Bukan Sekadar Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 3)

Bukan Sekadar Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 3)
oleh Zamri Nanyan

Di dalam 2 artikel tulisan saya sebelum ini, saya ada menghuraikan dengan agak panjang lebar juga tentang pentingnya penggunaan autoresponder. Saya juga berikan beberapa servis autoresponder di luar sana di mana akhirnya saya rumuskan bahawa Aweber dan Getresponse adalah 2 servis autoresponder yang anda perlu beri perhatian untuk memilikinya – sekiranya anda ingin gunakan autoresponder sebagai medium untuk pemasaran email anda dengan efektif.

Jika anda perlu merujuk semula kepada artikel tersebut, sila lawati laman web di bawah:

1) Bukan Sekadar Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 1)
2) Bukan Sekadar Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 2)

Sekarang, saya akan ketengahkan satu lagi isu berkaitan dengan autoresponder di mana faktor harga dan penjanaan pendapatan di internet menjadi topik utama anda.

Saya akui memang agak perit jika setiap bulan anda perlu bayar lebih mahal apabila “subscriber” autoresponder anda bertambah banyak. Inilah yang berlaku kepada servis autoresponder daripada Aweber dan Getresponse. Apabila anda mempunyai lebih ramai orang di dalam “database” anda, anda perlu bayar lebih tinggi. Sama ada anda dapat menjana pendapatan dengan menggunakan servis Aweber atau Getresponse, itu adalah perkara lain.

Jadi, inilah yang menjadi ketakutan kepada “newbie” (orang baru) di dalam bisnes internet, iaitu duit tak masuk lagi, wang sudah habis untuk bayar servis autoresponder. Apa jua yang dinasihatkan – seperti “autoresponder adalah pelaburan untuk bisnes anda” atau “anda perlu gunakan autoresponder yang telah terbukti berkesan” tidak akan diterima dengan baik.

Itu juga yang berlaku kepada saya apabila saya mula menapak di dalam bisnes internet.

Bagi saya, biar saya laburkan wang bulanan ke dalam servis webhosting sahaja dan cari servis autoresponder yang saya tak perlu bayar secara bulanan untuk memulakan bisnes internet ini. Saya andaikan dengan adanya nama domain dan webhosting, ianya sudah cukup untuk bisnes internet saya berkembang. Autoresponder pula adalah perkara kedua dan itulah sebabnya saya beli skrip Autoresponse Plus 3 untuk dipasang di webhost saya. Pelaburan untuk Autoresponse Plus cuma sekali. Jadi, saya masih lagi “OK” dengan hanya perlu keluarkan wang bulanan untuk webhosting.

Semuanya berjalan dengan lancar. Cuma satu sahaja saya silap. Autoresponder bukanlah perkara kedua penting di dalam bisnes internet saya. Ianya sama penting dengan laman web yang saya bina.

Nasib saya baik sebab pada masa tersebut, saya masih lagi mampu memikirkan bahawa saya MESTI ada autoresponder untuk bina bisnes internet saya. Jika tidak, saya juga mungkin terkial-kial untuk menjana pendapatan di internet secara “money-on-demand” melalui email.

Maksudnya di sini ialah anda masih perlu ada autoresponder – tak kira Aweber atau Getresponse.

Kata orang, kalau tak dapat gading, tanduk kerbau pun masih berguna.

Begitu juga dengan servis autoresponder. Kalau tak dapat Aweber atau Getresponse, servis autoresponder lain pun masih boleh digunakan. Yang penting, anda guna autoresponder.

Sekarang, selepas anda faham maksud pentingnya autoresponder di dalam bisnes internet anda ini, anda perlu susun strategi supaya anda dapat menjana pendapatan di internet selepas anda menggunakan servis autoresponder pilihan anda. Jika anda tidak dapat menjana sebarang pendapatan, ianya akan berbalik kepada isu asal di mana kenapa anda perlu habiskan duit untuk menggunakan servis autoresponder ini sedangkan anda tidak mendapat apa-apa hasil.

Jadi, sebelum anda langgan sebarang servis autoresponder, fikirkan berapa banyak pendapatan yang perlu anda hasilkan setiap bulan supaya kos servis autoresponder anda dapat dibayar semula daripada pendapatan ini. Jika ianya US$19.95 setiap bulan, adakah anda mampu menjana minima US$19.95 setiap bulan cuma untuk balik modal? Berapa lama pula pendapatan “pulang modal” sebegini dapat dihasilkan supaya anda boleh fokus kepada keuntungan seterusnya?

Contohnya, jika anda hendak jual sebuah ebook, berapa salinan ebook yang anda perlu jual setiap bulan untuk tampung perniagaan internet dan juga kos penggunaan autoresponder anda? Berapa jualan keahlian perlu anda lakukan jika anda mempromosikan program affiliate secara “membership” (keahlian)? Dan sebagainya.

Daripada perkiraan sebeginilah saya mula beralih daripada penggunaan Autoresponse Plus 3 kepada Getresponse. Saya sudah ada pendapatan untuk saya mampu menggunakan servis daripada Aweber atau Getresponse. Jadi, yang dijinjing tak tumpah, yang dikendong tidak keciciran.

Sekiranya anda telahpun mampu menggunakan Aweber atau Getresponse, teruskan menggunakan servis mereka. Kalau anda belum mampu dan ingin mengikuti cara yang telah saya aplikasikan di atas, saya boleh sarankan sesuatu kepada anda.

