Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet
Cabaran dan Rintangan Perniagaan Produk Fizikal di Internet
oleh Zamri Nanyan
Walaupun saya lebih suka kepada penjualan produk digital di internet, ini tidak bermaksud saya mengabaikan produk fizikal. Ada masa dan ketikanya saya akan menjual produk fizikal kepada pelanggan.
Sebagai contoh, saya ada menjual buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” dan juga CD “Info Millions“.
Buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” juga ada dihantar ke Amazon.com untuk dijual ke pasaran antarabangsa. Jadi, serba sedikit, saya perolehi pengalaman menjual produk fizikal yang mana cabaran dan kekangannya berbeza daripada menjual produk digital.
Di antara cabaran dan rintangan penjualan produk fizikal ialah:
1. Proses Pembungkusan Dan Penghantaran
Proses pembungkusan dan penghantaran produk terpaksa dilakukan secara manual. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan produk fizikal ini secara perseorangan, proses ini perlu dilakukan sendiri dan sekiranya pesanan yang diterima terlalu banyak, ianya akan menjadikan anda sibuk seharian untuk membungkus dan menghantar produk. Jika anda mempunyai pembantu, sedikit-sebanyak mereka dapat menolong anda meringankan beban.
2. Pengurusan Inventori
Bagi produk fizikal yang sedia ada, contohnya buku yang saya jual, proses mencipta produk sudah pun dilakukan terlebih dahulu oleh pihak lain. Tetapi, bagi produk yang memerlukan anda menciptanya sendiri terlebih dahulu, ianya akan menambahkan satu lagi bebanan kepada anda.
CD “Info Millions” yang saya jual adalah contoh termudah untuk anda kaji. CD tersebut akan disalin dari sumber asalnya sebelum ianya dapat dibungkus dan dihantar kepada pelanggan.
Untuk mengatasi lambakan produk, saya akan buat salinan cuma apabila pesanan diterima. Tip ini penting bagi mengatasi masalah inventori dan konsepnya adalah seperti “print on demand” atapun “produk cuma dicipta apabila ada pesanan”. Konsep ini juga banyak dipraktikkan oleh usahawan internet ternama seperti Patric Chan dan juga Mike Filsaime.
3. Margin Keuntungan Yang Selalunya Rendah
Perlu dinyatakan bahawa bukan semua produk fizikal mempunyai peratusan keuntungan yang tinggi. Berbeza dengan penjualan produk digital yang mampu memberikan keuntungan sehingga 100%, penjualan produk fizikal mungkin tidak dapat memberikan keuntungan sebegitu.
Sebagai contoh, keuntungan jualan sebuah buku “The Ultimate Blueprint Of Internet MLM Success” kepada pelanggan di Malaysia cuma mencecah 50% maksima. Dalam nilai ringgit Malaysia, keuntungannya cuma RM14.95 untuk sebuah buku.
Namun, ini belum lagi dikira kos masa dan tenaga untuk penghantaran. Jika dicampur aduk kesemuanya, sudah pasti peratusan keuntungan tersebut menurun.
Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna penjualan produk fizikal tidak dapat menandingi keuntungan jualan produk digital. Sebagai contoh, harga promosi CD “Info Millions” ialah RM110. Kos kewangan cuma RM3 untuk penghantaran dan RM0.30 untuk cetakan CD. Dari sini anda dapat lihat bahawa keuntungannya boleh menjadi berlipat kali ganda.
Bagi sesetengah orang berpendapat bahawa ianya mustahil untuk menjual CD sebegini mahal tetapi barang yang sebenarnya dijual untuk “Info Millions” atau produk sebegini bukanlah sekeping CD, tetapi sebuah ilmu yang nilainya tidak boleh diletakkan dalam nilai wang ringgit.
Kesimpulannya, menjual produk digital juga boleh menjana keuntungan yang lumayan kepada anda.
4. Pengesahan Pembelian Yang Tepat
Kebanyakan medium pembayaran bagi produk tempatan dilakukan secara “bank-in” atau memasukkan wang ke dalam akaun bank penjual sebelum produk dapat dihantar.
