresponder, tapi artikel ni memberikan pilihan mana yang terbaik bagi memilih autoresponder… terima kasih banyak2… nak pakai gak satu masa nanti ni..
saya , hanya guna getresponse… save sikit dari aweber ,
dan sedang cari server sendiri untuk hantar email yang telah saya kumpul 100k..
zambri ,
ada research tentang server emailing tak…
berapa kos paling rendah ..
Begini, sebagai orang baru dalam IM ni cuba lah dulu yang free tu lepah tu gunalah yang berbayar samada aweber atau getresponse tapi saya lebih suka kepada autoresponder yang menekankan kepada perkhidmatan untuk pelanggang.
salam zamri, baru saya tahu rupanya ada baanyak autoresponder lain selain aweber dan getresponse. Namun, sy baru bermula dengan norabots.
Mula-mula ada single opt-in, tapi skrg dah takde. Semua kena double opt-in (subscriber kena sahkan emel dulu).
Setakat ini, list sy dalam norabots mencecah 20k dan hanya perlu byr usd9.9 sahaja setiap bulan. Dan setiap referel mendapat usd4.
Sedikit pertanyaan saya tentang TrafficWave, kalau list melebihi 10k berapa kita kena bayar?
Salam Bro….
Memandangkan Zamri telah lama dalam bidang IM maka menjadi satu kelebihan mencuba banyak sistem autoresponder.Namun saya rasa ia memerlukan kos yang tinggi utk maintain.Mungkin ramai tak mampu terutama newbie.
Namun apa yang penting pada saya adalah Zamri berkongsi pengalaman tersebut.Panduan tersebut sangat penting untuk kami membuat penilaian merancang menggunakan sistem ini.
Sekiranya terdapat perbezaan pendapat tidak mengapa.Kerana kita diberi banyak pilihan.Zamri hanya menerangkan mana yang terbaik dan sebaliknya.Pilihan tetap ditangan mereka.
Perbezaan pendapat tidak mengapa kerana kita perlu ada garis panduan dan memahami TOS sesuatu servis.Sekiranya tiada pendedahan mungkin ramai tersalah jalan,merugikan masa, wang dan tenaga.
Terima kasih atas perkongsian Saudara Zamri. TQ.
Kadar yang dikenakan ialah USD17.95 unlimited list
@ Nasoha – untuk Traffic Wave, harganya tidak berubah walaupun mailing list anda bertambah. Boleh rujuk di http://www.trafficwave.net/members/username/pricing.html
Dan anda juga boleh cuba 30 hari percuma – baik untuk sesiapa sahaja yang nak tahu macam mana nak gunakan autoresponder dalam pemasaran email mereka.
Sebagai internet marketer saya amat setuju pendapat saudara zamri nanyan pemilihan autoresponder terbaik adalah wajid sebagai usahawan internet untuk jangka masa panjang.Ini adalah menunjukkan komitmen kita sebagai usahawan internet dan kepercayaan orang lain terhadap perniagaan kita..Saya sendiri pun pakai servis yang disyorkan iaitu Aweber..
Saya cuba dgn trafficwave….apa2 pun tq saudara zamri kerana membuka topik ini utk perbincangan…
Pemilihan autoresponder amat penting demi perniagaan jangka panjang.Sebagai internet marketer kita perlu memilih autoresponder terbaik seperti yang diperkatakan saudara zamri selain itu kepercayaan orang terhadap bisnis kita jalankan.Saya sendiri pakai servis Aweber memang tip top..
Thanks your info saudara zamri..
Terima kasih dengan maklumat berkualiti yang saudara berikan.
Saya memang menggunakan aweber dan saya rasa aweber adalah di antara penyedia autoresponder terbaik dari segi perkhidmatan yang diberikan.
Saya rasa ramai IM terkenal negara kita yang gunakan Getresponse atau Aweber. Dah mereka kata kedua-dua penyedia
autoresponder ini baik, saya pun ikut saranan mereka. Dan tidak ada masalah setakat ini.
Terima kasih
Salam saudara Zamri,
Bagus artikel yang saudara berikan kepada pembaca sebab ia dapat membuka mata semua orang tentang servis yang di tawarkan oleh syarikat2 autoresponder…
Bagi saya saudara mengetengahkan 2 autoresponder kerana ia sudah terbukti bagus dan berbaloi jika kita menggunakan servis tersebut…
Cuma kekadang tidak semua orang mampu untuk memiliki autoresponder tersebut yang agak mahal dan ia juga terpaksa di bayar bulan2…
Tapi itu semua atas pengguna sendiri….jika mereka ingin memilikinya..mereka boleh melanggan..jika tidak berminat…mereka boleh memiliki autoresponder yang lain…
Salam
Amril Muidz
Saya belum pernah guna autoresponder & masih kurang jelas.
mungkin saya perlu ambil masa fahami betul-betul dengan bimbingan tuan. TQ
salam saudara zamri..
Ianya satu perkongsian ilmu yang bermanfaat bagi semua orang.Sesiapa sahaja bebas menggunakan autoresponder yang disukai.Namun saudara zamri masih lagi menyarankan penggunaan Aweber dan Getresponse.Ini bererti kedua-dua sistem ini masih lagi pilihan yang terbaik menurut pandangan dan saranan saudara.Thanks 4ur info..
Terima kasih sdr Zamri,
Sdr telah menulis begitu banyak tentang autoresponder ni. Saya rasa ia amat membantu sesiapa sahaja sama ada yang sudah mempunyai autoresponder ataupun belum. Pilihan untuk memakai apa jenis autoresponder itu terpulanglah kepada masing-masing. Ini bergantunglah kepada bajet, bilangan pelanggan dan ciri-ciri autoresponder itu sendiri. Bagaimanapun saya rasa pendapat sdr Zamri masih merupakan maklumat yang amat berguna kepada sesiapa sahaja baik yang terlibat dalam perniagaan internet ataupun tidak.
Luar biasa! Artikel yang menarik. Saya harus bookmark dulu. Thanks ya
izam kat penang gak tapi tinggal di kawasan seberang jaya.encik zamri tinggal di bayan lepas tu area mana?boleh bagi no fon tak?kalau asa masa lapang bleh gak tunjuk ajar skit…..
Penerangan yang transparent. Terima kasih bro zamri. Sekurang-kurangnya ini satu cara untuk kita buat pilihan masing-masing.
Saya hanya (baru) gunakan aweber.