Daripada menggunakan Autoresponse Plus 3, anda gunakan servis daripada TraffiC Wave dahulu. Saya harap anda masih ingat dengan Traffic Wave di dalam artikel bahagian kedua saya sebelum ini.

Skrip Autoresponse Plus bukannya murah dan ianya perlu dipasang di server anda. Jika anda tidak mahir dengan perkara teknikal, ini merupakan rintangan besar untuk anda, lebih-lebih lagi bila ada masalah skrip gagal berfungsi di kemudian hari. Percayalah, saya pernah mengalaminya dahulu dan tak mahu ianya berlaku kepada anda lagi. Tapi, jika anda adalah seseorang yang mahir dengan skrip, Autoresponse Plus adalah salah satu opsyen terbaik.

Sekarang, berbalik kepada Traffic Wave, kenapa saya sarankan TrafficWave?

Walaupun Traffic Wave bukanlah sehebat Aweber atau Getresponse, ianya cukup untuk memenuhi syarat mengatasi masalah yang saya utarakan di awal artikel ini.

1. Isu harga
2. Isu jana pendapatan

Sebenarnya, harga servis Traffic Wave adalah murah jika dibandingkan dengan Aweber dan Getresponse. Ianya cuma US$17.95 setiap bulan walaupun jumlah subscriber anda meningkat.

Ianya juga mempunyai fungsi asas seperti yang dipunyai oleh Aweber dan Getresponse, seperti “sequential email programming” dan juga “email blasting”. Pada masa yang sama, Traffic Wave juga berikan perisian “ad tracking” yang selalunya dijual berasingan oleh syarikat lain.

Jadi, ini adalah salah satu pilihan bijak sebenarnya jika anda benar-benar ketandusan bajet.

Lihat http://www.bisnesdigital.com/trafficwave/pricing untuk perbandingan harga.

US$17.95 adalah harga yang rendah tapi mungkin ianya belum cukup rendah untuk sesetengah usahawan internet yang baru. Jika ditanya kepada saya, terus-terang saya katakan bahawa jika anda tak mampu untuk melaburkan US$17.95 untuk perniagaan internet anda, tak perlu lagi anda ceburi bisnes ini kerana apa yang saya terangkan di sini adalah perkara penting untuk anda berjaya di dalam bisnes internet anda – lebih-lebih lagi jika anda melakukan pemasaran affiliate di dalam pasaran tempatan.

Tapi anda tidak perlu risau kerana Traffic Wave ada berikan anda pendaftaran percuma selama 30 hari untuk anda cuba sendiri servis mereka. Jadi, susun strategi anda untuk dapatkan semula wang yang bakal anda laburkan di dalam Traffic Wave nanti – sama ada dengan menjual produk anda melalui autoresponder ini atau sebagainya.

Jika anda tidak pasti apa yang anda ingin jual, promosi link affiliate Traffic Wave anda untuk dapatkan komisyen setiap jualan akaun Traffic Wave. Dengan cara menaja seorang ahli Traffic Wave berbayar setiap bulan, akaun Traffic Wave anda akan menjadi percuma pada bulan ketiga. Dan secara logiknya, anda sebenarnya dapat semula hampir keseluruhan kos pembayaran Traffic Wave anda bagi setiap ahli baru yang anda taja ke dalam Traffic Wave.

Untuk maklumat lanjut mengenai program affiliate Traffic Wave, sila lihat http://www.bisnesdigital.com/trafficwave

Itulah kebaikan menggunakan Traffic Wave.

Seperti yang anda baca di dalam bahagian 2 di dalam siri artikel “Bukan Sekadar Sembarangan ‘Autoresponder’ Untuk Pemasaran Email Anda!” ini, Traffic Wave bukanlah servis utama yang saya gunakan untuk pemasaran email saya.

Ini adalah keterangan saya – “Saya lihat Traffic Wave lebih kepada peluang menjana pendapatan”. Dan, itu yang akan saya lakukan pada masa akan datang iaitu menjana pendapatan dengan mempromosikan program affiliate Traffic Wave. Nama domain http://www.TrafficWaveReview.com (Traffic Wave Review) pun sudah saya beli untuk tujuan ini. Tapi bagi anda yang belum mempunyai autoresponder, mungkin Traffic Wave adalah autoresponder pilihan utama anda sekarang untuk pemasaran email (dan mungkin juga untuk menjana pendapatan).

Mungkin anda guna dahulu Traffic Wave pada masa sekarang. Kemudian, jika anda sudah menjana pendapatan yang mencukupi, anda mungkin boleh bertukar kepada Aweber atau Getresponse – atau terus kekal dangan Traffic Wave.

Yang penting, maksud saya AMAT jelas di mana saya mahu anda punyai akaun autoresponder anda sendiri untuk melakukan promosi melalui email. Tak kiralah sekiranya anda menggunakan Aweber atau Getresponse (kedua-duanya saranan saya) ataupun Traffic Wave.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://PerniagaanInternet.ws/r/admin untuk mempelajari sistem pemasaran internet beliau. Sekiranya anda ingin membina pendapatan di internet melalui Traffic Wave dengan menyertai kumpulan pemasaran beliau, sila daftar ahli di http://www.bisnesdigital.com/trafficwave

===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “PerniagaanInternet.ws” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================

Artikel, Online MLM, Pemasaran Affiliate, Pemasaran Internet, Perniagaan Internet, Soaljawab Perniagaan Internet, Ulasan Produk, usahawan

If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.

Comments

13 Responses to “Bukan Sekadar Sembarangan “Autoresponder” Untuk Pemasaran Email Anda! (bahagian 3)”

Leave Comment

(required)

(required)