Jika produk digital dijual, ianya kurang menjadi masalah sekiranya ada individu yang menyatakan bahawa pembayaran sudahpun dibuat walaupun beliau tidak melakukannya. Ini kerana kos penghantaran produk digital boleh dikatakan sifar berbanding produk fizikal. Jika anda tersilap hantar produk digital kepada pelanggan anda, anda mungkin cuma menghabiskan masa dan tenaga anda menghantar pautan (link) untuk muatturun produk. Tetapi jika anda tersilap hantar produk fizikal kepada pelanggan yang menipu, anda sudahpun mengeluarkan kos produk dan penghantaran kepada mereka tanpa mendapat sebarang keuntungan.
Jualan palsu sebegini mungkin tidak selalu berlaku tetapi ianya akan berlaku sekiranya anda mendapat jualan yang banyak pada sesuatu masa dan beberapa pembeli tidak memberikan bukti kukuh pembelian mereka.
Oleh itu, pengesahan dan semakan pembelian yang tepat perlu dilakukan untuk memastikan anda tidak tertipu dengan mereka yang cuba mencari ruang untuk mendapatkan produk percuma daripada anda.
5. Bukan Semua Produk Sesuai
Akhir sekali, bukan semua produk fizikal sesuai dijual melalui internet.
Walaupun kita pernah mendengar kereta BMW atau hartanah dijual di internet di luar negara, perkara sebegini belum lagi berlaku secara meluas (atau tidak berlaku langsung) di negara kita. Mungkin bukan disebabkan produk sebegini tidak dapat dijual tetapi secara purata pasaran tempatan belum lagi bersedia dengan medium jualan sebegini.
Lagipun, pasaran tempatan masih lagi kecil untuk kita memfokuskan jualan produk seperti yang saya nyatakan di atas. Walaupun mungkin ada orang atau syarikat yang berani membeli sebuah kereta di internet berdasarkan keterangan di laman web dan testimoni yang meragukan, secara majoritinya, ramai lagi yang lebih selesa memilih untuk membeli secara bersemuka di kedai atau premis jualan.
Kesimpulannya, jualan produk fizikal di internet tidaklah mustahil dan sekiranya kena dengan cara dan gayanya, anda dapat menjana pendapatan yang lumayan.
Laman web seperti lelong.com.my dan ebay.com adalah contoh di mana ramai usahawan internet yang menjual produk fizikal di internet. Ini membuktikan bahawa memang ada pasaran bagi produk fizikal. Jika menjual produk fizikal menjadi kegemaran anda, anda boleh dapatkan ebook “Kuasa Lelong” untuk mempelajari kaedah menjual produk fizikal di internet.
Ebook Kuasa Lelong boleh diperolehi di http://simurl.com/kuasa-lelong
Mengenai Penulis
Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau di http://www1.BisnesDigital.com untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.
===============================================
*nota: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan mengenai Zamri Nanyan di atas tidak dibuang. Anda juga dibenarkan untuk mengubah link “Bisnes Digital” kepada link affiliate and untuk menjana pendapatan sampingan daripada artikel ini.
================================================
If you enjoyed this post, please consider to leave a comment or subscribe to the feed and get future articles delivered to your feed reader.










Sememangnya produk fizikal yang dipasarkan melalui internet mempunyai pelbagai cabaran dan rintangannya. Namun begitu pilihan terhadap produk fizikal yang hendak dipasarkan perlu sesuai dengan situasi kita. Sebagai contoh saya seorang kakitangan kerajaan, waktu kerja yang telah ditetapkan menyebabkan ruang penulisan di internet adalah terhad. oleh itu saya telah memilih memasarkan produk fizikal yang mudah dilakukan dengan sedikit usaha dan kesabaran yang tinggi perlu ada untuk berjaya. Sila rujuk URL diatas.
Saya bersetuju dengan keseluruhan pandangan en zamri.
Saya sendiri dalam proses untuk menjual produk digital, yang mana memang keuntungan sedikit sahaja, tapi saya berhasrat untuk mencari pembeli yang membeli produk fizikal secara berulang-ulang dari saya.
Harap pada artikel akan datang, en zamri dapat menceritakan sedikit teknik dan sedikit kajian melalui e-bay dan lelong.com.my yang mana, jenis2 produk fizikal yang sering dibeli.
Terima kasih atas panduan yang berguna ini. Saya baru mencuba membuka perniagaan fizikal secara online, bagi saya online business adalah satu platform saya mencari contact bakal pelanggan selebihnya saya perlu turun site juga berjumpa pelanggan dan menunjukkan sample produk (gift and premium) di office mereka.
susah nak bisness online nie apa lagi produk fizikal..yg digital susah. mungkin usaha saya blm cukup. saya lebih prefer affiliate misalnya….mudah….apa pun nice article
Pada pandangan saya, produk digital memerlukan kerja keras yang cukup, lebih keras lagi daripada menjual produk digital ni.Tapi ada orang yang suka dengan cara ini.Kerana kepuasan jualan dan dapat mengenali pelanggan dengan lebih dekat.Kemungkinan besar akan ada pelanggan tetap.
Ini pula pandangan aku diatas pengalaman berniaga dlm platform ebay & lelong.
1. Proses Pembungkusan Dan Penghantaran
Ini tengok kepada barangan..jika perlu guna sampul surat biasa guna sampul surat. Jika perlu guna kotak, gunakan kotak.
Saya lebih suka guna sampul surat biasa, sebab ianya murah. Kalau guna kotak mahal skit..kenapa? Barangan yg di hantar ke luar negara wajid kena timbang untuk tentukan kos penghantaran.
Dalam bab pos barang tak perlu nak risau..sebab dlm ebay @ lelong dah sedia dah ruangan harga utk shipping.
Kita tentukan berapa byk barang yang kita mampu pos sehari. Jangan lebih2 penat kang…hohoohoho
****timing harga shipping bagi kena elok..saya sendiri buat duit dari kos shipping ni. Makan dua-2 belah.
****saya lebih suka pos barang ke luar negara, ianya menguntungkan.
2. Pengurusan Inventori – ini tak tahu nak jawab camner ?
3. Margin Keuntungan Yang Selalunya Rendah
Ehhh…sape cakap rendah !! hohohooh. Saya menjual barangan yang dibeli kosnya RM 12 Dilelong diebay $9.99, barangan beharga rm 25 di lelong diebay $19.99 – boleh mencapai bidaan sehingga $25 dolar, paling tinggi cecah $ 41 dolar. Lumayan tu !!Proses ini diulang setiap hari tanpa henti….bermakna, duit pun masuk setiap hari tanpa henti walaupun ketika tidor.
Produk fizikal mampu memberikan keuntungan dari 100% ke 500% – Lagi lumayan !!
Nak untung tinggi perlu tahu tentang barangan hots – listing barangan membabi buta itu adalah kesilapan besar yg membuatkan anda rugi.
4. Pengesahan Pembelian Yang Tepat
Ini paling penting…dalam ebay dan lelong tak perlu nak risau sebab benda tu dah dicreatekan. Bila habis jerk masa bidaan. Kita boleh klik send invoice kepada pembeli. Tak perlu susah2 nak bikin…semuanya sudah sedia ada.
Tunggu saja pembayaran dibuat..kalau dia org tak bayar dlm tempoh yg ditetapkan, buat report kepada ebay @ lelong untuk mendapatkan kembali wang service fee yg dikenakan. itu saja.
5. Bukan Semua Produk Sesuai
Ini memang saya setuju sekali…bukan semua barang boleh buat duit melalui ebay @ lelong. Nak tahu barang apa mudah dijual mudah buat duit, itu kenalah belajar dan buat kajian.
Produk fizikal kalau kena pada barangnya bukan caranya…memang kayo beb !! bayangkan lah duit masuk hari2..makna kata duit ni tak pernah putus arhhh.
Sekian, terima kasih..
Jangan Marah ini pandangan aku sebagai penjual di ebay.com dan Lelong.com.my
Shahraduan, takkan nak marah pulak kot…
Sebenarnya komen macam ni la yang saya tunggu-tunggu sebab apa yang saya fikirkan tak semestinya sama dengan orang lain.
Anyway, masalah yang saya bincangkan kat atas lebih kepada jual produk fizikal melalui web sendiri. Kalau guna ebay.com dan lelong.com.my, ada masalah yang saya bincangkan di atas dapat diatasi.
Dengan sedikit kreativiti, produk yang mempunyai margin keuntugan yang kecik pun boleh jadi besar. Contoh yang Sharaduan bagi tu pun dah jelas. Contoh buku yang saya jual kat Amazon pun OK juga – jual buku kat Malaysia pada harga RM29.90 tapi kat US $39.95.
Jadikan cabaran dan rintangan sebagai pencetus idea untuk lebih berjaya.
Salam ! Memecah halangan motivasi kehidupan kita
En Zamri, betullah perniagaan online untuk produk fizikal dan digital ada sedikit perbezaan serta kelebihan dan kekurangannya. Biasalah lumrah dunia, semua benda dan perkara yang lebih dan kurangnya.
Bagi saya, dari segi keuntungan mungkin kedua-duanya boleh mendatangkan hasil yang lumayan, cuma dari segi pengurusan dan penyediaan produk, inilah yang mempunyai perbezaan ketara. Jika produk digital, penghantaran secara online, tetapi produk fizikal, perlu di pos kerana jarak lokasi.
Kalau dekat, boleh la bagi by hand, ye tak?
Tapi yang pasti, kedua-dua bisnes fizikal atau digital, memang best untuk dilaksanakan, kerana dengan cara yang betul dan niat yang ikhlas, hasilnya memang lumayan…Betul tak?
Hehehehe…
terlupa seperkara…
Kalau guna web sendiri untuk buat menjual-jual ( kalau org baru perlukan masa juga )
1. nak kena kemaskini barangan
2. nak kena memarketingkang laman web
3. perlukan kan duit utk kos iklan ( tak iklan saper yg tahukan )
4. dan lain-lain yg sewaktu dengannya.
Oleh yang demikian saya lebih suka membuka web store di lelong.com.my / ebay tak buka lagi pun [ jimat kos hehehhehe ]
Kenapa Store Lelong
1. Kunjungan Traffic yang tinggi
2. Tak perlu nak memarketing sangat. Yang penting ‘KEYWORD’
3. Bayaran Store setahun Sekali sahaja.. RM 168 kalau tak silap.
4. Boleh listing secara percuma / berbayar [ saya sekarang lebih suka kepada kaedah PERCUMA - Lebih Menjimatkan ]
5. Yang Paling Best sekali Boleh setting ‘Automatik Relist’ Bayangkan ada 1000 item, takkan nak pi klik 1 persatu kot..jenuhlah, sampai berjam-jam tak habis. Dengan ada AutoRelist ni…u all boleh set sekali sahaja…dan lepas tu bila ending dia akan up listing secara automatik. Kalau ada 1000 item semua dia akan up selagi kita tak klik utk STOPkannya.
**Saya lebih suka setting listing 1 day untuk stail AutoRelist ni..Malam2 baru checking samaada Sale or Tak?
Ebay Store – aku tak berapa suka skit..sebabnya brg tak byk.
1. Tiap2 bulan kena bayar Fee Store
2. Dah lah tu..setiap listing kena fee lagi. hohoho
Oleh yang demikian, saya guna cara biasa sahaja. Jimat Skit!!
produk fizikal juga memberi kekangan kepada mereka yang masih belajar. Macam saya. Dengan program dan aktiviti kampus, produk digital merupakan alternatif terbaik untuk berniaga. Masa dan kudrat yang dicurahkan bersesuaian dengan persekitaran pelajar.
Tambahan pula jika pelajar itu mengambil jurusan kritikal…MAaf la kalau saya beri komen dari perspektif seorang siswa.
cuma pernah saya ada menjual satu produk yang bukan digital, tapi untung RM 50.00 ++. Tak banyak kerja, cuma edarkan flyers ditempat ‘strategik’.
Salam, sy masih lum start online biz..la ni bersama mlm hpa (produk halal kopi radix maisecawan) tempatan..dah lama mencari2 ebiz..makin searching..makin banyak info..tips to start ebiz..ada yg free & ada yg bebayar..sampai xtahu nak mula ikut mana..
apapun, sy ucap tahniah pada yg dah berjaya d online biz..walau payah mula2..sy tertarik dgn shahraduan..mulakan yg budget kecik dlu..tp boleh jalan..tahniah!
begitu juga zamri nayan yg begitu pro dlm selok belok online..terima kasih d atas saranan & tips yg d berikan..artikel ni membuka minda bahawa biz digital bagus..ebiz fizikal juga bagus.
Jika secara online, produk digital atau fizikal memerlukan trafic. Samada melalui promosi yang aktif @ search engine @ lain2.
Margin seunit produk bagi produk digital lagi tinggi sebab kos incurred 1 time sahaja. Beli produk MRR/PLR & jual as produk sendiri tambah kos marketing melalui adword/banner placement etc. No holding kos dan penghantaran, unless jika jual DVD/VCD.
Produk fizikal pula melibatkan pembelian secara fizikal. Kita kena beli produk @ buat produk sendiri secara banyak/pukal utk mendapat kos belian yg murah. Unless kita beli melalui bidaan/lelong dan jual semula dgn harga tinggi. Menguruskan hal stok, pembungkusan dan penghantaran merupakan “nightmare” bg sesetengah org. Stok tak berjalan menanggung kos (holding kos). Pembungkusan yg tidak efektif boleh melibatkan kos penghantaran yg tinggi. Siapa pula yg boleh dipercayai utk penghantaran & kos yg murah juga perlu diberi perhatian.
Pemasaran produk2 MLM secara internet mungkin dapat memberi untung sekiranya dilakukan dengan efektif. Selain keuntungan dari untung runcit, pendapatan dari bonus jualan dan rangkaian yang ditaja membuatkan “margin” @ keuntungan itu nampak besar.
adisurya….
Siapa pula yg boleh dipercayai utk penghantaran & kos yg murah juga perlu diberi perhatian.???
hohohoho…POS MALAYSIA ? Kalau korang ada ROC Boleh apply currier service, lebih jimat, lebih selamat dan Murah.. kalau POS LAJU RM 5.20…Currier yg aku guna ni baru RM 4.50
Pikir pikir..bab kata Nabil Lu Pikirlah Sendiri …hohohoho
Ahem! Maaf ya, terselit pula saya seorang cina di sini. Tapi, saya memang sukakan blog En. Zamri yang banyak memanfaatkan ini.
Terima kasih Shahraduan, saya dah nampak perbezaan Lelong dan eBay daripada post anda. Saya pernah jual di eBay dan untung sikit la. Hingga sekarang cara pembungkusan saya masih lagi sampul surat. Dah periksa harga hantaran melalui Pos Malaysia untuk parcel — MAHAL! Jadi, saya hanya jual setem, poskad, kad telefon,… nipis nipis…
Tapi, saya ingin bertanya kalau sesiapa dapat menjawab…
Adakah kesalahan jika saya jual satu barang “murah” di eBay, kemudian dalam listing saya, paparkan link website “store” barangan saya sendiri, jika tidak mahu eBay store yang berbayar?
Terima kasih ya!
Pauline : ada orang menggunakan “Classifieds” di ebay untuk direct trafik ke laman web (store) mereka sendiri. Tapi dengan cara ini, tiada “bidding” dilakukan.
Mungkin ada expert ebay di sini ada cara lain untuk melakukannya.
Pauline : Tak salah nak jual barang tu dengan harga MURAH..tapi adakah barangan itu ada permintaan ? itu satu…adakah anda mengkaji daripada seller yg lain tentang barangan itu ?
Saya rasakan kalau mahu buat link..anda boleh link ke link username ebay anda. checkit out my item. Tapi saya tak pernah lagi buat…Kalau dalam lelong tu pernah lah..siap link ke blog lagi tu..huhuhuhuh.
Harga pos ke luar negara memang mahal..saya cadangankan anda guna REGISTER POST INTERNATIONAL – sekeping slip Tu RM 3.90 Lepas tu kos setem macam biasalah kena timbang.
Saya pun pos barang ringan2 saja..guna sampul surat biasa berkualiti skit jerk.. Habis ringgan bawah RM 10.00 kos shipping saya letak 4 – 5 dolar jerk..Habis berat BAWAH RM 30.00 kos shipping saya letak 20 dolar..
Perkara paling penting..KEYWORD, Keyword adalah raja dlm ebay..pastu gambar kasi cun cun.
Hi Shahraduan : Biasanya shipping cost saya hanya letak US3 saja. Ini dah untuk registered mail. Jika US4 – US5 pun boleh. Saya akan letak harga ini kemudiannya.
Terima kasih ya! ….Saya ingat item yang berupa koleksi tu lebih dapat dijual. Kalau beg-beg, US dah banyak dan murah di auction. Tak ada keistimewaan.